RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

24 Jun 2014

NON PERFORMING PRESIDENT

PENUTUPAN OPERASI GUA MUSANG – GEMAS

Apa lagi nak kata?

Kementerian Kewangan & Kementerian Pengangkutan tak nampak lagi ke? Adoiiiiii.....

Puas RUM buktikan dan ini kali bukti lagi terserlah dengan penutupan operasi Gua Musang – Gemas. 

Sejarah Keretapi 129 tahun akan tertinta dengan penutupan ini!

Seramai 300 pekerja KTMB ahli RUM dan ratusan ribu rakyat pengguna pengangkutan keretapi akan merasai akibatnya.

Mereka ini adalah mangsa kepada Datuk Elias Kadir Presiden KTMB yang secara glamournya:-

"NON PERFORMING PRESIDENT"

SATU KEJAYAAN DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KERANA MENCIPTA SEJARAH NEGARA DENGAN PENUTUPAN OPERASI GUA MUSANG – GEMAS! 

TAHNIAH DATUK!

KAMI AMAT BERBANGGA! 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Maruah keretapi ditangan warga keretapi


Terima Kasih Sdr Md Nor


Ini dia org kena tengok, baca balik sejarah!

Ini tidak kerja buat keputusan membabi buta!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PENUTUPAN OPERASI GUA MUSANG – GEMAS (JANGKA MASA PENUTUPAN)

Gambar Hiasan
Andai pelaksanaan baik pulih atau menaik taraf dilakukan, berapakah jangka masanya.

1. Penutupan operasi sepenuhnya
Jangka siap ialah selama 24 bulan.

2. Penutupan operasi selama 12 jam atau "line block 12jam"
Jangka siap ialah 30 bulan

3. Penutupan operasi selama 5 jam
Jangka siap ialah 36 bulan.

Ada 3 pilihan di atas bagi tujuan baik pulih atau naik taraf.

Kalau dikaji dari sudut baik dan buruknya melalui tempoh dan semua implikasi yang telah disebutkan oleh RUM, maka adalah tidak wajar penutupan operasi sepenuhnya.

Kat sini RUM nak tanya SPAD, "Otak hang letak kat lutut ka?"

Kat sini RUM nak tanya kat Presiden KTMB, "Awat tang ni hang tak boleh PIKIAQ untuk bertanggungjawab, lagu ni ka hang jadi Presiden KTMB?"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PENUTUPAN OPERASI GUA MUSANG - GEMAS PERSOALAN

RUM masih memberi tekanan bahawa penutupan operasi adalah tidak wajar.

Kita menyedari bahawa kuasa regulator SPAD, keegoan SPAD, enggan mendengar pandangan dan cadangan KTMB, sebaliknya ugutan yang diberi dengan mengugut mengunakan Akta.

RUM nak bertanya pada SPAD?

1. Berapa ramai yang berkhidmat dengan SPAD mahir dengan Aturan Peraturan?

2. Berapa ramai yang berkhidmat di SPAD mempunyai kefahaman tentang Keretapi?

3. Berapa ramai yang memahami tentang SOP Urusan Jalan?

4. Berapa ramai Jurutera yang berkhidmat dalam SPAD?

5. Berapa ramai mengkaji tentang "line block", "dead slow", baik dan buruknya?

6. Sekiranya kegelinciran berlaku dengan mengunakan speed 50kmj? 40 kmj? 30 kmj? atau 10 kmj? apakah akibatnya? Major derailment/minor derailment berapa jangkaan jumlah kemalangan nyawa?

7. Dari kewujudan KTMB semenjak 1885, diswastakan pada 1.8.1992, berapakah ramai penumpang keretapi yang kehilangan nyawa berbanding Bas?

8. Pernahkah buat kajian mengenai tahun 80an setiap 2 minggu derail tapi tiada penutupan operasi?

9. Pernahkah buat kajian tentang bagaimana Kementerian Pengangkutan mengendalikan keretapi sebelum SPAD dilahirkan?

10. Apakah SPAD tidak menilai implikasi kepada pekerja, KTMB, Rakyat serta nama baik kerajaan yang memerintah?

10 soalan yang meragukan RUM tentang penutupan operasi Gua Musang – Gemas.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

IMPLIKASI PERNAHKAH MEREKA TERFIKIR?

Gambar Hiasan
Implikasi terhadap penutupan gemas-gua musang. Bila sudah tutup, rail pasti akan di rombak dan perhubungan terputus sama sekali melalui rail antara gemas ke gua musang. Pasti akan ada tren di larikan antara gua musang ke tumpat.

1. Berapa banyak loko perlu di letakkan stabil di depoh tumpat. Apa jenis loko? Bagaimana dengan rawatan harian dan rawatan tempoh akan di jalankan? Apakah fasiliti di depoh tumpat boleh melakukan rawatan pada loko yang sebelum ini hanya buat PE15 hari sahaja di tumpat. Keperluan alatganti seperti traction motor, bogie serta roda bagaimana nak di hantar ke tumpat? Bagaimana jika semua loko rosak, adakah kena bawa guna trailer ke batu gajah untuk overhaul?

2. Koc dan pgc, sama juga seperti loko, berapa banyak nak letak di tumpat? Berapa banyak pitline ada di tumpat untuk repair koc, pgc dan loko? Alatganti seperti roda yang selalu rosak bagaimana pula? Adakah staff tumpat sedia ada mampu melakukan rawatan pada koc pgc dan loko ini termasuk buat semi overhaul?

3. Derailment, perlu ke letak satu rail kren di tumpat? Jika heavy derail, yang mana kren jalanraya tak boleh masuk, maka kren rail perlu untuk clearkan spot.

4. Tren ballast perlu standby berapa banyak? Kalau derail, kayu sleepers dan ballast sangat penting untuk perbaiki semula landasan.

5. Tutup laluan berapa lama? Jika rancang dua tahun, selalunya akan jadi 5 tahun. Bagaimana dengan overhaul koc pgc dan loko ini?

Semua ini adalah masalah, mereka tak pernah berfikir, mereka hanya pandai membuat keputusan mudah, bayar gaji puluhan ribu, tapi mereka tetap bodoh!

Kita andaikan hanya kerugian "revenue", tapi tahukah mereka sebalik kerugian "revenue" banyak lagi kerugian yang ditanggung oleh KTMB!

Kenapalah mereka dilahirkan "bangang"?

Kenapalah mereka dilahirkan untuk menunjukkan kebodohan mereka?

Kenapa kecil - kecil mereka tak dipicit - picit bagi mampus!

Menyusahkan orang lain!

Maaf bahasa kasar!

Tapi bahasa kasar ini sesuai untuk mereka!

Bahasa kasar seorang kuli!

Menyusahkan pekerja!
Menzalimi rakyat jelata!

Kejamnya mereka..
Kejam sungguh..
Tak pe...
Kita seorang kuli...
Bila kita bangkit...
Kita jadikan mereka tempoyak..
Itu jam mereka tahu..
Bahawa langit itu tinggi atau rendah...

26.6.2014....

Andai kita dikatakan pejuang..
Kita turun ramai - ramai...

Andai kita pengecut...
Selubung lah dengan selimut!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

SPAD KENANGAN LAMPAU

UNTUK PENGETAHUAN SPAD DAN DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB.

Dulu tahun 80an, kekerapan derail lebih kurang 2 minggu sekali, kalau 2 minggu sekali, maka setahun berapa kali?

Dari tahun 2012 hingga sekarang kurang lebih 15 kali.

Dulu Kementerian Pengangkutan tak tutup pun operasi, sebaliknya operasi diteruskan, dengan menggunakan kaedah keselamatan yang terwujud dalam Aturan Peraturan dan SOP Urusan Jalan dan diberi amanah pada KTM untuk beroperasi dan mematuhi syarat-syarat keselamatan.

Tapi kini bila SPAD wujud, yang dalam SPAD tidak mempunyai pengetahuan tentang Aturan Peraturan, tanpa pengetahuan SOP Urusan Jalan terus membuat keputusan untuk menutup operasi Gua Musang – Gemas.

Di manakah relevannya SPAD hari ini? siapakah gerangan yang memahami Keretapi yang menjawat jawatan dalam SPAD?

Kalau Datuk Elias Kadir Presiden KTMB apa yang dia tahu mengenai Keretapi, menjahanamkan keretapi dia tahulah, tambah dia tak tau apa itu Aturan Peraturan, apa itu SOP Urusan Jalan, malah penakut untuk bertanggungjawab!

Inilah hasilnya mereka - mereka yang dipertanggungjawabkan diibaratkan "TIKUS MEMBAIKI LABU"

Perlu diingatkan KTMB telah wujud semenjak 1885, telah mengalami zaman Jepun dan Komunis, mampu beroperasi dengan gah, walaupun ada seribu halangan di depan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

23 Jun 2014

Sokongan Padu Kepda RUM

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah RUM mendapat sokongan padu dari warga KTMB dan semua mantan warga KTMB.

Terima kasih semua expertise KTMB, semua mantan expertised KTMB, anda semua berdarah KTMB.

Apa yang RUM perkatakan, apa yang RUM perjuangkan semuanya benar.

Ya Allah tunjukkan pada mereka kebenaran ini, buka mata mereka, buka hati mereka, buka minda mereka agar menyedari hakikat yang sebenar.

Wahai ahli-ahli RUM kita terus bangkit berjuang, andai dipisahkan nyawa dengan badan... aku relakan...

Tiada lain pilihan... Kita berjuang abis-abisan pada yang mengkhianati kita, KTMB dan rakyat keseluruhan.

In Syaa Allah, perjuangan kita akan dirahmati Allah SWT dari anasir - anasir yang ingin mengancurkan kita.

Berjuang terus berjuang...
Sehingga titisan darah yang terakhir.

Presiden RUM

Apabila Tokoh berwibawa KTMB berkataa-kata

Komen Ybhg Dato Abdul Razak Abdul Malek, Mantan Presiden KTMB dalam wall Sdr Jaafar Alias, Setiausaha Agung RUM, dipapar (print screen diatas).

Tokoh KTMB yang sangat berwibawa juga mempertahankan penutupan operasi Gua Musang – Gemas.

Terima kasih Dato, ramai lagi mantan warga KTMB menyokong perjuangan RUM, darah yang mengalir darah KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

ORANG BERKATA

Orang berkata kita melalak..
Orang berkata kita besar kepala..
Orang berkata macam - macam kata..
Kita tetap kita biar pun apa orang kata....

Orang yang berkata hebat belaka..
Orang yang berkata belajar di angkasa...
Orang yang berkata tak pernah merasa susah...
Kita tetap kita biar pun apa orang kata....

Orang yang berkata bila berkata syok sahaja...
Orang yang berkata... tuduh kita..
Orang yang berkata.. suara kita bukan majoriti...
Kita tetap kita biar pun apa orang kata apa... Kita kan kuli... Siapalah kita...

Orang yang berkata... kereta Mercedes miliknya...
Orang berkata... kapal terbang biasa baginya...
Orang berkata... ada Mercedes, Kapal terbang biasa tapi rakyat sengsara mereka tak kesah.
Tudiaaaa. ... Mereka bangga...

Ini depa...
Elit namanya...
Tu depa tak kesah...
Kita kuli jadi mangsa...

Tapi bila kita berkata...
Kita lawan mereka...
Bila kita berkata...
Siapa depa... Kita bantai sahaja...
Bila kita berkata... semangat juang bersama kita...
Bila kita berkata...
26.6.2014 kita tentang mereka.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

26.6.2014 /PIKET

Gambar Hiasan
KITA GEMPUR SPAD

KITA NAK BAGI TAU KAT SPAD...

PANJI -PANJI RUM AKAN BERKIBAR MEGAH BERJUANG MENENTANG SPAD.

TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM YANG DIURUSKAN GAGAL!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

SPAD & PRESIDEN KTMB

Di Share dari wall Yb Dato Ir Nawawi, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.

Komen RUM

1. Dah jatuh hukuman mati baru buat lawatan!

2. Marketing/melancong/makan besar?

3. Keputusannya?

4. Pembaziran?

5. Awat dulu tak wat Datuk Elias Kadir?

6. Maka kita tengok wayang?

7. Maka SPAD terlupa pengangkutan BAS?

8. Maka perancangannya?

Konklusi :-

1. Terserlah kegagalan Presiden KTMB

2. SPAD no function... u failed!

Konklusi selanjutnya

A. 1 n& 2 menyusahkan pekerja, KTMB, RAKYAT n Negara.

B. Transformasi pengangkutan Awam gagal

C. A & B memalukan YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang melantik Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB dan SPAD gagal dalam Transformasi turut memalukan YAB Dato Sri Perdana Menteri yang mencetuskan idea Transformasi.


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

KENYATAAN AKHBAR RUM BAGI MEMBALAS KENYATAAN SPAD

KENYATAAN AKHBAR RUM
BAGI MEMBALAS KENYATAAN SPAD TELAH DI FAKS KAN KE KETUA PENGARANG AKHBAR BERITA HARIAN.

23 Jun 2014

Kepada :

Ketua Pengarang
Akhbar Berita Harian

KENYATAAN AKHBAR BANTAHAN SEKERAS-KERASNYA PENUTUPAN OPERASI LANDASAN GUA MUSANG – GEMAS ARAHAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM DARAT (SPAD)

Dengan segala hormatnya, saya ingin merujuk kenyataan akhbar tuan hari ini 23 Jun 2014, di muka surat 14 dan 15 yang telah menunjukan lawatan Ybhg Tan Sri Dato Hamid Albar, Pengerusi SPAD yang telah melahirkan kerisauan dari aspek keselamatan landasan di sektor Gua Musang – Gemas berkemungkinan boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini serta memutuskan untuk mengekalkan arahan penutupan landasan Gua Musang – Gemas pada 27 Jun 2014.

2. Pihak kesatuan melahirkan dukacita yang teramat sangat dengan “KEEGOAAN SPAD” yang masih mengekalkan arahan berkenaan, tindakan ini menimbulkan implikasi kepada 300 orang pekerja KTMB di sektor berkenaan malah melibatkan ratusan ribu penumpang yang mengunakan perkhidmatan keretapi, tindakan ini juga menjejaskan “revenue KTMB” sekurang-kurangnya RM 100 ribu sehari.

3. Pihak kesatuan yakin sektor yang terlibat hanya beberapa lokasi tertentu sahaja yang boleh dibaikpulih maupun dinaik taraf, justeru itu tindakan baikpulih dan naik taraf boleh dilakukan berdasarkan lokasi yang didapati boleh menjejaskan keselamatan tren, maka jalan alternatif tetap ada iaitu, pada waktu yang ditetapkan sebagai contoh diantara jam 10 pagi hingga jam 10 malam bagi tujuan baik pulih, manakala bagi waktu jam 10 malam hingga jam 10 pagi boleh dijalankan operasi tren atau ayat yang tepat ialah “LINE BLOCK”. Bagi lokasi yang dikenalpasti untuk dibaik pulih maka jajaran tren boleh memperlahankan had kelajuan tren kepada yang paling rendah iaitu “sehabis perlahan” atau ayat yang tepat ialah “DEATH SLOW”, sistem ini telah dilaksanakan dalam pembinaan landasan berkembar yang juga dari aspek keselamatan terjejas teruk.

4. Penutupan ini akan memberi satu tekanan kepada lebih 300 pekerja yang terlibat di sektor berkenaan sehingga ada yang tidak bekerja atau dipindahkan ke depoh-depoh lain yang boleh menimbulkan implikasi kepada keluarga pekerja kerana berjauhan, tambahan pula ianya melibatkan ratusan ribuan penumpang yang mengunakan perkhidmatan tren samada ke tempat kerja, ke sekolah, berniaga, balik kampong atau ketibaan musim raya Aidil Fitri.

5. Pihak kesatuan akur dengan aspek “KESELAMATAN” malah aspek keselamatan tidak boleh “compromise”, tindakan kerajaan menyuntik kewangan sebanyak RM 400 juta adalah sangat di alu-alukan, tindakan ini mencerminkan keperihatinan kerajaan kepada KTMB dan rakyat keseluruhannya namun demikian adalah tidak wajar sekiranya penutupan ini dilakukan kerana alternatif kepada operasi tren Gua Musang ke Gemas boleh digerakan operasi.

6. Tindakan atau keputusan SPAD boleh dianggap “menzalimi” pekerja KTMB, KTMB dan khususnya rakyat di Pantai Timur dengan mengambil pendekatan drastik, pihak kesatuan hilang keyakinan kepada SPAD yang gagal memainkan peranan sebenarnya.

7. PERSOALAN

Kenapa sekarang baru nak ambil tindakan, kita menyedari bahawa kegelinciran tren yang berlaku pada tahun 2012 telah berlaku, kenapa tidak dibaikpulih ketika itu, sedangkan setiap kegelinciran SPAD juga dimaklumkan?

Kenapa Datuk Elias Kadir selaku Presiden KTMB tidak mengatasi seawal kemasukan beliau sebagai Presiden KTMB bagi mencari jalan membaikpulih?Perkara kerosakan landasan bukan perkara pertama kali, malah telah berlaku pada zaman 80an, 90an dan 2000 tapi Pengarah Urusan KTMB ketika itu mampu mengatasi masalah landasan?

Kementerian Pengangkutan pada ketika tahun 80an, 90an dan tahun 2000 atau sebelum perpindahan kuasa kepada SPAD masalah sebegini bijak diatasi tanpa menutup operasi?

8. Tindakan Piket yang akan dilakukan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB pada 26 Jun 2014, di pekarangan Ibu Pejabat SPAD, pada jam 5petang adalah wajar kerana mendapati SPAD hanya menjalankan tugas sebagai “AMBIL MUDAH”, sekiranya penutupan ini benar-benar berlaku ianya akan mencipta satu sejarah negara.

9. Maka dengan itu Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB mengambil pendirian penutupan operasi ini tidak boleh ditutup sepenuhnya, sebaliknya dicadangkan dibuat sistem “LINE BLOCK” dan pada lokasi-lokasi tertentu diletakan “caution” dengan membenarkan jajaran tren bergerak secara “DEAD SLOW”.

10. Ketetapan selanjutnya :-

Semua tanggungjawab ini diletakan kepada Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB yang menjadikan punca masalah iaitu kegagalan membaiki landasan di sektor berkenaan secara berperingkat-peringkat sehingga keputusan di buat oleh SPAD untuk menutup operasi pada 27 Jun 2014.

Kembalikan bidang kuasa SPAD kepada Kementerian Pengangkutan yang lebih berwibawa berdasarkan rekod ketika Kementerian Pengangkutan mengawalselia KTMB.

11. Maka dengan itu pihak kesatuan akan tetap meneruskan PIKET pada 26 Jun 2014 di pekarangan Ibu Pejabat SPAD pada jam 5 petang melahirkan “BANTAHAN SEKERAS-KERASNYA” penutupan operasi Gua Musang – Gemas.

Sekian terima kasih

Yang menjalankan tugas
ABDUL RAZAK MD HASSAN

Komen YB Dato Pengerusi KTMB.


Terima kasih Dato, kami yakin dengan komitmen dan kesungguhan Dato dalam menangani kemelut ini.

Kami berharap kemelut ini dapat diselesaikan dengan baik.

Yb Dato yang saya kenal, seorang yang bersungguh - sungguh dalam melaksanakan tugas sebagai Pengerusi malah mencetuskan idea untuk memulihkan KTMB.

Terbaik Yb Dato Ir Nawawi Ahmad

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Cawangan Tumpat/ Cawangan Kuala Lipis/ Cawangan Gemas

Bersiap sedia berpiket di lokasi di cawangan sendiri bagi MEMBANTAH PENUTUPAN GUA MUSANG - GEMAS.

SILA ATURKAN MESYUARAT CAWANGAN TERGEMPAR DENGAN SEGERA!

TARIKH : 28 JUN 2014
Tempat : Cawangan masing2... mohon tentukan sendiri
Waktu : bersesuaian.

Pastikan makluman kepada pihak POLIS tentang Piket.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Berita Harian 23 Jun

Berita Harian 23 Jun M/S 14

BERITA HARIAN HARI INI, 23 JUN

BH M/S 15

PIKET 26 JUN 2014

Kenyataan akhbar dalam berita harian oleh Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi KTMB mengatakan piket di SPAD adalah tidak wajar!

RUM nak mengatakan Piket itu wajar...., so Piket akan diteruskan pada 26 Jun 2014, jam 5 petang di pekarangan Ibu pejabat Spad.

RUM tetap berpendirian MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA PENUTUPAN OPERASI GUA MUSANG - GEMAS!

PUNCA :-

KEGAGALAN DATUK ELIAS KADIR SEBAGAI PRESIDEN KTMB

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

LAWATAN SPAD

Selama 2 hari lawatan SPAD menaiki tren untuk memeriksa landasan dari Tumpat ke Kuala Lumpur melalui Gua Musang ke Gemas bagi meninjau landasan Gua Musang - Gemas yang telah diarah penutupan operasi oleh SPAD.

Dalam lawatan itu pasti dikenal pasti landasan yang mengalami kerosakan.

Dalam lawatan itu pasti perbincangan diadakan.

Dalam perjalanan itu pasti semua aspek keselamatan dipatuhi seperti termaktub dalam Aturan Peraturan. 

Maka dalam lawatan itu pasti dan pasti perjalanan itu akhirnya selamat sampai ke destinasi dengan keadaan "SELAMAT" iaitu di Stesen Keretapi KL Sentral.

Maka di manakah relevannya arahan SPAD tanpa menjenguk/meninjau/menyelidik peruntukan Aturan Peraturan, Prosedur Urusan Jalan bagi memenuhi aspek kebenaran penggunaan landasan sehingga membuat keputusan penutupan operasi landasan Gua Musang - Gemas.

Maka di manakah relevannya keputusan penutupan operasi Gua Musang - Gemas tanpa mengambil kira semua aspek pekerja, rakyat, negara dan nama baik kerajaan yang memerintah. 

"LETIH LO KALAU SEMUA KERJA AMBIL MUDAH"!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Bertindak dengan bijak

Komen YB Dato Ir Nawawi, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dalam wall Suara RUM.

RUM bagi pihak seluruh warga pekerja merakamkan terima kasih kepada YB Dato atas komitmen yang tinggi dalam menangani isu ini, kami RUM sungguh menaruh harapan perkara ini diselesaikan dengan baik tanpa menimbulkan implikasi kepada warga pekerja, KTMB, Rakyat dan Negara.

Bertindak sewajarnya, melihat dan menilai keseluruhan implikasi yang ada.

Kami yakin dengan kebijaksanaan YB Dato perkara ini akan diselesaikan.

Harap juga SPAD memberi jawapan bertulis kepada RUM melalui surat yang telah dikeluarkan, kegagalan bermaksud tindakan berpiket yang dijadualkan pada 26.6.2014, jam 5 petang di perkarangan Ibu Pejabat SPAD tetap akan diteruskan.

Kami tidak akan compromise pada mana-mana pihak yang ingin menjahanamkan KTMB serta menyusahkan pekerja dan rakyat.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB