RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

13 Mei 2014

Harapan untuk rakyat - Tahniah



TAHNIAH.... SATU HARAPAN DARI RAKYAT KHUSUSNYA RUM YANG MELIBATKAN KTMB.

MACAM MANA DENGAN PENGANUGERAHAN MAINTENANCE SIX CAR SET (SCS) PADA CSR UNTUK KONTRAK SELAMA TIGA TAHUN YANG MELIBATKAN RATUSAN JUTA RINGGIT MELALUI RUNDINGAN TERUS????

BOLEH KOMEN SIKIT.... RUM NAK TAU....

RUM SEDANG MEMANTAU PROJEK CSR.....
(DAH BUKA CLUE)

KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA2 KTMB

KUALA LUMPUR - Penerbitan kontrak rundingan terus secara online merupakan antara inisiatif dan komitmen kerajaan untuk membasmi gejala rasuah, demikian menurut laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2013.
    
Bermula Disember tahun lepas, Kementerian Kewangan dikehendaki menyiarkan kesemua kontrak rundingan terus kecuali kontrak keselamatan dan strategi di portal MyProcurement.
    
Portal itu diwujudkan sebagai satu laman sehenti yang akan memberikan gambaran keseluruhan dengan menyiarkan semua tender kerajaan dan bidaan yang berjaya untuk terus menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti dalam perbelanjaan kerajaan.
     
Setakat ini, 50 urus niaga kerajaan yang dirunding secara terus disiarkan dalam talian, hasil kerjasama berterusan Kementerian Kewangan, menurut laporan itu.
    
Portal itu merupakan hasil inisiatif 'Membanteras Rasuah' di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menerusi GTP, bertujuan untuk memastikan keseragaman dalam penyebaran maklumat berkaitan perolehan kerajaan.
    
Menurut laporan itu, penerbitan kontrak rundingan terus ini akan membantu memastikan Kementerian Kewangan melantik vendor dengan harga yang kompetitif berdasarkan merit dan keupayaan vendor tersebut.
    
Nyata, insiatif portal MyProcurement membawa pencapaian seratus peratus serta memberi kesan yang ketara dalam menghapuskan jenayah rasuah.
    
Sebagai langkah ke hadapan, kerajaan kini sedang menggubal garis panduan yang akan menyediakan nasihat bagi orang tengah dan pelobi ketika mereka berurusan dengan kerajaan, dan dijangka siap tahun ini.
    
Laporan itu turut menyatakan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International bertambah baik apabila meningkat satu lagi tahap daripada kedudukan 54 kepada kedudukan 53.
    
Ini membuktikan usaha-usaha yang dilaksanakan seperti transformasi proses laporan Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membanteras amalan rasuah membuahkan hasil. - Bernama

TRANSFORMASI PENGANGKUTAN (NKRA)

Tadi kawan bagitau ucapan YAB Dato' Sri Perdana Menteri memamklumkan NKRA Transformasi Pengangkutan KTMB iaitu komuter adalah mencapai 94% bermakna komuter telah mencapai Transformasi NKRA.

RUM bersetuju dengan kenyataan ini malah diakui benar.

Apakah ianya kejayaan idea Datuk Presiden KTMB?

Jawapannya - "NO!"

Suka dijelaskan Datuk Presiden KTMB bernasib baik bila kehadiran Six Car Set (SCS) yang hadir tika di bawah teraju beliau.

Bermakna kehadiran SCS yang membantu mengatasi masalah pengangkutan dan rungutan penumpang di lembah Klang bukanlah idea yang dicetuskan oleh Datuk Presiden KTMB.

Letak pun siapa pun Presiden KTMB maka komuter KTMB tetap mencapai peratusan tertinggi.

Ibarat kata kehadiran SCS di bawah pentadbiran Datuk Presiden KTMB seperti kena "loteri".

So Datuk Presiden KTMB tidak boleh mengunakan isu pencapaian NKRA mengenai komuter sebagai satu kejayaan.

Kejayaan perlu dinilai dari semua sudut, penilaian RUM jelas dari semua sudut Datuk Presiden KTMB adalah "NON PERFORMING PRESIDENT"!

Justeru itu Datuk Presiden KTMB "hendaklah" ditamatkan perkhidmatan dengan segera!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

12 Mei 2014

CITER DI MAJU JUNTION

Semangat hujan lebat! Kasi hantam...
Tadi makan kat satu restoran dengan Timbalan Presiden Rum, lepak kat luar tapi berbumbung... cuaca mendung.... sementara tunggu ahli-ahli nak jumpa.... lepas makan...hujan pun turun... tapi tak lah basah...sebab ada bumbung... lepas tu angin kuat... hujan bertambah lebat... apa lagi lari lah masuk kedalam restoran....hehe... takut kena hujan.... hahaha

Bezanya bila time duk makan atau pun tengah santai.... hujan pasti lari cari tempat berteduh....

Tapi bila berpiket.... lain semangatnya.... tarak lari... lagi lebat... lagi syok lo.... lagi mau lawan.... lagi mau hantam.... itu jam mahu kasi tau itu Datuk Presiden KTMB.... RUM sudah tak mau sama lu... Lu boleh belahlah!!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

TAG LINE

Hujan lebat bukan faktor penghalang utk tidak berpiket 
Datuk Presiden KTMB pada awal kemasukannya 2 Mei 2012 memperkenalkan tag line "ON TIME EVERYTIME" hebat dan gahnya bunyinya...

SEKADAR SEBUTAN SAHAJA!

MAKA......

Selepas 2 tahun berlalu iaitu pada 9 Mei 2014, melalui piket RUM, melalui analisis RUM, melalui fakta RUM maka RUM "mengumumkan tag line" yang layak di beri kepada Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB ialah :-

"NON PERFORMING PRESIDENT"

And....

THE WORST PRESIDENT IN KTM & KTMB HISTORY!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.

11 Mei 2014

Kerja Mudah....

Apa lagi nak kata.... Yang terbaik ditukarkan..... berkuatkuasa 12.5.2014. Inilah kehendak Presiden KTMB.

Buang semua Dato Presiden KTMB, biar Presiden KTMB buat kerja sorang2!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PIKET (HUJAN) (2)

Sebenarnya hujan dan kilat sabung menyabung ini satu rahmat, Allah SWT menguji kita, untuk kita membuktikan kesungguhan dalam erti perjuangan.

Alhamdulillah... Syukur masa kita berpiket Allah SWT menurunkan hujan rahmat, betapa kita mampu mengharungi perjuangan kita sebagai pejuang kesatuan sekerja.

Alhamdulillah... Syukur pada Allah SWT, kerana memberi peluang kepada kita menikmati piket yang cukup bermakna kepada kami semua pejuang kaum pekerja bagi membuktikan kami mempunyai semangat kental.

Kenyataan Kesatuan Pekerja2 KTMB

PIKET (HUJAN)


sanggup berhujan dalam kilat sabung menyabung, itu luar biasa,
itu semangat juang yang sangat tinggi.
Masa zaman kanak-kanak dulu, mandi hujan ni perkara biasa...

Bila dah berumur ni, memang ngelak kena hujan... Maklumlah umur makin hari makin meningkat... Dah sampai tahap tua... Dah atuk pun... Hehe...

Tapi peluang mandi hujan semalam sungguh menyeronokan, mengingat dan mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak, tambah seronoknya.... Ramai bersemangat main hujan.... hehe...

Main hujan bukan sebarangan tau...

Kalau kami sanggup berhujan dalam kilat sabung menyabung, itu luar biasa, itu semangat juang yang sangat tinggi.... Itu nak bagitau Dato Presiden KTMB, kami pekerja dah tak perlukan Datuk Presiden KTMB.

Cakap baik suruh undur udah....
Cakap surat suruh undur udah..
Cakap piket suruh undur.... Bahasa dah lain..... Bahasa kasar dah.... Bahasa dah bahasa kurang ajar, sebab itu bahasa "piket", bahasa Union... 

So....

Heiii....berambuslah!!!!!!

Orang dah menyampah, dah tak mahu.... Belahlah.......

Thats Union!

and....

WE ARE RUM!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Terima Kasih

Terima kasih pada semua Ahli Jawatankuasa Kerja, semua Majlis Eksekutif RUM.

Terima kasih pada semua :-

Pengerusi/ Setiausaha Cawangan
1. Alor Setar
2. Perai
3. Ipoh
4. Sentul
5. Kuala Lumpur
6. Pelabuhan Klang
7. Gemas
8. Johor Bharu
9. Kuala Lipis
10. Tumpat

Saudara semua hebat telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna.

Terima kasih pada semua Jawatankuasa Cawangan.

Terima kasih tidak terhingga pada Pengerusi dan Semua Jawatankuasa Piket tanpa kerja keras, piket ini tidak mungkin jadi sukses.

Saudara semua telah buat yang terbaik untuk RUM.

Kenyataan Rasmi Presiden RUM dan Setiausaha Agung RUM

09 Mei 2014

KPPKTMB gelar Elias ‘non performing president’

PETALING JAYA: Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) menggelarkan Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Elias Kadir (gambar)  sebagai ‘non performing president’.

Menurut Presiden KPPKTMB, Abdul Razak Md Hassan, kerugian yang dialami oleh KTMB kini, adalah berpunca daripada Elias yang setelah dua tahun dilantik sejak 2 Mei 2011 hingga kini, tiada apa-apa perubahan yang dilakukan.

“Dalam tempoh dua tahun tiada apa-apa perubahan yang dibawa oleh beliau, dan sejak dua tahun itu, kerugian yang dialami oleh KTMB semakin buruk.

“Kerugian tersebut memberikan implikasi kepada pekerja yang rata-ratanya berpendapatan gaji di bawah pasaran,” katanya sewaktu dihubungi oleh FMT.

Selain itu, sejak Elias dilantik juga, laluan-laluan keretapi dan gerabak keretapi tidak pernah di servis.
“Selain mengancam keselamatan penumpang keretapi, ia juga turut mengancam keselamatan para pekerja KTMB,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Abdul Razak tidak menafikan bahawa sejak kehadiran Elias, KTMB sudah mengalami kerugian namun sejak kehadirannya, kerugiannya semakin teruk.

“Kalau dulu kerugian yang dialami oleh KTMB adalah teruk, tetapi sekarang ini lagi teruk,” katanya.
Ujar Razak lagi, sebagai Presiden KTMB, beliau sepatutnya berusaha dan mencari pelabur-pelabur serta memberi idea untuk memajukan KTMB.

‘Orang yang bertanggungjawab’

“Dia adalah orang yang bertanggungjawab untuk mencari dana bagi memajukan KTMB semula,” katanya.

Malahan ujar Razak lagi, sepatutnya pihak-pihak luar diberikan ruang dan peluang untuk berniaga di, tetapi perkara sebaliknya berlaku.

“Kadar keuntungan KTMB selama setahun adalah sebanyak RM380 juta, tetapi kadar perbelanjaan KTMB pula adalah sebanyak RM700 juta setahun,” ujarnya.

Jelas Razak lagi, masa yang diambil untuk sebuah gerabak keretapi kira-kira satu jam untuk tiba ke stesen keretapi.

“Kenapa perlu satu jam untuk satu gerabak keretapi, sedangkan kita boleh buat lima minit.
“Kalau boleh buat kekuatan penuh kita boleh adakan 200 perjalanan keretapi dalam tempoh
24 jam,” ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, KPPKTMB turut mendesak Kementerian Kewangan agar segera menamatkan perkhidmatan Elias sebagai presiden KTMB.

“Kenapa kita perlu simpan presiden yang tidak membawa apa-apa perubahan kepada KTMB. Takkan nak biarkan KTMB terus rugi lagi,” katanya.

Petang ini, pada jam 4.30 petang, akan diadakan satu piket di perkarangan ibu pejabat KTMB, tujuan piket tersebut diadakan adalah untuk menamatkan perkhidmatan presiden KTMB. - FMT

400 KTMB workers brave heavy rain to picket

KUALA LUMPUR: More than 400 Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) workers braved a heavy evening  downpour to demand their president's resignation Friday.

Led by the Railwaymen's Union of Malaya (RUM), they picketed in front of KTMB's head office along Jalan Hishammuddin at 4.30pm, accusing KTMB president Datuk Elias Kadir of ineffective leadership.

They also called upon Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to intervene and replace Elias.

Members of other unions, including the National Union of Bank Employees and the Malayan Trades Union Congress, were also present at the picket.

Despite heavy rain that started falling half an hour into their picket, those gathered did not leave, and appeared to ramp up their protest by hitting drums and dancing.

Later, a drenched RUM president Abdul Razak Md Hassan said the union, which previously backed Elias, had withdrawn its support for him.

"As president, Elias is supposed to find money and increase business (for KTMB)," he told reporters here.

He claimed that KTMB had been losing money, and that its workers would ultimately feel the effects.

Abdul threatened to mobilise RUM and picket in front of the Finance Ministry if their demands were not met.

Twenty police officers were also present, but did not interfere.  - TheStar

Ratusan pekerja KTM demo dalam hujan

Walaupun hujan lebat dan dentuman guruh, kira-kira 700 anggota Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) tidak berganjak dari bangunan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhimpun untuk mendesak Datuk Elias Kadir melepaskan  jawatan sebagai presiden KTMB.

Presiden KPPKTMB Abdul Razak Md Hassan yang mengetuai kumpulan itu mendakwa Elias Kadir tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang perkhidmatan beliau selama dua tahun ini.

"Demonstrasi hari ini menyampaikan rasa tak puas hati dengan Datuk Elias Kadir yang telah menjawat jawatan presiden selama 2 tahun, beliau tidak melaksanakan tugas dengan berkesan.

"Tanggungjawab Elias Kadir cari cara naikkan pendapatan (KTMB), kalau dia gagal tambah pendapatan dia boleh berambus!

"Cukup dua tahun cukup lama. Kita kecewa kerana dia tak mampu cetuskan idea," katanya ketika perhimpunan berlangsung petang tadi.

Ketika ditanya media mengenai tindakan selanjutnya sekiranya demonstrasi ini tidak berjaya, Abdul Razak berkata pihaknya merancang untuk mengadakan satu lagi perhimpunan di Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Demonstrasi bermula jam 5 petang tadi berlangsung apabila semua penyokong dari sepuluh cawangan kesatuan seluruh negeri berhimpun di Hotel Heritage sebelum berarak ke  depan bangunan KTMB - berdekatan Masjid Negara.

Penyokong yang hadir melaungkan Hidup! Hidup! Hidup! Tolak Elias Kadir!. Ada juga yang meniupkan wisel berselang-seli dengan laungan tersebut.

Ditambah pula paluan gendang dan drum bagi menaikkan semangat semua penyokong dan kelihatan ketika itu mereka turut menyanyikan lagu tema KPPTMB dan "Inilah barisan kita".

Manakala kenderaan yang lalu di jalan itu turut membunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada kesatuan pekerja yang berhimpun.

Turut kelihatan polis mengawal lalu lintas dan kawasan perkarangan KTMB bagi menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan berlangsung.

Tepat jam5.20 petang hujan turun dengan lebat dan petir sabung menyabung namun penyokong masih tidak meninggalkan kawasan hadapan KTMB itu.

Sebaliknya penyokong kelihatan masih bersemangat serta melaung-laungkan kata semangat sambil menari dalam hujan yang semakin lebat mengikut paluan gendang sehingga perhimpunan berakhir jam 7.00 malam. - MK

TERIMA KASIH

Alhamdulillah dan ucapan terima kasih kepada semua pejuang RUM dari semua cawangan, sahabat-sahabat RUM yang hadir berpiket di pekarangan ibu pejabat KTMB.

Hebat sungguh, luar biasa, sungguh sambutan yang luar biasa, semangat juang yang tinggi, hujan lebat, kilat sabung menyabung, sesekali tidak berganjak, hebat sangat-sangat, rasa bangga dengan semangat ahli-ahli yang sanggup basah kuyup.

Inilah perjuangan sebenar, inilah kesatuan sekerja.

Semangat Donald Uren terus hidup dalam memperjuangkan hak pekerja, kami ahli-ahli RUM mewarisinya, terima kasih Bro Donald Uren yang menubuhkan RUM pada 30.1.1961.

Terima kasih pada pihak keselamatan khususnya PDRM yang memberi kerjasama yang baik, kami sangat hargai.

Semoga perjalanan pulang semua pejuang-pejuang RUM ke destinasi sampai dengan selamat.

Semoga Allah Swt memakbulkan doa kami, kehendak kami dengan membuka hati YAB Dato Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia menamatkan perkhidmatan Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB.

Semoga perjuangan ini diberkati Allah SWT.

Hidup RUM
Hidup RUM
Hidup RUM 
Hidup Pekerja
Hidup Pekerja 
Hidup Pekerja

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Kesatuan Pekerja KTMB gesa Perdana Menteri singkirkan Presiden KTMB

Kuala Lumpur 9 Mei 2014 - Piket Nasional RUM, NUBE dengan semangat setia-kawan hari ini turun bagi memberi sokongan moral berjuang bersama-sama dengan rakan seperjuangan dalam perjuangan warga KPPKTMB mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menamatkan khidmat Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Elias Kadir untuk menyelamatkan KTMB dari terus merudum.

Railwaymen Union of Malaya (RUM) yang diterajui oleh Presiden Abdul Razak Md Hassan bersama barisan kepimpinannya telah dengan sedaya upaya berganding bahu bagi menyelamatkan KTMB dan warganya, Hampir lebih dari 1000 orang telah menyertai Piket pada hari ini, Cawangan RUM dari seluruh Semenanjung Malaysia juga turun beramai-ramai untuk memberi sokongan.

NUBE bersama-sama dengan warga Kesatuan yang lain hari ini turun menyokong RUM dalam Piket Nasional RUM dari 4.30 petang hingga 7.00 petang di perkarangan Ibu Pejabat KTMB.

NUBE sebagai rakan seperjuangan juga mendesak Perdana Menteri untuk menyingkirkan Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Elias Kadir diatas kegagalan beliau membawa apa-apa manfaat kepada warga pekerja KTMB dan khusunya kepada KTM sendiri.

Karnival Piket masih sedang berjalan, Ahli-ahli NUBE yang lain juga turut diminta turun ke Piket ini yang tamat pada pukul 7pm nanti.

Hidup Pekerja!

sumber FB NUBE

HARIAN TAMIL MALAYSIA NANBAN - 9 MEI 2014

Maaf ler memang tak faham, tapi kurang lebih maksudnya ialah mengenai Landasan Berkembar Ipoh - Padang Besar akan siap Disember 2014, mengenai perkhidmatan 10 tren letrik akan dilarikan dan perkhidmatan kargo.

Komen RUM.

Nak gelak dulu....

KIHKIHKIHKIHKIHKIH...

Perancangan siapa ni? Ini perancangan sebelum Datuk Presiden KTMB menjawat jawatan Presiden KTMB. Kalau Kargo... maknanya Multiple Operator, ini pulak idea RUM.

Mana idea Datuk Presiden KTMB? Tempoh 2 tahun lama tu?

Maksudnya Datuk Presiden KTMB ketandusan idea, hampeh.... Failed!!!

Masuk kenyataan akhbar ini untuk apa Datuk Presiden KTMB... Wayang gambar ke? nak cover yang Datuk Presiden KTMB buat kerja ke? Maklumlah hari ini kan Piket RUM.

Kihkihkih... Susah lo mau tipu RUM...
KIHKIHKIHKIHKIH....

AUMMMMMMM.....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.

Semangat juang

Semangat yang tiada tandingan, kalau ingat beliau inilah yang sakit dalam keadaan kritikal berada di ICU hospital Ipoh tahun 2013. Alhamdulillah kini beliau sihat dan datang dari Ipoh turun ke KL untuk berpiket.

Beliau adalah Saudara Foad...

Tabik spring buat Saudara Foad.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Pengurusan Warga KTMB

Pada Pengurus Besar, Pengurus Kanan, Pengurus, Eksekutif Kanan, Eksekutif, saudara semua dijemput bersama kami untuk misi menyelamatkan KTMB.

Saudara juga tahu apa yang berlaku dalam KTMB, saudara juga ada hak bersuara, walaupun pada dasarnya saudara adalah pengurusan.

Masalah yang berlaku dalam KTMB juga melibatkan saudara, malah ramai dikalangan saudara yang telah berhenti kerja kerana tekanan dari siapa? Perjuangan RUM petang ini juga melibatkan Selamatkan Pengurusan Warga KTMB.

Begitupun, ungkapan terima kasih kepada semua pemengang jawatan di atas yang sentiasa bersama RUM dan sentiasa beri sokongan kepada RUM.

RUM TETAP RUM!

AUMMMMMM......

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Sokongan Moral

Pada sahabat-sahabat RUM, mantan pekerja KTMB yang masih sayangkan KTMB yang ingin bersama Selamatkan KTMB, yang ingin memberi sokongan moral kepada kami, adalah dijemput untuk bersama dengan kami.

Kami mengalu-alukan...

Pada yang sms, whatsupp dan mesej inbox RUM yang mendoakan kejayaan RUM, didahulukan dengan ucapan terima kasih atas dorongan dan kata-kata semangat.

Petang ini misi...
SELAMATKAN KTMB
SELAMATLAH PEKERJA..

AUMMMM......

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

GILA

Untuk menjadi seorang pemimpin Kesatuan Sekerja mesti ada satu pendekatan iaitu "GILA", gila bukan bermaksud orang gila, tapi semangat yang mengila iaitu berjuang tidak kira dengan siapa, tidak gentar dengan siapa, tak kira cuaca apa, menyusun strategi yang membuat individu atau organisasi yang kita tekan dengan strategi gila, sehingga individu atau organisasi jadi gila.

Maka hari ini semua pejuang RUM adalah gila, gila untuk berjuang demi KTMB dan pekerja.

Tak kira apa, orang kalau dah gila akan terjah dengan apa cara sekalipun untuk mencapai matlamat dan kejayaan.

Kerana ini perjuangan KESATUAN SEKERJA!

AUMMMMM....

Petang ini kami turun dengan semangat yang mengila!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Hujan...

Gambar Hiasan
Mudah2an cuaca petang ini baik, semoga perjalanan perjuangan ini berjalan dengan jayanya.

Namun andai hujan turun itu juga satu rahmat, kita tetap akan berpiket, semangat juang tidak akan luntur.

Dengan itu RUM telah menyediakan setiap pejuang RUM seorang sehelai baju hujan sebagai persediaan untuk kita meneruskan piket.

Kita tetap akan gegarkan Datuk Presiden KTMB.

AUMMMMMMMM.....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

08 Mei 2014

ENOUGH IS ENOUGH


IF U REALIZED YOUR MISTAKE, SO PLEASE FORWARD YOUR RESIGN LETTER, DONT JUST SIMPLY SAYS THAT "I'M REALIZED MY MISTAKE"

WE HAVE SEEN TO MANY MOVIE, ENOUGH IS ENOUGH!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB