RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

31 Julai 2018

RUNGUTAN AHLI

Pihak kesatuan ingin menjelaskan bahawa sebarang isu dalaman atau rungutan ahli tidak akan dipaparkan dalam Suara RUM.

Untuk makluman semua isu sekiranya ada yang dibangkitkan oleh ahli-ahli dibangkitkan samada melalui perbincangan secara tidak rasmi atau rasmi, setakat ini isu  yang ada di bawah pengetahuan kesatuan telah diangkat ke pengetahuan pihak pengurusan, ada yang berjaya diselesaikan ada juga masih tertangguh untuk menunggu rundingan selanjutnya sehingga isu diselesaikan.

Justeru itu ingin ditegaskan bahawa setakat ini tiada isu yang boleh dianggap sebagai pertikaian kerana hubungan yang ada di bawah katogeri harmoni.

Kepada ahli-ahli yang mempunyai rungutan atau perkara yang bertentangan dengan Perjanjian Bersama boleh adukan kepada wakil bahagian, pengerusi/setiausaha  cawangan atau mesej inbox Suara RUM untuk disiasat seterusnya sekiranya ada kes pihak kesatuan akan mengambil tindakan menyelesaikan sebarang rungutan.

Perlu dijelaskan setiap masalah tidak boleh diselesaikan sekelip mata, kerana ada perkara-perkara tertentu yang melibatkan pihak pengurusan perlu membuat siasatan mengenai aduan kesatuan seterusnya pihak pengurusan perlu memberi keputusan yang munasabah bagi maksud penyelesaian, tidak semua isu juga boleh berjaya bergantung kepada hujah dan fakta yang dikemukakan, justeru itu untuk sesuatu penyelesaian kadang-kadang mengambil masa yang agak panjang, namun pihak kesatuan sedaya upaya menyelesaikan secepat mungkin.

Pihak kesatuan ingin menasihatkan tidak membuat sebarang pertanyaan secara terbuka khususnya melalui komen-komen, ini akan mendatangkan risiko kepada ahli kerana secara tidak langsung boleh menjatuhkan imej KTMB yang mana ianya bertentangan dengan prosedur tindakan tatatertib, sebaiknya sebarang pertanyaan dikemukakan dalam mesej inbox.

Terima kasih

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


KAYUH LAJU LAJU 2 EKSPRESS SENANDUNG MALAM/ WAU DAN EKPRESS SINARAN PAGI

Apakah dikatakan bodoh bila CEO nak larikan kembali tren ekspress Senandung Malam/ Wau /Sinaran Pagi, kalau bodoh dimanakah bodohnya? Adakah hanya melarikan tren yang merugikan maka dikatakan bodoh, maka bodohlah kita andai melarikan tren untuk kepentingan rakyat.

Tren-tren ini adalah untuk kepentingan rakyat dengan kos tambang yang murah malah peminat-peminat keretapi amat berminat mengunakan tren ini.

Tren-tren ekpress ini juga boleh mencapai keuntungan sekiranya tren-tren ini dibuat sebegitu rupa bukan sahaja untuk tambang yang murah malah boleh dletakkan koc-koc yang bertaraf "business class" melalui harga pasaran bagi perjalanan jarak jauh contohnya di Indonesia telah membuktikan tren-tren ini menguntungkan.

Andai ianya kekal murah, maka menjadi tanggungjawab pengurusan untuk menuntut kos perbezaan harga atau harga minyak yang bersubsidi kepada kerajaan, kerana perkhidmatan ini untuk rakyat selaras KTMB di bawah perkhidmatan sosial.

Kita juga sedia maklum koc-koc untuk tren ini telah dibaikpulih dan akan diserahkan kepada KTMB secara berperingkat, makanya tren yang telah dibaikpulih ini perlu dioperasikan bagi memenuhi kehendak pengguna@rakyat sekiranya dikatakan bodoh kerana mendengar desakan RUM, adakah koc ini hendak dibuat "TUKUN", dimanakah bodohnya?

RNAA yang dikatakan bagus itu adalah idea "BODOH" yang nak mengenyangkan pihak tertentu, menyerahkan set-set tren lokomotif kelas 24 kepada Syarikat luar adalah bodoh kerana kita berkemampuan untuk membaikpulih lokomotif kelas 24 ianya adalah kerja rutin, menyerahkan operasi tren kargo kepada second operator itu adalah bodoh kerana menunjukkan kita tidak berkemampuan serta tidak mampu mengorakkan idea inovatif.

Sepatutnya kita bijak mencorakkan kerja yang lebih mencabar kemampuan, bercita-cita besar, bermotivasi tinggi agar kita mampu menonjolkan KTMB sebuah syarikat yang maju dan berdaya saing diarena antarabangsa.

Bukannya  ibarat duduk di bawah tempurung sehingga KTMB yang dulunya hebat dan akhirnya landasan pun hendak berkongsi dengan orang lain, letih ler kalau nak jawatan dan kayuh bagai nak giler tapi idea masih idea longkang.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


28 Julai 2018

KAYUH LAJU-LAJU 1 JAWATAN CEO KTMB ATAU PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB

Kuatnya kayuh.. hebat.. tapi tak kesahlah... hak mengayuh hak anda.. cuma tak kan kerajaan baru ni ikut kehendak orang yang mengayuh... mesti ada kriteria yang tepat.. yang penting "INTEGRITI", kalau tak ada "INTEGRITI" sama je lah.. dulu RUM kayuh sama... sekarang RUM tak kayuh malas penat main kayuh benda ngarut ni.. last dikatakan kutip... hahaha

Dalam hal lain kena tengok "keharmonian perusahaan" hubungan baik dengan Kesatuan Sekerja, kalau hubungan itu tiada maka apa jadi dengan "organisasi", apa jadi dengan "produktiviti"... tambah-tambah dia ni sokong RNAA.. (ada dokumen bukti) dikatakan lagi CEO yang ada ni bodoh... sebab buka depoh KL Central... dikatakan lagi bodoh nak buat larian Ekspress Wau... macam ni cara dia nak jadi CEO... terang-terang dah tak ikhlas pertahankan KTMB.. berperang je lah dengan RUM..

KTMB, MoF dan MoT ada dokumen, dokumen tu kena semak balik agar tidak tersalah pilih, tersalah pilih haru biru jadinya, dia boleh berkata apa pun, dia boleh berusaha kayuh bagai nak rak, dia boleh mengeluarkan surat mengatakan dia benar, dia boleh menuduh maupun fitnah, dia boleh keluarkan surat layang untuk mendapat sokongan, akhirnya dokumen yang ada sebagai dalil membuktikan beliau "TIDAK LAYAK". RUM pun ada dokumen.. bila keadaan kritikal... RUM akan paparkan dalam ini satu persatu... setiap hari... biasalah bila nak buktikan kebenaran maka kita kena buktikan dengan dokumen... bukan cakap mulut atau surat yang berunsurkan fitnah atau surat layang...

Rum tak kesah pun.. tak kayuh pun.. cuma nak tengok apakah permainan "kayuh" ini masih dipakai oleh kerajaan baru... RUM yakin kerajaan baru bijak buat keputusan malah kenal yang mana kaca dan permata..

Sudah-sudahlah.. tengok cermin puas-puas.. tanya pada diri... RUM dah lama "KENAL"... kerana pesan kawan yang juga ahli RUM semasa awal menceburi RUM mengatakan "nak kenal dia ni kenal malam... jangan kenal siang hari.." hehehe...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja KTMB


27 Julai 2018

KAYUH LAJU-LAJU

Semua bertanyakan soalan kepada RUM mengenai benarkah sipolan ini mungkin ditawarkan jawatan penting samada CEO KTMB atau Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, penat RUM nak jawab, cuma RUM sampaikan mesej "iya benar dia sedang Kayuh Laju-Laju".

Sekarang RUM tengah fikir panjang samada nak menulis dalam Suara Rum ni.. kekadang rasa malas nak menulis... biarkan jelah... tapi ramai yang tanya... ramai yang gusar... ramai yang gelisah... RUM mungkin pertimbangkan untuk menulis bila RUM ada idea dan masa... sebab RUM pun "kenal sangat" dengan dia ni... macam RUM tulis semalam RUM tau cuma buat tak tau... malas nak ambil tau... hehehe

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


23 Julai 2018

RUM MENYOKONG TUNTUTAN MTUC GAJI MINIMA RM 1,800.00

RUM menulis mengenai perkara ini setelah ada pertanyaan kepada RUM oleh ahli-ahli RUM mengenai kedudukan "Seniority" serta RUM mendapat berita bahawa MTUC menuntut Gaji Minima RM 1,800.00, manakala melalui kenyataan akhbar Menteri Sumber Manusia akan mengumumkan gaji Minima pada bulan Ogos 2018.

RUM menyokong penuh tuntutan gaji minima RM 1,800.00 yang dibuat oleh MTUC, saranan MTUC ini adalah berasas bagi memastikan golongan pekerja boleh menikmati kehidupan yang baik berdasarkan kos sara hidup yang tinggi.

Gaji Minima adalah gaji asas yang merangkumi semua perbelanjaan kehidupan bagi setiap orang insan yang dinamakan pekerja samada bujang maupun bekeluarga.

RUM menyokong berdasarkan kepada keperluan hidup setiap pekerja yang menikmati gaji bulan kerana RUM amat mengetahui bagi setiap pekerja yang mendapat gaji RM 1,200.00 minima yang dinikmati pekerja KTMB tidak mencukupi perbelanjaan bulanannya.

RUM juga sedar bahawa kewujudan gaji minima ini akan menjadi satu masalah kepada golongan berasaskan "seniority" yang mana akan menghakibatkan "rungutan" kepada pekerja sebagai contoh :-

1. Pekerja baru telah mengatasi gaji pekerja yang telah 10 tahun berkhidmat atau sama gaji dengan pekerja yang telah 10 tahun meningkat berasaskan penguatkuasaan gaji minima, pasti mereka merungut dan menyalahkan RUM sedangkan ianya adalah penguatkuasaan undang-undang.

2. Pekerja senior akan merungut mendapat kenaikan gaji bila gaji minima berkuatkuasa dengan mengatakan bahawa pekerja baru 2 tahun bekerja yang bergaji RM 1,300.00 akan ditingkatkan kepada RM 1,800.00 maka kenaikannya ialah sebanyak RM 550.00 manakala pekerja yang dah 6 tahun berkhidmat akan merungut bahawa gaji beliau yang hanya 1,500.00 hanya menikmati kenaikan sebanyak RM 300.00, mereka akan menyalahkan RUM berdasarkan pekerja baru dapat tinggi manakala pekerja lama dapat sedikit.

Ini antara isu yang wujud dikalangan pekerja senior yang kononnya merasakan tidak adil bagi mereka.

Bagi pihak RUM pula kita berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan setiap perbezaan secara adil mengikut peratusan % yang ditingkatkan berdasarkan gaji minima RM 1,200.00 kepada RM 1,800.00 (yang dicadangkan MTUC) namun harus menyedari bahawa langkah untuk menentukan perbezaan itu adil dan samarata adalah "HAK  MAJIKAN" kerana "MAJIKAN AKAN MELIHAT KEPADA IMPLIKASI KEWANGAN".

Namun matlamat utama GAJI MINIMA adalah "GAJI ASAS" (BASIC PAY) iaitu untuk memastikan golongan pekerja mampu menampung kehidupan @ perbelanjaan bulanan sebagai seorang insan kerana dari perkiraan kos sara hidup bulanan kadar RM 1,800.00 masih tidak mencukupi berbanding kajian yang telah dibuat oleh BANK NEGARA.

Gaji Minima sekiranya diumumkan oleh Kerajaan pada bulan Ogos ini adalah satu pindaan undang-undang di bawah Akta Kerja yang akan menguatkuasakan setiap majikan hendaklah melaksanakannya sekiranya gagal Majikan yang mana berkenaan boleh didakwa, manakala bagi pekerja senior yang melangkaui gaji RM 1,801.00 yang menuntut kenaikan samarata berdasarkan perkiraan peratusan ( %) kenaikannya tidak tertakluk dengan pindaan kecuali mana-mana Syarikat yang ada Kesatuan Sekerja boleh mengemukakan cadangan melalui Perjanjian Bersama ianya tertakluk kepada kemampuan syarikat berdasarkan "Budibicara Mutlak Majikan", gaji minima yang dikuatkuasakan ketika ini adalah RM 1,000.00 (Semenanjung Malaysia).

Justeru itu RUM tetap berpendirian selaras dengan tuntutan MTUC agar gaji minima dinaikkan kepada RM 1,800.00 demi memastikan kehidupan asas pekerja dapat dinikmati sejajar dengan kedudukan kos sara hidup yang tinggi berbanding upah minima yang diterima pada setiap bulan, sewajarnya Kerajaan mempertimbangkan "GAJI MINIMA" untuk pekerja di negara ini adalah RM 1,800.00.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


22 Julai 2018

KESIAN

Tak kira asalkan nama pekerja kita rasa simpati, cuma berbeza isu ECRL berbanding dengan MAS, pekerja MAS tidak sewajarnya diberhentikan manakala isu ECRL melibatkan RUM juga tidak bersetuju malah dari sudut pelaksanaan ke negara China implikasinya pasti kepada pekerja yang akan dibuang kerja, namun RUM tetap berharap pekerja-pekerja ini diberi peluang kerja yang lain dan tidak diabaikan, namun tidak kerana pekerja ini ECRL perlu diteruskan andai diteruskan maka ambillah kembali pekerja ini.

Soal kesian sepatut dan sewajarnya pihak yang berkenaan kesian masa mereka menerajui kerajaan macam RUM tak de pun orang kesian bila Mantan Tim Menteri Pengangkutan dalam jawapan balasnya 4000 orang pekerja KTMB mungkin dibuang kerja sekiranya RNAA dilaksanakan, tak de pun orang kesian kat RUM yang terjerit2 untuk membatalkan RNAA malah kami diattack oleh cyber trooper yang berhujah tanpa fakta.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


10 Julai 2018

DATO IR NAWAWI MELEPASKAN JAWATAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB. KAMI (RUM) MENGHARGAI JASA DAN SUMBANGAN YANG DIBERIKAN KEPADA KTMB/RUM & SELURUH WARGA KTMB.

Pihak RUM telah pun dimaklumkan awal oleh Dato Ir Nawawi Ahmad yang berhasrat melepaskan jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, namun secara rasmi Dato Ir Nawawi Ahmad telah membuat pengumuman rasmi ketika Majlis Hari Raya KTMB hari ini.

Dalam ucapannya beliau berasa bangga berada di dalam KTMB, malah beliau melihat dengan kehadiran set tren ETS baru sebanyak sembilan (9) set bermula bulan September ini akan merancakkan lagi perkhidmatan KTMB malah beliau yakin bahawa KTMB akan lebih maju pada masa hadapan, beliau juga rasa gembira dengan kehadiran Diesel Multi Unit (DMU) sebanyak tiga belas (13) set yang dijangka  sampai hujung tahun ini akan merancakkan kembali perjalanan tren di Pantai Timur.

Beliau juga sempat melahirkan rasa bangga bahawa Tun Mahathir Muhamed Perdana Menteri Malaysia ke 7 adalah Ahli Parlimen Langkawi cuma beliau kalah kepada gurunya, namun PRU 14 telah menyaksikan pertandingan antara Tun Mahathir Mohamed dan Dato Ir Nawawi Ahmad yang dimenangi oleh Tun Mahathir Mohamed, saya tetap menghormati beliau namun saya datang dari parti berbeza cuma saya pernah mengatakan dari faktor umur Tun sebelum PRU 14, namun kini dengan faktor umur Tun yang bekerja keras saya yang muda pun kalah, ujarnya sambil ketawa.

Dalam nada sebak beliau mendoakan KTMB maju jaya dan berharap dengan Kerajaan Baru ini akan melihat lebih dekat KTMB seterusnya memajukan KTMB, beliau yakin bahawa KTMB akan lebih  maju pada masa hadapan.

Bagi pihak RUM merakamkan jutaan Terima Kasih kepada Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB yang telah menjalankan tugas dengan baik sekali, kami berbangga mempunyai seorang Pengerusi yang mempunyai hubungan yang baik dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB malah dengan sokongan beliau Perjanjian Bersama ke 7 telah mendapat faedah yang terbaik iaitu Pelarasan Gaji sebanyak 13% dan meningkatkan Gaji Minima untuk pekerja KTMB sebanyak RM 1200.00.

Secara peribadi saya admin yang juga Presiden RUM juga rasa sedih dengan keputusan ini, kerana beliau seorang yang baik hati, pendengar yang baik, bijak menjaga hubungan malah mudah dibawa berbincang, malah saya beranggapan beliau adalah seorang yang sahabat yang sangat baik, semoga hubungan persahabatan akan terus berkekalan.

Sekali lagi kami merakamkan jutaan terima kasih kepada beliau, kami akan tetap mengingati jasa dan sumbangan beliau kepada KTMB, RUM dan khususnya semua Warga KTMB, kami doakan semoga beliau terus sukses dalam apa jua bidang yang bakal dilakukan, semoga beliau terus sihat dan dirahmati Allah Swt.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


04 Julai 2018

TERIMA KASIH KEPADA MAJLIS PENASIHAT KERAJAAN

RUM merakamkan terima kasih kepada semua Ahli Majlis Penasihat Kerajaan yang diketuai oleh Tun Daim Zainuddin yang sudi memanggil Presiden RUM untuk mendengar pandangan RUM semalam jam 11.00 pagi, 3 Julai 2018 di Menara Ilham.

Bagi pihak RUM peluang ini telah diambil dengan menjelaskan masalah yang berkaitan dengan isu-isu dasar seperti RNAA, SECOND OPERATOR, PEMBELIAN SET TREN DARI CHINA  serta memberi pandangan hala tuju KTMB pada masa depan demi kepentingan KTMB, Pekerja dan khususnya Pengguna.

RUM merasakan bahawa usaha membuka pintu mendengar suara kesatuan sekerja adalah satu usaha yang terpuji yang selama ini, suara kesatuan sekerja seolah-olah tidak diendahkan.

RUM akan terus berusaha untuk memastikan KTMB dikembalikan kepada landasan yang tepat malah kebaikan ini akan memberi impak positif kepada golongan pekerja berdasarkan motto RUM, Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Terima kasih sekali lagi kepada Ahli Majils Penasihat Kerajaan, Kerajaan Malaysia khususnya YAB TUN DR MAHATHIR MUHAMMAD yang membuka ruang mendengar suara pekerja khususnya Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB