RUM merakamkan terima kasih kepada semua Ahli Majlis Penasihat Kerajaan yang diketuai oleh Tun Daim Zainuddin yang sudi memanggil Presiden RUM untuk mendengar pandangan RUM semalam jam 11.00 pagi, 3 Julai 2018 di Menara Ilham.
Bagi pihak RUM peluang ini telah diambil dengan menjelaskan masalah yang berkaitan dengan isu-isu dasar seperti RNAA, SECOND OPERATOR, PEMBELIAN SET TREN DARI CHINA serta memberi pandangan hala tuju KTMB pada masa depan demi kepentingan KTMB, Pekerja dan khususnya Pengguna.
RUM merasakan bahawa usaha membuka pintu mendengar suara kesatuan sekerja adalah satu usaha yang terpuji yang selama ini, suara kesatuan sekerja seolah-olah tidak diendahkan.
RUM akan terus berusaha untuk memastikan KTMB dikembalikan kepada landasan yang tepat malah kebaikan ini akan memberi impak positif kepada golongan pekerja berdasarkan motto RUM, Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Terima kasih sekali lagi kepada Ahli Majils Penasihat Kerajaan, Kerajaan Malaysia khususnya YAB TUN DR MAHATHIR MUHAMMAD yang membuka ruang mendengar suara pekerja khususnya Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
04 Julai 2018
Home »
» TERIMA KASIH KEPADA MAJLIS PENASIHAT KERAJAAN
TERIMA KASIH KEPADA MAJLIS PENASIHAT KERAJAAN
Rabu, Julai 04, 2018