SEJARAH
Sejarah tak boleh dilupakan tanpa perjuangan kaum pekerja kita hari ini tidak menikmati tempoh bekerja 8 jam sehari, kehadiran 1 Mei mengungkap sejarah sehingga terkorban nyawa.
KTMB melalui mogok terbesar pada tahun 1962/1963 menzahirkan dari "gaji hari" ke "gaji bulan" untuk pekerja KTMB malah penjawat awam di negara ini.
Sesuatu yang dilakukan adalah dengan kekuatan dan perjuangan biarpun nyawa terkorban, begitulah perjuangan kesatuan sekerja.
Kini RUM berdepan dengan Pengambilan Aset Keretapi oleh RAC, bukan sahaja KTMB menerima natijahnya tapi seluruh warga KTMB.
Ayuh bangkit dan sedarlah wahai pekerja tiada satu pun yang datang bergolek kecuali dengan usaha/penjuangan dan pengorbanan.
Hari Pekerja Anjuran RUM 21 Mei 2016 adalah langkah awalan untuk berjuang mempertahankan KTMB, mempertahankan seluruh warga KTMB.
Jom ramai-ramai turun, kita berhimpun atas nama PERJUANGAN KESATUAN SEKERJA.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
30 April 2016
SEJARAH
SEJARAH HARI BURUH SEDUNIA (International Labors Day)
Hari Buruh Sedunia yang diperingati setiap tahun pada 1 Mei, berawal dari pergerakan yang dilakukan oleh buruh-buruh di Amerika Serikat pada tahun 1886. Gerakan yang juga popular dengan nama “May Day” ini bermula dari rasa ketidakadilan yang dirasakan oleh proletariat di Amerika mengenai jumlah jam bekerja, yang bekerja sehingga 16 jam sehari. Kemudian proletariat ini melakukan demonstrasi besar-besaran untuk menuntut 8 jam kerja setiap hari, dan kenaikan upah yang layak. Demonstrasi besar-besaran dimulai pada awal April 1886, dengan jumlah pendemonstransi sekitar 850 ribu dari berbagai penjuru negara di USA.
Dalam jangka waktu dua minggu gerakan proletariat membesar menjadi sehingga 350 ribu buruh. Kota Chicago adalah jantung gerakan diikuti oleh sekitar 90 ribu buruh. Di New York, demonstrasi yang sama diikuti oleh sekitar 10 ribu buruh, di Detroit diikuti 11 ribu buruh. Demonstrasi pun menjalar ke berbagai kota seperti Louisville dan di Baltimore demonstrasi mempersatukan buruh berkulit putih dan hitam. Sampai pada 1 Mei 1886, demonstrasi yang menjalar dari Maine ke Texas, dan dari New Jersey ke Alabama diikuti oleh setengah juta buruh di negeri tersebut.
Perkembangan ini memancing reaksi yang juga besar dari kalangan pengusaha dan pejabat pemerintahan setempat saat itu. Melalui Chicago’s Commercial Club, dikeluarkan dana sekitar US$ 2.000 untuk membeli peralatan senjata bagi menghadapi pendemonstrasi. Demonstrasi Secara Aman menuntut pengurangan jam kerja itu pun berakhir dengan korban dan rusuhan. Sekitar 180 anggota polis menghalang demonstrasi dan memerintahkan agar demonstrasi dibubarkan. Tepat pada 1 Mei 1886, di bandar Haymarket Square Chicago, jumlah peserta demontrasi yang awalnya ribuan orang tinggal beberapa ratus buruh sahaja. Kemudian tanpa diketahui dari mana asalnya, sebuah bom meledak di barisan anggota polis yang mengakibatkan seorang petugas terbunuh dan puluhan diantaranya tercedera. Kejadian ini menghakibatkan pihak polis bertindakbalas dengan menembak secara membabi buta ke semua peserta demonstransi. Jumlah sebenar yang terkorban tidak terhitung secara pasti, beberapa sumber menyebutkan puluhan demonstransi terbunuh dan ratusan lainnya tercedera. Hingga beberapa hari kemudian, polis dan tentara AS melakukan pembersihan di Chicago untuk mencari sisa pendemonstransi yang dianggap radikal. Ratusan orang ditangkap dan dipenjara tanpa alasan yang jelas.
Bagi kaum revolusioner dan aktivis gerakan pekerja saat itu, tragedi Haymarket bukanlah sekadar sebuah drama perjuangan tuntutan "LAPAN JAM SEHARI", tetapi sebuah harapan untuk memerjuangkan dunia baru yang lebih baik. Pada Kongres Internasional Kedua di Paris, 1889, 1 Mei ditetapkan sebagai hari cuti sempena hari pekerja. Penetapan untuk memperingati para pejuang Haymarket di mana bendera merah menjadi simbol setiap tumpah darah kelas pekerja yang berjuang demi hak-haknya. Hingga saat ini, setiap 1 Mei diperingati oleh seluruh buruh di dunia sebagai monumental suatu perjuangan menuntut keadilan dan kesejahteraan yang lebih baik bagi kaum buruh.
Pengisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia hanya bermula pada tahun 1972. Pengisytiharan ini juga adalah hasil usaha gigih para proletariat negara pada masa lalu yang didorong oleh semangat perjuangan untuk mendapatkan waktu bekerja yang adil di samping menentang penindasan dan penekanan oleh pihak majikan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB
29 April 2016
KESABARAN ADA BATAS
Kalau kita berlembut orang pijak kepala kita,
Kalau kita berkeras, orang kata kita samseng,
Kalau kita bertindak balas, orang kata kurang ajar,
Kalau kita berbahasa kasar, kata kita bukan pemimpin.
Maksudnya kiri kena, kanan pun kena...
Tapi ingat...
Kita pun manusia biasa...
Ada masa boleh sabar..
Malah kita akan terus bersabar...
Sabar... sabar... sabar...
Tapi bila kita hilang sabar...
Jangan salahkan kita....
Nak provokasi/mengugut/mengacau dan bertumbuk itu mudah...
Tapi buat apa...
itu kerja orang jahat...
Itu kerja samseng...
Itu kerja gangster...
Itu kerja gedebe...
Itu kerja bodoh!
Itu bukan cara kita....
Negara kita ada undang-undang....
Kita akan gunakan apa saja cara yang boleh diambil tindakan undang-undang....
Maka RUM akan gunakan semua cara yang dibenarkan untuk tindakan undang-undang...
Kerana sorang dua ini akan merosakkan periuk nasi seluruh warga pekerja khususnya organisasi RUM dan KTMB.
JANGAN SALAHKAN RUM
INI KALI NO COMPROMISE!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
SUKARELA
MAAF INI BAHASA KASAR UNTUK SEGELINTIR INDIVIDU! WALAUPUN ADMIN TAK MAHU MENULIS, TAPI TERPAKSA....
(Baca sampai abis)
Pegawai-pegawai RUM buat kerja "SUKARELA" tinggal isteri, tinggal anak semata-mata menjalankan tugas atau aktiviti RUM, kadang-kadang duit dalam poket pun tak de... gagah juga... sebab untuk kepentingan pekerja... yang ada biar mati eksyen, jangan mati accident...
SALUTE BELIA RUM... budak mentah, jauh bijak dan berani....
Mereka dicaci, dihina, dikeji ada yang diugut, ada yang ditunding dengan jari... sedarkan mereka ini, mereka buat kerja untuk siapa? untuk diri mereka? Tidak! Mereka buat kerja dengan pengorbanan yang tinggi untuk pekerja, ahli-ahli RUM, RUM dan KTMB.
Mereka buat kerja untuk tingkat faedah pekerja seperti gaji/elaun/berusaha menyelesaikan masalah yang wujud/malah mempertahankan kerjaya pekerja seperti menolak RAC dari ambilalih aset keretapi.
Kalau mereka dinaikkan pangkat dikatakan telah dibeli, kalau mereka sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah... masalah dalam meja perundingan, mereka kata kita takut, kita yellow union! Gaji lambat pun salahkan RUM, apa mereka ingat? Boleh menyelesaikan dengan menjentik jari? Bila kita bergaduh dengan pengurusan, mereka kata kita ni asyik bergaduh, kita bergaduh dengan pengurusan untuk siapa, bodoh ke kita saja-saja nak gaduh...
Duduk dalam RUM ni tau ke? Kita ni buat musuh, musuh ramai, yang dengki ramai, yang busuk hati ramai, yang penting diri sendiri ramai, yang tak de teloq pun ramai, yang cakap belakang ramai, yang minta itu & ini ramai, bila tak dapat apa yang diminta... marah... tapi bila suruh berdepan dengan pengurusan, telur pun tak de... pandai cakap belakang je....
Tau ke...? berapa ramai pengurusan KTMB dah kena maki... pasal apa? pasal kepentingan pekerja... itu pun orang salahkan RUM lagi... yang pemimpin RUM buat semua orang musuh dan benci.... gi tanya pengurusan KTMB... dia suka ke pemimpin RUM... benci ada lah... apa tidak... kena maki... ingat suka kita nak buat musuh... nak suka-suka maki orang... mahupun pegawai KTMB... sebab job speck RUM macam tu.... terpaksa... demi ahli-ahli.... bukan kehendak peribadi...
Faham ke apa itu Hak MAJIKAN? nak naik gaji, nak upgrade nak apa benda pun hak majikan... kalau setakat merungut je... turun ke jalan tak berani... telur tak de... gi lah maki pengurusan tu.... RUM nak tenguk... kena buang kerja ke tak?
"Kalau KTMB ni RUM punya... RUM bagi sahaja apa yang diminta..." satu kenyataan yang pernah dikeluarkan ketika satu pertemuan di sebuah restoran... RUM tanya balik... jom kita stop tren... tak berani pulak.... tau hanya nak salahkan RUM....
Pemimpin RUM semuanya tak pernah gentar, tak pernah takut, kita lawan untuk pekerja, kita rela dipenjarakan demi pekerja... ahli-ahli patut bersatu... berjuang... sebab ini periuk nasi... jadi macam ahli-ahli RUM tahun 1962/63 berani Mogok Besar-Besaran.... SALUTE ZAMAN PEKERJA 1962/1963...
Al Fatihah untuk semua pejuang RUM dan pejuang Kesatuan Sekerja, semoga Allahyarham/Allahyarhamah ditempatkan dengan golongan orang-orang yang soleh/solehah, pada yang masih ada lagi, semoga diberi kesihatan yang sihat dan dirahmati Allah Swt.
Tunggulah... bila RAC ambilalih semua aset Keretapi... itu jam tau langit tinggi ke rendah... pergi lah cari kerja luar... tenguk... mampu kerja ke tak... dapat kerja ke tak... bawa teksi pun masalah... dengan masalah prebet sapu... itu jam sapa nak bela????
Maaf... RUM terpaksa cakap "kasar" agar mudah difahami... zaman nak mujuk nak rayu dah tak de lagi... sendiri punya periuk nasi... sendiri mau ingat....
Semua pemimpin RUM tiada masalah... sehingga titisan darah terakhir kami sanggup berjuang... tapi ANDA????? fikir.... fikir.. fikir.. jangan hanya pandai merungut dan mencari salah... kalau berani... kalau tak puas hati... sendiri pergi maki pengurusan KTMB.... nak tenguk ada teloq ke tak de... kalau tak berani... jangan cakap banyak... just follow RAILWAYMENS UNION OF MALAYA (RUM).
Dalam keadaan sekarang, suka atau tidak adalah BERSATU, dari Penyelenggara Am sampai Presiden KTMB, kerana bila kita BERSATU kita berjaya menolak RAC, hanya kita BERSATU kita mampu pulihkan KTMB, baru kita boleh Selamatkan KTMB dan Selamatkan Pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
FOBIA PEMBUANGAN KERJA JAMINAN RUM
Saya tahu kemungkinan ada fobia mengenai pembuangan pekerja ketika kemelut RUM.
Sy ingin jelaskan...
1. Bukti bahawa pembuangan itu tidak sah... semua pemulihan telah dilakukan tanpa kehilangan atau kerugian 1 sen pun, pihak pengurusan KTMB memohon maaf atas apa yang berlaku.
2. Rally adalah sambutan Hari Pekerja, satu perhimpunan ahli-ahli RUM, ianya adalah sebahagian aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177)
3. Piket adalah aktiviti kesatuan sekerja yang dibenarkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177)
4. Ini periuk nasi semua pekerja KTMB, anda takut... anda sendiri yang memasukkan pasir dalam periuk nasi anda.
5. CA 8 sub board tolak... hanya dgn fakta kekuatan shj yg kita ada, kalau anda takut, lupakan pelarasan gaji atau kenaikan sebarang elaun, kerja mudah bagi RUM untuk bersetuju apa sahaja keputusan Board.
6. RUM tak de... anda semua tak kemana... dan anda rugi segala2nya... Buang sahaja CA je dalam tong sampah, masa tu anda tau... anda dimana?
7. Maka itu TURUN RALLY seberapa ramai yang mungkin dgn syarat anda tidak bekerja atau dalam tugas, nak sesuatu perlukan "PENGORBANAN".
8. RUM bagi JAMINAN tiada sebarang implikasi kepada mana-mana individu ahli RUM maupun pekerja yang menghadiri RALLY 21 MEI 2016. RALLY menolak RAC ambilalih Aset Keretapi dan Mengembalikan KTMB ke Sektor Awam.
9. Perlu disedari kenyataan SUARA RUM adalah kenyataan "BLACK & WHITE", setiap kenyataan RUM sebagai organisasi yang "SAH" dan DIIKITRAF".
10. Kenyataan RUM bukan cakap macam "pasar malam" atau cakap yang berunsur "fitnah" atau cakap berbentuk "khabar angin" atau cakap "kedai kopi". Semua kenyataan RUM bersandarkan peruntukkan undang-undang yang membenarkan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
26 April 2016
KEGELINCIRAN TREN
Bila berlaku kejadian tidak diingini (malang tidak berbau) seperti kegelinciran tren, maka peranan utama adalah 2 kumpulan pekerja, ada gred lain turut membantu iaitu:-
1. Breakdown Gang
2. Pekerja Urusan Jalan
3. Lain-lain gred pekerja
Kedua-dua ini memainkan peranan penting dalam memulihkan landasan dengan seberapa segera bagi memastikan tren boleh beroperasi semula.
Bagi pekerja Breakdown Gang mereka dipertanggungjawabkan untuk mengalih dan mengangkat jentera seperti koc, wagon dan lokomotif, kerja-kerja sebegini perlu kemahiran tinggi kerana risiko keselamatan yang tinggi.
Bagi pekerja Urusan Jalan mereka bekerja untuk membaikpulih mengikut specifikasi dan tahap keselamatan dipenuhi dengan seberapa segera.
Mereka akan berkampung ditempat kejadian (SPOT) sehingga semua kerja pemulihan landasan dibaikpulih sepenuhnya.
Pekerja akan bekerja siang, malam dengan cuaca yang panas dan adakala ketika hujan, kerja yang dilakukan sangat berat dari aspek fizikal, tanggungjawab ini dilakukan semata-mata demi kepentingan KTMB dan memastikan kelancaran perkhidmatan tren.
Terima kasih semua yang terlibat, RUM menghargai segala sumbangan bakti sebagai pekerja kepada KTMB.
RUM juga berharap Pihak Pengurusan KTMB menghargai semua pekerja ini, yang menjadi penggerak kelancaran perkhidmatan tren.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
PERASAAN PEKERJA SEMUA GRED SAMA Part 3
RUM amat memahami keluh kesah, rintihan pekerja, ada yang dinobatkan, ada yang merasa terpinggir, ada kala seperti dianak tiri, kadang-kadang terasa kecil hati, begitulah luahan individu pekerja.
Bagi RUM semua sama rata, tiada lebih tiada kurang, sama-sama memainkan peranan, sama-sama berganding bahu, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, semua gred adalah sama, sama penting, sama hebat, tiada lebih tiada kurang.
Naluri hati, kata hati begitulah, adakala tak kesah, ada kala redha, adakala aku dapat gaji pun cukup, itu pada mereka yang ambil mudah, pada mereka yang rasa terkilan kerana mereka bekerja sepenuh jiwa, justeru itu bersabarlah... mungkin hari ini kita tidak bernasib baik, siapa tahu esuk.
Namun dalam setiap perkara jangan berhenti berjuang, jangan sesekali berputus asa, tiada perasaan kecewa, kerana prinsipnya terus berusaha.. berusaha sehingga berjaya...
Bagi RUM bukan mudah untuk memuaskan hati semua individu mahupun gred yang ada, tambah dalam organisasi RUM terlalu banyak gred, ibarat ramainya anak, begitulah ragam anak-anak, katanya sini dimanja, sana pula tidak, persepsi memang sukar dielakkan...
Apa pun nawaitu.. perjuangan tidak pernah terhenti, sekali terhenti maka musnah segalanya, kerana bezanya antara MAJIKAN dan PEKERJA... SIAPA MAJIKAN, SIAPA PULA PEKERJA, ANDAI KESATUAN TIADA, PEKERJA ENTAH KEMANA....
Maka terus berjuang... berjuang.. sehingga tercapai apa yang dicita...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
KENYATAAN TERBUKA (MEDIA)
Adalah diingatkan bahawa mana-mana pekerja (khususnya ahli-ahli RUM) yang tertakluk dengan Prosedur Tindakan Tatatertib tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terbuka melalui sebarang media/facebook/komen atau memasukkan sebarang gambar yang boleh menjejaskan imej KTMB.
Sebarang kenyataan/komen/gambar kononnya berbentuk pujian namun secara langsung atau tidak langsung boleh menjatuhkan imej KTMB adalah dilarang sama sekali.
Pihak RUM mohon kerjasama pada semua pihak demi menjaga Imej KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
25 April 2016
TAHNIAH
RUM rakamkan ucapan TAHNIAH kepada Ybhg Dato' Sarbini Tijan Presiden KTMB, Encik Kholel Pengurus Besar Komuter, Jurutera-jurutera, semua pegawai kanan EMU dan khususnya pekerja-pekerja EMU yang berjaya 'RE-ENGINEERING set komuter (EMU)
Ini telah membuktikan bahawa warga KTMB mampu re-engineering set EMU, tiada alasan lagi mengatakan kerja-kerja engineering tidak mampu dilakukan, andai set SCS dan ETS di buat maintenance juga pekerja KTMB mampu lakukan, sayangnya set SCS dan ETS bukan sahaja tidak dibuat maintenace oleh KTMB malah pertukaran teknologi juga tidak dilakukan sebaliknya Syarikat dari pembekal dari negara China melakukan sendiri dengan 20% share dari malaysia yang majoriti pekerjanya dibawa negara China.
Paling mendukacitakan ketika zaman Mantan Presiden KTMB lebih dari 50 set EMU yang boleh re-engineering telah dijual sebagai besi buruk dengan nilai besi buruk.
Satu lagi kejayaan Ybhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB.
Tahniah warga EMU, anda telah membuktikan bahawa warga KTMB mampu lakukan. Teruskan usaha, kita tangkis semua anggapan buruk terhadap KTMB dan Warga KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
DOKUMEN SURAT/ PEKELILING & WARTA KERAJAAN 1992 PERBADANAN ASET KERETAPI
Di bawah ini dipetikkan kandungan surat yang akan dihantar hari ini kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia dan semua yang berkaitan dengan KTMB, antara fakta melalui dokumen yang tersimpan.
Tafsiran yang dibuat oleh RAC bercanggah dengan warta kerajaan dan pekeliling yang dikeluarkan pada tahun 1992, RAC telah membuat tafsiran menyimpang jauh lebih kepada "untung atas angin" terlupa bahawa kewujudan RAC hanya sebagai "pemegang amanah" dan bukannya berorientasikan "entiti perniagaan".
Masalah yang berlaku ialah bilamana pihak-pihak yang berkenaan baru "setahun jagung" kononnya mempunyai idea serba canggih tapi sebenarnya ibarat "tikus membaiki labu".
Dengan plan yang dilakukan oleh RAC maka implikasinya kepada seluruh warga KTMB, KTMB, rakyat Malaysia dan Imej Kerajaan Malaysia khususnya YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
SEMUA GRED SAMA KITA IBARAT KELUARGA Part 2
Semua GRED ADALAH SAMA, tiada beza, tiada kurang, tiada lebih, mereka semua dengan satu matlamat memajukan KTMB, dari peringkat atas sampai ke bawah, kita ibarat satu keluarga, kita adalah "warga KTMB".
KTMB dalam keadaan tenat, keadaan sengsara, hanya indah khabar dari rupa, netizen marahkan KTMB, katanya naik harga tambang perkhidmatan sama sahaja, itu kata mereka.
Apa yang sebenarnya mereka tidak tahu, tuduhan demi tuduhan terus bermaharajalela.
Cuma jangan kita antara kita bertelagah, memikirkan kepentingan diri, perkauman, kenegerian... itu umpamanya...
Anda tidak tau apa yang berlaku, anda hanya membawa persepsi, anda hanya mendengar sebelah pihak, tapi sebenarnya anda tidak mengetahui...
Fikirkan KTMB, fikirkan rakan umpama fikirkan jiran, malah ibarat satu ikatan persaudaraan, marilah kita bersatu padu, hari ni kita rasa selesa... maaf... esuk belum tahu...
Masih belum terlambat... kembali ke pangkal jalan... kerana hanya kita (warga KTMB) @ RUM mampu mempertahankan KTMB, dari tersembam dimuka bumi... tepuk dada tanya selera....
Selamatkan KTMB, Selamatkan Pekerja
Jangan lupa...
RALLY 21 MEI 2016
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
24 April 2016
SEMUA GRED SAMA
Sejujurnya RUM simpati dengan penyelenggara landasan, walaupun RUM berjaya upgrade mereka dari Penyelenggara Am ke Penyelenggara Landasan pada CA 2, tapi mereka masih bergaji rendah, gaji minima RM 900.00.
Ramai yang tidak pandang Penyelenggara Landasan, seolah-olah mereka dianaktirikan, seolah-olah mereka tidak memainkan peranan, seolah-olah pekerja di bawah definasi 3D tidak dipedulikan, kerana tanpa mereka... mungkin "tak gerak, tak makan".
Tanpa mereka tren tak berjalan, tanpa mereka risiko keselamatan landasan boleh menghakibatkan kegelinciran, tanpa mereka netizen merungut bagai nak rak...
Bayangkan tanpa mereka... malah setiap gred dan jawatan yang wujud dalam KTMB masing-masing memainkan peranan, tiada lebih, tiada kurang, tanpa mereka tren tetap tak jalan, tanpa mereka jajaran tren belum tentu selamat.
Terima kasih semua pekerja Urusan Jalan, terima kasih semua pekerja KTMB dalam apa jua gred yang berkhidmat dengan penuh taat setia kepada KTMB, semoga KTMB terus dihormati dan disegani.
Sayangi KTMB....
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
SIAPA RUM
Siapa RUM?
RUM adalah nama timang-timangan dan nama sebenarnya ialah Railwaymens Union of Malaya atau bahasa Malaysianya Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
Kenapa bahasakan diri RUM?
Sebab tulisan yang tertulis dalam Suara RUM mewakili Suara Ahli-Ahli RUM dan bukannya individu.
Maka itu setiap kenyataan atau keluhan yang tercatat dalam Suara RUM adalah suara ahli-ahli RUM, admin atau penulis Suara RUM bertanggungjawab menyuarakan rasa, perasaan ahli-ahli RUM, bertanggungjawab mengawasi PERATURAN KESATUAN (perlembagaan), hal ehwal pekerja, peruntukan CA, undang-undang yang berkaitan dan kepentingan KTMB.
Suara RUM adalah hak eksklusif Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB yang diluluskan oleh Persidangan Perwakilan dan mempunyai kekebalan (imuniti) selaras Akta Kesatuan Sekerja dalam menyuarakan hak ahli-ahlinya.
RUM adalah badan berkecuali yang tidak boleh diletakkan di bawah pengaruh majikan atau mana-mana pihak.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
RALLY HARI PEKERJA
TSHIRT UNTUK PESERTA RALLY 21.5.2016, (SABTU), SEMPENA HARI PEKERJA, DI PADANG SEKOLAH TAMIL, BANGSAR, KUALA LUMPUR.
SEMUA AHLI-AHLI RUM YANG TIDAK BEKERJA DIMINTA HADIR, BAGI LUAR LEMBAH KLANG, RUM MENYEDIAKAN BAS UNTUK KE KUALA LUMPUR. (Sila rujuk cawangan sdr/i)
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
Doakan kesembuhan utk saudara kita
Semoga sahabat kita Sdr Mohd Azmi Sulaiman Setiausaha Cawangan RUM Pklang cepat sembuh, sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Swt.
Beliau disyaki dijangkiti kuman pada hati, paru-paru dan pinggang.
Kini berada di Hospital Ampuan Rahimah Klang Wat ICU 5.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
22 April 2016
TINGGAL TULANG PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC)
RUM selalu menekankan mengenai nasib MAS, kerana ianya berlaku didepan mata, hanya bertindak setelah "nasi menjadi bubur" sehingga 6000 pekerja dibuang kerja. Banyak pihak yang menyokong majikan kononnya menyalahkan kesatuan sekerja MAS yang dikatakan kesatuan "meminta" (demand) atau faedah yang tinggi, tapi sebenarnya itu tidak, faedah yang diterima oleh pekerja MAS adalah rendah.
Cuma cara tindakan Kesatuan MAS perlahan menunggu "dah terantuk baru tergadah" atau "nasi dah jadi bubur", kerana situasi begini lebih menyakinkan pekerja bahawa kepimpinan kesatuan sekerja telah mengambil tindakan. (Maaf bukan nak menyalahkan kenalan kepimpinan Kesatuan Mas) tapi strategi begini adalah terlambat ibarat "strategi politik".
RUM telah dihubungi kenalan RUM dari kesatuan MAS meminta pandangan, RUM telah memberi pandangan dan teguran sebelum berlaku pembuangan 6000 pekerja, tapi itu pun dah terlambat, anggapan RUM seolah-olah strategi majikan MAS tidak dapat dihidu.
RUM lebih gemar mengunakan pendekatan "sediakan payung sebelum hujan", kerana RUM telah menghidu lebih awal dan RUM sedar bahawa langkah yang cuba dilakukan adalah tidak betul malah sekiranya mereka berjaya lakukan, mereka telah berjaya mengancurkan KTMB dan meletakkan KTMB 50 tahun kebelakang.
Ramai yang tidak sedar, malah mereka kini berada di "zon selesa", maka mereka ambil tidak endah, sikap berada di "zon selesa" dan "ambil mudah" boleh mendatangkan "bala" bukan sahaja kepada KTMB malah semua warga KTMB.
Wahai Warga KTMB bangkit dan sedarlah, sebelum "nasi menjadi bubur", samada suka atau tidak dengan "Railway Network Access Agreement" (RNAA) yang bakal diwujudkan menghakibatkan KTMB tinggal tulang!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
SUB LEMBAGA PENGARAH KTMB PERJANJIAN BERSAMA KE 8
Pihak RUM berharap SUB LEMBAGA PENGARAH KTMB memahami dan mengasihani pekerja-pekerja KTMB yang bergaji rendah.
Kita sentiasa berusaha untuk menjalinkan hubungan baik, kerana RUM tidak sesekali mahu wujudkan pergeseran apatah lagi pertikaian, al maklum Suara RUM mengganas demi kepentingan pekerja bukan eksekutif, maka marilah kita bersama-sama menjaga kepentingan KTMB dan kepentingan kumpulan pekerja yang bergaji rendah.
Jauhkanlah sesuatu yang tidak menyenangkan kami, kami hanya meminta menghargai usaha yang telah kami lakukan serta kami mahu faedah yang sama atau lebih baik dari penjawat awam dalilnya kami mendahului 10% + 2 mata gaji ketika pengswastaan.
Kerajaan telah menambahbaik skim perkhidmatan penjawat awam bermakna kami akan bertambah-tambah ketinggalan, kasihani kami yang jadi mangsa pengswastaan.
Justeru itu RUM bagi pihak kumpulan bukan eksekutif merayu pertimbangan sewajarnya melalui cadangan balas RUM pada 5.4.2016.
In Syaa Allah, kami golongan pekerja akan sangat-sangat berterima kasih sekiranya ini dapat dipenuhi.
In Syaa Allah kami akan terus berbakti kepada KTMB yang kami sayangi seterusnya berusaha bersama YB Dato Ir Haji Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, semua Lembaga Pengarah KTMB dan YBhg Dato Haji Sarbini Tijan, Presiden KTMB memacu KTMB kearah kecemerlangan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
21 April 2016
TINDAKAN UNDANG-UNDANG
Pihak RUM akan mengambil semua tindakan yang dibenarkan oleh undang-undang terhadap kenyataan Encik Saaban Bin Hamid yang telah mencampuri/memghina/memburukkan/menjejaskan imej Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
Tindakan ini sebagai satu pengajaran kepada beliau agar beliau memahami bahawa Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB adalah satu organisasi yang diiktiraf dan bukannya individu, tindakan undang-undang ini bagi memastikan bahawa beliau diambil tindakan sewajarnya.
Kenyataan beliau "berniat jahat" dengan sengaja melaga-lagakan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad serta cuba meracuni pemikiran pekerja-pekerja KTMB khususnya ahli-ahli RUM dengan dakyah yang berbentuk Fitnah.
Esuk satu lapuran polis akan dibuat terhadap Encik Saaban Bin Hamid melalui kenyataan yang dikeluarkan, malah bukti terbaru kenyataan beliau telah mengesahkan kenyataan beliau iaitu mencampuri/menghina/memburukkan/menjejaskan @ kondem imej Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB, di bawah ini disertakan kenyataan terbaru beliau.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
SURAT RASMI BERKELAKUAN YANG BOLEH MENJATUHKAN REPUTASI SYARIKAT.
Pihak RUM telah menghantar surat rasmi kepada GM TMOD sebentar tadi, RUM nak tenguk GM TMOD ni ambil tindakan atau tidak, sekiranya GM TMOD gagal mengambil tindakan maka GM TMOD didapati bersekongkol dengan membenarkan tertuduh "BERKELAKUAN MENJATUHKAN REPUTASI SYARIKAT" maka maka GM TMOD hendaklah diambil tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja.
RUM tidak akan "BERCOMPROMISE" mengenai perkara ini!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
KESABARAN ADA BATASNYA
Kesabaran kita ada batas, selagi boleh berlembut, kita berlembut, selagi kita boleh bersabar kita bersabar, selagi kita boleh mendiamkan diri, kita mendiamkan diri, tapi kalau dah melampau, maaflah sebab ianya dah melampaui batas.
Dalam Mesyuarat Exco semalam isu sebegini ada dibangkitkan oleh Exco, saya menasihatkan, mereka adalah kawan, lagi pun biarlah apa dia orang nak kata, sebab mereka hanya mampu provokasi dan menegakkan benang yang basah. Mereka tidak tau apa yang kita lakukan, biarlah mereka buat fitnah.
Tapi bila cuba merosakkan hubungan antara RUM dan Presiden KTMB ini melampau, sebab ianya boleh menimbulkan persepsi yang tidak sihat kepada pekerja malah boleh menjejaskan produktiviti dan imej KTMB.
Manusia ini, bila kita bergaduh dengan pengurusan KTMB, kata kita tak betul, bila hubungan kita baik, kata takut, apa yang betul pada mereka ini, saya sendiri tidak faham.
Mereka tidak faham apa itu "KEHARMONIAN PERUSAHAAN?" mereka tidak faham apa itu "MEJA PERUNDINGAN", mereka itu tidak faham apa itu "TUTUP PINTU".
Kalau ini... mereka tidak faham, lebih baik tutup mulut, nanti malu! Jangan malukan diri sendiri dengan menunjukkan kurang pengetahuan atau menunjukkan kebodohan!
Sedari "KESABARAN ADA BATASAN!"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
PROVOKASI
Satu kenyataan "berniat jahat" bila tidak mengetahui peruntukan peraturan, CA serta tidak memahami peruntukan undang-undang dan tidak mengetahui apa yang telah lakukan oleh RUM dalam sudut perbincangan dengan pengurusan serta analisis melalui peruntukan peraturan, CA, tidak mengetahui sebarang perbincangan dan keputusan Jawatankuasa Kerja dan Majlis Eksekutif. Fitnah yang jahat!
Provokasi ini juga berhasrat untuk melagakan RUM dan KTMB khususnya dengan YBhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB.
RUM berharap pihak Pengurusan KTMB mengambil tindakan tatatertib kepada individu ini yang cuba memecahbelahkan keharmonian perusahaan disamping menjejaskan imej KTMB melalui komen dalam media sosial.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
20 April 2016
BOLEHKAH SAYA/KITA BERSETUJU? MESYUARAT EXCO 20.4.2016 AKAN BUAT DECISION
Ikut maklumat yang diterima Individu Penjawat Awam meminta RUM & SOA bersetuju dengan idea pengambilan aset keretapi oleh Perbadanan Aset Keretapi.
Sejujurnya, saya sendiri telah diminta bersetuju oleh Pihak Tertinggi MoT untuk menerima idea ini melalui pertemuan peribadi sebagai kenalan baik, namun saya tidak memberi jawapan balas, sebaliknya saya menukar topik perbualan.
Saya maklumkan kepada Jawatankuasa Kerja RUM, kerana saya tidak mempunyai kata putus dalam membuat keputusan, Jawatankuasa RUM telah mengambil ketetapan untuk menolak usaha ini, selaku Presiden RUM saya juga bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Kerja RUM.
Saya mampu mendiamkan diri, saya mampu untuk menyorokkan cerita ini, biarlah apa pun berlaku, itu bukan masalah saya, saya bila-bila boleh ambil "bersara pilihan atau option" (seperti kata banyak pihak aku bila-bila boleh ambil option), tapi mampukah saya buat begitu, hancurnya KTMB didepan mata saya, nasib ahli-ahli RUM entah kemana.
TIDAK.. saya tak mampu membenarkan, melihat kehancuran ini, betapa sakitnya hati, bila ada pihak yang merancang sebegini rupa, malah secara peribadi saya tau hasrat mereka, kini saya bersama kepimpinan RUM akan berjuang abis-abisan, In Syaa Allah.. Mesyuarat Exco Khas akan diadakan hari ini 20.4.2016, turut hadir semua Pengerus/Setiausaha Cawangan, keputusan selanjutnya terserah kepada Majlis Exco, selaku Presiden RUM, saya akur dengan setiap keputusan, andai keputusan itu mengistiharkan "PERANG" saya sedia berperang sehingga ketitisan darah yang terakhir, andai keputusan sebaliknya, saya akan akur, kerana keputusan mutlak adalah keputusan Majlis Eksekutif.
Saya tak reti nak bercakap belakang, kenyataannya berdasarkan fakta, bukan dengar dan terus percaya, buatlah kaji selidik, jangan fikir untuk hari ini sahaja, fikirlah untuk esuk, tahun depan atau 5 hingga 10 tahun akan datang, malah mereka yang berkata itu belum tentu ada kerja sekiranya semua ini menjadi kenyataan, tambah-tambah jantung KTMB iaitu OMC, masa tu dongak dagu ler... melopong... lepas tu nak kata apa pula... macam tipu semua orang sebelum kemelut... adeiiiii... owh... tak pe... saya nak ambil option... janganlah penting diri sendiri... fikirkan... ramai lagi yang nak kerja puluhan tahun... fikirlah untuk generasi baru... fikirlah untuk KTMB yang puluhan tahun bagi kita rezeki...
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
19 April 2016
RALLY SEMPENA HARI PEKERJA (PERHIMPUNAN AHLI-AHLI RUM)
RALLY SEMPENA HARI PEKERJA
(PERHIMPUNAN AHLI-AHLI RUM)
TUJUAN.
1.MENGEMBALIKAN KTMB KE SEKTOR AWAM
2.MENGHENTIKAN HASRAT RAC MENGAMBILALIH ASET KTMB.
3.MEMBUBARKAN RAC SERTA MENGEMBALIKAN ASET KERETAPI KEPADA KTMB ATAU KEPADA KEMENTERIAN KEWANGAN.
Pada : 21 Mei 2016 (SABTU)
Tempat : Padang Sekolah Tamil, Bangsar Utama, Kuala Lumpur
Jam : 9.00 pagi
PENGUCAP (SPEAKERS)
1. Abdul Razak Bin Md Hassan
Presiden RUM
2. Dr. Ibrahim Bin Abdul Aziz
Presiden SOA
3. YBhg Muhammad Bin Abas
Mantan Presiden RUM/Cuepacs
4. Sdr Solomon
Setiausaha Agung
WFTU Malaysian Chapter
5. Sdr Gopal
Setiausaha Agung
MTUC
6. YBhg Tan Sri Zainal Rampak
Setiausaha Agung
ITF Malaysia
7. YBhg Tuan Haji Shafiee BP Mammal
Presiden
Uni - Malaysia
8. Dalam usaha menjemput Setiausaha Agung ITF Regional Asia Pasific berpengkalan di New Zealand dan Setiausaha Agung Regional Asia Pacific berpengkalan di India.
Semua ahli-ahli RUM yang tidak bekerja pada hari berkenaan tolong booking date untuk sama-sama berhimpun Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
PERBEZAAN
'Lihatlah perbezaan kerja antara kerja pemantauan dengan pekerja KTMB, antara yang hanya memantau dengan yang nak menyelamatkan netizen dari sudut keselamatan.
Kerja mudah yang telah dilakukan oleh pekerja KTMB satu ketika dulu malah sebahagian dari punca pendapatan KTMB, kini dilakukan oleh RAC.
RUM dengan tegas menyatakan kewujudan RAC adalah satu "PEMBAZIRAN KOS" bila Perbadanan Aset Keretapi (RAC) diwujudkan melalui Pindaan Akta Keretapi 1991.
KTMB untuk NETIZEN
RAC untuk SIAPA?
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
SEDIH/ANAK TIRI THIS IS KTMB
Ramai pihak mahupun segelintir Lembaga Pengarah KTMB masih tidak memahami peranan KTMB serta pekerjaan pekerja KTMB.
RUM telah berhempaspulas berusaha menerangkan pekerjaan pekerja KTMB, beban dan tanggungjawab mereka, tapi mereka seolah-olah lebih melihat kepada "kewangan", tak dinafikan kewangan penting, namun mana lebih penting antara "kewangan" dengan "netizen"? lupakan mereka kepada "SUARA NETIZEN"?
"SUARA NETIZEN" sangat penting! kerana "KTMB adalah PERKHIDMATAN SOSIAL", maka "NETIZEN" berhak marah kerana mereka perlu perkhidmatan yang baik, selesa dan selamat.
Kementerian Pengangkutan seolah-olah memandang sepi juga, bila mencadangkan pengambilalihan aset keretapi kononnya "DEMI KEMAJUAN INDUSTRI KERETAPI NEGARA", tidak memandang secara dalaman mengapa dan dimana puncanya, pada RUM setiap yang berlaku perlu mengenai pasti puncanya maka dari situ kita mampu atasi setiap kelemahan yang ada, mereka hanya sekadar "mahu untung atas angin" tanpa memperdulikan "SUARA NETIZEN".
Kementerian Kewangan pula tidak membantu "MENYUNTIK KEWANGAN" sehingga KTMB terumbang ambing bila "cash flow" nipis... apa yang ada itu sahaja yang diguna.... mereka lebih nampak "PRASARANA" maka itu "PRASARANA" mampu mendapat suntikan RM 600juta untuk menampung kos perbelanjaan tahunan. Sedangkan keperluan tambahan perbelanjaan tahunan KTMB kurang lebih RM 300juta.
Kerugian Prasarana dalam tempoh 20 tahun kurang lebih RM 20B manakala kerugian KTMB semenjak 1948 RM 2.8B - RM 3 B. Fikirlah...
Pekerja KTMB adalah wakil kerajaan, kegagalan pekerja KTMB secara langsung menjejaskan imej kerajaan, maka disini perlu dilihat bagaimana ianya perlu ditingkatkan bagi memuaskan hati netizen.
Pekerja KTMB bergaji rendah, harapan bergantung kepada Perjanjian Bersama, tapi Sub Board Lembaga Pengarah pula tidak melihat ini semua maka pekerja KTMB bukan sahaja tidak dinilai kerjanya, malah rasa terpinggir ibarat anak tiri.
Inilah nasib kami...
Kiri kena, kanan pun kena..
Almaklumkan kami..
KTMB & PEKERJA adalah ANAK TIRI...
Namun kami bangga sebagai Pekerja KTMB, khidmat bakti kami tidak kira masa akan kami curahkan demi KTMB yang kami sayangi.
Kami merayu kepada Lembaga Pengarah KTMB (bukan semua, ada juga yang memahami), Kementerian Pengangkutan dan Penjawat Awam Kementerian Kewangan tolonglah ikhlas bantu KTMB demi....
Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
Cc
YB Dato Ir Nawawi Ahmad
Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB
YBhg Dato Haji Sarbini Tijan
Presiden KTMB
RUNGUTAN NETIZEN
Gambar di bawah ini menunjukkan pekerja bertungkus lumus siapkan masalah teknikal, sehingga jam 12.55pagi ini, semenjak kelewatan tren berlaku pagi 18.4.2016.
Keselamatan dan nyawa netizen menjadi tanggungjawab KTMB, kerana itu sedikit kelewatan berlaku tanpa disengajakan.
Tidak salahkan netizen kerana mereka tidak tahu apa yang terjadi, demi keselamatan dan nyawa netizen sedikit ganguan terjadi.
Terima kasih semua warga KTMB yang bertungkuslumus memperbaiki masalah teknikal yang berlaku, kepada Lembaga Pengarah KTMB, lihat gambar ini, fahami mereka bekerja tidak kira panas, hujah sehingga kelelahan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
18 April 2016
HENTIKAN IDEA PENGAMBILAN ASET KERETAPI TO: INDIVIDU PENJAWAT AWAM MoT PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) Akhir
RUM menaruh harapan yang tinggi kepada Individu Penjawat Awam MoT agar menghentikan hasrat ingin mengambil aset KTMB serta mewujudkan idea yang boleh memusnahkan KTMB.
RUM tidak mahu perkara ini terjadi, sehingga melibatkan tindakan perusahaan diambil, malah mengharapkan MoT mencari penyelesaian yang lebih baik seterusnya bersama pengurusan KTMB memacu KTMB ke arah sebuah industri perkeretapian yang maju kalau tidak didunia tapi mungkin di Asia Pacifik.
Banyak langkah yang boleh diambil demi memberi perkhidmatan yang baik kerana rakyat marhaen menagih sebuah perkhidmatan yang murah, selesa dan selamat, mereka akan gembira kalau ini berjaya dilakukan.
Bantu KTMB bukan sahaja dari sudut menyediakan jentera yang berkualiti, faciliti yang baik malah bersama memastikan KTMB yang sudah 135 tahun lebih luas skop perkhidmatannya malah melampaui bidang pembuatan.
Kita yakin bahawa kerajaan sangat prihatin dengan kehendak rakyat, maka itu idea-idea yang baik boleh dipelopori asalkan setiap penyumbang idea itu ikhlas demi memajukan industri perkeretapian, kerana hasrat ini walaupun cabarannya besar tapi tidak mustahil dengan kemahiran yang ada dicampur dengan percambahan teknologi luar maka industri perkeretapian mampu berkembang dengan pesat bukan sahaja di dalam negara tapi diluar negara.
"Think positif" tiada yang mustahil, andai kita mahu jadikan negara kita satu langkah kedepan, Kementerian Pengangkutan (MoT) sebagai badan yang bertanggungjawan dengan "operasi" mampu melakukan dan RUM yakin KTMB bersedia melaksanakan.
Justeru itu hentikanlah pengambilan aset, maju setapak lagi bagi menjadikan KTMB yang telah 135 tahun sebagai pemangkin industri keretapi di negara ini.
Kalau negara China mampu melakukan (walaupun gred kualiti kurang dari negara eropah) tak mustahil KTMB mewakili Malaysia mampu melakukan malah mengatasi kebolehan Negara China.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
CC
YB Dato Ir Nawawi Ahmad
Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB
YBhg Dato Haji Sarbini Tijan
Presiden KTMB
BUKTI KEMARAHAN PENUMPANG TERHADAP KTMB, ADAKAH KTMB JUGA DIPERSALAHKAN? TO: INDIVIDU PENJAWAT AWAM MoT PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) Part 5
Inilah nasib KTMB, RUM tidak menyalahkan penumpang (nitizen) dalam hal ini yang menyalahkan KTMB, kerana mereka tidak tau "punca" kenapa berlaku begini.
Demi "keselamatan" penumpang maka berlakulah "kelewatan" disebabkan masalah teknikal.
Seperti biasa, RUM lebih fokus kepada "PUNCA" tapi tidak boleh highlight secara umum, namun RUM yakin Individu Penjawat Awam MoT menyedari "PUNCANYA", dan seperti kebiasaan KTMB jadi "KAMBING HITAM!"
Walaubagaimanapun proses Klang Valley Double Track (KVDT) baru bergerak, In Syaa Allah semua akan dapat diatasi dalam tempoh 2-5 tahun akan datang.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
PEMIKIR DILUAR KOTAK TO: INDIVIDU PENJAWAT AWAM MoT PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) Part 4
Alangkah bijaknya bila Individu Penjawat Awam MoT cuba@usaha membantu YBhg Dato Sarbini Tijan Presiden KTMB dan YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dalam memberi penekanan terhadap Plan Transformasi KTMB, malah melalui platform beliau di MoT menekankan apa yang terkandung dalam Plan Transformasi disegerakan serta menambahbaik idea Plan Transformasi KTMB dengan mengembangkan KTMB melalui hasrat "DEMI KEMAJUAN INDUSTRI KERETAPI NEGARA" dengan menjadikan Negara China sebagai Pemangkin atau Idola yang mampu membuat Industri Perkeretapiannya bersaing dengan negara-negara Eropah.
Sekiranya ini beliau lakukan semua kesilapan lampau yang mengswastakan KTMB dapat diperbetulkan, kerana melalui kuasa yang beliau ada mampu mempengaruhi pihak atasannya bahawa KTMB boleh menjadi sebuah syarikat bukan sahaja operator tetapi mampu mengeluarkan jentera keretapi.
Pemikiran diluar kotak mampu menjadikan KTMB sebagai sebuah syarikat yang menjadi negara pengeluar jentera keretapi, inilah sepatutnya dimainkan oleh Individu Penjawat Awam MoT, tak mungkin mereka tiada golongan "PEMIKIR" @ CENDIKIAWAN" untuk melontarkan idea yang melampaui bagi menjadikan KTMB @ Malaysia pengeluar jentera keretapi dari mewujudkan operator-operator baru melalui cedukan cetusan idea RUM, sedangkan idea penambahbaikan idea RUM melalui MoT bersama RAC yang diwujudkan boleh dianggap idea yang terkebelakang dan merugikan Industri Keretapi Negara.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB
JIWA KERETAPI TO: INDIVIDU PENJAWAT AWAM MoT PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) Part 3
Encik Afzar Pengurus Besar Korporat memang tiada jiwa keretapi, beliau hanya hadir selepas KTMB di swastakan, beliau juga antara yang menjadi dalang dalam pembuangan kerja Presiden dan 96 pemimpin dan ahli RUM dalam kemelut RUM.
RUM memang tidak percaya dengan beliau, tiba-tiba terlihat wajahnya dalam gambar bersama dengan RAC mewakili KTMB, rasa terbakar, teori RUM bahawa beliau pasti akan mengikut kehendak RAC, kononnya nak menyelamatkan KTMB, RUM tak tau nak cakap apa, tapi dari mesej yang diterima oleh RUM, cukup menyakitkan hati.
Wahai ahli-ahli RUM dan semua warga KTMB yang mempunyai jiwa keretapi, andai kita tidak pertahankan KTMB, bukan saya, bukan pemimpin RUM, tapi ANDA semua belum tentu selamat, kepimpinan RUM sedaya upaya akan bangkit melawan, sekiranya ANDA masih berpeluk tubuh, jangan menyesal satu hari nanti, ketika itu "JANGAN SALAHKAN RUM!"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
TO: INDIVIDU PENJAWAT AWAM MoT PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) Part 2.
Cuba baca mesej pekerja yang dipaparkan di bawah ini, pernah ke Individu Penjawat Awam ini tau tentang peranan pekerja KTMB, mengenai rungutan penumpang (rakyat)..., apa maksudnya? Maksudnya peruntukkan yang kerajaan berikan adalah untuk rakyat, KTMB hanya pelaksana, pekerja KTMB adalah wakil kepada kerajaan.
Apa pulak peranan Individu Penjawat Awan berkenaan untuk menyelesaikan masalah seperti keluhan pekerja di bawah ini? atau hanya menyalahkan pengurusan KTMB/pekerja atau membantu dengan cara:-
"DEMI KEMAJUAN INDUSTRI KERETAPI NEGARA", kami akan membantu KTMB dengan meminta RAC mengambilalih semua aset-aset selaras dengan Pindaan Akta Keretapi 1991"
Adeiiiii... kalau inilah cara nak bantu KTMB, anda telah menjejaskan nama baik Kerajaan Malaysia yang anda juga telah diberi upah berserta amanah untuk menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab, berdedikasi serta patuh syarat-syarat perkhidmatan awam, sumpah kepada Raja dan Negara.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
17 April 2016
TO: INDIVIDU PENJAWAT AWAM MoT PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC)
Inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh Penjawat Awam MoT... "TANPA BANTUAN KERAJAAN DIMANA KTMB... BERSYUKURLAH", maklumat ini diterima oleh RUM.
PERSOALANNYA?
Bantuan kerajaan untuk siapa?
Adakah untuk KTMB semata-mata?
Banyak lagi individu Penjawat Awam ini nak belajar rupanya... adeiiii..
JAWAPANNYA
KTMB untuk RAKYAT
Pekerja KTMB menjalankan perkhidmatan sosial dengan "gaji ciput", sebagai wakil kerajaan memberi perkhidmatan yang baik dan selamat seperti motto KTMB iaitu "MERAKYATKAN KTMB"
Nak ke RUM tafsirkan apa tu "MERAKYATKAN KTMB?", eh... tak payahlah... andakan mempunyai jawatan tertinggi sebagai Individu Penjawat Awam MoT pasti anda lagi bijak mentafsirkan dari kami golongan kurang terperlajar.
RUM tetap bertegas bahawa perancangan yang dibuat oleh RAC bukan niat nak membantu KTMB tapi nak mengancurkan KTMB.
RUM berhujah berdasarkan fakta dan hujah, kalau tiada fakta dan hujah, RUM pun lari malam, kalau berjaya patahkan hujah RUM, RUM bersedia dan akur dengan kehendak RAC maupun Kementerian Pengangkutan.
Justeru itu dengan lapang dada Individu Penjawat Awam berkenaan boleh menghubungi RUM bila-bila masa atau melalui Encik Afzar Zakaria, Pengurus Besar Transformasi KTMB atau Puan Normah Jabatan Hartanah untuk mengadakan perbincangan umum @ terbuka atau debat bila-bila masa, RUM bersedia menurunkan Belia RUM untuk tujuan tersebut.
THIS IS RAILWAYMENS UNION OF MALAYA
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB
16 April 2016
DEMI KEMAJUAN INDUSTRI KERETAPI NEGARA PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Cukup "GAH", Cukup HEBAT"... bunyinya...
Orang baca...
Orang dengar...
Amboiiiii...
Terbaiklah...
Awat selama RAC di wujudkan idea ni tak de...
Mana pi "PEMEGANG AMANAH"
Depa ni tau ke apa dia "PEMEGANG AMANAH" atau terlupa kot...
Pegawai KTMB dari Hartanah pernah menyatakan "saya ikut arahan" untuk menyediakan dokumen secara "legal" untuk mengemaskini aset -aset yang akan diserahkan kepada RAC dalam Mesyuarat Majlis Bersama Pusat tahun lepas.
Dalam Bengkel antara RAC & KTMB ada gambar siapa yang terlibat malah dipengerusikan oleh Timbalan KSU MoT yang juga Lembaga Pengarah KTMB... RUM tak nak komen... tapi Timbalan KSU MoT adalah antara yang lama menduduki kerusi Lembaga Pengarah KTMB turut berada dalam "presentation RUM" kepada Lembaga Pengarah KTMB mengenai "MULTIPLE OPERATOR" ketika itu di Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB ialah Ybhg Dato Seri Ir Mohd Zin.
RUM hairan apakah tiada lagi "kejujuran"? Tiada lagikah yang sayangkan KTMB? apakah mereka hanya memikirkan sesuatu yang boleh menghapuskan KTMB? Kononnya mengunakan ayat "Demi Kemajuan Industri Keretapi Negara? Adakah RUM percaya dengan ayat sedemikian? Tidakkah mereka berfikir bagaimana nak mengembangkan KTMB setelah 135 tahun wujud dalam negara ini?
Adeiiiiii....
Negara lain... pergilah lihat.. pergilah tenguk... apa yang mereka lakukan... anda semua minat dengan CHINA kan... pergi tenguk Industri mereka... walaupun CHINA kurang berkualiti dari produknya... tapi bagaimana mereka mengembangkan Industri Perkeretapian, pergilah yang paling dekat... kalau CHINA itu jauh... INDONESIA... THAILAND... ahhh.... jauh sikit INDIA...
Kementerian Pengangkutan... tolong bangkit sikit dari tidur.... UTAMAKAN KEPENTINGAN NEGARA!
adeiiiiiii.... letih tenguk... perancangan karut marut ni....
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
APA YANG TERSIRAT?
Inilah perancangan yang sedang dilakukan, kononnya "DEMI KEMAJUAN INDUSTRI KERETAPI NEGARA".
Mengikut maklumat yang diterima, sekiranya perancangan ini berjaya, berkemungkinan ianya akan dilaksanakan selepas 6 bulan dari Bengkel ini.
RUM ingin tegaskan pelaksanaan ini diceduk dari idea RUM iaitu "MULTIPLE OPERATOR", kemudiannya diolah dijadikan idea MoT, seterusnya diimplimentasikan oleh RAC, idea cetusan RUM dibuat untuk kepentingan KTMB sebagai sumber pendapatan KTMB, sebaliknya RAC sebagai "PEMEGANG AMANAH" kononnya "menambahbaik" menjadikan RAC entiti perniagaan dengan mengambil hasil KTMB. RUM tetap berpendirian RAC hanya sekadar "UNTUNG ATAS ANGIN"!
Paling mendukacitakan "OMC" jantung KTMB bakal diambil alih oleh RAC, itu jam... KTMB bersaing dengan operator lain, andai 3 operator yang mengunakan landasan keretapi, maka KTMB hanya operator "picisan".
Apa akan terjadi bila KTMB hanya "operator picisan"?
KTMB akan terkubur.... demi masa......
"Wait n See"
Sedarlah... sedarlah... sedarlah...
Sebelum "NASI JADI BUBUR".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
15 April 2016
MEMORANDUM PERSETUJUAN PEMULIHAN JAWATAN (KEMELUT RUM)
Andai PERJANJIAN PEMULIHAN JAWATAN masih berkuatkuasa, Mantan Presiden KTMB masih menerajui KTMB, maka RUM hari ini ibarat "LEMBU DICUCUK HIDUNG" @ (YELLOW UNION).
Saya selaku Presiden RUM terpaksa berjuang di Mahkamah untuk memulihkan jawatan dan menarik balik "MEMORANDUM PERSETUJUAN PEMULIHAN JAWATAN" yang kita sedar ianya memakan masa 3-5 tahun, kemungkinan saya juga telah "DIPECAT" dari Presiden RUM, sedangkan peruntukkan Akta Kesatuan Sekerja membenarkan Pemimpin yang dibuang kerja di bawah pertikaian terus menerajui Kesatuan Sekerja sehingga keputusan Mahkamah dikeluarkan.
Kini cabaran datang lagi, isu RAC menjadi "ISU MENCABAR", andai RUM masih di bawah kemelut, maka SUARA RUM hari ini "LUMPUH!". Semua perancangan "RAC" akan menjadi "MUDAH", tiada halangan!
Hari ini kemelut telah selesai, perjanjian telah ditarik balik, kemaafan kepada RUM oleh pihak pengurusan KTMB atas apa yang terjadi, Syukur Alhamdulillah.
Terima kasih YAB DATO' SERI HAJI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA yang merestui perlantikan YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan sebagai Presiden KTMB serta merestui semua pemulihan kemelut ini.
Tidak pernah lupa, "BARISAN TERAKHIR RUM" anda "PEJUANG HEBAT".
RUM terus berdiri "GAH" mampu "BERSUARA" menuntut hak melalui "PERJANJIAN BERSAMA", mempertahankan KTMB, berjuang mengembalikan "ASET" (RAC) menjadi hak KTMB, malah berjuang mengembalikan KTMB ke Sektor Awam.
RUM terus bangkit tanpa rasa gentar dan takut, mempertahankan KTMB dan Pekerja dari mereka yang cuba mengancurkan KTMB, RUM dan pekerja. Perjuangan tidak akan pernah terhenti, selagi RUM sebagai sebuah organisasi kesatuan sekerja wujud di negara ini.
"THIS IS RAILWAYMENS UNION OF MALAYA"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
PRASARANA VS KTMB
Kalau bandingkan kerugian KTMB dangan PRASARANA... adeiii.. Prasarana lagi teruk, sedangkan hutang KTMB terkumpul keseluruhannya sebelum pengswastaan lagi lebih kurang 2.8 B, Prasarana bila dilahirkan iya?, tetapi KTMB tetap dijadikan "ANAK TIRI" malah "KAMBING HITAM" oleh pihak - pihak tertentu, kononnya KTMB tak pandai meniaga...
Alasan...poorahhhh....
Adeiiiii... Pengurusan KTMB sememangnya tak mampu bersuara, sebab terikat dengan syarat-syarat tertentu, tapi RUM "badan berkecuali" tau... so hati-hati dengan RAILWAYMENS UNION OF MALAYA"!
Pihak-pihak luar sana... RUM nak pesan... usik KTMB maknanya usik RUM!
ADA FAHAM!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
14 April 2016
PEMEGANG AMANAH PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC)
Kewujudan RAC pada tafsiran RUM adalah hanya sebagai "PEMEGANG AMANAH" harta atau aset KTMB sahaja.
Kewujudannya tidak untuk menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi mencari pendapatan @ keuntungan (profitable), ianya sebagai sebuah entiti yang diberi amanah bagi pihak kerajaan sebagai menjaga kepentingan aset KTMB supaya tidak berlaku penyalahgunaan.
Sebaliknya hari ini, RAC telah menyalahtafsir atau meluaskan skop tafsiran kononnya semua harta @ aset KTMB dimiliki dan dibolehkan menjana pendapatan melalui usaha pengambilalihan semua aset KTMB kemudian menyewa/pajak/ jual dll kepada mana-mana pihak termasuk KTMB.
Justeru itu RUM telah melihat ianya satu "kegagalan" RAC melalui dasar atau di bawah pindaan Akta Keretapi 1991, peranan yang dimainkan tidak menepati tafsiran yang sebenar sehingga berniat meruntuhkan KTMB sebagai khazanah negara untuk kepentingan rakyat.
Justeru itu RUM bertegas bahawa RAC hendaklah "DIBUBARKAN" dikembalikan hak/pemilik sebenar iaitu KTMB, demi SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
13 April 2016
MANA SATU SIKAP KITA?
Mana lebih baik?
1. "Sediakan payung sebelum hujan"
Baru bertindak...?
Atau
2. "Sudah terantuk, baru nak tergadah"
Baru bertindak...?
"Sediakan Payung Sebelum Hujan"
Biasanya sikap seperti ini cepat sedar, pantas berfikir dan terus bertindak kerana sedar bahawa setiap perkara sepatutnya ialah cuba berhati-hati dan berusaha jangan sesuatu terjadi, kerana ianya boleh memulihkan keadaan dari sesuatu kejadian yang tidak diingini.
"Sudah Terantuk, Baru Tergadah"
Biasanya sikap seperti ini bila dah terjadi baru nak sedar atau marah maka baru bertindak... tapi dah terlambat @ "nasi dah jadi bubur", air mata darah keluar pun, tak mampu memulihkan keadaan, kata orang "redhalah". Kebiasaannya sikap sebegini juga tidak akan menyalahkan diri sendiri, tapi akan menyalahkan pihak lain, tapi terlupa "PUNCANYA" ialah "tak ambil "pot" (peduli) atau "ambil mudah" atau "rasa selesa" atau mungkin "penting diri sendiri".
Apa pun semuanya terserah..
"TEPUK DADA TANYA SELERA"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
11 April 2016
KAJI SELIDIK (JAWAPAN) PERJANJIAN BERSAMA 8 ANDAI BOARD TAK SETUJU!
(Kenyataan ini hanya untuk Lembaga Pengarah yang tertentu, bukan semua)
Menilai kepada jawapan balas lebih kurang 98% menyatakan "C"
C. Kita marah pada LEMBAGA PENGARAH KTMB dan suruh LEMBAGA PENGARAH KTMB buat kerja kita, kerana mungkin selama ini kita tak buat kerja...
Manakala yang selebihnya memilih "A", ada juga tak memberi jawapan, ada juga yang tiada jawapan dalam "A", "B" n "C", yang tiada jawapan, ada jawapan yang tersendiri, RUM tidak mahu komen.
Bagi yang bersetuju dengan "A"
A. Kita akur, terima @ redha
RUM beranggapan mereka jenis tidak kesah, kerana "GAJI" mereka cukup atau mungkin mereka telah menerima "GAJI BESAR" atau " ADA KERJA LUAR, WANG DAH BERLEBIHAN" atau pun jawapan mereka sendiri boleh jawab.
98% adalah mereka yang akan "MARAH!" dengan "LEMBAGA PENGARAH" kerana mereka sedar bahawa kedar upah yang diterima adalah "KECIL" dengan tanggungjawab yang diberikan disamping "KOS SARA HIDUP" yang "TINGGI".
Bayangkan, tiada sebarang kenaikan dalam CA 8, mudah cakap:-
"LEMBAGA PENGARAH BUKAN BEKERJA TENGAH PANAS, KERJA DALAM AIRCOND, KERJA 2-3 JAM SEKALI MEETING DAPAT IMBUHAN RM 1000.00".
Inilah "MASALAH" bila orang dah "DUK ATAS" tak nak menyelami pekerja "YANG BERGAJI KECIL"!
JAWAPAN "KTMB TIADA DUIT"
RUM belum berhasrat untuk mengolah "KTMB TIADA DUIT", tapi kenyataan RUM di bawah topik:-
"PERBADANAN ASET KERETAPI
SALAH TUN MAHATHIR MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI, MALAYSIA" bertarikh 6.4.2016 dalam SUARA RUM, telah menjelaskan sedikit.
RUM boleh menulis lagi, tapi mohon jangan memaksa RUM menulis, nanti "LEMBAGA PENGARAH MALU".
RUM juga ingin tekankan bahawa RUM akan bantu cara RUM untuk KTMB dapat tambahan pendapatan malah suntikan kewangan, maknanya RUM tetap tolong KTMB sebab RUM tolong KTMB demi "KEPENTINGAN PEKERJA", bukan sekadar "PANDAI MEMINTA" seperti "LEMBAGA PENGARAH" yang kerja 2-3 jam lepas tu buat "DECISION" lepas tu "CLAIM".
Kebelakangan ni RUM dah usik sedikit, tapi macam kenyataan yang lepas, RUM telah katakan RUM lebih pentingkan hubungan "KEHARMONIAN PERUSAHAAN" sama-samalah kita jaga.
Jangan "TEST RUM", RUM boleh jadi "GILA" bila hasrat atau kehendak pekerja tidak dipenuhi.
RUM yakin YB Dato Ir Nawawi Ahmad dan YBhg Dato' Sarbini Tijan amat memahami kerana kedua-dua ini selalu mendampingi pekerja, RUM menaruh harapan agar kedua-dua peneraju KTMB dapat menyakinkan "LEMBAGA PENGARAH" yang lain, semoga dan harapan seperti apa yang diputuskan antara "PANEL PERUNDINGAN KTMB DAN RUM" dalam perundingan terbaru pada 5.4.2016 diterima oleh semua Lembaga Pengarah.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
10 April 2016
KAJI SELIDIK PERJANJIAN BERSAMA 8 ANDAI BOARD TAK SETUJU!
RUM dah melahirkan kenyataan bahawa kenaikan pelarasan gaji melalui Perjanjian Bersama ke 8 ialah Gaji Minima RM 1200.00 dan Pelarasan Gaji 13% berdasarkan persetujuan bersama antara Panel Perundingan Pengurusan KTMB & Panel Perundingan RUM.
ANDAI LEMBAGA PENGARAH (BOARD) TAK SETUJU DAN MENCADANGKAN TIADA SEBARANG KENAIKAN DALAM PERJANJIAN BERSAMA KE 8, LEMBAGA PENGARAH MENCADANGKAN TERUS GUNAPAKAI CA 7 (TIADA SEBARANG KENAIKAN CA8)
APA JAWAPAN SDR/I
a) Kita akur, terima @ redha
b) Kita marah pada RUM
c) Kita marah pada LEMBAGA PENGARAH KTMB dan suruh LEMBAGA PENGARAH KTMB buat kerja kita, kerana mungkin selama ini kita tak buat kerja...
Ada 3 jawapan iaitu a, b & c..
Sila kemukakan jawapan sdr/i bagi menilai keperluan dan tindakan RUM sekiranya berlaku.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
09 April 2016
KUARTERS KTMB (PERBADANAN ASET KERETAPI)
Kuarters KTMB juga adalah milik Perbadanan Aset Keretapi(RAC) kini keistimewaan yang diterima oleh pekerja KTMB menyewa Kuarters KTMB sangat murah, lebih murah dari PPR yang diuruskan oleh Bandaraya.
Kuarters KTMB diwujudkan semenjak zaman British lagi, kewujudan kuarters ini bagi tujuan memberi keselesaan kepada pekerja dan mempermudahkan pekerja ke tempat kerja, kerana penyediaan kuarters adalah berdekatan dengan tempat kerja, sinilah keperihatinan pengurusan terdahulu terhadap golongan pekerja.
Apabila semua aset diambilalih oleh RAC apakah keistimewaan menduduki kuarters dengan harga yang murah dapat dinikmati lagi? Teringat saya Dr. Aminuddin Adnan Mantan Presiden KTMB memujuk saya menaikkan harga kuarters serta meletakkan satu had tempoh menduduki kuarters. Kalau difikiran Dr Aminuddin Adnan boleh berfikir kearah itu, mustahil dalam kepala RAC tidak berfikir sebegitu...
Bayangkan dengan pendapatan yang rendah, kos sara hidup yang tinggi, gaji dibawa pulang sedikit, apa jadi pada kita kena bayar sewa rumah kuarters yang tinggi.
Nak beli rumah? Adeiii.. gaji kecil, rumah pula mahal, mau ke bank luluskan? Kecuali satu tempoh kerja yang lama, gaji pun dah meningkat, tapi jangan lupa, kos sara hidup akan meningkat, harga rumah juga terus meningkat, kata orang "wal hasil balik asal".
Fikir dan renungkanlah, adakah kita bersedia menerima RAC atau kita bantah mempertahankan KTMB.
RAC akan berusaha merancang mencari sumber pendapatan tidak kira apa saja asal mampu menunjukkan unjuran keuntungan kononnya lebih baik daripada KTMB, tak kiralah apa pun asalkan untung atas angin. Kita sebagai pekerja KTMB akan jadi mangsanya.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
08 April 2016
CABARAN... AYUH BANGKIT...
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
CABARAN... AYUH BANGKIT...
Memanglah pahit, sukar sangat getir, berat mulut nak bicara, terlalu banyak persepsi, tapi mereka tidak tahu, bagaimana nak menghadapi situasi, kerana lebih mudah untuk bicara tapi yang paling sukar ialah mencari solusi.
Dalam keadaan kritikal, dalam keadaan pelbagai andaian yang timbul, peranan yang penting ialah mencari penyelesaian bijak untuk menyelesaikan masalah, kalau setakat bercakap, komen semua orang boleh, semua orang bijak, tambah-tambah yang nak tunjuk pandai.
Tapi yang nak menghadapinya ialah RUM, dalam keadaan yang sangat-sangat sukar, tambah lagi Sub Board pandai buat keputusan, tapi membantu tak langsung... letih macam ni...
Ahli-ahli RUM kena sedar, kalau terus leka, selesa, lepas tu hanya pandai merungut tapi tak nak bangkit... jangan salahkan RUM, ialah kata seseorang rezeki kat mana pun ada... kalau itu pendirian... redha je lah... gaji lambat pun jangan bising... gaji tak naik jangan merungut... CA tak ada apa-apa... ketawa je tau... gi klinik kena bayar sendiri pun jangan ngeluh, kalau sewa kuarters naik pun, jangan ambil kesah.. kena outsorce... kena jual... kena buang kerja... kita senyum je... apa salahkan jadi seperti MAS... hehe...
Tapi kalau rasa nak selamat, nak jaga periuk nasi, jom berjuang sama-sama, kita lawan, kita gempur... untuk Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja. Ini periuk nasi kita.
Sedarlah... bangkitlah... ayuh kita bersama berjuang...
THIS IS RAILWAYMENS UNION OF MALAYA(RUM)
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
Kepada YBhg Dato Kamaruzaman Lembaga Pengarah KTMB
Kepada YBhg Dato Kamaruzaman
Lembaga Pengarah KTMB
Cuba tenguk gambar ini, pekerja ini bekerja dalam keadaan panas, ini rutin harian mereka, gaji yang mereka terima gaji minima RM900.00, cuba Ybhg Dato bekerja seperti mereka dengan gaji RM 900 00... boleh hidup ke tak?
Owh! Lupa... Ybgh Dato hanya pandai buat decision atau komen je, sekali datang Mesyuarat Lembaga Pengarah KTMB dapat elaun RM 1000.00, mesyuarat 2, 3 jam je... dalam aircond lagi... bestnya Ybhg Dato... sebulan berapa kali Mesy Ybhg Dato... untung-untung...
Adeiiii... kami kerja sebulan Ybhg Dato... tengah panas buta, belum dalam hujan, belum tengah malam buta, 8 jam pulak Ybhg Dato... gaji pun tak sampai elaun Ybhg Dato terima... tak kan tak kesian kat kami.....
Fikir dan simpatilah Ybhg Dato...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
Kepada Pekerja dinasihatkan berhati-hati komen, sdr/i tertakluk dengan Prosedur Tindakan Tatatertib.
07 April 2016
CABARAN RUM
RUM hari ini menghadapi cabaran lebih besar lagi, cabarannya ialah:-
1. Mempertahankan KTMB,
2. Menggesa Kerajaan mengembalikan KTMB ke sektor awam atau setidak-tidak kembalikan Perbadanan Aset Keretapi kembali kepada KTMB,
3. Mengharapkan kerajaan menyuntik kewangan kepada KTMB, pada pegawai MoF hentikanlah menyalahkan KTMB sebaliknya membantu KTMB.
4. Memohon Kerajaan menyokong Plan Transformasi KTMB
5. Membeli jentera yang berkualiti melalui Tender Terbuka yang telus mematuhi specifikasi Teknikal dan Komersial.
6. Memastikan penumpang @ rakyat mendapat perkhidmatan yang baik, murah dan selamat.
7. Menggesa kerajaan membayar. perbezaan tambang yang dikenakan subsidi ditanggung oleh kerajaan.
8. Memastikan Perjanjian Bersama ke 8, menepati sasaran RUM demi kepentingan kumpulan bukan eksekutif khususnya ahli-ahli RUM.
9. Memberi sokongan tanpa berbelah bagi kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga KTMB
10. Memberi sokongan kepada YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB.
Justeru itu, RUM berpendirian akan mengerakkan semua jentera untuk memastikan 10 perkara ini dipenuhi, malah RUM bersedia mengambil tindakan perusahaan.
Peringkat pertama RUM akan menganjurkan RALLY sempena Hari Pekerja, tarikh, tempat akan dimaklumkan kemudian.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
PENGSWASTAAN KTMB
Samada suka atau tidak, SALAH TETAP SALAH, punca tetap punca, RUM mencari puncanya, puncanya ialah YABHG TUN MAHATHIR MUHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.
RUM sama sekali tidak akan menyalahkan YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA, dasar pengswastaan bukan YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK yang mencetuskan, yang mencetuskanya dan menjadikan KTMB, pekerja menjadi mangsa dan tanah tergadai adalah dasar yang dipelopori oleh YABHG TUN MAHATHIR MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.
JELAS... JELAS DAN JELAS...
Hari ini kami menjadi mangsa atas dasar yang dipelopori, kami dipersalahkan, kami kerugian dari banyak sudut, kini kami kembali untuk membetulkan kesilapan yang berlaku.
Kami merayu YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh YABHG TUN MAHATHIR MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.
Kami sentiasa menghargai pertolongan YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA, dalilnya pertolongan yang diberikan dalam kemelut RUM yang lepas, sehingga kami yang diletakkan di bawah pengaruh majikan telah ditarik balik, berdasarkan surat "KEMAAFAN" yang dikeluarkan oleh YBhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB kepada RUM, sehingga semua yang terlibat yang dibuang kerja seramai 97 orang tidak rugi walau satu (1) sen pun. Pertolongan yangdiberikan kepada kami (RUM) sewajarnya kami menyokong kepimpinan DATO SERI PERDANA MENTERI.
Kami tetap yakin bahawa YAB DATO SERI MOHD NAJIB PERDANA MENTERI MALAYSIA akan membantu kami (RUM) untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui Pindaan Akta Keretapi 1991 berdasarkan cetusan idea Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.
Keyakinan kami tidak pernah putus berdasarkan pertolongan yang diberikan kepada RUM bukan hanya kemelut RUM hadapi tapi banyak lagi, selaku Presiden RUM, saya mengakui YAB Dato Seri banyak membantu RUM semenjak YAB Dato Seri menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Kami akan terus menyokong kepimpinan YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA.
SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA.
PRESIDEN RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
06 April 2016
PERBADANAN ASET KERETAPI SALAH TUN MAHATHIR MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI, MALAYSIA
RUM melahirkan kenyataan terbuka meletakkan kesalahan ini kepada YABhg Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia, atas prinsip organisasi, perjuangan dan selamatkan KTMB maka hari ini, RUM melahirkan kenyataan terbuka setelah sekian lama terpendam.
Siapakah yang mengswastakan KTM pada 1.8.1992? yang mengswastakan KTM ialah Tun Mahathir Mohamad, malah kewujudan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) melalui pindaan Akta Keretapi pada tahun 1991 ialah Tun Mahathir Mohamad.
Apakah hasil kejayaan Pengswastaan KTM?
Hasil kejayaan pengswastaan KTM ialah dengan pindaan Akta Keretapi yang membolehkan tanah-tanah di bawah milik KTM di jual, antaranya ialah:-
1. Tanah di Sentul (Sentul Raya)
2. Tanah di Kuala Lumpur (KL Central)
3. Tanah di Bangsar (Uda)
4. Tanah di Perai
5. Tanah di Johor Bharu
6. Tanah di Singapura
7. Semua pengurusan tanah, barangan lupus di bawah RAC, semua keuntungan hasil pajakan atau sewaan atau jualan barangan lupus dikaut oleh RAC.
8. Kini berhasrat mengambil alih semua jentera, facilities, OMC dll kemudiannya bakal dioutsourcekan.
Selain dari itu kejayaan pengswastaan ialah mengurangkan tenaga kerja dari kurang lebih 8000 pekerja pada 1.8.1992 kini tinggal 5500 pekerja, faedah pekerja tidak setaraf dengan penjawat awam, ini kerugian besar kepada pekerja sedangkan perbezaan awal pengswastaan lebih 10% + 2 matagaji.
Pengswastaan memberi kebebasan dari sudut perniagaan seperti menentukan harga tambang penumpang dan kargo, malangnya tambang keretapi tidak boleh dinaikkan walaupun kos perbelanjaan melebihi dari pendapatan operasi. KTMB akan tetap kekurangan pendapatan untuk menampung kos perbelanjaan kerana subsidi kepada penumpang terus diberikan dengan kadar murah berbanding dengan pengangkutan rel di bawah pasarana dan ERL yang lebih tinggi, perbezaan tambang yang diberi subsidi tidak dibayar oleh kerajaan malah suntikan kewangan juga tidak diberikan, kalau ada ianya tidak memadai.
Berjayakah pengswastaan KTMB atas cetusan idea Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad?
Semenjak diswastakan KTMB tidak berupaya untuk menjadikan sebuah syarikat berorientasikan perniagaan kerana kekangan yang ditentukan oleh kerajaan sendiri.
Banyak usaha pihak tertentu untuk mengambilalih KTMB, tapi bukan untuk meningkatkan perniagaan KTMB melalui operasi tren tapi lebih kepada tanah-tanah keretapi yang wujud.
Apa sebenarnya kepentingan Keretapi?
Kepentingan keretapi adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan kos tambang yang murah bagi meringankan beban kos sara hidup, maka atas sebab ini KTMB sengsara selepas pengswastaan, kerana tambang yang sukar dinaikkan, sebaliknya pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan hanya pandai menunding jari dan mengatakan KTMB hanya pandai minta duit tapi tak pandai mewujudkan peluang perniagaan, sedangkan peluang-peluang yang ada kadang kala di sekat, kini bantuan kewangan kepada KTMB juga tidak disuntik, hanya menyatakan pengurusan KTMB gagal mencari peluang perniagaan.
RUM pernah melahirkan bahawa KTMB sebagai ANAK TIRI dalilnya "PASARANA" mampu dapat suntikan RM600 juta, tapi KTMB nak dapat 30 juta sangat susah ibarat sepert "pengemis" sedangkan keperluannya ialah suntikan RM300 juta maka KTMB mampu stabil malah melalui Plan Transformasi KTMB jangkaan boleh mencapai keuntungaan, al maklumlah peninggalan hutang Mantan Presiden KTMB lebih kurang RM160 juta maka Presiden KTMB hari ini berhempaspulas dengan cashflow yang lemah untuk memperbetulkan perkhidmatan KTMB.
Penjawat awam yang ada kini lebih meletakkan kesalahan tanpa membantu, lupakah mereka kepada "asas" atau mereka tidak mahu belajar dari mana puncanya atau mereka sengaja buat tak tahu, yang mereka tahu hanya menunding jari, tidak seperti 10 tahun yang lampau Penjawat Awam dari MoT dan MoF amat memahami masalah yang dihadapi oleh KTMB.
Penumpang @ Rakyat marahkan KTMB, KTMB lewat kerana masalah teknikal salahkan pengurusan dan pekerja KTMB, tapi mereka tidak tahu perkara sebenar, hanya lontaran maki hamun kepada KTMB.
Sedarkan mereka pembelian set-set tren sejak zaman berzaman bukan atas permintaan KTMB, semua atas keputusan pihak atasan tanpa Tender, hanya "direct nego" membeli barang yang tidak berkualiti, bukan sahaja dari keperluan teknikal mahupun komersial, contoh hari ini KTMB dilambakkan dengan jenama yang sama dari Negara China cantik dari luaran, semua beri pujian tapi "asal boleh pakai" itu belum lagi pertukaran teknologi, lantaran lambakan benda yang tidak berkualiti inilah menghakibatkan pengurusan dan pekerja jadi mangsa tomahan, malah usaha-usaha terus berjalan dengan pembelian dari jenama yang sama tanpa "TENDER TERBUKA".
Apa pun asasnya atau puncanya ialah pengswastaan KTMB, hancurnya KTMB kerana idea pengswastaan KTMB.
RUM lebih menjerumuskan kepada cetusan idea atau asas atau punca menyebabkan pengswastaan KTMB, Justeru itu RUM tetap berpendirian bahawa cetusan idea Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri yang perlu diletakkan kesalahan.
Maka penjawat awam peringkat atasan yang tak tahu apa benda, syok sendiri terikut-ikut jalan mudah, mencari salah, menutup kelemahan sendiri dan mengambil kesempatan maka jalan mudah ialah menyalahkan pengurusan serta pekerja malah imej KTMB tercalar, sedangkan merekalah yang patut dipersalahkan juga.
Apa pun punca kesalahan ini tetap pada YABhg Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia, kerana cetusan idea pengswastaan KTMB, maka hari ini pegawai dikalangan penjawat awam dah jadi lemah dan menjejaskan imej kerajaan memerintah itu sendiri, mereka ini sepatutnya digantikan dengan lebih berkelayakan dan berpengetahuan mengenai punca @ asas maka baru mampu diperbetulkan kembali KTMB.
Justeru itu RUM amat berharap YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia campurtangan dan membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh YABhg Tun Mahatir Mohamad, Mantan Perdana Menteri dengan mengembalikan KTMB ke Sektor Awam atau setidak-tidaknya Pindaan Akta Keretapi 1991 mengenai Perbadanan Aset Keretapi dikembalikan kepada urustadbir KTMB, aset-aset ini mampu menjanakan pendapatan KTMB tanpa pergantungan suntikan kewangan dari kerajaan malah dengan Plan Transformasi KTMB yang sedang giat diusahakan mampu menjadikan KTMB berdikari.
SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
05 April 2016
PENGSWASTAAN KERETAPI 1.8.1992 CETUSAN IDEA TUN MAHATHIR MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.
Aku pada tahun 1991, baru berusia 28 tahun, kiranya cukup matang tapi bukanlah seorang yang cukup pandai. Hanya seorang pekerja biasa malah hanya menjadi ahli biasa RUM atau tanpa sebarang jawatan dalam RUM, masa itu RUM pun aku tak tau, just suruh masuk, aku pun masuk, aku tak kesah, aku menjadi ahli RUM pada tahun 1984.
Pada awal bulan januari tahun 1991 semua pekerja diberi makluman KTMB akan diswastakan dan di beri borang pilihan (option) pilih A, B atau C, aku pilih B iaitu pengswastaan dengan menikmati tambahan faedah melalui gaji 10 % + 2 kenaikan tahunan, ada yang pilih A kekal dalam kerajaan dan C bersara awal.
Pilihan yang saya ada ialah untuk bekerja, so saya tiada pilihan lain, selain ikut pilihan majoriti rakan pekerja KTMB dengan menyertai pengswastaan.
Persoalan masa depan KTMB kami tak pasti, apa yang ada ialah kenyataan manis bahawa masa depan saya yang menyertai sektor swasta akan lebih baik dari kakitangan awam dalilnya peningkatan gaji 10% dan 2 kenaikan tahunan, ini memberi keyakinan kepada saya dan semua pekerja bahawa KTMB akan lebih maju dan gaji akan lebih dari kakitangan awam.
Tahun demi tahun berjalan, pekerja yang menduduki kuarters KTMB di Sentul Pasar diarahkan pindah kerana YTL sudah ambilalih tanah, Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan yang dikini dikenali Fleet n Maintenance pula diambilalih oleh RTI, RTI pula bermasalah, masalah pada semua pekerja, masa itulah saya bangkit, saya melihat ada yang tak kena, baru saya sedar bahawa inilah hasil pengswastaan, tambahan kemasukan Marak Unggul, KTMB berkecamuk dan haru biru, dilihat dari perkara ini saya sudah menyedari pengswastaan KTMB adalah GAGAL.
Pengalaman demi pengalaman saya lalui, semua perkembangan diperingkat atasan saya mengetahui, tapi saya tidak mampu menghighlightkan siapakah puncanya yang menjahanamkan KTMB, lidah terkelu, sukar berbicara, hati terbuku.
Saya menawarkan diri menjawat jawatan Setiausaha Cawangan Sentul dan Timbalan Presiden RUM dengan menang bertanding dalam pilihanraya RUM 1996 kemudian saya menjawat jawatan sebagai Presiden RUM pada tahun 1998 dalam usia 35 tahun, fokus utama singkirkan Encik Che Khalid Mohd Noh Pengerusi Exco KTMB (MARAK UNGGUL), kerana kedudukan KTMB yang sangat teruk, pekerja diletakkan sebagai "suplus", RUM berperang abis-abisan sehingga Pengerusi Exco meletakkan jawatan, RUM berjaya lakukan dan digantikan Dato Mohd Nor Idrus sebagai Pengerusi Exco yang juga dari Marak Unggul keadaan KTMB kembali aman, Dato Mohd Nor Idrus lebih memahami bahasa keretapi, maka RUM memberi sokongan.
Pada tahun 2002, RUM mengerakkan langkah "KEMBALI KE SEKTOR AWAM", pelbagai usaha dilakukan dari menghantar memorandum sehingga mengadakan RALLY besar-besaran dengan dihadiri semua pemimpin tertinggi MTUC, sayang seribu kali sayang SUARA RUM tidak didengari, maka usaha berterusan itu boleh dianggap gagal. Manakan mungkin mahu jilat ludah kembali, saya faham.
Kini setelah 18 tahun menjawat Presiden RUM, saya cukup masak dengan pengalaman yang ditempuhi, tak pernah abis-abis dengan masalah, dari masalah kecil, masalah dalaman, masalah luaran, masalah dasar sehingga yang terbaru PLAN TRANSFORMASI RAC, menjadi satu cabaran besar buat saya.
18 tahun dalam RUM sebagai Presiden RUM serta 20 tahun sebagai Pemimpin RUM saya dah cukup berpengalaman, kata orang "cukup masak" saya telah melalui tempoh pengswastaan KTMB, Pengswastaan KTMB sebenarnya GAGAL, lihat kelliling KTMB tiada satu apa pun lagi, tahun demi tahun yang berlalu KTMB makin menjunam, tanah keretapi tergadai, kini semua jentera dan fasiliti pula bakal diambilalih oleh RAC, KTMB tinggal sebagai operator dan menyewa kembali kepada RAC semua jentera, fasiliti, tanah, bangunan dan lain-lain.
Untuk tempoh akan datang, saya percaya dan yakin bahawa KTMB sebagai operator akan dijual kepada syarikat luar dan akhirnya KTMB akan tinggal dalam lipatan sejarah selepas 135 tahun bermula pada tahun 1885 bertapak di negara ini.
Sedih rasa hati bila KTMB dijadikan begini, kini satu cabaran besar bakal saya hadapi samada menang atau kalah, tak menjadi isu, saya tetap dengan barisan pemimpin RUM berjuang abis-abisan MENYELAMATKAN KTMB.
Justeru itu....
Saya selaku PRESIDEN RUM ingin menegaskan bahawa:- "PENGSWASTAAN KTMB ADALAH GAGAL"
Saya selaku Presiden RUM ingin menyatakan bahawa:-
"PENGSWASTAAN KTMB SEMATA-MATA MENGADAIKAN TANAH KERETAPI
Saya selaku Presiden RUM ingin menyatakan bahawa:
INI ADALAH CETUSAN IDEA TUN MAHATHIR MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.
PRESIDEN RUM
KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB
PINDAAN AKTA KERETAPI 1991 SIAPAKAH GERANGANNYA?
RUM akan terus menulis sehingga siapakah gerangannya yang perlu dipertanggungjawabkan sehingga RUM menyatakan Pengswastaan KTMB adalah gagal hanya semata-mata bertujuan untuk mengadaikan tanah keretapi.
DALILNYA BANYAK TANAH KERETAPI TELAH PUN TERGADAI...
Ada sesiapa boleh tolong jawabkan?
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
04 April 2016
PERJANJIAN BERSAMA KE 8
RUM menghormati Lembaga Pengarah KTMB, sentiasa berusaha menjalinkan hubungan baik, justeru itu RUM sangat berharap tiada masalah mengenai hubungan, kerana matlamat kita sama iaitu memajukan KTMB.
Justeru itu RUM sangat berharap agar Perjanjian Bersama yang dijadualkan dibincang esuk 5.4.2016, jam 3 petang selepas "SUB COMMITTE BOARD MEMBERS" memberi pandangannya pada 23.3.2016 dan akan dimaklumkan oleh Panel Perundingan Pengurusan kepada RUM tidak mengambarkan satu keputusan yang boleh menjejaskan hubungan yang sedia terjalin.
RUM tetap dengan pendirian demi kepentingan pekerja, tidak kira siapa gerangannya RUM "SEDIA LANGGAR", namun harapan RUM ianya jangan sesekali mengecewakan KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB (RUM) kerana RUM mewakili kumpulan eksekutif yang bergaji rendah, mereka ibarat kais pagi maka malam" mereka mau kehidupan yang lebih baik walaupun tidak sesempurna kehidupan setiap lembaga pengarah KTMB, justeru itu harapan kami kita sama-sama menjaga hubungan keharmonian perusahaan yang sedang terjalin.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
PERBADANAN ASET KERETAPI PENGALAMAN PEKERJA (DIKONGSI BERSAMA RUM)
Pada pengalaman saya yg lepas. Dalam isu perlupusan aset2 yg dilupuskan. Jika sesuatu aset yg di BOS (lupus) sebelum wujudnya RAC, Sebarang aktiviti perlupusan perlu ada Wakil jabatan yg melupuskan barang yg hendak dilupuskan Contoh Muj, polis bantuan, wakil RAC dan kontraktor.
Apa yg saya terjadi baru2 nie.
RAC membuat Pemeriksaan keatas stor simpanan barang lama di ........., Surat dari RAC kepada Ktmb tentang status barang lama tersebut dihantar dan belum sempat dibalas, RAC telah ambil barang tersebut tanpa surat perlupusan dari Ktmb.
Bila ditanya, jawapan dari RAC kami mempunyai hak mutlak keatas sesuatu aset jika dalam masa 2 bulan Ktmb tidak membalas surat kami.
Pengambilan barang dilupus di lokasi, sy mendapat maklumat hanya antara 2 pihak. Seorang wakil RAC dan kontraktor.
Bukankah Perlu melibatkan wakil Ktmb dan polis bantuan. Adakah urusan berjalan dengan telus. Itu yg menjadi persoalan.
Permohonan RAC utk sy buka stor tidak dilayan, kerana sy beranggapan tiada kebenaran dari wakil majikan sy. Tiada surat dan email kepada sy untuk urusan tersebut. Last sekali RAC call sy diorg ada kuasa utk pecah stor sy. Manakala sy diugut jika sy menghalang kerja penjawat awam boleh didakwa.
Pengalaman saya dalam pengurusan aset. Bertapa besarnya kuasa RAC.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB