09 November 2014
AKU SEORANG AYAH
Ahad, November 09, 2014
Aku seorang ayah..
Tanggungjawab aku sebagai ayah adalah pada sebuah keluarga terdiri isteri dan anak - anak.
Pasti dalam kehidupan seorang ayah ingin melihat anaknya berjaya, berjaya dari segi kehidupan di dunia dan akhirat, bahagia bersama keluarga, mempunyai pekerjaan yang baik mampu menanggung kehidupan untuk masa hadapan.
Adakala... ada anak yang nakal maupun yang baik, adakala... ada yang tidak mahu mendengar kata, adakala ianya menurut perintah, apa pun tetap seorang anak, tanggungjawab seorang ayah memberi semua kebaikan untuk memastikan anak itu bahagia, tidak kira anak itu baik maupun nakal, kerana ianya tetap seorang "anak". Tanggungjawab ayah juga perlu adil pada anak-anaknya, tanpa ada perasaan pilih kasih, walaupun kadangkala anak-anak suka beranggapan sebegitu, kerana anak itu tidak memahami naluri seorang ayah.
"Begitulah seorang pemimpin mana-mana organisasi, organisasi itu di ibaratkan rumahtangga, ahli-ahlinya ibarat anak-anak, perlu dijaga dengan penuh rasa tanggungjawab, penuh dengan kasih sayang, kerana itu sebuah tanggungjawab dan amanah yang diberikan".
Kesusahan dan kesengsaraan anak-anaknya akan menitiskan air mata seorang ayah... seorang ayah pula pasti tidak mahu melihat setiap anaknya dalam kesusahan. Seorang Ayah pula tidak akan menunjukkan sebuah kesedihan, sedaya upaya tidak akan menitiskan air mata di hadapan anak-anak, kerana tanggungan itu adalah tanggungjawab seorang ayah, biarpun seorang ayah menitiskan air mata, ia tetap sembunyikan disebalik sebuah senyuman.
Itulah harapan seorang ayah, tidak mahu melihat kesengsaraan dan keperitan seorang anak, yang penting anak - anaknya gembira dan bahagia.
Kebahagiaan dalam kehidupan seorang ayah, sesekali tidak akan membenarkan anak - anaknya sengsara. Sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab maka ia akan sanggup berkorban nyawa demi keluarga dan anak-anaknya.
Kelukaan hati seorang ayah... anaknya tidak akan mengetahui, kerana anak-anaknya beranggapan bahawa itu adalah tanggungjawab seorang ayah, tika ayahnya tiada lagi, tika itu kekesalan tidak berguna lagi.
Kesedihan dan kesengsaraan seorang ayah hanya Allah Swt yang mengetahui, kerana ayah itu adalah seorang pemimpin bagi sebuah keluarga.
Presiden RUM
SEMUANYA NAWAITU
Ahad, November 09, 2014
Perkara yang tidak betul tetap tidak betul..
Perkara yang salah tetap salah..
Perkara yang bertentangan tetap bertentangan...
Maka yang mengetahui hal sebegini perlu memainkan peranan yang betul dan ikhlas.
Kita tidak semestinya tunduk untuk mengakui benda yang salah dikatakan betul, maupun benda yang bertentangan dikatakan benar.
Justeru itu kejujuran dan keikhlasan adalah tunggak utama, dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, bukannya meletakkan diri bahawa aku di arahkan. Pokoknya "NAWAITU".
Tindakan sedemikian adalah satu tindakan yang tidak "BERPRINSIP" apatah lagi ianya boleh dikatakan..
"DENGAN NIAT JAHAT".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
07 November 2014
KERETAPI INDONESIA.
Jumaat, November 07, 2014
union busting
Presiden Keretapi Indonesia (Pak Jonan Ignasius) berjaya memulihkan (turn around) Keretapi Indonesia dalam tempoh 2 tahun.
Satu ketika Keretapi Indonesia ketinggalan di belakang Keretapi Tanah Melayu Berhad, kini dengan plan pemulihan yang bijak Pak Jonan Keretapi Indonesia telah berjaya (turn around) Keretapi Indonesia.
Mungkin kerana kehebatan Pak Jonan Ignasius yang berjaya memulihkan Keretapi Indonesia maka hari ini dalam Kabinet Baru Indonesia, Pak Jonan dilantik sebagai Menteri Pengangkutan Indonesia.
TAHNIAH BUAT PAK JONAN
Alangkah bangganya Keretapi Indonesia mempunyai seorang "pemimpin" iaitu Presiden Keretapi Indonesia yang berjaya dalam pentadbirannya dengan memulihkan Keretapi Indonesia.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
__________________________________________Pak Jonan urged to reduce logistics costs
Posted on 26 October 2014. Tags: costs, Jonan, logistics, Reduce, Urged
Share on FacebookShare on TwitterE-mail
Newly appointed Transportation Minister Ignasius Jonan should make serious efforts to lower Indonesia’s logistics costs, which are disproportionately high and have stifled the growth of logistics operations in the country, the Indonesian Logistics Association (ALI) has said.
ALI chairperson Zaldy Masita said high logistics costs remained a major problem the government needed to immediately deal with as logistics costs accounted for around 25 percent to the country’s gross domestic product (GDP), while they should stand at less than 15 percent.
“It is very important for the government to be able to reduce logistics costs,” said Zaldy as quoted by Antara in Jakarta on Sunday.
He added that due to such inefficiencies Indonesia currently ranked 59th out of 160 countries listed on the World Bank’s Logistics Performance Index. The data showed that Indonesia’s logistical services remained uncompetitive compared to other countries in the region, such as Singapore which ranked fifth on the index, and required more improvements, especially in the lead-up to the ASEAN Economic Community in 2015.
Zaldy said it was hoped that Jonan could further develop both passenger and freight services.
“Pak Jonan had a good track record when he served as president director of state-owned rail operator PT Kereta Api Indonesia (KAI); however, he has not yet been successful in developing logistics services for freight,” said Zaldy.
He said that there would likely be negative responses from the logistics business sector unless Jonan could make railway-based logistics services much cheaper.
Zaldy also urged Jonan to create a conducive climate for private parties to invest in logistics infrastructure and to return seaport and airport regulatory roles to the private sector.
“During this time, the management of seaports and airports has been monopolized by the state-owned enterprises and transportation ministries, giving no chance for private parties to play regulatory roles in the sector,” said Zaldy, adding that domestic logistics costs remained high although they were managed by state-owned enterprises.
President Joko “Jokowi” Widodo named Jonan as transportation minister of the Cabinet for the period of 2014-2019 in a meeting at the Merdeka Palace in Jakarta on Sunday evening, replacing his predecessor EE Mangindaan. (dyl/ebf)
Full News here – The Jakarta Post Breaking News
PELIK @ TIDAK FAHAM!
Jumaat, November 07, 2014
union busting
Pihak RUM sudah tidak faham dengan Jabatan Pembangunan Bakat dan Organisasi (human resource) yang membenar perkara - perkara yang bertentangan dengan Perjanjian Bersama dan Akta Perhubungan Perusahaan di benarkan, apakah Jabatan Pembangunan Bakat dan Organisasi hari ini telah hilang punca sehingga gagal memberi nasihat yang betul kepada Presiden KTMB?
Begitu juga dengan Jabatan Keselamatan, Kesihatan, Pekerjaan dan Persekitaran yang sewajarnya arif dengan Perjanjian Bersama, semua Akta berkaitan kini telah juga kehilangan punca sehingga membelakangkan hak Perjanjian Bersama dan Semua Akta yang berkaitan.
Apa nak jadi dengan KTMB?
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
GRAND SACKING IN MALAYSIA
Jumaat, November 07, 2014
union busting
SEHINGGA PTG INI, PEMBUANGAN KERJA TANPA NOTIS TELAH MENCAPAI 50 ORANG PEMIMPIN DAN AHLI RUM.
SEJARAH TERTINTA
TAHNIAH DATO PRESIDEN KTMB, DATO TELAH MENCETUSKAN SEJARAH "GRAND UNION BUSTING" DI NEGARA INI.
INI SATU KEJAYAAN LUAR BIASA!!
SEJARAH TERTINTA
TAHNIAH DATO PRESIDEN KTMB, DATO TELAH MENCETUSKAN SEJARAH "GRAND UNION BUSTING" DI NEGARA INI.
INI SATU KEJAYAAN LUAR BIASA!!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
PRESIDEN RUM AKUI MEMANG TIDAK CERDIK.
Jumaat, November 07, 2014
union busting
Presiden RUM memang tidak cerdik
Kerana "dapat" bezakan "ROS" dan "RTU"... maklumlah Presiden RUM hanya bersekolah setakat darjah enam sahaja, lagi pun Presiden RUM hanya seorang "kuli".
Dalilnya semua "top level management" KTMB telah membuktikan bahawa "ROS" dan "RTU" tiada perbezaan, berdasarkan pengumuman yang telah di buat di MYRA semalam telah menzahirkan bahawa "ROS" dan "RTU" tiada perbezaan, maklumlah bila pegang jawatan "top level management" mesti ada sekurang-kurangnya "graduate".
*Sorry bro... Presiden RUM bukan "Burung Kakak Tua"*
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
06 November 2014
SOLIDARITY ITF
Khamis, November 06, 2014
union busting
Semua surat sokongan "solidarity" dari seluruh perkeretapian antarabangsa gabungan International Transport Federation ( ITF ) telah mula dikirimkan kepada YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Pengurusan KTMB Lakukan Perkara Bertentangan Dengan Perjanjian Bersama!!!!!
Khamis, November 06, 2014
union busting
Pihak Kesatuan telah mendapat maklumat sahih melalui video yang dikirim kepada RUM, Pengumuman Pengurus Besar Jabatan Pengurusan Bakat dan Organisasi dihadiri semua Pengurus Besar di ketuai Presiden KTMB di MYRA hari ini.
Pengumuman ini adalah satu "niat jahat" dan bertentangan dengan PERJANJIAN BERSAMA.
Pihak RUM akan memfailkan kes kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan malah akan berbincang dengan peguam RUM untuk memfailkan kes ke Mahkamah Tinggi terhadap Presiden KTMB dan Pengurus Besar TMOD yang melakukan perkara yang bertentangan dengan Perjanjian Bersama.
RUM akan tentang abis-abisan!!!!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
SABAR DAH ABIS!!!!!!
Khamis, November 06, 2014
union busting
BANGKIT...
BANGKIT...
BANGKIT...
KITA TENTANG ABIS-ABISAN...
BANGKIT...
BANGKIT...
KITA TENTANG ABIS-ABISAN...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2
BANGKIT....
Khamis, November 06, 2014
union busting
BANGKIT....
BANGKIT....
KITA TENTANG KEZALIMAN!!!!!
KITA TENTANG PENINDASAN!!!!!
BANGKIT....
KITA TENTANG KEZALIMAN!!!!!
KITA TENTANG PENINDASAN!!!!!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
BENGIS @ MARAH GILER
Khamis, November 06, 2014
union busting
"TERKINI 45 ORANG PEMIMPIN DAN AHLI KESATUAN TELAH DI BUANG KERJA" (Maka yang di gantung tugas seramai 45 orang akan menerima nasib "dibuang kerja")
Siapa yang tak bengis...
Bila kedegilan dan keegoan di tahap tinggi...
Permintaan YB Timbalan Menteri Sumber Manusia pun engkar... (dihentikan semua pembuangan kerja tanpa notis)
Masih terus melaksanakan hukum rimba....
Apa ini?
Dasyatnya...
Dimana mereka yang berkuasa?
Tidakkah nampak semua ini?
Hebat....
Zalim....
Degil....
Keputusan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali Kali Ke 12 telah memutuskan menolak "defamatory letters" dari Presiden KTMB yang menginginkan pihak kesatuan memohon maaf secara terbuka, pihak kesatuan bersedia berdepan di Mahkamah.
Keputusan permohonan maaf dari apa sudut pun ditolak selaras keputusan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan yang ke 12.
Dizalimi... ditindas...
"Union Busting"
Oh No!!!!!!!!
We will fight against Presiden KTMB until our dead end!
THIS IS RAILWAYMEN UNION OF MALAYA!
SELAMATKAN KTMB,
SELAMATLAH PEKERJA
Siapa yang tak bengis...
Bila kedegilan dan keegoan di tahap tinggi...
Permintaan YB Timbalan Menteri Sumber Manusia pun engkar... (dihentikan semua pembuangan kerja tanpa notis)
Masih terus melaksanakan hukum rimba....
Apa ini?
Dasyatnya...
Dimana mereka yang berkuasa?
Tidakkah nampak semua ini?
Hebat....
Zalim....
Degil....
Keputusan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali Kali Ke 12 telah memutuskan menolak "defamatory letters" dari Presiden KTMB yang menginginkan pihak kesatuan memohon maaf secara terbuka, pihak kesatuan bersedia berdepan di Mahkamah.
Keputusan permohonan maaf dari apa sudut pun ditolak selaras keputusan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan yang ke 12.
Dizalimi... ditindas...
"Union Busting"
Oh No!!!!!!!!
We will fight against Presiden KTMB until our dead end!
THIS IS RAILWAYMEN UNION OF MALAYA!
SELAMATKAN KTMB,
SELAMATLAH PEKERJA
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
05 November 2014
There must be justice for KTMB’s workers – Solomon Sandagran
Rabu, November 05, 2014
union busting
Malayan Railway Corporation (Keretapi Tanah Melayu Berhad) president Datuk Elias Kader and chairman YB Datuk Nawawi Ahmad have taken great pride in their recent union-busting action that saw, amongst others, the dismissing of the entire exco of the Railway Union of Malaya which is one of the country’s oldest unions. It is also the union that has much contributed to nation-building.
While the 41 dismissed employees of the lowest income group and their family members are going through the mental trauma of having to face uncertainties, putting a decent meal on the table, a roof over their heads and a bleak future, the president and the chairman are busy travelling around the world, dining and enjoying luxury living.
The president and the chairman have forgotten that KTMB has been surviving on tax payers’ annual contribution.
The only wrongdoing by the dismissed and suspended workers is that they exercised their rights as trade union members and picketed. During the picket, they exercised their right to communicate to the public their grouses when all attempts of consultation failed with the management.
Unfortunately, the KTMB president and chairman are more concerned with their dented ego and pride and have brutally dismissed 41 and suspended another 45 instead of applying the principles of social dialogue.
It is rather shocking that KTMB which is a government-owned company and managed using tax payers’ money has resorted to bullying tactics and has violated all the laws and International Labour Standards which were adopted by the government at the International Labour Organization.
Over the past 3 years, Malaysia has been consistently questioned for violating labour standards by the Committee for Freedom of Association at the annual International Labour Conference, and it's a pity to see how the government struggles to give assurances that it is making all attempts to ensure Malaysia complies what it has adopted and ratified.
While the government struggles to impress the international community, back home the very government-owned and -linked companies are violating the International Labour standards which places Malaysia in an embarrassing situation.
GOC and GLC should make all efforts to be exemplary to other private sector employees by conducting their business in good behaviour, otherwise it will undermine the tax payers and waste tax payers’ money.
These dismissals and suspensions are unprecedented and the first of their kind in Malaysia, which will further justify Malaysia's ranking as one of the worst employers on this planet.
The Ministry of Finance should make all efforts immediately to bring back normal lives to the affected 85 employees and their families who are victims of bullies of two appointees of the Ministry of Finance.
MTUC will continue to take all forms of necessary action until there is industrial harmony preserved in KTMB, and will not tolerate any organisation which promotes union busting as it will stifle the growth and productivity of workers for nation-building.
It is essential that all parties whether employers, employees, government agencies or courts at all times act in accordance with the ILO Declaration on Fundamental Principles of Rights at Work to uphold the International labour standards. – November 5, 2014.
* Solomon Sandagran is vice-president of MTUC and chairman of the MTUC Freedom Of Association Committee.
* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.
sumber: TMI
04 November 2014
SABAR... IN SYAA ALLAH BERJUANG TERUS BERJUANG....
Selasa, November 04, 2014
Kita tetap bersabar...
Walaupun di hati panas membara..
Tekanan tidak boleh digambarkan..
Demi penyelesaian...
Kita beralah...
Maka...
Mohon semua bersabar...
In Syaa Allah...
Kebenaran pasti muncul...
Kita berserah pada Allah Swt..
Pada DIA kita berserah...
Kita hanya mampu merancang...
Allah Swt penentu segalanya...
Berjuang terus berjuang..
Biar titisan darah yang terakhir...
Railwaymen Union of Malaya...
Tidak akan terkubur..
Dengan penindasan dan kezaliman..
Semangat juang yang tinggi...
Terus kekal membara..
Demi Pekerja. ..
Demi kuli...
Kita tetap "BERMARUAH"
THIS IS RAILWAYMEN UNION OF MALAYA!
Walaupun di hati panas membara..
Tekanan tidak boleh digambarkan..
Demi penyelesaian...
Kita beralah...
Maka...
Mohon semua bersabar...
In Syaa Allah...
Kebenaran pasti muncul...
Kita berserah pada Allah Swt..
Pada DIA kita berserah...
Kita hanya mampu merancang...
Allah Swt penentu segalanya...
Berjuang terus berjuang..
Biar titisan darah yang terakhir...
Railwaymen Union of Malaya...
Tidak akan terkubur..
Dengan penindasan dan kezaliman..
Semangat juang yang tinggi...
Terus kekal membara..
Demi Pekerja. ..
Demi kuli...
Kita tetap "BERMARUAH"
THIS IS RAILWAYMEN UNION OF MALAYA!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
01 November 2014
GILA
Sabtu, November 01, 2014
Pemimpin Kesatuan adalah GILA!
Mereka tidak pernah gentar mahupun takut, mereka boleh langgar sesiapa pun, mereka tidak pernah peduli biarpun terbakar, apa tah lagi demi menyelamatkan ahli-ahli yang ditindas, ahli-ahli yang teraniaya, ahli-ahli yang dizalimi.
Ingat.... ingat... ingat...
Jangan suruh kami jadi giler... tahap kesabaran ada batasnya...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
KEMARAHAN MEMUNCAK
Sabtu, November 01, 2014
Macam-macam cadangan yang diterima, kehilangan sabar telah mewujudkan pelbagai persepsi, malah desakan demi desakan telah dibuat, pelbagai pihak dalaman dan luaran telah menghujani ibu pejabat RUM, kekadang panas telinga sehingga saya selaku Presiden RUM pun mula memikirkan tindakan giler.
Namun demikian keyakinan tinggi bahawa penyelesaian akan wujud, biarpun 2 bulan telah berlalu, kerana yakin bahawa pihak kerajaan khususnya YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia memandang serius mengenai perkara ini.
Cuma kelemahan pihak tertentu yang menjadikan ianya perlahan, namun begitu mereka tidak di boleh dipersalahkan, kerana kelemahan yang tidak boleh diperkatakan.
Namun dalam sesuatu hal, kesabaran ada batasnya, andai desakan demi desakan yang kini terlampau memuncak, sehingga mengasak ke dinding sehingga sukar bernafas, selepas satu tempoh yang munasabah, maka Ibu Pejabat RUM tidak teragak - agak mematuhi resolusi yang telah diputuskan oleh Persidangan Perwakilan.
Ketika itu jangan salahkan kami, tanya diri, kenapa ianya terpaksa dilakukan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
29 Oktober 2014
29.10.2014 (Genap 2 bulan)
Rabu, Oktober 29, 2014
union busting
Genap 2 bulan Presiden dan Timbalan Presiden RUM "di buang kerja tanpa notis" oleh Datuk Elias Kadir Presiden KTMB. Pembuangan kerja ini jelas adalah "tidak sah" berdasarkan peruntukan "Perjanjian Bersama" dan peruntukan undang-undang.
Tindakan ini secara nyata mewujudkan "UNION BUSTING" secara langsung untuk membunuh "RAILWAYMEN UNION OF MALAYA" (RUM).
Kemelut ini sama sekali tidak melibatkan Keretapi Tanah Melayu Berhad atau Pengurusan KTMB, ianya melibatkan "PERSONALITI" yang jelas gagal menjalankan tanggungjawab memulihkan KTMB dan menjejaskan keselamatan pekerja dan penumpang KTMB, dalilnya dokumen - dokumen RUM sebanyak 27 pucuk surat dan beberapa kali mesyuarat Majlis Bersama Pusat dan Mesyuarat Keselamatan Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Induk KTMB. "PERSONALITI" ianya telah dilabelkan "NON PERFORMING PRESIDENT", tidak lain tidak bukan iaitu Datuk Elias Kadir Presiden KTMB. "Kenyataan ini telah diakui baru-baru ini oleh YB Timbalan Menteri Kewangan di sidang parlimen iaitu "PERSONALITI". Piket RUM semata-mata dengan hasrat murni iaitu "SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA".
Diikuti "pembuangan kerja tanpa notis" selanjutnya, kini sejumlah secara keseluruhan 41 pemimpin RUM dan Ahli RUM telan "dibuang kerja tanpa notis" dan sejumlah 40 orang pemimpin dan ahli RUM telah "digantung kerja". Tindakan ini adalah satu tindakan "ZALIM" yang membunuh kehidupan seorang yang digelar "PEKERJA", berjuang atas "TIKET" atau "PLATFORM" kesatuan sekerja selaras dengan peruntukkan Akta Kesatuan Sekerja dan Akta Perhubungan Perusahaan.
Tindakan Presiden KTMB telah mengheret kemelut ini pada tahap kritikal sehingga boleh mengakibatkan satu tindakan agresif oleh RUM, malah RUM bermula bulan November ini akan mengerakkan jentera untuk mendapatkan sokongan "SOLIDARITY" di peringkat antarabangsa, demi memastikan "penindasan dan kezaliman" ini dihentikan. Tindakan Presiden KTMB secara langsung "boleh dianggap" menjejaskan imej Kerajaan Malaysia kerana KTMB adalah milik "KERAJAAN MALAYSIA" secara jelas MAJIKAN ialah "KERAJAAN MALAYSIA".
Babak penyelesaian mula wujud, cuma sedikit kelewatan, beberapa siri perbincangan telah pun diadakan di pimpin oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia atas arahan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia, perbincangan turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Kementerian Kewangan mewakili YAB Dato ' Sri Perdana Menteri, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, barisan Pegawai Tertinggi Jabatan Perhubungan Perusahaan di ketuai Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan, Presiden KTMB serta pengurusan KTMB dan Pegawai Tertinggi RUM.
Penangguhan perbincangan disebabkan oleh kegagalan mendapatkan persetujuan dari Presiden KTMB yang meletakkan syarat yang tidak sepatutnya, sedangkan pihak RUM telah difahamkan bahawa arahan dari YAB Dato Sri Perdana Menteri ialah "SELESAIKAN", malah melalui kenyataan YB Timbalan Menteri Sumber Manusia Dato Sri Ismail ialah penyelesaian mestilah berdasarkan "WIN - WIN SITUATION".
Maka itu RUM beranggapan bahawa "WIN - WIN SITUATION" adalah satu kaedah yang terbaik untuk penyelesaian kemelut ini, maka pihak RUM akur dengan semua cadangan YB Timbalan Menteri Sumber Manusia malah cadangan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB juga RUM turut akur kerana RUM beranggapan bahawa cadangan yang dikemukakan oleh Yb Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Pengerusi KTMB adalah cadangan dari "KERAJAAN", makanya RUM bersetuju syarat yang ditetapkan oleh "KERAJAAN" berdasarkan "win - win situation".
Dukacitanya Presiden KTMB masih berkeras dan mahu mengekalkan syarat yang telah ditetapkan, maka disebabkan syarat Presiden KTMB maka perbincangan telah ditangguhkan.
Kelewatan juga berlaku disebabkan juga ketidakbolehan Pengerusi KTMB untuk menghadiri atau menguruskan perbincangan selanjutnya disebabkan Pengerusi KTMB membuat lawatan kerja ke Jepun, makanya tertangguhlah proses perundingan bagi mewujudkan penyelesaian.
Mudah-mudahan minggu ini perbincangan yang diharapkan dapat diadakan dengan kadar segera, perlu disedari bahawa 41 orang yang dibuang kerja kini menanggung beban kewangan yang teruk, masalah keluarga, masalah perubatan, masalah rumah kuarters, yang paling ketara beban persekitaran yang boleh menganggu mental keluarga khususnya isteri atau suami yang isterinya "dibuang kerja tanpa notis".
RUM merayu YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia mencampurtangan sekali lagi bagi menyegerakan proses penyelesaian ini, kerana kami yakin YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia tidak berkeinginan kemelut ini berpanjangan berdasarkan ayat "SELESAIKAN".
Semoga dan harapan, kemelut ini dapat diselesaikan dengan segera, kepada Allah Swt kami bermohon, penganiayaan dan kezaliman ini dihentikan segera.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
MP: Tak salah berpiket, majikan biadap pecat pekerja
Rabu, Oktober 29, 2014
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid hari ini membidas beberapa majikan termasuk syarikat berkaitan kerajaan yang memecat pekerjaan tanpa mengikut undang-undang.
Beliau yang juga adalah Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) antara lain menamakan syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysian Airlines (MAS) dan Maybank. - MK
Beliau yang juga adalah Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) antara lain menamakan syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysian Airlines (MAS) dan Maybank. - MK
Kemelut KTMB berpanjangan
Rabu, Oktober 29, 2014
union busting
Semua diluar sudah tahu kemelut kesatuan pekerja2; KTMB dengan Preseden KTMB telah berlarut hampir 3 bulan dengan 41 orang pekerja KTMB dan pegawai kesatuan telah dibuang kerja.
Jaafar Alias
Dibuang kerja bermakna tiada gaji. Rundingan telah diadakan atas arahan YAB PM malangnya pergerakan rundingan amat perlahan kerana lawatan Pengerusi KTMB keluar negara dan ada perkara2 yg tidak dipersetujui kedua dua pehak terutama Preseden KTMB.
Dikabarkan akan ada rundingan lagi .Sekiranya rundingan terus berlarutan akan bertambah payahlah keluarga 41 org yg dibuang kerja. Terima kaseh yang bersimpati dan bertanya kabar. Tetapi keperluan untuk hidup mesti di isi. Saya telah bercakap dengan rakan-rakan apa perlu kita buat untuk mengisi perut anak keluarga kita. Antaranya:
1) Pergi Baitulmal minta bantuan.
2) Jumpa parti politik minta bantuan
3) Edarkan pumplet masa Persidangan UMNO di PWTC 25-28 Nov, akan ada yang panas punggong nanti.
4) Ada orang India yang kena buang nak mengadu kat Gereja dan pasti akan tolong.
5) Mengadu pada parti pembangkang mesti mereka tolong pada masa ini dengan syarat berarak bersama.Tak Ada hal
asalkan tidak kebulor.
6) Buat apo yang patut piket lagi ke, work to rule ke, piket kat putrajaya ke, mogok ke, jln terakhir.
7) Mengadu kat ILO, ITF, WFTU.
Semuo ini akan kita lakukan demi keadilan dan kepayahan mengharungi kemelut ini.
INI bukan ugutan tapi nak beri tahu Rakyat Malaysia, yang kesatuan pekerja2 ktmb tidak main2.
Jaafar Alias
Kenyataan Rasmi Setiausaha Agung RUM
Solat Hajat
Rabu, Oktober 29, 2014
union busting

Semua Cawangan RUM telah dan akan mengadakan "Solat Hajat".
Mudah-mudahan kemelut yang dihadapi ini dapat diselesaikan dengan segera.
Pada Allah Swt kita bermohon agar semua yang terlibat dalam kes "buang kerja tanpa notis" seramai 41 orang dan "gantung kerja" seramai 40 orang yang "tidak sah" diselesaikan dengan segera.
26 Oktober 2014
MENGHADAPI KEZALIMAN PENGUASA & PENGANIAYA
Ahad, Oktober 26, 2014
union busting
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah.
Ya Allah, ya Tuhanku, Engkaulah pemberi segala kurnia dan kuasa; dan Engkaulah jua yang menarik kembali segala kurnia dan kuasa.
Ya Allah, ya Tuhanku, hambamu ini memohon kekuatan akal dan jiwa daripadaMu untuk berhadapan dengan ancaman dan kezaliman yang dicipta manusia-manusia zalim dan penganiaya yang Engkau jadikan sebagai pemimpin dan orang-orang disekelilingnya untuk bertandang dihadapanku.
Ya Allah, ya Tuhanku, perkenankanlah hambamu ini melangkah dengan keyakinan sebagaimana telah engkau berikan petunjuk berkali-kali di dalam hidupku akan jalan yang lurus dan benar.
Ya Allah, ya Tuhanku, berilah segala yang terbaik untuk diriku, keluargaku dan sahabat kenalanku yang turut sama mendoakan yang terbaik untuk diriku.
Ya Allah, ya Tuhanku, jika senyuman itu yang terbaik untuk diriku, keluargaku dan sahabat kenalanku, maka berilah senyuman pada bibirku dan bibir-bibir mereka.
Ya Allah, ya Tuhanku, jika tangisan itu lebih baik untuk diriku dan untuk diri keluargaku dan sahabat kenalanku, maka berilah kepada hambaMu air mata sebanyaknya untuk hambaMu menangis dengan rahmat dan ujianMu.
Ya Allah, ya Tuhanku, jika apa yang mereka lakukan ini bersandar kepada ketulusan hati mereka untuk mendaulatkan agamaMu, maka berilah mereka segala taufik dan hidayahMu beserta rezeki yang melimpah ruah.
Ya Allah, ya Tuhanku, jika apa yang mereka lakukan ini untuk menganiaya dengan tujuan mengampu dan membodek kezaliman orang-orang yang diberi kuasa tetapi mengadu domba, maka percepatkanlah taubat atau azab kepada manusia-manusia zalim dan penganiaya itu.
Ya Allah, ya Tuhanku, peliharalah keikhlasan hatiku diatas segala bantuan dan sumbangan diriku dalam hidup harianku; dan terhadap mereka dan keluarga mereka.
Ya Allah, ya Tuhanku, jauhkanlah dari hatiku sifat dendam, dengki dan iri hati.
Ya Allah, ya Tuhanku, jadikanlah diriku insan soleh yang bertaqwa dan beriman teguh kepada agamaMu.
“...Aku tidak bermaksud kecuali mendatangkan perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali.” (Huud:88)























