Begitulah sambutan dari rakyat yang ingin pekerjaan, Lokasi Bukit Mertajam malah di beberapa lokasi lain juga dimaklumkan sambutan yang hebat untuk menghadiri Temuduga Terbuka.
Nak buat apa pekerja asing? kalau dilihat situasi ini masih ramai rakyat tempatan memerlukan pekerjaan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
30 Oktober 2017
TEMUDUGA PENYELENGGARAAN AM, KTMB TOLAK RNAA/ TOLAK PEKERJA ASING!
14 Oktober 2017
MULTIPLE OPERATOR/ RNAA
BERITA BAIK
SPAD nampak gayanya tidak boleh meluluskan second operator kerana Akta tidak membenarkan pemberian lesen kepada mana-mana Syarikat untuk menjalankan operator tren.
BERITA BURUK
Penyediaan pindaan Akta khabarnya telah pun siap untuk meminda Akta di Parlimen, ianya tidak akan dibentangkan di Parlimen pada penggal kali ini, maka pindaan akan dibuat selepas Kerajaan dimahkotakan pada PRU 14.
BIJAK HARAM JADAH
Bijakkan permainan mereka, akan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk menghalalkan Multiple Operator, tidak kali ini tapi akan dilakukan pada Penggal akan datang.
TENTANGAN RUM
Maka keputusan RUM untuk berusaha segigih mungkin YB Menteri Pengangkutan kecundang di PRU 14 ini adalah usaha besar bagi menyelamatkan KTMB malah melalui usaha-usaha dari ITF dan ICLS yang membantu RUM dalam satu gerakan adalah untuk melumpuhkan Syarikat Second Operator, RUM akan gempur disemua peringkat demi mengagalkan RNAA.
PENDIRIAN RUM
Kau nak hancurkan KTMB, kau nak hancurkan RUM, kau nak tutup periuk nasi pekerja, kau nak menghakis faedah perkhidmatan sosial kepada rakyat, RUM akan menentang abis-abisan, tidak kira siapa KAU!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
13 Oktober 2017
TERUS BERSAMA CEO KTMB
RUM mengharapkan semua warga KTMB memberi kerjasama yang bersungguh-sungguh kepada CEO KTMB En Mohd Rani Hisham, berkerjalah dengan penuh semangat dan berdedikasi demi KTMB dengan matlamat Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Sikap sambil lewa, malas sekadar cukup bulan terima gaji, bodek@angkat beg, berpura-pura@wayang, kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab maupun amanah hendaklah dihentikan sama sekali.
Jangan anggap semua ambil mudah, kerana runtuhnya KTMB bukan lagi kerana kesalahan sesiapa tapi kita sendiri, pilihan yang ada adalah berusaha segigih mungkin untuk merobah sikap dalam memastikan RNAA dihentikan, semua perlu bekerjasama demi KTMB kekal sebagai identiti tersendiri seterusnya mampu dipulihkan.
CEO KTMB tidak akan mampu memulihkan KTMB sekiranya kita sendiri tidak bekerjasama dan memberi sokongan tanpa berbelah bagi, dalam KTMB tengah nazak hanya dengan kerjasama semua warga KTMB mampu memulihkan KTMB.
RUM akan terus bergerak menentang RNAA tanpa mengenal erti takut, justeru itu dalam RUM menentang RNAA kita semua warga KTMB juga perlu membuktikan kita mampu berusaha memulihkan KTMB, jangan hanya bergantung melalui tentangan RUM mengenai RNAA terhadap Kementerian Pengangkutan kerana bukti selanjutnya ialah menitikberatkan kerjasama semua warga KTMB dalam meningkat dan memulihkan KTMB dengan mengunjurkan pendapatan KTMB yang lebih baik seterusnya mampu meraih keuntungan dan memberi keyakinan kepada pengguna bahawa KTMB adalah pengangkutan awam yang selesa dan mesra pengguna.
Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
11 Oktober 2017
MENTERI/ KAPITALIS KERANA SETITIK NILA, ROSAK SUSU SEBELANGA
RUM dah tak faham dengan Menteri yang ada sekarang ni, Menteri Pengangkutan dan Menteri Sumber Manusia khususnya, mereka membuat keputusan seolah-olah satu keputusan yang tidak bertanggungjawab sehingga menyusahkan kaum pekerja maupun organisasi yang terlibat dalam kementerian mereka malah implikasinya kepada rakyat dan negara.
Mereka tidak lihat kepentingan kaum pekerja, rakyat maupun negara, asal boleh buat keputusan, mereka terus membuat keputusan biarpun keputusan itu adalah salah, iya mungkin, bagi seseorang pemimpin membuat satu keputusan itu salah atau betul adalah perkara penting biarpun keputusan itu salah namun keputusan tetap keputusan, tapi apakah dalam membuat sesuatu keputusan itu tidak dinilai dari sudut kesan dan implikasinya samada dari sudut dalaman maupun luaran.
RUM suka membandingkan Menteri-menteri yang terdahulu dalam pentadbiran kedua-dua Kementerian ini, komen RUM ibarat bumi dengan langit, sekarang betul-betul sudah tidak memperdulikan kesan dan implikasinya sehingga menimbulkan kekilanan dan adakala menimbulkan kemarahan.
Adakah mereka sengaja lakukan? Ini persoalan? Kerana apa yang mereka lakukan boleh dianggap sabotaj kepada kedudukan kerajaan yang memerintah itu sendiri, mereka seolah-olah sengaja ingin menjatuhkan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
RUM selalu berfikir dalam keadaan hampir Pilihanraya, kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh banyak Kementerian sehingga menimbulkan kegelisahan rakyat, kegelisahan rakyat seolah-olah tidak lagi didengari, mereka sudah tidak ambil pusing dari aspek "problem solving", sebaliknya mereka meneruskan agenda mereka dan beranggapan seolah-olah mereka tidak melakukan sebarang kesilapan maupun kesalahan, maka sikap ini boleh dianggap sistem yang digunakan adalah sisten kapitalis.
Apakah mereka ini tidak mahu memikirkan kehendak dan keperluan rakyat, seolah--olah hari ini YAB Perdana Menteri seorang sahaha yang beriya-iya untuk menarik kepercayaan dan berusaha memberi sebanyak mungkin keyakinan kepada rakyat sedangkan Menteri yang mana berkenaan pula sebaliknya.
RUM membuat penilaian ini berdasarkan kepada pengamatan RUM dari sudut RNAA malah RUM juga melihat kenyataan terbaru dari seorang Menteri pula ingin masukkan pekerja asing untuk kerja-kerja pembuatan, malah merasa hairan bila mereka sendiri sedar bahawa rakyat tidak suka mengenai perkara-perkara sebegini mereka tetap dengan sikap "bulldozed".
Dari kacamata RUM mereka-mereka ini sudah tidak layak lagi jadi Menteri kerana mereka hanya melakukan sesuatu keputusan untuk kepentingan individu atau kumpulan kecil tapi tidak kumpulan yang besar iaitu rakyat kerana mereka ini diibaratkan "kerana setitik nila rosak susu sebelanga".
Abdul Razak Md Hassan
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
10 Oktober 2017
NASIB PEKERJA
SENANG CAKAPLAH...
UNDANG-UNDANG KATA GITU..
KERAJAAN TAK BOLEH BUAT APA-APA!
IALAH... UNDANG2 KATA GITU..
YANG BUAT KEPUTUSAN PERTUKARAN NAMA MAS DAN KEWUJUDAN UNDANG2 MENGENAI MAS SAPA YANG BUAT KEPUTUSAN?
KALAU SEMUA SYARIKAT TIRU SISTEM MAS TUKAR NAMA?
HABIS LER...
BAGUS2...
SENANG KERJA LEPAS TANGAN...
PEKERJA TETAP JADI MANGSA...
SIAPA YANG NAK BELA NASIB PEKERJA?????
MAKA APAKAH KTMB DAN PEKERJA KTMB JUGA BERNASIB BEGITU SEKIRANYA RNAA DILAKSANAKAN?
MOT BUAT SATU KEPUTUSAN...
MHR BUAT SATU KEPUTUSAN..
KEPUTUSAN BERGANDING BAHU..
INILAH NASIB PEKERJA!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
Malaysiakini
09 Oktober 2017
Ada bantahan?
HARAM JADAH!
RUM kata HARAM JADAH punya Menteri Pengangkutan, bodoh piang! Ini orang kalau MELAYU BENTONG SUPPORT... wa tak tau lah... kasi tukar ini MENTERI PENGANGKUTAN, dalam sejarah Menteri Pengangkutan yang ada dalam negara ini, yang ini memalukan Kerajaan memerintah yang nak menjahanamkan "KERETAPI TANAH "MELAYU".
MELAYU BENTONG tolong fikir seribu kali... nasihat RUM kasi tendang ini ahli Parlimen...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
07 Oktober 2017
Railway Access Network Agrreement (RNAA) idea paling bodoh
Tanya dengan YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan, apa dia buat? Sebuk dengan Railway Access Network Agrreement (RNAA) idea paling bodoh dari seorang Menteri! Haprak punya Menteri!
Dia ingat dia bijak! Menyusahkan semua orang, fokuslah... banyak cara nak baiki KTMB.. cuma perlu "JUJUR & AMAMAH" fikir untuk kepentingan Rakyat@Pengguna...
Ini Menteri punya pasal Kerajaan yang dapat nama buruk! Failed!!!!!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
Baca
04 Oktober 2017
KENYATAAN MENTERI SUMBER MANUSIA MENGENAI PEKERJA MAS.
ITF Malaysia Counsil melahirkan rasa dukacita mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Sumber Manusia yang menolak permintaan Kesatuan NUFAM menyegerakan kes pembuangan kerja ke Mahkamah Perusahan.
Tindakan melengah-lengahkan membawa kes pekerja MAS yang dibuang kerja seramai 6000 pekerja adalah satu tindakan yang sangat mengecewakan.
Kami kalangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan yang bergabung dengan ITF mengecam kenyataan Menteri Sumber Manusia.
Justeru itu kami ingin menekankan Menteri Sumber Manusia menyegerakan proses ke Mahkamah Perusahaan dengan kadar segera serta mengadakan perjumpaan dengan Kesatuan NUFAM bagi mengatasi masalah yang ada.
Satu Mesyuarat ITF Malaysia Counsil akan diadakan dengan kadar segera bagi membincangkan kenyataan YB Menteri Pengangkutan, kami mengganggap kenyataan seperti ini merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab atau tidak mesra pekerja dan menolak kepentingan suara Kesatuan Sekerja.
Pengerusi ITF Malaysia Counsil