gambar google |
Semua menyedari bahawa KTMB telah diswastakan pada 1 OGOS 1992, justeru itu bila sebut pengswastaan maka KTMB adalah Syarikat Perniagaan berorientasikan keuntungan. Sehingga hari ini track record KTMB semenjak swasta sentiasa rugi lebih dari RM 200 juta setiap tahun.
Apakah sumber pendapatan KTMB?
Sumber utama pendapatan KTMB berteraskan perniagaan ialah:'
A. Penumpang
B. Kargo
Kadar tambang yang dikenakan pada penumpang dan kargo adalah sangat rendah berbanding kos operasi.
Kos operasi adalah seperti..
1. Gaji Pekerja termasuk lembur, elaun KWSP, faedah kesihatan dan lain-lain.
2. Kos penyelenggaraan lokomotif, koc, wagon, pgc, landasan, signaling, stesen, persekitaran stesen serta landasan dan banyak lagi.
3. Minyak Diesel
4. Letrik
5. Pembayaran kerja-kerja kontraktor
6. Dan lain-lain lagi.
7. Pendapatan KTMB lebih kurang adalah RM 35 juta sebulan merangkumi pendapatan tambang penumpang, kargo lain-lain sumber sekiranya ada.
8. Kos gaji pekerja lebih kurang RM 20 juta sebulan melibatkan pekerja dan pengurusan seramai lebih kurang 5700 pekerja.
9. Baki RM 15 juta adalah untuk kos operasi seperti 2 - 6 di para atas.
10. Bermaksud 65% dari jumlah pendapatan KTMB akan di bayar upah kepada pekerja seperti di para 8.
11. Bila melihat kos perbelanjaan pekerja sebanyak 65% dari jumlah pendapatan maka seolah-olah lebihan pekerja berlaku kerana berdasarkan kos operasi sesebuah syarikat untuk perbelanjaan melibatkan pekerja adalah diantara 35% - 45 % sahaja dari jumlah pendapatan.
12. Perlu disedari bahawa pada tahun 1992 ketika pengswastaan jumlah pekerja adalah lebih dari 8000 orang pekerja.
13. Dari sudut kejayaan pengswastaan KTMB adalah dikira berjaya dari satu aspek sahaja iaitu mengurangkan pekerja tetapi tidak dari segi perniagaan.
14. Pekerja yang berjumlah lebih kurang 5700 orang khususnya pekerja bukan eksekutif telah melakukan kepelbagaian kerja berdasarkan "multiskil" tidak seperti sebelum pengswastaan pekerja hanya tertumpu satu bidang tugas, pekerja KTMB hari ini menampung beban tugas yang banyak dalam menjalankan atau melaksanakan kerja dalam KTMB. Maksudnya dari segi ini RUM ingin menegaskan bahawa "TIADA LEBIHAN atau LAMBAKAN PEKERJA".
15. Dalam ertikata lain, pekerja telah melakukan kerja dengan penuh berdedikasi demi memastikan KTMB memberi perkhidmatan sebaik mungkin walaupun dalam serba kekurangan dalam banyak aspek. (Tidak boleh dihighlightkan). Walaupun pada dasarnya "take home pay" ketinggalan dari "penjawat awam".
16. Dari sudut perniagaan kenapa KTMB tidak mampu menperolehi keuntungan?
A. Harga Tambang Penumpang dan Kargo adalah di bawah kos operasi manakala kenaikan di bawah kawalan kerajaan.
B. Suntikan kerajaan bagi perbezaan harga tambang adalah perlahan agak sukar diluluskan kalau ada tidak mencukupi.
C. Kedudukan Lokomotif, Koc dan lain-lain masih dalam pembaikpulihan.
D. Tiada ruang pendapatan dari hasil tanah milik KTMB yang telah diserahkan kepada Perbadanan Aset Keretapi.
E. Beberapa perkara tidak boleh dihighlightkan.
17. Perlu menyedari bahawa "take home pay" bagi "bukan eksekutif" dan "eksekutif" adalah rendah berbanding penjawat awam, syarikat yang telah diswastakan oleh kerajaan dan syarikat korporat yang lain atau dengan kata lain ianya di bawah pasaran.
18. Justeru itu kenaikan tambang sebanyak 4 sen kepada 15 sen perkm berbanding permohonan KTMB iaitu 20 sen perkm sebenarnya tidak mampu menanggung kos operasi.
19. RUM sebagai organisasi kesatuan sekerja berharap kerajaan akan menampung baki perbezaan kos operasi KTMB iaitu perbezaan harga tambang yang diluluskan berdasarkan tuntutan KTMB.
20. Bagi tren penumpang jarak jauh RUM berharap kerajaan boleh mempertimbangkan kenaikan tambang dan perbezaan kosnya ditanggung oleh kerajaan.
21. Justeru itu tiada sesiapa boleh menyalahkan KTMB sekiranya ada kenyatan yang menyatakan pengurusan KTMB tidak mampu berniaga.
22. RUM juga berharap agar aset-aset yang dikendalikan oleh Perbadanan Aset KTMB dikembalikan kepada KTMB, dengan itu KTMB mampu menjalankan aktiviti perniagaan serta mampu menjana pendapatan.
23. RUM juga berharap harga tambang KTMB di selaraskan seperti LRT/MONORAIL walaupun tidak seperti ERL, sekiranya ini di benarkan KTMB mampu berdikari serta tidak lagi bergantung kepada kerajaan.
24. Harga tambang Kargo juga perlu diberi kebebasan kepada KTMB untuk menentukan bagi memastikan setiap larian tren tidak mengalami kerugian kos.
25. RUM menyedari bahawa semua pembelian set-set tren, membina landasan berkembar atau membaikpulih tren-tren atau fisilitis lain ditanggung oleh kerajaan tetapi kos-kos lain seperti di para 1-6 adalah sangat tinggi dan tidak mencukupi bagi menjalankan operasi. Dalam hal ini RUM merakamkan terima kasih kepada kerajaan yang memerintah khususnya YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia menyediakan infrastruktur kepada KTMB.
26. Melalui kenyataan di atas RUM ingin menegaskan bahawa KTMB mampu berdikari kalau semua aspek di atas di penuhi, sekiranya tidak di penuhi maka KTMB akan terus mengalami kerugian justeru itu, RUM ingin menekankan KTMB perlu dikembalikan ke Sektor Awam.

Catatan
Kenyataan ini berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya selaku Presiden RUM yang telah berkecimpung semenjak tahun 1996 dalam Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB, saya ingin berkongsi kepada ahli-ahli RUM dan kepada yang berminat untuk mengetahui hal berkaitan dengan KTMB. Kenyataan ini adalah anggaran kasar kalau ada kekurangan bermaksud ianya tidak boleh atau tidak mampu dijelaskan secara tepat.
RUM sebagai Kesatuan Sekerja yang diiktiraf dan di daftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja berhak mengeluarkan kenyataan ini. Tiada mana-mana pihak boleh menghalang atau melarang dari pihak RUM mengeluarkan sebarang kenyataan selaras dengan Seksyen 10, Perlembagaan Persekutuan.
Suararum adalah media rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.