RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

27 Februari 2016

CABARAN KEPADA PANEL PERUNDINGAN PENGURUSAN KTMB (2)

ADA BERANI KAH?

RUM yakin "PANEL PERUNDINGAN KTMB TIDAK BERANI!"

Nak dalilnya? Ada yang nak tau dalilnya...

RUM kalau panas... idea menulis ini bercambah-cambah... ada saja nak menulis... tangan tu gatal je...

Wakakakaka...

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


CABARAN KEPADA PANEL PERUNDUNGAN PENGURUSAN KTMB




Saya cabar PANEL PENGURUSAN KTMB agar tidak menerima "PELARASAN GAJI", saya bersedia selaku pekerja yang berjawatan TUKANG K2 KANAN yang juga layak terima 13% pelarasan gaji sanggup untuk tidak menerima PELARASAN GAJI malah saya tidak lama... saya juga sanggup kerugian dari segi wang ganjaran persaraan dan simpanan KWSP.

Yang penting untuk saya adalah ahli-ahli RUM, saya berjuang untuk mereka, anda semua untuk apa? PERUT SENDIRI!

POORAAAHHHH...

Saya akan senyap... kalau berlaku ADIL!

SAMBUT CABARAN SAYA WAHAI PANEL PERUNDINGAN PENGURUSAN KTMB.

Saya boleh bersetuju dengan apa yang diputuskan oleh Panel Perundingan Pengurusan KTMB sekiranya semua Panel Perundingan KTMB dan saya sendiri membuat satu perjanjian lain bahawa BERSETUJU TIDAK MENERIMA KENAIKAN PELARASAN GAJI.

PRESIDEN RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PENGABDIAN TERAKHIR

Terlahir rasa kecewa..
Keadilan tiada..
Diskriminasi pula...
Menjurang jauh jadinya..

Marah dah ada...
Perang bila-bila..
Kesah tiada..
Andai dibuang kerja kali kedua..

Itu perjuangan..
Perjuangan tanpa erti takut..
Diangkat oleh mereka..
Biasa terhina..

Tak peduli apa orang kata..
Fakta sentiasa ada...
Menipu jangan sekali..
Kebenaran tunggak utama..

Andai ribut tiada..
Laut tidak bergelora...
Maka ribut melanda...
Ombak tsunami menimpa..

Jangan dicuba...
Jangan diusik..
Badai bakal melanda...
Dalam erti perjuangan..
Tetap setia..
Mengabdikan...
Sebuah amanah..
Pengabdian tanggungjawab..
Dalam tinta yang terakhir...

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PERJANJIAN BERSAMA 8 (PELARASAN GAJI 13%)

Untuk pengetahuan ahli-ahli RUM

RM   900.00  -   RM 1200.00 (Minima)

RM 2000.00  +  RM 260.00 = RM 2260.00
RM 3000.00  +  RM 390.00 = RM 3900.00
RM 4000.00  +  RM 520.00 = RM 4520.00
RM 5000.00  +  RM 650.00 = RM 5650.00
RM 6000.00  +  RM 780.00 = RM 6780.00
RM 7000.00  +  RM 910.00 = RM 7910.00
RM 8000.00  +  RM1040.00=RM 9040.00
RM 9000.00  +  RM1170.00=RM10700.00
RM10000.00 + RM1300.00=RM11300.00

Kalau nak marah jangan marah RUM, marah "PANEL PERUNDINGAN PENGURUSAN KTMB", sebab PANEL PERUNDINGAN KTMB sangat bijaksana, runding dengan SOA, mudah... sebab SOA adalah PENGURUSAN dan PANEL PERUNDINGAN KTMB juga Pengurusan, maka bagi SOA... depa pun dapat...

wakakaka...

INGATAN!
Kepada pekerja KTMB sdr/i diingatkan hati-hati komen terbuka, ayat perlu beradap, sdr/i tertakluk dengan prosedur tindakan tatatertib, kecuali RUM ada "LESEN ANTARABANGSA" untuk menulis sebarang kenyataan biarpun kenyataan "BIADAP".

RUM lebih menggalak dan mengalu-alukan "LIKE"..

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


KEADILAN

Dalam kita ingin mencapai matlamat, kita perlu "HAK", hak yang berlandaskan "KEADILAN" setidak-tidaknya "KESAMARATAAN", membuang "KEADILAN" mewujudkan "DISKRIMINASI" maka jadilah "JURANG".

Benar "REZEKI" dari ALLAH SWT, namun kita "PEMIKIR" maka kita boleh menilai antara berat dan ringan, antara kesusahan dan kepayahan, antara miskin dan kaya, maka yang kaya akan terus kaya, yang miskin terus terpinggir, yang senang diutamakan, yang susah dibiarkan, tiada yang pandang maka terlahirlah golongan yang tidak dihargai dan dipinggirkan, siapa... iaitu mereka yang digelar "KULI".

Maka kembali kepada asas, pegang kepada "KEADILAN" jauhi "DISRIMINASI" kerana kita di bawah satu bumbung yang mengejar impian sebuah "KEJAYAAN".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


26 Februari 2016

LANGKAWI (CATATAN MALAM)

Sebenarnya aku suka sekali ke langkawi, tempat yang paling sesuai untuk beristirehat bersama keluarga, bersyukur aku sempat membawa Arwah Ibu ku ke Langkawi, kami menginap di Sandy Beach Resort, chalet yang mengadap laut...

Pernah Dr Klinik Keretapi menasihatkan aku, bila aku buat rawatan sakit kepala (migraint), soalan yang dia tanya, apa yang u suka dan menenangkan? aku cakap pantai dan laut, Dr itu menasihatkan aku pergi bercuti di pantai dan laut, maka tempat yang aku pilih ialah  Pulau Langkawi".

Pertama kali aku jejak Langkawi pada tahun 1988, semenjak itu destinasi aku bercuti ke Langkawi, malah nasihat Dr berkenaan mampu menghilangkan rasa sakit kepala, Terima Kasih Dr.

Itu sebab bila Pengurusan bertanya kat mana nak bincang CA, jawapan aku mudah... dekat dengan pantai dan laut, tak kesah dimana pun...  kerana aku mampu mengurangkan kemarahan bila sesuatu perbincangan yang tidak memenuhi kehendak, tidak semestinya Langkawi, tapi management macam faham, maka perbincangan CA ke Langkawi...walaupun tika perbincangan kemarahan memuncak... aku mampu mengawal diri...

Dalilnya... aku mundar-mandir di luar hotel... yang lautnya tidak jauh dari hotel.. menghirup angin laut...agar kemarahan aku reda...

Kata YB Dato Ir Nawawi Ahmad, "pulau langkawi, pulau saya," tahniah YB Dato, kenapa saya ucapkan Tahniah? Beruntung orang Langkawi...  kerana bila seseorang beranggapan itu "HAK DIA" maka dia akan jaga dengan ikhlas, tidak semata-mata hanya memegang jawatan atau makan gaji, tetapi kerja yang dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah, kecuali mereka yang bekerja dengan sikap ambil mudah atau sambil lewa atau hanya kepentingan diri.... kalau ini sifatnya,  maka jawapannya... "FAILED".

Rasanya... macam nak ke Pulau Langkawi lagi... tapi nak  Chalet Sandy Beach Resort yang mengadap laut... simboliknya ingatan aku bersama arwah ibuku...  sayangnya.. kena walk in... tak boleh booking... adeiiiii...

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


25 Februari 2016

APA DAH JADI DENGAN FLEET n MAINTENANCE? PART 2

RUM memang tidak berniat nak menulis, atas desakan rakan-rakan ahli RUM, selepas maklumat TENKO yang disampaikan kepada RUM, maka RUM mengambil perhatian SERIUS demi menyelamatkan BENGKEL BATU GAJAH.

Melalui kenyataan RUM yang lepas dipetik dan dipaparkan...

"Pada management kat Bengkel Batu Gajah, RUM banyak dapat lapuran dan aduan tentang anda berdua, kalau fikir tak mampu buat kerja... RUM syorkan bersara awal".

Mengikut aduan dari ahli-ahli RUM yang diterima punca kepada permasalahan yang berlaku adalah kerana pengurusan kedua-dua individu ini tidak cekap, lemah hanya berpandukan kuantiti dan bukan kualiti, maka akibatnya lokomotif di bawah pentadbiran kedua-dua ini bermasalah malah rata-rata ahli RUM di Batu Gajah tidak gemar cara pentadbiran yang dilakukan, kemarahan dikalangan ahli yang terlibat terhadap kedua ini sudah tidak dapat dibendung kerana risau kedudukan mereka selaku pekerja yang bekerja di Bengkel Batu Gajah.

Kedua-dua individu ini ialah :-

1.  CHE YA BIN MOHD NOR (085258)
PENGURUS KANAN
BENGKEL UTAMA

2. AHMAD BIN DAUD (087502)
PENGURUS PRODUCTION, PLANNING & CONTROL (PPC).

RUM juga dapat makluman bahawa ramai pekerja berhenti kerja malah eksekutif dan engineer juga berhenti kerja dengan kerenah 2 individu yang berkerja seperti "melepaskan batuk ditangga, cukup bulan dapat gaji, katanya lagi aku makan gaji depa pun makan gaji" oleh kerana berfikiran "kolot" ini "makan gaji" bukan niat untuk bekerja bersungguh-sungguh demi kepentingan KTMB dan seluruh warga Bengkel Batu Gajah maka RUM mendesak kedua-dua ini ditukarkan demi menyelamatkan BENGKEL BATU GAJAH.

Maka itu RUM akan menulis surat rasmi kepada YBhg Dato Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB mengenai perkara ini. Usaha dan tindakan ini adalah demi memastikan setiap pegawai KTMB menjalankan tanggungjawab yang ikhlas, dan amanah disamping bersama PRESIDEN KTMB untuk memulihkan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


24 Februari 2016

PENAMATAN PERKHIDMATAN (DEMONTRASI) KONGSI PENGETAHUAN DENGAN AHLI-AHLI RUM. (BEZA BUKAN AHLI DAN AHLI KESATUAN SEKERJA)

Saya terbaca dalam wall mengenai surat penamatan yang dikeluarkan kepada seorang pekerja.

Berdasarkan kefahaman saya melalui surat yang dipaparkan tertuduh yang disabitkan kesalahan sehingga "penamatan perkhidmatan" disebabkan dua (2)  ayat iaitu:-

1. Demontrasi
2. Jam 11.00 pagi (dalam waktu kerja)

Dua (2) perkara ini telah jelas bahawa seorang pekerja tidak boleh "berdemontrasi" waima apa alasan pun sekiranya ia hadir bukan status sebagai "AHLI KESATUAN SEKERJA YANG DI IKTIRAF", manakala seorang pekerja tidak boleh berdemontrasi maupun berpiket walaupun "AHLI KESATUAN SEKERJA YANG DIIKTIRAF" dalam waktu kerja, tambahan berpiket dihadapan premis pekerja.

Dari sudut ini "penamatan perkhidmatan" boleh dilakukan.

Maka tindakan MAJIKAN dalam "penamatan perkhidmatan" di bolehkan, maka dari sudut ini tiada isu kerana ianya "HAK MAJIKAN".

Berbeza dengan RUM berpiket sehingga dibuang kerja seramai 97 orang yang RUM katakan "TIDAK SAH" dan telah diakui oleh YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB berdasarkan surat yang diberikan kepada RUM pada bulan MEI 2015 berdasarkan :-

1. Ianya di bawah "pertikaian" melalui minit mesyuarat sebagai bukti.
2. RUM sebagai sebuah Kesatuan Sekerja yang Diiktiraf.
3. Semua syarat-syarat Piket telah dipenuhi melalui surat pekeliling yang di keluarkan kepada ahli-ahli RUM.
4. Berdasarkan peruntukkan Akta Perhubungan Perusahaan sebagai sebuah "KESATUAN SEKERJA YANG DIIKTIRAF" di benarkan "BERPIKET".
5. Kelulusan Badan Tertinggi yang mentadbir Kesatuan Sekerja.

Maka disinilah bezanya kelebihan antara :-

1 "PEKERJA BUKAN AHLI KESATUAN DAN AHLI KESATUAN YANG DIIKTIRAF"

2. "PERSATUAN DAN KESATUAN SEKERJA"

Maka kalau "BUKAN AHLI KESATUAN SEKERJA" anda "TIADA SUARA, selayaknya "ANDA PATUH" dan "MENJADI PAK ANGGUK", bila "DITAMATKAN PERKHIDMATAN" jangan bising-bising cari kerja lain sebab "ANDA TELAH MELAKUKAN KESALAHAN", dari sudut "NATURAL JUSTICE" anda masih layak membuat aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan di bawah Seksyen 20 dalam tempoh 60 hari dari penamatan perkhidmatan tetapi tidak boleh diwakili oleh "PEGAWAI KESATUAN SEKERJA YANG DIIKTIRAF" sekiranya ke Mahkamah anda boleh melantik seorang Peguam mewakili anda.

Justeru itu setiap pekerja sewajarnya menjadi AHLI KESATUAN SEKERJA YANG DIIKTIRAF kerana KESATUAN SEKERJA YANG DIIKTIRAF sahaja yang mampu membela nasib pekerja dari semua sudut pekerjaan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


23 Februari 2016

TAHNIAH YB DATO IR NAWAWI AHMAD

RUM merakamkan ucapan TAHNIAH atas penyambungan kontrak YB Dato Ir Nawawi Ahmad selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.

Penyambungan kontrak ini membuktikan bahawa YB Dato Ir Nawawi Ahmad telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi untuk memajukan KTMB.

RUM akan terus memberi sokongan dan kerjasama yang baik demi kepentingan KTMB.

Rakaman terima kasih kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang merestui perlantikan YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah, KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


FAEDAH HOSPITAL

Pegawai RUM telah menunjukkan satu kenyataan dari bukan ahli yang dipaparkan dalam facebook yang mengatakan bahawa faedah pakar tiada dalam CA.

Perlu dijelaskan dalam CA. Artikel 50 telah menjelaskan, sebelum buat sebarang kenyataan sila baca dan faham apa yang terkandung dalam CA jangan buat tuduhan melulu, tindakan sedemikian boleh dianggap fitnah.

Kalau tak tau bertanya, kalau tak pandai belajar, jangan buat-buat pandai tapi sebenarnya menunjukkan pada khalayak ramai, anda sebenar tidak pandai dan memalukan diri sendiri.

Perlu juga disedari semua perkara yang dicadangkan dalam CA diputuskan melalui BENGKEL CA yang dihadiri oleh pelbagai gred jawatan, mereka menyedari setiap cadangan yang wujud samada dalam persidangan perwakilan atau melalui cadangan pegawai cawangan atau dari ahli-ahli diterima dan dibahaskan untuk dimasukkan dalam Perjanjian Bersama. (Rujuk kenyataan sebelum ini dalam Suara Rum)

Maka perkara yang dibangkitkan oleh beliau ini adalah satu unsur berniat jahat dan memfitnah.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


20 Februari 2016

PEKERJA BANGLADESH

Alhamdulillah, terima kasih... ini keputusan bijak, RUM sangat menghargai kenyataan YAB TIM PERDANA MENTERI yang membekukan pengambilan pekerja asing.

RUM berharap langkah-langkah yang baik seperti latihan dan mengalakkan pekerja bekerja dalam 3 D, termasuk mengkaji kedudukan kadar upah bagi menarik minat pekerja bekerja dalam sektor 3 D.

Terima kasih sekali lagi, RUM amat menghargai langkah yang diambil dalam pembekuan ini, terima kasih kerana mendengar keluhan kami.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/tpm-kerajaan-tangguh-pengambilan-pekerja-asing-serta-merta-1.487042


PENANGUHAN PENGAMBILAN 1.5 JUTA BANGLADESH

Penangguhan ini memberi kelegaan sementara bahawa pihak kerajaan pada dasarnya mendengar keluhan rakyat, usaha penangguhan ini satu langkah yang bijak dan dialu-alukan. Terima kasih.

Penangguhan bererti berhenti buat sementara berkemungkinan meredakan keadaan yang sangat tidak disukai oleh gabungan kesatuan sekerja malah menjadi topik hangat dari semua pihak yang merasa keluh kesah dengan kebanjiran warga asing.

Melalui keyataan akhbar kenyataan YB Tim Menteri KDN telah menyatakan bahawa memorandum yang ditandatangani antara KSM dan Kerajaan Bangladesh itu masih terpakai dan berkuatkuasa selama 3 tahun, kajian akan dibuat samada keperluan itu berdasarkan kehendak majikan, ianya boleh dilaksanakan pada tahun hadapan atau bila-bila masa dalam tempoh berkuatkuasa perjanjian tersebut setelah dikenalpasti jumlah keperluan berdasarkan kajian yang dibuat.

RUM tetap beranggapan ianya tetap boleh menjadi isu kepada negara kerana hasrat melalui kenyataan YB Tim Menteri  KDN berkemungkinan kemasukan Warga Asing untuk bekerja akan tetap dilakukan, berdasarkan MoU yang ditandatangani dan ini disahkan juga melalui kenyataan akhbar dari pihak kerajaan Bangladesh.

Pihak RUM ingin menekankan agar ianya dihentikan tanpa sebarang alasan serta menyeru pihak MTUC mengerakkan jentera dengan mengadakan perbincangan segera dengan semua pihak yang terlibat bagi menghentikan terus pengambilan warga asing untuk bekerja di negara ini. Sekiranya perlu tindakan berpiket perlu dilakukan sehingga ianya dibatalkan terus.

Sebaliknya penekanan perlu diberikan oleh KDN agar memastikan semua warga asing yang ada pada hari ini samada yang berpermit atau tidak digunakan sepenuhnya tanpa penambahan yang baru, pihak RUM beranggapan yang sedia ada sudah mencukupi dan boleh digunakan untuk keperluan yang dianggap mendesak kononnya.

Pihak RUM bukan anti kepada warga pekerja asing tapi lambakan yang banyak akan menimbulkan implikasi kepada pekerja,  bakal pekerja serta masalah sosial yang bakal berlaku di negara ini.

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


19 Februari 2016

ISU PEKERJA BANGLADESH / POLITIK

Bukan semua isu sengaja dipolitikkan... isu pekerja bangladesh, bukan isu politik, andai ada pihak yang nak mempolitikkan itu kerja mereka, malah sendiri cari sakit kerana mewujudkan isu untuk dipolitikkan, tapi RUM tidak melihat isu ini sebagai isu politik, tapi isu periuk nasi pekerja, pekerja baru, generasi baru.

Berilah apa alasan pun RUM tidak boleh terima, kerana ianya boleh dibahas, walaupun ada YB Menteri mengeluarkan kenyataan akan melatih pekerja Bangladesh berbudi bahasa, malah RUM beranggapan kenyataan sebegini macam kenyataan Maharaja Lawak.

Apakah kita ketandusan idea, ketandusan modal bicara, kita seolah-olah hilang arah, kita mengambil jalan mudah membuat dasar tanpa mengira kepentingan generasi sekarang dan akan datang.

Kita lebih mendengar kepada "PEMAIN INDUSTRI" kemudian menyatakan jangan salahkan kami, persoalannya "SIAPAKAH KAMI?" "SIAPA YANG BERKUASA?" "KEHENDAK SIAPA YANG PERLU DIUTAMAKAN?" "SIAPAKAH PEMBUAT DASAR?"...adeiiiii....

Janganlah memperbodohkan kami!

Terasa kita tidak pedulikan rakyat, kita tidak pedulikan kehendak suara pekerja, yang tidak pandai berpolitik, janganlah kerana kepentingan mana-mana pihak kita sanggup mengadaikan maruah kita.

Sedarlah, kita semua berpijak dibumi nyata, jangan buat sesuatu yang ramai tidak gemar, fikir Pekerja, fikir Belia, fikir Bangsa dan Negara. Tolonglah....

Maaf, saya tak dapat menahan diri untuk berbicara, terasa terbakar dihati, sesungguhnya ianya tidak boleh diterima, jauh sekali untuk mengakui bahawa ianya keperluan, saya tetap mohon hentikan kemasukkan warga asing untuk bekerja di negara ini, yang ada sudah cukup, jangan ditambah lagi.

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


18 Februari 2016

PEMIMPIN

Seorang pemimpin hendaklah menjalankan tugas dengan jujur, tidak boleh melarikan diri dari menjalankan tanggungjawabnya. Kalau dia seorang pemimpin rakyat, maka dia harus turun ke medan menemui rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka. Rakyat hendaklah dilayani dengan adil dan saksama.

Demi menjaga kepentingan umat dan negara, demi menjaga pengaruh keduniaan agar tidak meresab masuk ke dalam jiwa pemimpin, Rasulullah saw melarang meminta sesuatu jawatan di dalam pemerintahan, apa lagi merebut tanpa kelayakan dan persediaan yang mencukupi. Sabda Rasulullulah saw yang bermaksud; ’Kami demi Allah, tidak akan melantik ke jawatan pemerintahan ini, orang yang memohonnya dan juga orang yang sangat-sangat berkeinginan untuk mendapatkannya’.

Sifat loba dan sifat tamak dan menginginkan jawatan akan mendorong seseorang untuk berbuat zalim dan dosa demi untuk mendapatkannya. Apabila sudah dapat berjawatan maka akan dipergunakannya untuk kepentingan-kepentingan dirinya. Adapun orang yang diberikan jawatan berdasarkan kelayakkan, sedangkan ia tidak menginginkan jawatan itu, maka Allah swt akan memberikan pertolongan dan taufik kepadanya di dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin yang merupakan amanah daripada Allah swt.

Orang yang menginginkan jawatan kerana mengejar pangkat, mencari pengaruh, mengumpul harta kekayaan, kemewahan duniawi semata-mata, sangat terdedah kepada melakukan sebarang penyelewengan, pengkhianatan dan penipuan semasa menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Kepada mereka ini diingatkan bahawa pengkhianatan dan penipuan yang dilakukan oleh seorang pemimpin sangat besar kesan dan akibatnya keatas diri, keluarga, rakyat dan negara. Diatas perbuatannya itu ia akan menanggung kesusahan hidup di dunia dan di akhirat dan dia akan menyesal kerana disiksa oleh Allah swt di dalam Neraka jahanam nanti.

Firman Allah swt, Al Anfaal: 27. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

Sabda Rasulullulah saw; ‘Apabila disandarkan pekerjaan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat (saat kehancuran)’.

PENULIS ADALAH SEORANG SAHABAT RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


APA DAH JADI DENGAN FLEET DAN MAINTENANCE?

Pihak Pengurusan Fleet n Maintenance dan semua pekerja Fleet, RUM nasihatkan buat kerja betul- betul... sebarang kelemahan segera perbaiki...

Kepada ahli-ahli RUM sekiranya ada maklumat atau sebarang perkara yang tidak betul, salurkan info melalui inbox atau whatsapp personal kepada saya.

Pada management kat Bengkel Batu Gajah RUM banyak dapat lapuran dan aduan tentang anda berdua, kalau fikir tak mampu buat kerja... RUM syorkan bersara awal.

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTNB


MTUC / MEMORANDUM - 1.5 JUTA BANGLADESH

Walaupun RUM tiada mendapat surat rasmi dari MTUC, hanya dapat melalui facebook rakan-rakan MTUC, sebagai Kesatuan Gabungan dan saya juga sebagai Ahli Majlis Am rasa geram jugak dengan pentadbiran MTUC, hampeh!

Namun atas dasar rasa tanggungjawab, walaupun melalui makluman melalui Facebook, pihak RUM tetap menghantar dikalangan Belia RUM untuk bersama dalam penyerahan Memorandum berkenaan, kerana RUM sendiri tidak bersetuju dengan kemasukkan 1.5 juta pekerja Bangladesh.

RUM berharap pihak pentadbiran MTUC jangan pandang remeh tentang perkara ini, jangan ingat saya tidur, sebab saya dah perhatikan surat menyurat kepada RUM memang tidak dapat atau mungkin alamat RUM dah tiada dalam simpanan MTUC atau pentadbiran MTUC memang malas, atau sememangnya MTUC cuba untuk meminggirkan RUM.

RUM tulis secara terbuka kerana kurang senang dengan pentadbiran MTUC.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


17 Februari 2016

Pekerja Urusan Jalan KTMB membuat kerja 3D

Lihatlah belia negara ini... kasihanilah mereka.


MAKIN MELUAT

Ramai dah pertikai... udahlah... popular cara ini orang makin menyampah... dengarlah keluhan rakyat... buat apa cari atau wujudkan problem... lepas tu cari masalah dengan belia... belia ni pewaris negara... belia makin bijak...

Kami pemimpin kesatuan sekerja pun dah meluat... hentikanlah... idea bawa masuk pekerja Bangladesh ni... cukup-cukuplah... jangan malu tarik balik idea ini... fikirkan masa depan belia... masa depan anak cucu kita...

Tolonglah hentikan benda-benda karut ni...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


14 Februari 2016

PEKERJA ASING (1.5 juta Bangladesh) KENYATAAN YB DS TIM. PERDANA MENTERI TV3 (sebentar tadi)

Sebagai Kesatuan Sekerja yang memperjuangkan hal ehwal pekerja, saya terpanggil mengulas kenyataan beliau yang mencabar belia dengan membuat kerja kotor, panas atau sukar, beliau juga menyatakan bahawa belia memilih pekerjaan.

1.Tidak dinafikan ada kebenaran mengenai kenyataan ini dari satu sudut pandangan beliau, persoalannya mengapa memilih kerja? Adakah telah dibuat kajian? Apakah faedah yang diterima? Cukupkah kos sara hidup?

2. Pernahkah beliau semak rekod di Kementerian Sumber Manusia bahawa ada Kesatuan Sekerja membuat aduan bahawa majikan sengaja membuat provokasi dengan mengenakan bermacam syarat termasuk tidak menaikan gaji atau melakukan pembuangan kerja kepada pekerja Malaysia semata-mata mengajikan pekerja asing dengan gaji murah. (Kes Pekerja Kilang)

3. Pernah ke beliau berfikir majikan sengaja mencari alasan untuk tidak mengajikan pekerja Malaysia semata-mata mahu mengajikan pekerja asing dengan gaji murah, rumah boleh berkongsi sehingga 15 orang, makan ala kadar dan lain-lain.

4. Cuba selidik berapa majoriti sesuatu kilang diantara pekerja asing dengan pekerja Malaysia?

5. Bagaimana dengan lambakan pekerja asing di Malaysia yang ada sekarang samada secara sah atau tidak sah?

6. Budaya yang tidak sihat, apakah ini perkara remeh?

7. Intergriti, RUM tidak mahu katakan tapi pergi siasat.

8. Kenyataan MEF jelas berdasarkan kedudukan ekonomi sekarang? Tiada keperluan, tapi dikatakan ahli MEF yang memohon keperluan pekerja asing, melalui pengalaman RUM, kebiasaannya MEF akan bersetuju dan sangat vokal apajua perkara yang melibatkan kepentingan Majikan, tapi kali ini MEF bercakap sebaliknya, maka RUM yakin bahawa kenyataan MEF ada kebenaran dan betul.

9. Majikan akan mengambil kesempatan dalilnya pekerja restoran tidak boleh mengambil pekerja asing untuk bekerja di restoran tapi keadaan sebaliknya, bila isu ini keluar barulah kenyataan keluar penguatkuasaan akan dijalankan, apa sebab sekarang?

10. Implikasi kepada KTMB ialah hari ini perancangan Perbadanan Aset Keretapi nak mengambilalih asetnya, sebagai contoh pekerja landasan, kemungkinan akan berlaku perancangan outsouce, sebuah syarikat akan mengambilalih pekerjaan berkenaan, adakah mereka nak ambil pekerja Malaysia? Kenyataan YB DS Tim P Menteri yang mencabar dengan mengatakan pekerja Malaysia tak mampu bekerja suasana panas? maka atas alasan kehendak industri maka syarikat berkenaan akan mengambil pekerja asing? Sedarkah pekerja yang berkatogeri Penyelengaraan Landasan melakukan kerja di dalam persekitaran yang tidak selesa, panas, hujan, di tengah hutan, mengangkat barangan yang berat adakala bekerja tidak kira waktu malah waktu malam, apakah ini bukan bukti atau dalil bahawa belia yang bekerja di KTMB sanggup bekerja sedemikian, jadi mana alasan YB DS Tim Perdana Menteri yang mengatakan belia tidak mampu bekerja sedemikian? tidakkah cabaran ini hanya wayang sahaja?

RUM selaku Kesatuan Sekerja tetap mempertahankan pendirian bahawa Belia masih sanggup bekerja dalilnya pekerja KTMB telah dan sedang melakukan, rata-rata adalah kalangan belia, keperluan pekerja asing sehingga 1.5 juta dari Bangladesh adalah tidak perlu, sekiranya diterima ianya sangat mendukacitakan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


13 Februari 2016

PERUNDINGAN CA 8 (KESIMPULAN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Secara peribadi... memang sebenarnya saya ada target... ianya sebagai perjuangan peribadi... KPI saya sendiri... saya sendiri menaruh harapan yang tinggi... memang tak dinafikan CA ini adalah yang terbaik dari semua CA yang ada... secara jujur saya berpuas hati... Penilaian ini berdasarkan pengalaman saya yang terlibat dari CA 1 hingga CA 7.

Namun ada yang lain... saya menaruh harapan... mempunyai fakta dan hujah yang sangat kukuh... tapi gagal... kerana tidak dipersetujui... terasa hampa... kecewa... tidak dapat memenuhi kehendak ahli-ahli RUM... namun masih terus berusaha... tidak sesekali berputus asa.... asalkan apa yang kita lakukan berdasarkan nawaitu... In Syaa Allah... secara peribadi tak semua kita harap boleh tercapai... sebab saya juga faham kemampuan pihak pengurusan KTMB yang menilai dari sudut kewangan syarikat.

Saya @ kami hanya lakukan terbaik untuk ahli-ahli RUM... saya @ kami sangat sayangkan ahli-ahli RUM dan RUM... tanpa ahli-ahli RUM siapalah saya @ kami...

Setiap pencapaian atau kejayaan itulah kepuasan... kepuasan tiada nilai dengan wang ringgit... ini yang saya @ kami cari...

Alhamdulillah... barisan panel RUM kali ini adalah yang terbaik... inilah hikmah... anugerah Allah Swt... saya bangga dengan semua panel RUM... benar-benar saya berpuas hati... Allah Swt Maha Adil... Alhamdulillah...

Sejujurnya saya tidak pernah lupa... tidak akan lupa pada "BARISAN TERAKHIR RUM"... saya terhutang budi pada mereka semua... semoga Allah Swt... membalas jasa mereka...

Namun perjalanan masih jauh, harapan saya kepada Lembaga Pengarah KTMB khususnya YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, tapi saya yakin Lembaga Pengarah amat memahami kedudukan pekerja KTMB.

Kementerian Kewangan... macam kenyataan saya yang lepas... ada sedikit kegusaran... namun naluri hati saya... harapan kelulusan dari MoF tetap tinggi... mudah-mudahan...

Apa pun... setiap yang dilakukan oleh Panel RUM iaitu Jawatankuasa Kerja RUM dan Pengerusi Belia RUM sentiasa menitikberatkan kepentingan keseluruhan ahli RUM.

Majlis Eksekutif... terima kasih kerana memberi mandat kepada kami.. sokongan yang diberikan kepada kami... kami usaha sedaya upaya melakukan yang terbaik...

Andai saya @ kami gagal memuaskan hati ahli-ahli RUM... saya bagi pihak panel RUM dan Majlis Eksekutif RUM menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf.

Yang baik dari Allah Swt..
Yang kurang dan buruk dari kami jua...

Akhirnya...

Demi masa...

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

PANEL PERUNDING RUM

1. Mokhtar (Ketua Perunding RUM)
Timbalan Presiden RUM
2. Maniam (Perunding)
Setiausaha Agung RUM
3. Hairuddin (Perunding)
Bendahari Agung RUM
4. Fadzli (Perunding @ Secretariat)
Pen. Setiausaha Agung RUM
5. Suraya (Perunding @ Secretariat)
Pen. Bendahari Agung RUM
6. Roslan (Perunding)
Naib Presiden RUM
7. Faizal (Perunding)
Pengerusi Belia RUM
8. Razak (Secretariat)
Presiden RUM


12 Februari 2016

PERJANJIAN BERSAMA 8

Alhamdulillah perbincangan diantara panel pengurusan KTMB dan panel RUM mengenai artikel tertangguh telah pun selesai.


Terima kasih panel pengurusan KTMB yang berusaha melayani karenah panel RUM yang menjalankan tanggungjawab bagi memenuhi kehendak pekerja khususnya ahli-ahli RUM.

Peringkat seterusnya ialah kelulusan Lembaga Pengarah KTMB dan Kementerian Kewangan, sama-sama kita berdoa kelulusan diberikan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

PERBINCANGAN BERSAMA 8

In Syaa Allah, petang ini jam 4.00 petang, sessi perbincangan Perjanjian Bersama akan diadakan  lanjutan selepas perbincangan di langkawi. 



Perbincangan ini adalah melibatkan perkara-perkara yang tertangguh (kiv).

Harapan kita perbincangan perjanjian bersama ini petang ini akan selesai dengan cara yang baik dan harmoni.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja -Pekerja KTMB.

KENYATAAN AKHBAR KDN

Ini jawapan balas, biar gambar berbicara...


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


11 Februari 2016

INSIDEN


RUM tidak akan buat sebarang komen terbuka dalam mana-mana insiden yang berlaku,  namun ianya dalam perhatian RUM, serta tetap menjalankan siasatan mengenalpasti setiap insiden termasuk dokumen-dokumen RUM melalui 27 pucuk surat RUM ketika kemelut RUM.

Sebarang perkara mengenai insiden akan dibincangkan secara dalaman khususnya melalui Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan, Pekerjaan dan Persekitaran Induk.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

KHABAR ANGIN


Macam-macam khabar angin yang didengari, sedap betul tukang bawa cerita, sehingga bertubi-tubi pertanyaan yang didengari, kadang-kadang tersenyum sendiri. RUM pun tahu siapa yang tukang bawa cerita ini... semua ini mulut longkang... tak abis-abis membawa cerita yang boleh menjejaskan Ybhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB.

RUM tegaskan setakat ini RUM berpuas hati dengan peranan Ybhg Dato Haji Sarbini Tijan, kerja-kerja dan tanggungjawab yang dilakukan berdasarkan 27 surat RUM ketika zaman Mantan Presiden KTMB telah dan ada yang dalam proses pelaksanaan malah dapat sokongan penuh dari Kementerian Pengangkutan.

Hentikan semua cerita longkang ini, sebaliknya tumpukan kepada tugas yang telah dipertanggungjaawab kepada anda sebagai seorang kakitangan KTMB. Kalau ada yang nak mengharapkan sesuatu magik akan berlaku lupakanlah...

RUM masih berpendirian menyokong kepimpinan Ybhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan selaku Presiden KTMB.

Untuk makluman kontrak Ybhg Dato Haji Sarbini Tijan selaku Presiden KTMB akan berakhir pada bulan 30 April 2017 iaitu kontrak selama 2 tahun.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

TERBAIK (PEKERJA BANGLADESH)

Satu langkah yang terbaik dan sangat dialu-alukan, sebagai kesatuan sekerja kita memang sangat berharap 1.5 juta pekerja bangladesh hadir dalam negara malah kalau boleh bawalah seluruh rakyat Bangladesh ke negara ini, kerana RUM akan memberi sokongan 101% tentang perkara ini.

Kehadiran pekerja mengambarkan negara Malaysia sebenarnya ketandusan pekerja malah keperluan ini boleh mencapai hasrat kerajaan sebagai sebuah negara maju.

RUM juga ingin mencadangkan semua penjawat awam digantikan dengan Pekerja Bangladesh, ini boleh membantu kerajaan khususnya dalam melaksanakan perkhidmatan awam dengan lebih berkesan.

Ada sapa-sapa nak bantah cadangan RUM?

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


09 Februari 2016

UMUR PERSARAAN 62 TAHUN/PEKERJA KONTRAK

Pada pandangan RUM, tuntutan ke 62 tahun ini belum sampai masanya lagi, kerana kerajaan baru sahaja mewartakan pindaan umur persaraan kepada 60 tahun. Ruang dan peluang kepada pekerja muda perlu diberikan termasuk kenaikan pangkat. Justeru itu sewajarnya tumpuan kepada tuntutan yang lebih berfaedah kepada generasi muda perlu diutamakan.


Namun mendesak kerajaan supaya pekerja kontrak seperti yang dinyatakan oleh Presiden Cuepacs tidak ditamatkan kontrak, sangat dipersetujui oleh RUM, malah sewajarnya pekerja kontrak ditawarkan sebagai pekerja tetap, malah perjuangan berterusan amat diperlukan bagi memastikan tiada pekerja kontrak dalam sektor awam maupun sektor swasta. 


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

BILA SONGKOK PAKAI KAT KAKI, KASUT PAKAI KAT KEPALA

Beginilah antara sifat yang terkeji perlu dihindarkan... biar kat mana kita... kejujuran dan prinsip tidak boleh diabaikan... antara kepentingan peribadi dan kepentingan organisasi tetap ada perbedaan yang tidak boleh samasekali dicampuradukkan.

Satu yang boleh di puji... Pak Abas mantan Presiden RUM walau pun beliau telah meninggalkan RUM semenjak tahun 1992, beliau masih sayangkan RUM, tidak sesekali akan membenarkan sesiapa pun menjahanamkan RUM malah itulah pesanan Pak Abas kepada PEMIMPIN RUM jagalah RUM ibarat nyawa sendiri.

Begitulah malangnya bila "BILA SONGKOK PAKAI KAT KAKI, KASUT PAKAI KAT KEPALA"... Dasar Organisasi sanggup dijual, tanpa kita peduli dan berpegang bahawa organisasi bukan individu tetapi sebuah badan atau pertubuhan atau syarikat atau kesatuan sekerja yang mewakili SUARA AHLI-AHLINYA atau dengan lain perkataan menghina organisasi atau menjatuhkan atau memperlekehkan organisasi atau apa jua perkataan yang boleh merosakkan organisasi adalah "PENGKIANAT ORGANISASI" kerana "ORGANISASI" sebuah badan yang mewakili ahli-ahlinya atau ahli-ahli yang berfaedah.

Begitu juga KTMB... kerana KTMB juga sebuah organisasi.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

07 Februari 2016

KWSP (BORANG)

Borang KWSP17A (Khas2016)
Borang KWSP17A (Khas 2016) - klik utk download
RUM menyeru ahli-ahli RUM untuk mendapatkan borang KWSP seperti di bawah ini di pejabat KWSP berhampiran untuk tidak memberhentikan potongan simpanan pekerja sebanyak 3% iaitu dari 11% kepada 8%.

Diakui "menyusahkan" tapi demi kepentingan hari tua dan satu-satunya simpanan hari tua bagi pekerja yang berpendapatan rendah, ruangkan sedikit masa untuk mendapatkan borang serta mengisi borang berkenaan.

3% potongan itu benar-benar merugikan kita selaku pekerja kerana ianya memberi banyak manfaat ketika kita dihari tua disamping peningkatan simpanan serta peningkatan bonus @ faedah berdasarkan simpanan yang tersimpan setiap tahun.

Usahakanlah demi kepentingan hari tua.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

05 Februari 2016

PELAJARAN MENTERI BESAR KEDAH

Aku bukan nak bercakap pasal politik tapi nak bercakap pasal pelajaran dan seorang "kuli" bila seorang Menteri Besar dilantik, ramai yang menghina kerana pelajaran sekadar SRP, aku beranggapan ini satu penginaan kepada kami golongan yang mungkin belajar tidak kemana.

Tapi sedarkah ini anugerah Allah Swt kepada mereka yang tidak belajar tinggi tapi mampu sampai ke puncak, jangan lebelkan orang yang tidak berpelajaran itu lemah dari semua sudut sehingga tidak mampu berjaya, ramai diluar sana yang tidak berpelajaran lebih hebat dan berjaya, ramai juga berpelajaran tapi tidak kemana. Tapi ada juga kelebihan kepada orang yang tidak berpelajaran mampu jadi jutawan kadang-kadang tahap pencapaian yang luar biasa, kerana setiap insan ada kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah Swt.

Orang tak berpelajaran tapi mempunyai pengalaman yang mungkin tiada pada orang yang berpelajaran, malah orang yang tidak berpelajaran kadang-kadang lebih bijak dari orang yang berpelajaran.

Bukan aku sokong Menteri Besar yang dilantik ini dari aspek politik tapi naluri aku tetap bangga bila orang tidak berpelajaran mampu dinobatkan sebagai Menteri Besar.

Tambah-tambah kami "kuli" tiada pelajaran tapi tanpa kami, mampukah syarikat bergerak? malah ramai dari kalangan "kuli" tiada pelajaran tapi memegang jawatan "Eksekutif" maupun "Manager" seperti dalam KTMB.

Pinjam ayat "SULTAN MELAKA"..

"HEBATKAN BETA"..

tukar ayat...

"HEBATKAN KULI"

Hehehe....

Maka aku bangga bila orang tak berpelajaran yang dihina tapi mampu mencapai sesuatu yang luar biasa. Tahniah kepada YAB DS MENTERI BESAR KEDAH.

CUMA

Bila tak berpelajaran mencapai sesuatu yang tinggi jangan lupa asal usul.. maka bantulah mereka yang memerlukan dan ingatlah mereka yang pernah bersama... bukannya menekan mereka....
Presiden RUM

KEMPEM MENAMBAH AHLI

Kepada semua pekerja KTMB bukan eksekutif adalah digalakkan menjadi ahli RUM demi memperjuangkan nasib pekerja-pekerja, RUM menyedari ramai pekerja baru masih tidak menyertai RUM, maka itu RUM menyeru semua pekerja menjadi ahli RUM.

Sdr/i boleh mendapatkan borang keahlian melalui :-

1. Semua Pengerusi/Setiausaha Cawangan.

2. Ahli Jawatankuasa Cawangan.

3. Pengerusi dan Jawatankuasa Cawangan Belia RUM.

Atau hubungi pejabat RUM bercakap dengan staf RUM di no tel 0322741107 atau hantarkan nama, alamat rumah atau email atau faks kepada Suara RUM melalui inbox.

Pihak RUM akan mengirimkan borang keahlian terus kepada ahli bersekali sampul surat berstem dan beralamat Ibu Pejabat RUM untuk memudahkan penghantaran kembali.

Fikir masa depan dengan bersama RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

04 Februari 2016

DISIPLIN

RUM ingin menasihatkan ahli-ahli RUM jangan buat salah laku yang bertentangan dengan prosedur tindakan tatatertib, sebarang salah laku yang dilakukan boleh menghakibatkan sehingga "dibuang kerja".

Malah salah laku ini sebenarnya menyusahkan RUM sehingga terpaksa membela mana-mana tertuduh. RUM tidak menolak bahawa ini adalah tanggungjawab RUM untuk membela ahli-ahli RUM, malah RUM sentiasa bersedia membela ahli-ahli RUM, namun perlu diingat kalau salah laku itu bersifat penganiayaan maka itu tidak menjadi isu pada RUM tetapi salah laku yang dilakukan adalah disebabkan individu itu sendiri, maka ianya menjadi kesukaran kepada RUM bila dalil atau hujah yang perlu disediakan sangat sukar.

Berdasarkan pengalaman ada ahli-ahli sedar bahawa mereka sebenarnya melakukan kesalahan, malah selepas pembelaan ianya tetap dijatuhkan hukuman tapi tidak sampai buang kerja sebaliknya hukuman diringankan iaitu samada amaran atau potong gaji atau turun mata gaji atau turun pangkat.

Malangnya ahli-ahli yang terlibat ini masih tetap menyalahkan RUM kerana ahli yang berkenaan tetap dikenakan hukuman, harus disedari bahawa yang buat salah adalah pekerja yang tertuduh maka tanggungjawab RUM pula membela yang tertuduh dan berusaha tidak sampai buang kerja atau seboleh-bolehnya meringankan hukuman atau hanya terima amaran.

Justeru itu RUM ingin mengingatkan ahli-ahli elakkan membuat salah laku sehingga boleh diambil tindakan tatatertib, dalam suasana pemulihan KTMB sewajarnya kita bekerja bersungguh-sungguh dengan penuh dedikasi, pilihan yang ada... adalah menjadi seorang pekerja yang bertanggungjawab dan amanah.

Kalau bukan ahli... RUM tak lah pening sangat.. lantak lah depa...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

KWSP LAGI

Kenyataan YB Timbalan Menteri Sumber Manusia yang menempelak "pembangkang" kerana kononnya agenda politik adalah meleset sekali atau beliau hanya menjawab kerana ingin menegakkan benang yang basah berikutan pemotongan simpanan KWSP sebanyak 3% kononnya diberi kelonggaran sebagai pilihan yang RUM beranggapan menyusahkan pekerja.

RUM nak bagitau YB Tim Menteri Sumber Manusia ini bukan soal pembangkang sahaja, ini melibatkan soal seluruh pekerja di negara ini.

Kenapa YB Tim Menteri Sumber Manusia tidak mahu menempelak MTUC, CUEPACS dan Seluruh 

Kesatuan Sekerja di Negara ini yang tidak bersetuju dengan pemotongan 3%?

Kami bukan ada agenda politik tapi kami fikir kepentingan pekerja... tempelak lah kami....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

03 Februari 2016

KWSP

RUM tidak bersetuju dengan kenyataan YB Tim Menteri Sumber Manusia.

RUM sebagai Kesatuan Sekerja sendiri pum tidak bersetuju, malah MTUC dan CUEPACS telah mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju, walaupun ianya di beri pilihan tapi pilihan itu meletakkan pekerja untuk memohon tidak memotong 3%, ini menyusahkan pekerja yang berhasrat untuk menyimpan simpana dihari tua.

Sewajarnya pilihan diberi kepada pekerja yang berkehendakkan 3% tidak dipotong mengisi borang permohonan untuk mengurangkan simpanan KWSP.

Tindakan seperti ini boleh dianggap seolah-olah "paksaan ghaib".

RUM tetap tidak bersetuju waima ianya berbentuk pilihan kerana ini sahaja simpanan yang ada untuk hari tua, selain dari itu pekerja yang berpendapatan rendah tidak mampu membuat simpanan, dapat gaji tengah bulan dah pun abis, hanya bergantung harapan melalui simpanan KWSP untuk hari tua.


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

TAMBANG TIKET ISTIMEWA

RUM ingin menjelaskan untuk keluarga pekerja (suami/isteri dan anak) yang ingin mengunakan perkhidmatan komuter boleh memohon Tambang Tiket Istimewa yang melayakkan diskaun sebanyak 75%. (Rujuk artikel 66, Perjanjian Bersama 7)

Mana-mana arahan mengatakan tidak dibenarkan sila inbox Suara RUM untuk tindakan RUM memperbetulkan.


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

MERAYU

Adakala RUM hanya boleh minta tolong dan merayu, tidak boleh bertegas mahupun berkeras kerana ianya "BUDIBICARA MUTLAK MAJIKAN".

Bila "BUDIBICARA MUTLAK MAJIKAN" maka RUM hanya mengharap "EHSAN", kalau "MAJIKAN" nak tolong, dia akan tolong, kalau dia tak nak tolong, maka dia tidak akan tolong.
Namun RUM juga faham kenapa "MAJIKAN" tak nak tolong, kerana ianya melibatkan "DASAR", bila sebut perkataan "DASAR", pengurusan yang melaksanakan tanggungjawabnya dengan mematuhi "DASAR" berdasarkan upah @ gaji yang diterima sebagai memenuhi kehendak dasar, maka hak pengurusan yang dibayar upah @ gaji hendaklah mematuhi dasar.

Sesuatu hal dalam melaksanakan tugas, RUM perlu melihat semua sudut, namun dalam ertikata lain, RUM tetap membantu, menolong malah merayu bagi pihak ahli-ahli RUM, namun RUM tidak mempunyai "KUASA" untuk memastikan "RAYUAN" diterima kerana ianya "BUDIBICARA MUTLAK MAJIKAN".

Dalam melaksanakan "DASAR" bukan bentuk "BUDIBICARA", maka ianya tidak perlu dipertimbangkan malah perlu dikuatkuasakan.

Namun RUM harap kepada maksud "BUDIBICARA" maka adakala ianya boleh ditolong berdasarkan "RAYUAN DENGAN ALASAN YANG MUNASABAH", kerana siapa pun kita... kita juga adalah insan yang saling bantu membantu...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

01 Februari 2016

PENDIRIAN RUM

USIK KTMB

USIK CA

USIK PERATURAN RUM

KITA AKAN TENTANG ABIS-ABISAN WAIMA TIM MENTERI SUMBER MANUSIA DI BELAKANG ATAU SIAPA PUN KAT BELAKANG!

WE PREPARED TO COURT!

WE CHALLENGE!

RUM VERY-VERY SERIUS ABOUT THIS!

KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB