RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

13 Julai 2014

Ulasan RUM terhadap komen yang dipaparkan sebelum ini.

Ulasan RUM

RUM mengulas komen sahabat RUM yang telah dipaparkan sebelum ini.

Rum benar-benar tertarik komen tersebut, diakui benar juga tiada perancangan konkrit di bawah pentadbiran Presiden KTMB, di manakah hala tuju KTMB, di manakah masa depan KTMB, apa kah sebenarnya di sebalik permainan ini.

Benar sekali lagi, kerajaan telah melabur berbillion ringgit untuk infra KTMB, bagaimana infra ini digunakan secara maksimum, maka apa yang perlu ialah idea yang kreatif, inovatif ini lah perlu ada pada mana-mana CEO/Presiden. 

Rum tertarik dengan lawatan ke Glasgow oleh penulis tersebut, itulah cadangan RUM Multiple Operator. 

Sebenarnya ianya satu perkara yang perlu difikirkan kerana, kerajaan hanya memperuntukkan kewangan membangunkan infra, selanjutnya kerajaan pula perlu menyediakan set - set komuter, lokomotif, koc, wagon dll, sekiranya tidak apakah langkah alternatif? 

Menyedari bahawa kekerapan laluan tren boleh dilarikan setiap 7 minit, maka kelompongan dalam tempoh 24 jam perlu diisi dengan larian tren, bermakna infra yang telah siap boleh digunakan secara maksimum. 

Apakah perancangan ini telah dilakukan, iya kemungkinan ada, iaitu pembelian 10 set ETS dari CSR China yang kini dalam pembinaan, diikuti dengan rancangan - rancangan pembelian dengan CSR China berdasarkan "direct-nego" seperti dilihat dalam kenyataan akhbar bahawa majlis tandatangan MOU di China dengan kehadiran YAB PM, MOU diantara CSR dan NAZA. (RUM don't like direct-nego)

Namun prospek ini masih tidak mencukupi kerana masih banyak ruang dan perancangan perlu disegerakan demi memastikan KTMB terus relevan pada masa depan.

Ianya tidak semata-mata mewujudkan idea mengatasi masalah jangka pendek tapi jangka panjang, kita perlu melihat semua sudut bagi memastikan infra digunakan sepenuhnya maka KTMB mampu bersaing hebat.

RUM suka melihat bagaimana Indonesia yang dulu terkebelakang dari pengangkutan keretapinya kini boleh dilihat bahawa Indonesia telah jauh ke depan, keberanian ini terbukti bilamana Indonesia mampu membeli 150 lokomotif untuk mengerakkan operasi tren secara maksima, kerajaan Indonesia begitu berani melabur untuk mengembalikan prospek perkeretapian yang lebih inovatif.
Malah difahamjab kini bank - bank Indonesia lebih berani menawarkan pinjaman kepada keretapi Indonesia kerana yakin perkeretapian di Indonesia mempunyai prospek yang tinggi.

Mungkin pembaca mengatakan bahawa Indonesia tidak boleh disamakan dengan Malaysia, kerana lebuhraya yang ada di Malaysia menjadi sebab utama bersaing sehingga menjejaskan KTMB. 

Andaian ini sangat lemah kerana prospek perkeretapian di negara ini sebenarnya sangat luas, malah lebih jauh ke depan sekiranya ianya dikaji dengan teliti serta melihat prospek jangka panjang, tapi persoalannya siapakah yang ingin melihat prospek ini, siapakah yang ingin mengkaji prospek ini.

Sejujurnya MIGHT ada usaha membuat kajian tetapi kajiannya kepada Rolling Stock melalui cara MRO malah SPAD juga berminat apa yang dibuat oleh MIGHT, seolah-olah SPAD dan MIGHT tiada idea yang lebih inovatif sebaliknya kalau diteliti ada unsur yang tersirat, maknanya tidak jujur dalam kajian. (dah berebut lah pulak)

Kenapa tidak difikirkan satu idea yang lebih mencabar sesuatu yang boleh membawa kemajuan kepada keretapi dan negara yang faedahnya boleh diturunkan kepada rakyat, kerana rakyat perlukan pengangkutan yang baik dan selamat, bukannya idea-idea yang lemah tak mampu memberi kesan yang baik.

Kelemahan SPAD sendiri tidak meluaskan skop yang diberikan, yang ada mengunakan kuasa DIKTATOR, sedangkan mencari suatu solusi yang memberikan kebaikan bagi tempoh jangka pendek dan panjang secara kreatif tidak mampu dilakukan, perlu disedari bahawa SPAD dicetuskan berdasarkan Transformasi di bawah NKRA. (no komen)

Kerajaan perlu mewujudkan kumpulan pemikir untuk mengkaji sistem perkeretapian di negara ini dengan skop yang lebih luas, mengkaji dari sudut sejarah seterusnya kepada masa kini dan masa depan, ketiga tiga perlu dirangkumkan bagi mencari titik penemuan yang lebih mencabar dan berani, iaitu dalam mewujudkan satu era pembaharuan kepada negara maju, keretapi maju, selesa selamat asasnya perkhidmatan sosial perlu dititikberatkan. 

Konklusinya siapakan yang benar-benar jujur untuk mengkaji pemulihan KTMB serta pembangunan perkeretapian di negara ini?

Hentikan buat poket money!

Komen RUM

RUM menaruh harapan dan keyakinan kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, yang RUM lihat komitmen dan kesungguhan yang ada, cetusan idea kreatif, malah seorang pendengar yang baik, mudah2an Dato Pengerusi KTMB mampu membuat sesuatu untuk mengembalikan zaman kegemilangan KTMB 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Mesej ikhlas dari yang prihatin

Di bawah ini di paparkan kenyataan seseorang yang RUM hormati, kenyataan ikhlas untuk tatapan umum.

Tkasih byk2 pada penulis komen ini, bagi pihak warga RUM kami amat hargai.

Kenyataan ini adalah mesej ke dalam inbox RUM

RUM

----------------------------------------------------------
Asalam. Bagai nak rak kata orang RUM punya protes tentang EK...saya tengok takde sepatah haram response dia atau KTMB Board dimana2 ....apakah mereka anggap ini semua bagai ribut dalam cawan kopi saje...Menteri baru pun diam, KSU pun diam. Pada mereka mungkin tiada isu besar tentang EK dan SPAD juga. Apa strategi lain agaknya, secara personal tentulah saya ingin lihat perubahan yg sangat positif dari usaha gigih RUM dan rakan2 kini. Agak kechiwa kerana berselang bulan ada sahaja derailment gerabak dimana2. Atau kerajaan sudah mangli dgn KTMB sebagai public service dan hanya minat subsidizing the service forever. Tapi billions of RM spent for double tracking...siapa operatorsnya...siapa pula yg untung dari infrastruktur itu...apa yg boleh RUM contribute....saya sendiri punya banyak persoalan sebab KTMB is close to my heart..whats the future prospect of KTMB or railservices in Malaysia, and where is the role of RUM, now and then.....regards..

Terima kasih. Mcm2 ada. Rakyat tak tahu pun isu begitu...yg publik lihat berita derailment...tiket balik raya...isu jangkapanjang tidak nampak wpon duit rakyat berbillion digunakan untuk railservices dan infra. SPAD dan MOT perlu ada rancangan dasar yg sustainable dari segi investment, services dan juga nasib pekerja KTMB. Jika keadaan berterusan begini, alamatnya KTMB akan dijual kpd investors lain yg berminat dgn asetnya. Wpon keretapi bukan sektor yg lucrative, tetapi ianya backbone kpd ekonomi sektor transportation. Baru2 ini saya ke UK dan berpeluang menggunakan railservices Glasgow ke London, saya lihat konsep multi operators digunapakai untuk semua journeys termasuk persaingan sesama mereka seperti konsep bus ekspress kita. Saya menaruh harapan KTMB boleh ditransform kpd entity yg boleh menguntungkan dimasa depan kita. Salam.

Datang ke ibupejabat RUM

Mohon kerjasama ahli-ahli yang menerima notis tunjuk sebab dtg ke ibu pjbt Isnin ini yang tarikh akhir menjawab surat pada 14.7.2014 sebelum jam 12 tgh untuk menandatangani surat.

Kerjasama amat dihargai.

RUM

12 Julai 2014

Makluman Untuk Ahli-ahli RUM

Sehingga petang tadi pihak RUM telah dimaklumkan seramai 23 orang pegawai dan ahli RUM telah menerima notis tunjuk sebab, kemungkinan ada penambahan lagi.

Adalah dimaklumkan ahli-ahli yang menerima notis tunjuk sebab segera berjumpa pegawai kesatuan atau menghubungi pejabat RUM dengan segera, no telefon pejabat RUM 0322741107. 

Dinasihatkan jangan menjawab surat atau mengambil tindakan sendiri, dikhuatiri kesilapan dalam menjawab, kerana jawapan yang dijawab akan berlandaskan undang-undang. 

Pihak kesatuan mengambil perhatian serius mengenai perkara ini, akan mengambil sebarang tindakan mengikut undang-undang demi memastikan hak kesatuan untuk menjalankan aktiviti Kesatuan tidak dicabuli oleh Presiden KTMB atas kapasiti untuk menyelamatkan diri.

Kerjasama semua yang terlibat amat dihargai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

TAHNIAH PADA PENGURUS BESAR KTMB (UNTUNG/DIBELI/TUTUP MULUT)

Baru - baru ini dikhabarkan bahawa semua Pemangku Pengurus Besar telah dinobatkan secara rasmi sebagai Pengurus Besar KTMB.

Penobatan ini kebarangkalian untuk melahirkan rasa terima kasih kepada semua Pengurus Besar berkenaan, khas dari Datuk Presiden KTMB kerana telah berjaya menutup mulut/tidak memberi komen sebarang kelemahan/angkat beg/dah kene beli/kerana kejayaan merudumkan KTMB, malah berjaya membuat penutupan operasi landasan Gua Musang – Gemas, ini satu kejayaan pada semua.... Tahniahlah....

Dari sudut Perjanjian Bersama (CA), maka Penobatan ini langsung tidak mengikut (CA), iaitu tiada iklan, tiada permohonan, tiada temuduga, tiada jawatankuasa pemilihan. Maka penobatan ini boleh dianggap "KTMB INI PRESIDEN KTMB YANG PUNYA, SUKA HATI AKU LAH"!

Maka peluang pengurusan lain yang mungkin lebih berkelayakan dan berkebolehan, hanya tinggal mimpi sahaja.

Maka adalah dinasihatkan CA Untuk Eksekutif itu dikoyak dan dibakar sahaja. 

Dari aspek pekerja bukan eksekutif maka sebarang pelantikan mesti mengikut CA, kalau yang memangku jangan angan - angan... anggap je lah memang tak dapat, kalau kata jawatan berdasarkan kenaikan pangkat contoh Pemandu Lokomotif Rendah (PLR)ada yang lebih 20 tahun berkhidmat tidak dapat peluang kenaikan pangkat secara lantikan (kpsl) ke jawatan Pemandu Lokomotif (PL)... sampai berbuih mulut merayu dipertimbangkan, kerana ada junior pun dah melangkaui PLR, jadilah PLR ini kerja sampai ke tua, pada bukan eksekutif macam-macam proses digunakan... Ingatlah diri kamu tu kuli sahaja.... (Banyak kes lagi, ini contoh sahaja)

Apakah yang ada dalam kepala otak Datuk Presiden KTMB? KTMB ini dah tak ada undang-undang ke, boleh buat sesuka hati, boleh mewujudkan diskriminasi, inilah Presiden KTMB. 

Pada kuli.... gaji rendah, gaji bawah pasaran, proses kenaikan pangkat yang sangat ketat, tak perlu difikirkan kerana kuli tidak memberi apa-apa erti, dah bagi kerja, dah bagi gaji, jangan cakap banyak... buat kerja... cakap banyak.... bagi surat tunjuk sebab.... then buang kerja....

Komen RUM
*nak RUM pan***kan jee...*

KENYATAAN Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

SPAD VS DATUK PRESIDEN KTMB

Pengerusi SPAD bersama Presiden KTMB
Kedua-dua ini sepatutnya dilupuskan, ibarat kain buruk yang sudah tidak berguna lagi.

Nak simpan pun tak guna kain buruk ni, dah koyak rabak, adalah eluk dihumban kelongkang atau dihumban kelombong atau dibuat sebagai pemula untuk menghidupkan unggun api. Ini lah umpama yang paling sesuai untuk Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB dan Pengerusi SPAD. 

Kedua-dua ini akan memburukkan imej kerajaan yang memerintah di mata rakyat di negara ini, di mata RUM sudah cukup jelas seperti apa yang diumpamakan tadi.

Seorang bacul takut bertanggungjawab dan seorang (SPAD MAN) Hero seantero dunia akan menyelamatkan manusia dari kemalangan jiwa (Untuk keretapi sahaja...., Bas, Lori dll.... rekod kemalangan nyawa yang terbanyak adalah amat Selamat...)

Orang yang tak tahu bolehlah kamu perdaya, orang yang bodoh bolehlah kamu tipu, tapi kamu tak boleh tipu atau perdayakan Railwaymen Union of Malaya. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

11 Julai 2014

OSHEN INDUK

Mesyuarat OSHEN tiada bermakna lagi, itulah ungkapan paling tepat yang boleh diperkatakan, Mesyuarat OSHEN sekadar bermesyuarat, sekadar main-main, sekadar wayang gambar, untuk yang menonton dan ditonton!

Tahap keselamatan yang ada tidak dipedulikan, Datuk Presiden KTMB boleh buat sesuka hati, cukup bulan gaji lumayan sekali.

Memang mengharapkan Presiden KTMB hadir, memang sangat nak berdepan, tapi bukan lagi duduk di sebelah, berdepan... mengadap dan bersedia untuk berbahas. 

Cukuplah Datuk Presiden KTMB, wayang mu udah diketahui, siapa kamu telah dikenali, hanya seorang Presiden KTMB yang meninta sejarah seorang Presiden KTMB Bacul!

Hanya berani membaling batu, sembunyikan tangan, hanya berani menulis surat tunjuk sebab, surat yang tak berisi, hanya pandai memperbodohkan orang tapi tidak Railwaymen Union of Malaya! 

The man who loss with seorang "KULI" is Datuk Elias Kadir Presiden KTMB! 

"Useless"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan Induk

Cuba tengok siapa Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan yang sedang mula bersidang? 

Ke manakah gerangan Presiden KTMB???

Mesyuarat OSHEN INDUK DI TANGGUHKAN, pihak RUM mahukan Datuk Presiden KTMB mempengerusikan mesyuarat, seorang yang menandatangani polisi keselamatan syarikat, kita mahu Pengerusi yang statusnya Presiden KTMB yang mampu membuat keputusan. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Lagi 4 jam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan Induk.

RUM bersemangat untuk berdepan dengan Datuk Presiden KTMB.

Kali ini bukan wayang tinggi production tau....

Ini realiti!

Soalan Cepumas...

1. SIAPAKAH YANG MENANDATANGANI POLISI KESELAMATAN SYARIKAT?

2. ????

3. ????

SOALAN INI BUKAN UNTUK PENGURUS BESAR KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PEKERJAAN, HARAP MAKLUM MR JUSTIN, DON TRY TO BE CLEVER!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan Induk

Rupanya ramai yang ingin tahu atau ingin mengikuti perkembangan dan perjalanan mesyuarat esuk. (Ada siaran langsung pun best kan... hehe)

RUM cuma nak bagi clue dan pesanan pada semua Pengurus Besar tolong jangan menjawab soalan RUM, cukup kalau semua Pengurus Besar yang hadir ibarat sebagai "PEMERHATI".

Kalau Pengurus Besar bercakap, jangan salahkan RUM kalau ada yang kene maki, so baik diam jadi pemerhati saja, Mesyuarat ini antara RUM dengan Datuk Presiden KTMB.

RUM nak tengok kehebatan terunggul Presiden KTMB yang bergaji besar hanya pandai mengarah mengeluarkan "notis tunjuk sebab"...

Puiiiiiiiiii. ..

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Nak jelaskan lagi...
Suara RUM adalah Suara 3500 ahli...

Kene faham apa itu "SUARA" Apa itu "RUM".... kalau tak faham meh RUM sekolahkan.

"Badwa Rascal"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

2 X Kenyataan daaa...

Kihkihkih.

RUM

Selamat Berbuka Puasa.

10 Julai 2014

Hubungi Ibu Pejabat RUM Jika terima surat tunjuk sebab

Mohon kerjasama ahli-ahli RUM yang terima surat tunjuk sebab hubungi pejabat atau datang ke Ibu Pejabat RUM dengan segera.

Sila hubungi pejabat RUM n tinggalkan nama penuh, alamat surat menyurat, no telefon dan depoh.

Tel - 0322741107

Kerjasama amat dihargai. 

SAMAN

RUM sebagai Kesatuan Sekerja yang diiktiraf di bawah Akta Kesatuan Sekerja mengalu-alukan Datuk Presiden KTMB "MENYAMAN" RUM bagi membuktikan 31 surat RUM yang dihantar pada Pengurusan KTMB malah ada yang telah dibentangkan dalam Majlis Bersama Pusat bagi membuktikan kenyataan RUM adalah palsu, fitnah atau sebagainya!

Jadilah "HERO SEBENAR" dari jadi "HERO BACUL" mengeluarkan surat tunjuk sebab! 

"HERO BACUL SAHAJA MENGELUARKAN SURAT TUNJUK SEBAB!"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Kenyataan 3500 ahli kesatuan yang berfaedah berdasarkan peruntukan Akta Kesatuan Sekerja.

UGUTAN PRESIDEN KTMB PADA RUM

Teruskan berjuang, tanpa rasa gentar dan takut, semangat berjuang tidak pernah luntur, biarpun "UGUTAN" melalui "Notis Tunjuk Sebab".

Surat tunjuk sebab itu adalah satu unsur "UGUTAN" untuk menakut-nakutkan RUM!

Surat "UGUTAN" itu mencetuskan satu fenomena baru dalam negara ini, "MEMBUNUH KESATUAN SEKERJA(RUM)", LANGKAH "PEMULA" SEORANG PEMBUNUH YANG AKAN MEMBUNUH SELURUH KESATUAN SEKERJA DI NEGARA INI!

Ingin RUM jelaskan pada Datuk Presiden KTMB.... biarpun tindakan diambil sehingga memecat jawatan hakiki pemimpin RUM sebagai pekerja, semua Pegawai Utama RUM masih kekal sebagai pemegang jawatan! 

Bermaksud walaupun kami pegawai utama RUM, telah ditamatkan perkhidmatan dalam KTMB, kami masih pemegang jawatan dalam RUM yang sah selaras peruntukkan undang-undang. 

Justeru itu, adakah kami pemegang jawatan dalam RUM nak berdiam diri? nak tengok sahaja apa yang Presiden KTMB telah buat pada RUM, RUM ulangi n ulangi lagi, RUM akan tentang abis-abisan sehingga Presiden KTMB tersungkur ke bumi.

Lebih malu, lebih teruk malah maruah Datuk Elias Kadir Presiden KTMB akan tercalar dengan teruk di seluruh arena antarabangsa. 

Maka tempat Datuk Presiden KTMB tiada lagi di muka bumi ini.

RUM tidak akan jadi "BACUL" sehingga membenarkan organisasi RUM musnah dan sebagai "PEMULA" pengancuran Kesatuan Sekerja dinegara ini! 

This is RAILWAYMEN UNION OF MALAYA! We do, what we want to do! We fight until our dead end!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

09 Julai 2014

NOTIS TUNJUK SEBAB

Semua Pegawai/Setiausaha Cawangan RUM
Ahli Jawatankuasa Cawangan
Semua Ahli-Ahli RUM

PERHATIAN SEGERA

Pengerusi /Setiausaha Cawangan dan Semua Ahli Jawatan Kuasa Cawangan segera memantau ahli-ahli yang menerima surat tunjuk sebab, serta nasihatkan ahli-ahli ke Ibu Pejabat Kesatuan dengan segera bagi membantu menjawab Surat Notis Tunjuk Sebab.

Ahli-ahli yang membaca kenyataan ini, tolong maklumkan pada rakan-rakan lain mengenai perkara ini, setakat ini RUM hanya terima 5 surat tunjuk sebab dari Ahli RUM Cawangan Kuala Lumpur. 

Dimaklumkan setakat ini 2 Pengerusi Cawangan iaitu Ipoh dan Gemas juga telah diberikan Notis Surat Tunjuk Sebab.

Sekian, dimaklumkan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

No 7 punya cerita....

No perkhidmatan aku bermula No 7,
Aku dah tukar ganti keta 7 x
Masa nak bertanding RUM tahun 1996 aku guna slogan 7k, iaitu kumpulan 7k, alhamdulillah bertapaklah kumpulan 7K dalam RUM.
No keta aku pun pangkal 7,
Kiranya 7 tu No istimewalah...
Kata orang No 7 tu luck bagi aku...

Hari ini semua orang cerita No 7, ada yang seronok dengan No 7, ada yang fobia dengan No 7, ada yang menangis kerana No 7.... tapi aku tetap bangga dengan No 7.... hehe...

Jangan lupa No 7 tu, bulan julai, bulan ramadhan.... bulan puasa tau...
Sukanya aku no 7....
Hehehe....

Aku tak kesah dari mana datangnya No 7, cuma aku tersenyum dengan No 7, sudah pasti yang kaki nombor pulak duk berkira - kira No 7 bakal naik... hahaha... itu pun satu fobia buat kaki No... kihkihkih.... kononnya boleh kaya.... kihkihkih....

Komen RUM...

Yang RUM pasti... No 7 tu bilangan Pegawai Utama RUM, No 7 ini macam No semangat... No 7 ni macam no gempur... No 7 ni macam no luck... No 7 macam No ada orang yang nak kene singkirkan. .. No 7 ni ada orang yang nak kene tendang....

So bila hebuh No 7, RUM pun senyum....

Siapakah gerangan orangnya?

Sebab No 7 tu.... milik Presiden RUM, No 7 tu Milik 7 Pegawai Utama RUM, bukan milik Presiden KTMB, jadi jawapannya....

NO 7 fobia untuk Datuk Presiden KTMB, NO 7 itu petanda penyingkiran Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB!
NO 7 No Kemurungan Datuk Presiden KTMB.

Kihkihkihkihkih.....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Suara Rasmi 3500 Ahli RUM Yang Berfaedah.

08 Julai 2014

NOTIS TUNJUK SEBAB SI BACUL!!!

Semua pegawai kesatuan dan ahli yang telah menerima surat tunjuk sebab jangan rasa takut, hak berpiket adalah hak kesatuan sebahagian aktiviti Kesatuan yang pemainnya adalah ahli-ahli kesatuan. 

Sila rujuk pegawai utama RUM untuk mendapatkan khidmat bantuan menjawab surat notis tunjuk sebab. 

Tindakan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB, adalah tindakan bacul dan penakut!

Teruskan semangat juang, kita singkirkan Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB, tanamkan dalam jiwa semangat pejuang kesatuan sekerja (RUM) bahawa Datuk Elias Kadir Presiden KTMB adalah musuh no 1 Railwaymen Union of Malaya (RUM).

Kita menyeru Datuk Presiden KTMB keluarkan surat tunjuk sebab pada semua ahli-ahli RUM atau sekurang-kurangnya 700 peserta piket yang hadir berpiket 9/5, kalau benar-benar anak jantanlah! 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PEKERJAAN.

Gambar Hiasan
11.7.2014

Semalam Pengurus Besar OSHEN datang ke pejabat, jumpa Setiausaha Agung, bagus Pengurus Besar sampai datang ke pejabat RUM, pastilah pesan macam - macam, kalau ada isu baru nak dibangkitkan bagilah tahu, sebab nak prepare, kalau tidak nanti...kene tunggu mesyuarat akan datang baru dapat jawapan.

RUM dah banyak kali bagi tahu, bahawa semua isu berdasarkan dalam perkara berbangkit dan kaitan dengan perkara berbangkit, sebagai pengurusan, sebagai leader maka soalan - soalan jangkaan telah boleh difikirkan, tambahan pulak masalah yang berlaku adalah rutin kerja harian, so tak yah gelabahlah... jawapan mesti dah adakan.... berdasarkan soalan jangkaan dan kedudukan situasi semasa khususnya aspek keselamatan, kesihatan dan Pekerjaan. 

CUMA.....

RUM nak pesan pada Datuk Presiden KTMB, semua persoalan yang akan dibangkitkan dijawab oleh Datuk Presiden KTMB sendiri, jangan suruh mana-mana Pengurus Besar menjawab! 

RUM nak bagitau Datuk Presiden KTMB lagi, sebelum Datuk Elias Kadir menjadi Presiden KTMB semua hujah - hujah dari RUM dijawab oleh Semua Mantan Presiden atau Mantan-mantan Pengarah Urusan itu sendiri.

Sebab mantan-mantan Presiden dan mantan-mantan Pengarah Urusan KTMB semuanya tahu kerja, bila tahu kerja, mereka tahu nak menjawab, sebab mereka ambil tahu apa yang berlaku dalam KTMB.

Bukan macam Datuk Presiden KTMB yang tak nak ambil tahu dan buat tak tahu tapi pura - pura tahu. Hanya bergantung pada Pengurus Besar Jabatan, kegagalan Pengurus Besar Jabatan menjawab, Datuk Presiden KTMB menkambing hitamkan Pengurus Besar berkenaan. 

Kami Pemimpin RUM dengan bersemangat bersedia berhadapan dengan Datuk Presiden KTMB. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Terima kasih

Terima kasih kepada Abang Rafli Ahmad, Mantan Penolong Setiausaha Agung RUM yang memberi kata-kata semangat kepada kami, In Syaa Allah dengan kata-kata semangat ini akan terus membakar semangat perjuangan kami.



Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

07 Julai 2014

MAS : KESATUAN SEKERJA DIKATAKAN JADI HALANGAN

Bagaimana dengan Kesatuan Pekerja2 KTMB (RUM) yang mendesak agar KTMB dipulihkan, RUM yang mewujudkan idea Business Plan iaitu "MULTIPLE OPERATOR" bagi menjanakan pendapatan KTMB. RUM telah menunjukan komitmen bersungguh - sungguh untuk memulihkan KTMB.

Bagaimana Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB yang gagal menjalankan peranan untuk memulihkan KTMB.

1. Rolling Stock tidak di baikpulih.
2. Landasan tidak di baikpulih.
3. Peluang perniagaan tidak dikembangkan.
4. Tahap keselamatan merosot.
5. Opportunity loss
6. Ramai pakar KTMB telah meninggalkan KTMB kerana tidak berpuas hati dengan Presiden KTMB.
7. Dan banyak lagi.

Kenapa tindakan menamatkan perkhidmatan Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB perlahan?

RUM memperjuangkan untuk menyelamatkan KTMB maka Selamatlah Pekerja.

Tetapi semua kepimpinan tertinggi RUM pula dikenakan surat tunjuk sebab.

RUM menghighlightkan kebenaran, menyatakan kebenaran, dengan tujuan KTMB dapat diselamatkan dari Datuk Elias Kadir Presiden KTMB yang gagal menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Presiden KTMB.

Di mana keadilan?

Kesatuan Pekerja2 KTMB (RUM) tidak pernah menolak pembaharuan sentiasa menyokong perubahan, tapi di sebaliknya Datuk Elias Kadir Presiden KTMB membawa misi "reverse strategy " sehingga KTMB terumbang ambing.

Dimanakah Keadilannya?

Sampai bila?

Apakah selepas ini ingin menyalahkan RUM kononnya RUM menghalang pemulihan KTMB?

Jawapan terletak pada pembaca kenyataan RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Bersatu Kita Teguh

ALHAMDULILLAH
SEMANGAT JUANG YANG TINGGI

Syukur ke hadrat Allah SWT bahawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja tadi semua sebulat suara bersatu menentang penganiayaan dan kezaliman Datuk Presiden KTMB. 

Kami semua pemegang jawatan dalam RUM bersedia menerima sebarang kemungkinan dan bersedia dalam satu suara menggempur Datuk Presiden KTMB. 

SEMANGAT PERJUANGAN KAMI SANGAT TINGGI!

BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH! 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB