RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

29 Mei 2015

WAJARKAH 6000 pekerja di buang kerja

WAJARKAH 6000 pekerja di buang kerja @ VSS (nama manis)?
Ringan rasa nak komen... (nanti ada yang tersinggung)
Tapi.....
Sejujurnya ianya tidak wajar...
Dulu lain... skrg lain..
Sedih dengan nasib pekerja masa kini.



Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

TAKZIAH (R.I.P)

Tan Sri Thong Yaw Hong Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB telah meninggal dunia pagi semalam (28 Mei 2015)


Seorang yang baik, sangat dihormati, sentiasa mendengar, mempunyai hubungan yang baik dengan RUM dan sentiasa membantu RUM.

Takziah kepada keluarga beliau.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

27 Mei 2015

Tawar syarikat kereta api guna landasan berkembar

gambar Utusan Online
KUALA LUMPUR 25 Mei – Kementerian Pengangkutan kini dalam perancangan untuk menawarkan syarikat-syarikat kereta api selain Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggunakan landasan berkembar yang dibina untuk meningkatkan industri rel negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, setakat ini, KTMB hanya menggunakan 30 peratus landasan berkembar tersebut dan tumpuannya melibatkan lokomotif penumpang berbanding kargo.

Jelas beliau, KTMB boleh menjana pendapatan jika menawarkan perkhidmatan landasan berkembar kepada beberapa syarikat kereta api, khususnya melibatkan lokomotif kargo.

“Kementerian merancang untuk mewujudkan sistem pengurusan landasan oleh pelbagai syarikat kereta api memandangkan ada lebihan sebanyak 70 peratus landasan berkembar yang tidak digunakan oleh KTMB.

“Langkah itu bukan sahaja boleh meningkatkan pendapatan KTMB, malah membuka peluang baharu kepada warga agensi tersebut untuk bertukar-tukar kepakaran dan teknologi dalam meningkatkan industri rel negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Pengerusi KTMB, Datuk Nawawi Ahmad dan Presiden Rum, Abdul Razak Md. Hassan.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, kementerian itu juga akan mengumumkan keputusan tentang cadangan tersebut selewat-lewatnya tahun hadapan.

Sementara itu, Abdul Razak menjelaskan, mana-mana syarikat kereta api yang menggunakan landasan berkembar berkenaan akan dikenakan cukai seperti yang ditetapkan oleh KTMB berdasarkan penggunaan landasan dan stesen sedia ada.

Katanya, penyertaan syarikat kereta api kargo dialu-alukan sekiranya cadangan itu diluluskan oleh kementerian memandangkan sektor kargo dalam industri rel negara masih rendah berikutan harga lokomotif yang tinggi.

“Daripada dibiarkan 70 peratus landasan berkembar tidak digunakan, lebih baik ditawarkan kepada syarikat kereta api lain yang jelas boleh membantu meningkatkan keuntungan KTMB,” ujarnya.
- UTUSAN ONLINE 

KENYATAAN MASEU

RUM tidak berniat campurtangan Kesatuan MASEU, tapi kenyataan yang dikeluarkan sangat mendukacitakan bila sebuah Kesatuan Sekerja tidak memahami Dasar Kesatuan Sekerja.

Tindakan bersetuju untuk MASEU dibubarkan dan bercadang mewujudkan koperasi adalah sangat mengecewakan.

Sekiranya ini dilakukan dimana Suara Pekerja yang kini dalam keadaan terumbang ambing dengan tindakan khazanah yang lebih kepada sifat yang tidak adil kepada pekerja, kewujudan Akta MAS adalah satu tindakan yang memburukkan keadaan sehingga wujudnya kekangan kepada peranan Kesatuan Sekerja.

RUM berharap MASEU yang juga rakan seperjuangan RUM dapat memikirkan kembali hasrat berkenaan, matlamat kepentingan pekerja hendaklah di utamakan, kembali kepada dasar perjuangan kesatuan sekerja. Jangan gentar untuk terus berjuang, kerana landasan Kesatuan Sekerja adalah berjuang untuk kepentingan kaum pekerja.

RUM akan terus bersama NUFAM yang RUM beranggapan NUFAM mampu berjuang untuk kepentingan pekerja-pekerja MAS.

RUM melahirkan rasa simpati kepada semua pekerja MAS.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Majlis Kesyukuran RUM





























BELIA RUM bersama presiden melepaskan lelah



23 Mei 2015

Majlis Makan Malam anjuran MTUC Bahagian Selangor

Pegawai-pegawai RUM di Majlis Makan Malam anjuran MTUC Bahagian Selangor.






Kenyataan NUBE mengenai MSS yang akan dilaksanakan oleh CIMB.

Kenyataan yang sangat tepat...
RUM menyokong kenyataan ini.

NUBE berkata TIDAK kepada Skim Pemisahan Bersama (MSS) CIMB


CIMB telah melancarkan Skim Pemisahan Bersama (MSS) yang dibuka kepada semua pekerja yang telah disahkan pekerjaan dan pekerja tetap CIMB Group dari 15 Mei 2015 to 29 Mei 2015. Dalam tempoh 2 tahun Bank telah melancarkan sekali lagi MSS kedua dan NUBE telah membantah kepada Pihak Bank apabila ia dimaklumkan sebelum pelancaran.


Walau bagaimanapun, Bank mendakwa terdapat pertanyaan yang berterusan oleh para pekerja untuk skim yang serupa memandangkan perubahan penting dalam membina perniagaan Bank.


Pihak Bank juga telah memaklumkan kita bahawa MSS diperluaskan kepada seluruh pekerja dalam Kumpulan (termasuk yang di luar negara) dan ia tidak disasarkan kepada mana-mana kategori tertentu pekerja.


Bank telah berkali-kali menekankan dan memberi jaminan kepada NUBE bahawa ia sama sekali bersama dan secara sukarela dan tidak akan ada ancaman langsung atau tidak langsung dan paksaan untuk sesiapa sahaja untuk menyertai skim ini.
NUBE menasihati semua ahli mempertimbangkan dengan serius antara lain dan faktor-faktor berikut sebelum membuat keputusan:


1. Ringgit Malaysia susut nilai berbanding Dolar AS dan mata wang lain dan wang tunai yang anda terima mungkin tidak mempunyai nilai yang besar berbanding dengan pekerjaan yang anda miliki ketika ini.
2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Wahid Omar berkata terdapat 400,000 rakyat Malaysia yang menganggur dan yang kebanyakannya adalah graduan.
3. Angka-angka ini tidak semestinya betul kerana mungkin ada ramai lagi yang tidak ada pekerjaan yang sesuai. Setiap tahun ada beratus-ribu graduan yang akan bergerak ke dunia pekerjaan dan bilangan pengangguran akan terus meningkat.
4. Pada masa ini kita mempunyai pekerjaan tetap dan menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi kerja dan memastikan kehidupan yang munasabah bagi kita dan keluarga kita.
5. Kos sara hidup yang meningkat secara mendadak akibat dari pelaksanaan GST.
6. Kos perubatan telah meningkat di antara 14- 18% dan seterusnya dijangka meningkat sebanyak 8% setiap tahun.
7. Anda juga akan kehilangan manfaat-manfaat dari CA terbaru.


Semua ahli-ahli NUBE dinasihatkan untuk berfikir dengan berhati-hati bersama dengan ahli keluarga anda sebelum anda membuat apa-apa keputusan terburu-buru untuk turut serta dalam MSS ini. Nasihat dari NUBE adalah “tidak menyertai” melainkan jika anda terdesak diatas sebab-sebab tertentu yang hanya diketahui oleh ahli masing-masing.
Sila laporkan kepada NUBE Cawangan yang terdekat dengan kadar yang segera jika anda sedang diganggu oleh mana-mana individu dengan memaksa anda untuk mengambil bahagian dalam MSS ini.


NUBE akan terus berusaha untuk menghadap dengan Menteri Kewangan bagi memastikan bahawa semangat VSS dan MSS tidak disalahgunakan dalam sektor kewangan kerana ia boleh menambah kepada masalah sosial lagi.


J SOLOMON
SETIAUSAHA AGONG

21 Mei 2015

PEMUDA / BELIA RUM

Rum sedang berusaha memperkukuhkan perjuangan RUM, dengan mewujudkan Pemuda/Belia RUM sebagai pelapis dalam merealisasikan sebuah Kesatuan Sekerja yang tidak akan kering dengan pemimpin-pemimpin baru.

Usaha ini adalah dengan tujuan untuk memastikan hala tuju perjuangan RUM untuk jangka panjang bagi mengimbangi perubahan semasa.

Dalam memperjuangkan hak kaum pekerja kita perlu melihat jangka panjang kerana ianya melibatkan masa depan pekerja khususnya kaum pemuda/belia yang akan berkhidmat melangkaui 20 tahun akan datang.

Justeru itu di kalangan pemuda/Belia RUM di bawah umur 40 tahun boleh menghubungi Pengerusi Belia RUM iaitu saudara Faizal @ tora Tora-Tora Nak Mintak Izin untuk memberi nama dan no telefon bagi mudah dihubungi serta boleh menyertai aktiviti-aktiviti RUM

Semoga RUM terus diperkukuhkan dengan generasi baru yang berani dan kental bagi memperjuangkan hak pekerja kerana pemuda/belia RUM adalah pewaris RAILWAYMEN UNION OF MALAYA (RUM)

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

20 Mei 2015

PEMULIHAN JAWATAN

Setiap yang sabar dan mempunyai kesungguhan biarpun dalam keadaan perit, sengsara, tertekan, teraniaya dicemuh, ditomah malah dihina... jalan penyelesaian tetap ada... kerana sikap tidak berputus asa, sentiasa berusaha dengan tekad yang kuat maka akan wujud semua penyelesaian. Kita tidak menggarap sebuah kemenangan tapi kita membuktikan bahawa apa yang dihadapi dengan sabar, tabah tanpa sifat putus asa akhirnya membuahkan penyelesaian yang baik.

Inilah cabaran.... tanpa cabaran... apalah ertinya sebuah perjuangan... pemimpin tiada kenal erti putus asa... kerana keberhasilan adalah satu nikmat kepuasan... namun ianya juga tidak mungkin berjaya tanpa sokongan dan semangat yang terus diberikan dari kalangan keluarga dan sahabat.

Alhamdulillah.... berkat kesabaran akhirnya semalam saya telah menerima surat bahawa bertarikh 1 
Jun 2015... saya akan dipulihkan jawatan sebagai pekerja KTMB diikuti sahabat-sahabat yang lain yang akan menerima surat pemulihan jawatan.

Terima kasih sahabat yang terus memberi sokongan dan dokongan kepada saya untuk terus berjuang mencari titik penyelesaian.

Tanpa mu sahabat... tak mungkin penyelesaian ini berhasil secepat ini.

Alhamdulillah dengan izin Allah Swt jua semua ini terjadi... Syukur Alhamdulillah....

Presiden RUM. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

19 Mei 2015

PMS

Adalah dimaklumkan isu PMS telah diselesaikan, semua pembayaran gaji separuh akan dikembalikan seperti mana termaktub dalam skala gaji kenaikan tahunan.

Pembayaran balik akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Pihak kesatuan beranggapan isu ini selesai.

Terima kasih Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

MAJLIS KESYUKURAN & PENGHARGAAN TERIMA KASIH

RUM akan mengadakan Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Terima Kasih iaitu :

Tarikh : 25 Mei 2015
Hari : Isnin
Jam : 12.00 Tengahari
Tempat : Padang Sekolah Tamil, Bangsar Utama, Kuala Lumpur.
Jamuan : Makan Tengahari

Jemputan Khas"

YB Datuk Abdul Aziz Bin Karpawi
Timbalan Menteri Pengangkutan
YBhg Dato' Seri Raja Nong Chik
Ketua Bahagian Umno
Lembah Pantai.
Tuan Haji Sarbini Bin Tijan
Presiden KTMB

Bagi pihak Majlis Exco kami ingin menjemput semua ahli-ahli RUM dan warga KTMB ke Majlis Kesyukuran tersebut. Kehadiran sangat dihargai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

KEMELUT RUM (backdated)

Untuk makluman pada semua yang terlibat dalam "kes pembuangan kerja yang tidak sah", suka dinyatakan bahawa semua kerugian (backdated) berdasarkan kemelut RUM akan dipulangkan kepada setiap individu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Saudara yang terlibat tidak kerugian atau kehilangan wang @ faedah walaupun 1 sen.

Pihak RUM ingin merakamkan Ribuan Terima Kasih kepada Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB yang begitu prihatin kepada kami yang menjadi mangsa kezaliman, Tkasih Tuan Haji.

Terima kasih kepada semua yang terlibat yang terus bersabar sehingga kemelut ini berjaya diselesaikan.

Alhamdulillah... Syukur Alhamdulillah...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

18 Mei 2015

Laluan Mettro Mekkah

Komen RUM...

Ini sepatutnya KTMB yang ambil...

Kenapa?

Selama ini... pekerja KTMB yang melakukan kerja di Mecca Metro...

Kenapa kita tak ambil... adakah kita tak mampu?
Sorry... Mantan Presiden KTMB yang lembab...

Tak fokus peluang perniagaan..

Hari ini kita terlepas peluang....

KTMB rugi...

Salah siapa?

Biarkan masa dah pun berlalu....

Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB yang baru... warga KTMB... akan melihat semua.... akan membetulkan KTMB kembali...

RUM penuh yakin... dengan warga KTMB....

In Syaa Allah....

Sama-sama kita mendoakan...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

16 Mei 2015

PENGORBANAN

Demi memulihkan KTMB kita sebagai pekerja perlu berkorban, bersama dengan Presiden KTMB, Tuan Haji Sarbini Bin Tijan.

KTMB duit tiada... Dasar lintang pukang... Nak baik pulih KTMB bukan mudah... maklumlah nak cuci tahi...

Maka sebagai Presiden RUM saya menyeru semua pekerja bahawa kita perlu berkorban untuk memastikan KTMB di pulihkan.

Bila KTMB dipulihkan... KTMB untung... In Syaa Allah kita akan berjaya menuntut sesuatu untuk pekerja.

Sebagai organisasi Kesatuan Sekerja RUM akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan KTMB dipulihkan, harapan kita kepada Kerajaan agar dapat membantu KTMB dengan menyuntik sumber kewangan, agar KTMB berjaya dipulihkan.

Sayangilah KTMB demi masa depan kita sebagai pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

MANGSA KEKEJAMAN TERAKHIR

Inilah mangsa kekejaman terakhir Datuk Elias Kadir Presiden KTMB yang tamat kontrak pada 30.4.2015.

Sdr Muhammad Akif adalah mangsa yang dibuang kerja jam 3.30 petang pada 30.4.2015 berdasarkan perjanjian yang ditandatangani oleh semua yang terlibat kononnya di bawah penyelesaian 96 orang yang dipulihkan jawatan yang disaksikan oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan dan Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Perjanjian inilah menjadi satu dokumen yang meletakkan RUM di bawah pengaruh majikan yang bertentangan dengan Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177).

Akhirnya berita tidak disambung kontrak hanya diketahui jam 5.45 petang pada 30.4.2015 dimana surat perlantikan Tuan Haji Sarbini Tijan dikeluarkan jam 5.45 petang oleh Kementerian Kewangan.

Alhamdulillah, surat Perjanjian yang meletakkan RUM di bawah pengaruh majikan kini telah terbatal, semuanya telah selesai, kezaliman telah ditamatkan.

Muhammad Akif Ashraf adalah anak saya yang kedua.

Tahniah Akif Sejiwa anak ayah seorang pejuang yang kental, tidak pernah gentar biarpun di buang kerja kali ke 2, anak ayah tetap seorang Hero, ayah bangga.

Perjuangan tidak pernah mengenali erti gentar, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, inilah prinsip yang perlu ditanam dalam jiwa setiap Pemimpin dan ahli kesatuan sekerja.
Semoga RUM terus gah di arena Kesatuan Sekerja di negara ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

13 Mei 2015

ZAMAN MANTAN PRESIDEN KTMB

Payment tidak dibuat semenjak Disember 2014, pekerja kena bayar sendiri bila pergi klinik, difahamkan klinik ini di Johor Bharu.


Sebenarnya banyak kes payment tak di bayar... napa iya... duit tk de... napa duit tk de? tapi naik gaji kepada Pengurus Besar dan Pengurus Kanan sebanyak 15% boleh pulak... kira KTMB dah banyak untung lo... pekerja dapat ciput... klinik pun tak boleh bayar... wah.... PMS Pengurus Besar dan Pengurus Kanan mesti 100%, itu sebab naik 15% atau mungkinkah mantan Presiden KTMB menyogok untuk dapat sokongan dari kalangan Pengurus Besar dan Pengurus Kanan.

Kesian kat Presiden KTMB yang baru jenuh nak cuci tahi...

Pegawai Kebajikan KTMB dan Pengurus Besar TMOD tolong pantau, jangan berulang lagi, RUM tidak mahu imej Presiden KTMB yang baru tergugat kerana kelemahan lampau.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

11 Mei 2015

PERJANJIAN BERSAMA

Kemelut telah pun selesai, tumpuan kita ialah membuat persediaan menyediakan "DRAF PERJANJIAN BERSAMA" (CA).

Perjanjian Bersama akan tamat pada 31.12.2015, berdasarkan peruntukan dalam CA, pihak kesatuan boleh mengemukakan draf CA kepada Pengurusan seawal 1.10.2014. Berdasarkan rekod RUM kita mengemukakan draf CA pada setiap 1hb Oktober. Rekod ini tetap akan kita kekalkan.

Kita sedar bahawa sedikit gangguan berdasarkan kemelut RUM, malah cawangan - cawangan juga tidak memberi respon yang baik untuk mengemukakan cadangan, yang ada hanya dari 6 buah cawangan sahaja.

Walaupun tarikh penerimaan cadangan dari ahli-ahli dan cawangan telah ditutup, pihak RUM memberi ruang dan peluang sekiranya ada untuk mengemukakan cadangan kepada pejabat kesatuan sehingga 21.5.2015 sebelum jam 5.30 petang.

Tujuan peluang diberikan adalah untuk ahli-ahli bersama mengemukakan cadangan bagi penambahbaikan peruntukan atau faedah yang lebih baik.

Kerjasama semua amatlah dihargai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

09 Mei 2015

9/5 ULANG TAHUN PERTAMA

Tercatat dalam sejarah satu perjuangan yang panjang, penuh dengan cabaran, tekanan, masam, pahit, sedih, tangisan, segenap bentuk perasaan dialami oleh semua yang terlibat khususnya mereka yang mampu berada sehingga saat akhir meraih kemenangan.

Perjuangan besar untuk Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja.

Ianya tidak mungkin dapat dilupakan, akan jadi segar dalam ingatan, satu pengalaman yang tidak mungkin terdapat di mana-mana.

Alhamdulillah, ianya selesai kini, bagi generasi baru mereka telah belajar erti perjuangan dalam arena kesatuan sekerja, tanpa rasa kenal erti takut, mereka cukup bertuah menimba pengetahuan dalam satu pertarungan yang getir.

Akui, buku bertemu ruas, tapi akhirnya pertarungan di saat akhir berjaya menamatkan kezaliman, dia pergi dengan kekecewaan.

Semoga ini menjadi iktibar, undang-undang dihormati, hak pekerja tidak dinodai, pekerja sebagai aset dihargai, bersama dalam memajukan Syarikat KTMB yang disayangi.

Kepada ahli-ahli, detik hitam ini jadikan satu pengalaman dan pengajaran bukan dengan rasa takut atau gentar, tapi dengan rasa berani dan terus berjuang biarpun pedang terhunus di badan kerana inilah namanya perjuangan Kesatuan Sekerja yang sebenar.

Tanpa kesatuan sekerja, kemana lagi nak kita mengadu, tanpa kesatuan sekerja kita hanya bisa mengeluh atau merungut, tanpa kesatuan sekerja kita teraniaya, tanpa kesatuan sekerja kita tiada lagi apa-apa.

Teruskan perjuangan, perjuangan masih jauh khususnya untuk generasi akan datang, perjuangan memajukan KTMB, perjuangan untuk mempertahankan hak dan meningkatkan faedah yang lebih baik kerana cabaran akan sentiasa ada dalam setiap perjuangan.

Sayangi KTMB, Sayangi RUM ini yang perlu kita tanam dalam setiap diri bagi semua pekerja bukan eksekutif.

Satu perjuangan yang panjang, akhirnya kita menikmati kepuasan.

Terima kasih semua yang mendokong perjuangan Kesatuan Sekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

08 Mei 2015

KENAIKAN GAJI TAHUNAN

Pihak kesatuan telah menerima banyak rungutan mengenai kenaikan gaji tahunan yang di bayar separuh dari yang diperuntukkan dalam skala gaji kenaikan tahunan.

Masalah ini berlaku adalah di bawah pentadbiran Dato Elias Kadir, Mantan Presiden KTMB.

Pihak kesatuan akan berbincang dengan pihak "pengurusan baru" Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi (TMOD) pada masa terdekat untuk mengatasi masalah ini.

Di harap ahli-ahli dapat bersabar sehingga satu perbincangan dapat diadakan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

SABAR

Bersabarlah sahabat-sahabat ku..
Kemarahan tidak akan kemana...
Kemenangan telah pun tercipta...
Anugerah Allah Yang Maha Esa..
Kita ada lagi tujuan...
Kita akan jauh melangkah...
Kita akan terus berjuang...
Matlamat perjuangan...
Masih banyak lagi...
Lupakan kemarahan...
Kemenangan telah pun tercipta...
Jawapan dari tomahan...
Telah pun terjawab...
Fokus untuk KTMB...
Fokus untuk pekerja...
Bantu Presiden KTMB...
Kita jayakan bersama...
Ayuh sahabat...
Kita terus berjuang...
Kita buktikan...
Bahawa...
Kita seorang "Unionist"...
Kita mampu..
Mencipta kejayaan...
Yang berterusan...
Kita terus berjuang...
Mencari kepuasan...
Kita terus berjuang...
Tanpa mengenal jemu...
Kerana...
Kita mencari "GOAL"...
"GOAL" kita...
Menjamin masa depan pekerja...
Kerana...
Kita sedar...
Kita tetap seorang "KULI"...
Hanya "KULI" mengenal "KULI"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

07 Mei 2015

PANTAI TIMUR

Perbincangan saya dengan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB mengenai isu Pantai Timur bahawa Tuan Haji Sarbini Bin Tijan telah bersetuju untuk membatalkan semua pertukaran pekerja di Pantai Timur yang telah diarahkan bertukar, manakala yang telah bertukar boleh memohon kembali ke tempat asal.

Maka itu isu di Pantai Timur dianggap selesai.

Terima kasih Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

KEMELUT RUM BERAKHIR

Alhamdulillah, dengan rasminya semua Kemelut RUM mulai semalam 6.5.2015, telah pun berakhir.
MoU atau Perjanjian yang ditandatangani oleh semua 96 pekerja yang terlibat dalam pembuangan kerja berdasarkan kemelut RUM telah "terbatal" dengan sendirinya melalui surat rasmi KTMB bertarikh 6.5.2015 yang diterima hari ini yang telah ditandatangani oleh Y.Brs Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB.

Antara lain dalam kandungan surat berkenaan di para 8 adalah:-

"Saya juga ingin mengumumkan bahawa semua faedah yang berhak oleh kakitangan yang "disabitkan" dalam kes ini menunjukkan kos kerugian oleh kakitangan akan dibayar balik atau di pulang balik oleh KTMB. Dalam erti kata lain bahawa "kemaafan" ini "menjanjikan bebas" daripada sebarang pertuduhan yang disabitkan oleh kes ini"

Maka RUM juga mengumumkan bahawa semua pertikaian yang telah di bawa ke Mahkamah Perusahaan akan ditarik balik dan hubungan diantara Majikan (KTMB) dan Kesatuan (RUM) kembali pulih 100%.

RUM merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Y.Brs. Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB yang telah menyelesaikan kemelut ini.

Terima kasih kepada semua ahli-ahli RUM yang terus memberi sokongan tanpa berbelah bagi.
Kejayaan yang ditinta ini adalah hasil kejayaan seluruh Warga RUM.

Kejayaan ini juga adalah kejayaan "BARISAN TERAKHIR RUM"

Tabik spring kepada "BARISAN TERAKHIR RUM" Sdr pejuang tulin Kesatuan Pekerja2 KTMB.

Mari kita bersama-sama berganding bahu bersama Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB yang baru akan merealisasikan penstrukturan semula KTMB, kita bersama mengangkat martabat KTMB dan menjadikan KTMB sebuah pengangkutan yang terunggul di negara ini, seperti ucapan Presiden KTMB yang baru, "umur 130 tahun KTMB bukan menjadikan kita nyanyuk tapi sebaliknya menjadikan kita matang dan mampu membawa perubahan besar kepada KTMB".

"Sayangi KTMB, Sayangi RUM"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

06 Mei 2015

Tahniah Tuan Haji Sarbini Bin Tijan

Bergambar dengan YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan Presiden KTMB Y.Brs Tuan Haji Sarbini Bin Tijan di Majlis Sambutan Presiden KTMB.

Tahniah Tuan Haji Sarbini Bin Tijan

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

04 Mei 2015

BUSINESS TIMES (NST) Hari ini.


03 Mei 2015

KAD PRA BAYAR/ PEKERJA KTMB

Semua orang berbicara mengenai perkara ini.

Satu kenyataan sangat lemah mengunakan dalil pekerja asing mengunakan kad pra bayar, kenyataan yang sangat "tidak patut" bila kad panggilan dengan nilai RM 10.00 tapi nilainya dikurangkan setelah ditolak 6%.

Cuba buat perkiraan terhadap pekerja KTMB yang semuanya rakyat Malaysia tiada pekerja asing, berapa ramai yang mengunakan kad pra bayar dan "post paid", rata - rata atau secara majoritinya menggunakan kat pra bayar, kerana dengan kadar gaji berpendapatan rendah maka mereka tidak mampu untuk menggunakan "post paid".

Kalau dilihat sudut lain, kutipan RM 800 juta akan terhapus sekiranya ianya dilaksanakan, tapi sedarlah wahai Pak Menteri kutipan 800 juta itu adalah dari pekerja@rakyat berpendapatan rendah.

Dimanakah keadilan?

Janganlah begitu wahai Pak Menteri kerana ini namanya dan mencekik leher pekerja, malah ini satu topik iaitu "kad prabayar" topik lain belum lagi.

Dalam satu dialog dengan pihak Kastam ketika kursus seminar RUM, saya ada bertanya dengan penceramah bila beliau menerangkan melalui satu contoh iaitu kita mengenakan GST pada barangan yang tidak kena cukai, sebagai contoh "jam tangan".

Saya sendiri menyuarakan pendapat bahawa, jam tangan satu ketika dahulu, adalah barangan bercukai, tetapi melalui belanjawan atau bajet ianya telah dihapuskan.

Dan sekarang ianya dikenakan cukai..

Saya berhujah lagi..

Tidak kah dinamakan telah diberi pelepasan cukai sekarang dikenakan kembali.. atau ayat mudah... dah dibagi ambil balik... ini dinamakan "buruk siku".

Fikir - fikir lah kami pekerja yang berpendapatan rendah, gaji kami nak naik pun susah, sedangkan Pengurus Besar dan Pengurus Kanan KTMB pun boleh naik 15%, sedangkan ada kalangan kami pekerja yang dapat separuh sahaja kenaikan gaji tahunan yang paling rendah ialah RM 18.00 sedangkan sebenarnya RM 36.00.

Kutip dari pekerja yang dapat separuh.. lepas tu agih-agihkan kat Pengurus Besar dan Pengurus Kanan.
Jangan biarkan yang kaya terus kaya, yang miskin didera lagi.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

02 Mei 2015

15 % Kenaikan Gaji Tahunan untuk Pengurus Besar dan Pengurus Kanan KTMB

15 % Kenaikan Gaji Tahunan untuk Pengurus Besar dan Pengurus Kanan KTMB???????????????
Hebat... kalau RUM menulis panjang nanti, ada yang terasa hati... RUM menerima banyak rungutan.. pedih telinga.... tangan ni pun gatal je nak menulis... Aiyaaaa....

Oh iya.... selama ini pekerja "bukan eksekutif" tidak memberi sebarang sumbangan, selama ini pekerja "bukan eksekutiflah" yang merugikan KTMB... hahaha....

Adoiiiiii......

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

BERGANDING BAHU

Kemelut RUM akan berakhir dengan beberapa perkara yang masih tergantung, In Syaa Allah semua akan selesai sedikit masa lagi.

Namun keutamaan kita selaku pekerja perlu memainkan tanggungjawab yang sempurna dan berdedikasi bagi memastikan KTMB dipulihkan sepenuhnya.

Kehadiran Presiden KTMB yang baru ini sesuatu yang sangat dibanggakan, namun tanggungjawab Presiden KTMB yang baru sangat besar dan berat, apatah lagi untuk memulihkan KTMB yang sedang tenat, maka kita perlu bersama, bekerjasama dan membantu Presiden KTMB yang baru bagi memulihkan semua aspek yang terbengkalai sekian lama.

Bukan satu kerja mudah, ibarat kata "mencuci tahi" jadi kita tidak boleh menaruh harapan yang tinggi untuk mengharapkan pemulihan secepat mungkin, justeru itu saya menyeru semua warga KTMB bersatu hati, bangkit membantu Presiden KTMB yang baru bagi memastikan usaha memulihkan KTMB berhasil.

Saya juga yakin Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan akan memberi khidmat nasihat dan bantuan kewangan yang secukupnya untuk membantu KTMB dan memulihkan KTMB.
Maka itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk mencapai satu matlamat iaitu memulihkan KTMB.

RUM sebagai organisasi Kesatuan Sekerja yang sah akan memberi kerjasama yang baik dan berharap hubungan keharmonian perusahaan akan kekal terjalin.

Kerana kami bangga akhirnya "WARGA KTMB" kembali menerajui KTMB!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

01 Mei 2015

SELAMAT HARI PEKERJA

Alhamdulillah, hari pekerja kali ini cukup bermakna bagi kami seluruh warga RUM, dunia ugutan dan kezaliman telah berakhir.

Maka berakhirlah titik hitam yang melanda kami. Sejarah RUM tertinta semenjak ditubuhkan pada tahun 1961, kami dizalimi!

I LOVE RUM

Selama setahun bermasalah, dengan ugutan, pembuangan kerja, dasar sumber manusia haru biru, hak Perjanjian Bersama tidak dipedulikan, hak Akta semuanya dilanggar, malah perjanjian yang ditandatangani adalah jelas dan nyata ia bertentangan dengan undang-undang.

In Syaa Allah semua kemelut akan kembali pulih seperti sediakala, hubungan perusahaan akan kembali terjalin, maka matlamat RUM ialah memberi kerjasama dan menjalinkan hubungan yang baik malah akan berusaha memberi komitmen sehingga KTMB kembali ke mercu kecemerlangan.

Kita juga akan memastikan semua dasar dikembalikan selaras dengan Peruntukan Perjanjian Bersama dan undang-undang yang berkaitan.

Bagi pihak Majlis Eksekutif Kesatuan Pekerja2 KTMB kami ingin merakamkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI, MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA, TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA, SEMUA VVIP YANG MEMBANTU, SEMUA RAKAN SEPERJUANGAN DALAM KESATUAN SEKERJA SAMADA DALAM NEGARA MAUPUN LUAR NEGARA, SEMUA AHLI AHLI RUM, BARISAN MAJLIS EKSEKUTIF RUM DAN ISTIMEWA BARISAN TERAKHIR RUM.

JUTAAN TERIMA KASIH

Majlis Eksekutif dan semua warga RUM ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja, semoga pekerja terus dihormati dan diberi layanan yang adil kerana pekerja adalah aset bagi memajukan sesebuah syarikat.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dengan matlamat memajukan Syarikat kita Keretapi Tanah Melayu Berhad ke arah yang gemilang.

SELAMAT HARI PEKERJA

PRESIDEN

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB