RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

29 November 2014

PERTANYAAN WARTAWAN KETIKA SIDANG AKHBAR PADA 28/11/2014

Soalan Wartawan:

Presiden KTMB ada menyatakan bahawa KTMB berjaya mengurangkan kerugian.

Jawapan pada Wartawan:

Diakui benar bahawa Presiden KTMB berjaya mengurangkan kerugian.

Sebabnya:-

1. Tiada pembaikpulihan pada Lokomotif, Koc, PGC (PGC selepas surat kesatuan maka baru buat) Wagon, landasan dan lain-lain (27 surat kesatuan adalah dalil) sehingga menyebabkan tahap keselamatan berada di paras rendah. Dari sudut tiada pemulihan berlaku maka tiada perbelanjaan dikeluarkan, justeru itu berlakulah penjimatan.

2. Pembayaran sejumlah wang, difahamkan RM 120 juta (anggaran) telah dibayar oleh MRCB melalui saham tanah KL Central.

Justeru itu, penjimatan yang berlaku berdasarkan kepada strategi perniagaan yang lemah, kerana gagal untuk menambah baik KTMB, kegagalan ini melibatkan implikasi kepada penggerak atau cetusan peningkatan peluang perniagaan, salah satu dari 27 pucuk surat kesatuan di bawah perkara "opportunity lose" atau "kerugian peluang" telah menjelaskan.

Penjimatan yang dikatakan berlaku telah menyebabkan KTMB mewujudkan "kerugian peluang", serta menimbulkan implikasi keselamatan yang teruk, sebagai contoh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat telah mengarahkan untuk menutup landasan "GUA MUSANG – GEMAS", implikasi ini boleh mengakibatkan keselamatan pekerja tidak terjamin malah kerugian peluang untuk meningkatkan gaji pekerja KTMB kini di bawah pasaran.

Justeru itu RUM mengakui bahawa Presiden KTMB berjaya mengurangkan kerugian.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PERTANYAAN RAKAN FB SUARA RUM

Kamil Zulkepli: Tuan presiden rum..adakah masa 2 taun cukup untuk kita expect datuk EK akan membuat keuntungan dgn kerugian ktmb setiap taun bepuluh juta.puluh juta bukan angka yg sikit sbb dr apa yg kita tau intercity xmenyumbang banyak mana sangat pun sebab penyumbang utama adalah kargo..
Atau tempoh 2 taun ni hanya pada fasa pemulihan untuk mengurangkan kerugian dulu?
Atau adakah kerugian akan bertambah dengan peningkatan bil utiliti stesen utara..dianggarkan bil elektrik 1 stesen xkurg drp 5k..gurun saja mula2 operasi rm13k, tasik gelugor 8k utk sebulan.lepas arahan penjimatan, baru la ada penurunan skit bg jumlah bil ni.. 
Mohon pandangan tuan

JAWAPAN RUM:

 Benar, dalam tempoh 2 tahun sebenarnya tidak mencukupi untuk membuat satu pemulihan secara besar - besaran, namun perancangan yang rapi mampu mengerakkan ke arah pemulihan. 

Pendekatan RUM ialah melalui teguran - teguran yang membina bagi memastikan tahap pemulihan berjalan dengan lancar, iaitu dengan mewujudkan business plan yang baik.

Kesinambungan idea melalui Presiden terdahulu perlu diteruskan, tetapi kesinambungan ini terbantut atau terbatal kerana sebab yang tidak diketahui. 

Sebagai contoh:-

Presiden terdahulu telah pun membuka tender untuk menyewa lokomotif sebanyak 40 buah, tapi telah dibatalkan tender berkenaan, selepas dua tahun tender penyewaan lokomotif dibuka kembali sebanyak 30 buah.

Makanya idea yang dicetuskan oleh Presiden terdahulu adalah baik kerana akhirnya Presiden KTMB akur dengan membuka tender kembali.

Bayangkan sekiranya idea kesinambungan ini diteruskan maka awal tahun 2014, KTMB telah pun mengunakan lokomotif penyewaan dan mampu menambah hasil pendapatan kepada KTMB.

Pembaikpulihan juga perlu dilakukan secara berperingkat seperti mana pernah dilakukan oleh mantan-mantan Presiden mahupun Pengarah Urusan KTMB.

Sistem yang digunakan oleh mantan terdahulu boleh diteruskan kesinambungan dengan penambahbaikan, dekat sini lah kelemahan berlaku, andai perancangan dibuat dengan betul, maka kelemahan melalui kaedah pembaikan adalah jalan terbaik bukannya kaedah yang terbalik, "reverse strategy".

Fasa mengunakan kaedah pengurangan kerugian pernah dilakukan oleh zaman Pengarah Urusan terdahulu sehingga mampu meraih sedikit keuntungan, namun implikasinya sangat teruk sehingga menyebabkan kerugian besar selepas itu.

Sebagai contoh..

Lokomotif yang sepatutnya dijadualkan baikpulih melalui tempoh yang ditentukan, kos penyelenggaraannya adalah rendah, kerana penggantian alat ganti adalah minima, sekiranya ianya melebihi tempoh berdasarkan jadual yang ditetapkan, maka kerosakan pada Lokomotif akan meningkat berdasarkan kerosakan yang berjangkit sehingga melibatkan parah, maka kos yang sepatutnya dikurangkan akan meningkatkan dengan banyak kerana tidak membaikpulih mengikut jadual. 

Setelah wujudnya landasan berkembar, kita semua ketahui, stesen - stesen keretapi berwajah baru dan stesen ini dikategorikan canggih dan luas, maka utiliti dan pengunaan sumber manusia pasti akan meningkat. 

Bila mana utiliti, penyelenggaraan, pengunaan sumber manusia meningkat maka kos perbelanjaan juga akan meningkat, justeru itu berkemungkinan ianya akan melibatkan penambahan kerugian dari aspek utiliti, penyelenggaraan dan pengunaan sumber manusia. 

Maka perlu difikirkan cara yang sesuai bagi memastikan peningkatan kos penyelenggaraan ini dapat dibendung dengan pendapatan setempat, maksudnya stesen - stesen besar ini tidak boleh dibiarkan sebagai tempat persinggahan sahaja, tapi mencari sumber pendapatan untuk menampung kos yang tersebut di atas.

Sekiranya gagal maka, akan wujud pembaziran dan akan menambah kerugian kepada KTMB.

Saya harap penjelasan berdasarkan pandangan ini memuaskan, ianya secara ringkas, kerana keadaan masa yang tidak mengizinkan serta dalam laman suara Rum.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

BERFIKIRLAH SEBELUM BERTINDAK

Satu kenyataan yang dangkal, kerana kenyataan yang berupa tidak tahu hujung pangkal, malah tidak tahu "hak kesatuan sekerja".

Bila tidak mengerti "hak kesatuan sekerja" di bawah peruntukan undang-undang maka ianya seolah-olah Kesatuan Sekerja melakukan kesilapan.

Persepsi lemah ini, kerana tidak mahu tahu, tidak mahu ambil tahu, tidak mahu belajar dan pura-pura tahu.

Justeru itu hak kesatuan sekerja melalui aktiviti-aktivii kesatuan sekerja adalah "hak kebebasan bersuara", maka itu di bawah Akta Kesatuan Sekerja "imuniti" atau "kekebalan" dari sudut undang-undang di telah diberi kepada kesatuan sekerja yang berdaftar di bawah Akta Kesatuan Sekerja (Akta 262)

Maka itu, semua tindakan yang dibuat berdasarkan hak kesatuan sekerja, maka tiada majikan berhak, menghalang, mengugut atau meletakkan di bawah pengaruh.

Justeru itu tindakan meletakkan persetujuan yang disediakan oleh Presiden KTMB adalah bertentangan dengan hak undang-undang.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

RUM still unhappy with picketing solution

KUALA LUMPUR: The Railway Union of Malaya (RUM) is still not satisfied with the solution over the termination of 97 union members for picketing in May 9.

Its president Abdul Razak Md Hassan claimed the agreement memorandum signed on Wednesday was biased and was not the draft prepared by the Human Resources Ministry.

"The memorandum favours one party and it is not a win-win situation as requested by the Human Resources Ministry.

"However, as the president, I am calling on all members to sign the agreement so that go back to their positions quickly, even though I did not sign the agreement to seek justice for union members," he told a media conference here today.

Abdul Razak said the other factor causing his dissatisfaction was the content of the memorandum requiring him to apologise to KTMB president Datuk Elias Kadir each day consecutively for three months on Facebook and the RUM official blog.

"I consider it unreasonable," he said.

All the employees have been given back their positions after they signed the agreement behind closed doors witnessed by Deputy Human Resources Minister Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Meanwhile, KTMB chairman Datuk Nawawi Ahmad when contacted by Bernama declined to comment on the content of the memorandum but said he was happy that the workers have got their jobs back.

"My priority is to ensure the affected employees get back their jobs. As the chairman, I am happy the issue has been resolved based on humanitarian grounds," he said. – Bernama

28 November 2014

Manipulasi MoU, RUM ambil tindakan undang-undang atas presiden KTMB

Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Elias Kadir Baba kerana memanipulasi memorandum persefahaman (MoU) penyelesaian pertikaian antara kedua-dua pihak.

Presiden RUM Abdul Razak Md Hassan mendakwa, MoU itu pada awalnya dirangka Kementerian Sumber Manusia, namun diubah Elias pada saat akhir.

Katanya, Elias kemudiannya membuat MoU sendiri dan mengenakan syarat tertentu tanpa pengetahuan kerajaan.

MoU itu ditandatangani 26 November lalu bagi membolehkan 97 pekerja KTMB yang dipecat dan dikenakan tindakan disiplin dikembalikan semula jawatan mereka.
"Kami sudah buat aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan dan mungkin akan dibawa ke mahkamah.

"Ini persetujuan berat sebelah," katanya.

Razak berkata, Elias dalam MoU itu juga tidak memohon maaf kerana mengisytiharkan piket pada 9 Mei lalu sebagai haram.

Sebaliknya, hanya pekerja saja yang diminta memohon maaf kepada Elias, KTMB dan pihak pengurusan atas segala tindakan dan tuduhan yang dibuat RUM.

Menceritakan mengenai majlis tertutup menandatangani MoU di ibu pejabat KTMB di Kuala Lumpur pada 26 November lalu, katanya, 90 pekerja itu diarahkan naik ke pentas dan membaca kandungan MoU menggunakan mikrofon sebelum menandatanganinya.

"Sekarang ini, permohonan maaf hanya sebelah pihak. Dia suruh ahli saya naik ke pentas minta maaf.

"Piket itu sah. Saya anggap ini belum selesai," katanya.

Katanya, piket itu sah mengikut Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177) dan tidak melanggar sebarang undang-undang.

Katanya, RUM membuat aduan kepada International Transport Workers Federation yang berpengkalan di London serta Pertubuhan Buruh Antarabangsa meminta campur tangan dalam isu ini.

Beliau berkata, aduan itu difailkan melalui bantuan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

"Kami minta bantuan gabungan kesatuan sekerja dunia kerana ini melibatkan 'union busting' dan salah di sisi undang-undang," katanya.

Katanya, apa yang berlaku terhadap RUM bukan saja menjejaskan pekerja keretapi tetapi seluruh kesatuan sekerja.

"Ini amat berbahaya kepada aktiviti kesatuan sekerja yang lain,” katanya.

Kira-kira 700 pekerja KTMB pada Mei lalu berpiket menuntut khidmat Elias ditamatkan kerana gagal membawa keuntungan kepada syarikat sejak 2 tahun lalu sehingga menjejaskan kebajikan pekerja.

Sebanyak 91 daripadanya ditamatkan perkhidmatan pada 18 Ogos lalu selepas siasatan dalaman mendapati mereka bersalah menyertai piket berkenaan.

Pada 20 November lalu, KTMB menawarkan pengambilan semula kakitangan yang dipecat, dengan syarat perlu menandatangani MoU yang antara kandungannya, memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. – 28 November, 2014. - [TMI]

RUM

RUM

Tetap akan bergerak selaras peruntukan undang-undang, tiada yang lebih daripada undang-undang.
Menyekat kebebasan bersuara dalam mengerakkan aktiviti-aktivii kesatuan sekerja adalah satu kesalahan.

Railwaymen Union of Malaya tetap berdiri gah, berjuang untuk ahli-ahlinya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

27 November 2014

ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH (1)

Gembira bila semua kembali bertugas, penat berkayuh, naik basikal ke hulu, ke hilir akhirnya berhasil.

Gembira melihat sahabat handai kembali tersenyum, perjuangan mereka berbaloi, walaupun syarat yang dikemukakan tidak menepati kehendak, namun ianya bukan persoalan, matlamat mengembalikan mereka telah pun berhasil.

Dari 97 orang, kini tinggal aku seorang, soal aku... pedulikan... aku ada tanggungjawab lain... yang penting mereka dipulihkan jawatan kerana mereka semuanya "tidak bersalah", hanya sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai "seorang ahli kesatuan", mereka berjuang demi masa depan seluruh warga RUM malah KTMB.

Sejujurnya sebagai Presiden RUM aku berbangga, mereka sanggup berkorban, walaupun mereka mengadaikan periuk nasi bukan sahaja untuk diri sendiri, keluarga tapi seluruh warga KTMB, pengorbanan mereka sangat besar sehingga menimbulkan kesengsaraan pada diri dan keluarga, hari ini mereka telah mengukir senyuman tanda gembira, kerana kesengsaraan yang mereka alami telah dipulihkan, Alhamdulillah... aku cukup gembira...

Merekalah pejuang sejati, pejuang kesatuan sekerja, berjuang untuk masa depan, dengan nawaitu SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.

Bagi pihak Majlis Eksekutif RUM, saya merakamkan jutaan terima kasih, teruskan perjuangan, kerana perjuangan kesatuan sekerja tiada penghujungnya.

Jangan sesekali rasa gentar, kerana gentar akan melemahkan kita, kita perlu sedar bahawa "kuli" bila-bila pun boleh teraniaya.

Dalam masa yang sama, jangan kita lemah semangat, rasa kecewa maupun berputus asa, maka itu saya menyeru semua jalankan tanggungjawab se
bagai seorang pekerja yang penuh berdedikasi, kerana matlamat kita, tanggungjawab kita bukan untuk Presiden KTMB tetapi matlamat kita dan tanggungjawab kita semata-mata untuk melihat KTMB berjaya serta mampu menjana pendapatan sehingga meraih keuntungan, kerana harapan kita setelah sekian lama kita tertinggal "take home pay", berbanding penjawat awam dapat ditingkatkan seperti mana kita diswastakan pada 1.8.1992 pekerja KTMB menikmati lebih dua (2) mata gaji berbanding penjawat awam dengan elaun yang sama pada ketika itu dengan penjawat awam.

Semoga dan harapan, kekuatan RUM terus dikekalkan, semangat juang terus dipertingkatkan, jangan simpan rasa takut maupun gentar, kerana mereka juga makan gaji seperti kita.

"JUTAAN TERIMA KASIH PADA SEMUA PEJUANG - PEJUANG RUM".

SAUDARA/I TELAH MENCIPTA SATU SEJARAH KESATUAN SEKERJA KHUSUSNYA RAILWAYMEN UNION OF MALAYA"

SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.

Presiden RUM
Bagi pihak Majlis Eksekutif, 
Kesatuan Pekerja2 KTMB

Alhamdulillah dan Terima Kasih (PEMULIHAN KERJA)

Seramai 98% pekerja yang dibuang kerja tanpa notis telah dipulihkan jawatan dan akan kembali bekerja bermula esuk. Arahan penerimaan persetujuan ini dibuat oleh RUM adalah demi memastikan semua yang terlibat boleh meneruskan kehidupan setelah sekian lama ditindas dan dizalimi.

Selaku Presiden RUM, saya berasa lega kerana semua pegawai kesatuan dan ahli-ahli RUM yang menjalankan aktiviti-aktivii kesatuan sekerja telah dipulihkan. Bebanan ini telah diringankan, keresahan dan kerisauan terhadap pekerja yang dizalimi telah meringankan tanggungjawab saya selaku Presiden.

Syukur Alhamdulillah...

Dengan itu bagi pihak Majlis Eksekutif dan seluruh warga RUM merakamkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang telah mengarahkan isu ini "diselesaikan".

Terima kasih pada YB Dato Seri Ismail, Timbalan Menteri Sumber Manusia atas inisiatifnya maka 98% yang terlibat dengan pembuangan ini dipulihkan.

Terima kasih juga kepada Yb Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, yang turut memainkan peranan penting dalam menyelesaikan sehingga dipulihkan jawatan pada yang terlibat.

Namun demikian selaku Presiden RUM yang bertanggungjawab dengan Perlembagaan Kesatuan telah mengambil pendirian tidak menandatangani persetujuan yang disediakan oleh Presiden KTMB (MAKA PRESIDEN RUM TETAP DI BUANG KERJA TANPA NOTIS), demi memastikan tiada pengugatan hak RUM sebagai Kesatuan Sekerja yang diiktiraf oleh Hak Akta.

Maka itu, sebagai Presiden yang dipertanggungjawabkan untuk "mengawasi Perlembagaan Kesatuan" maka kemelut ini atau pertikaian ini tidak boleh dianggap selesai dan akan terus berjuang memastikan hak Perlembagaan Kesatuan, Hak Akta yang berkaitan terus dipatuhi.

Satu sidang akhbar akan diadakan bagi menjelaskan keadaan serta akan membentangkan "persetujuan yang disediakan oleh Presiden KTMB" bagi menjelaskan sebab musabab kenapa ianya tidak boleh ditandatangani.

Pihak kesatuan tetap menegaskan bahawa "pembuangan kerja yang berlaku adalah tidak sah", "Piket adalah hak kesatuan sekerja", kenyataan dalam "Suara RUM", "Blog Rum" adalah Hak Kesatuan Pekerja2 KTMB ( RUM) selaras dengan hak Akta 177 dan Perlembagaan Persekutuan.

Selaku Presiden RUM maka saya bersedia untuk berdepan di Mahkamah untuk membuktikan "kebenaran", demi mempertahankan "HAK RUM" justeru itu aduan RUM mengenai perlanggaran Seksyen 4 dan 5 Akta 177 terus berkuatkuasa.

"PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI"
"SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA"


Presiden
Kesatuan Pekerja2 KTMB
Bagi Pihak Majlis Eksekutif Kesatuan Pekerja2 KTMB

25 November 2014

JAWATAN KUASA KESELAMATAN, KESIHATAN, PEKERJAAN DAN INDUK.

Satu jawatankuasa peringkat tertinggi yang membincangkan hal ehwal dasar keselamatan KTMB dan Pekerja kini telah dicabuli oleh Presiden KTMB dengan meletakkan acuan sendiri dan membelakangkan Perjanjian Bersama.

Disini tempat RUM bangkitkan isu Keselamatan, Kesihatan, Pekerjaan dan Kesihatan mengenai banyak perkara termasuk landasan di Pantai Timur yang gagal dibaik pulih sehingga menyebabkan banyak kegelinciran maka akhirnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat mengambil keputusan untuk memberhentikan perkhidmatan diantara Gemas - Gua Musang, kini disambung kembali perkhidmatan bila RUM mengemukakan bantahan, yang telah menyelamatkan pekerja dari ditukar ke merata tempat, dengan memastikan tahap keselamatan dipatuhi secara maksimum.

Kini Jawatankuasa Induk ini telah ternoda dengan meletakkan individu dari "PERSATUAN" yang tidak bertauliah bagi memastikan bahawa semua yang berbangkit boleh "dipengap" tanpa teguran dan ketegasan, maka bermaharajalelalah mereka serta bakal menutup semua kelemahan yang ada.

Maka hari ini hilanglah "INTERGRITI", Pengurus Besar Keselamatan, Kesihatan, Pekerjaan dan Persekitaran kerana tidak mampu mempertahankan hak dan kebenaran Perjanjian Bersama.

Maka tahap Keselamatan dalam KTMB dan Pekerja juga kini diwakili mereka yang hanya mampu untuk "MAIN MASAK-MASAK", berdasarkan keupayaan dan pemahaman mengenai tahap Keselamatan, Kesihatan, Pekerjaan dan Persekitaran serta segala bentuk peraturan berada di paras rendah.

Maka akan dibuli oleh mereka yang akan menutup segala kelemahan yang ada pada mereka yang tidak berpengetahuan.

Inilah kebijaksanaan Presiden KTMB yang merosakkan KTMB dan Pekerja, maka akan hancurlah dasar, akan mewujudkan kepincangan, akhirnya Pekerja KTMB jadi mangsa mereka yang jahil tentang Keselamatan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

24 November 2014

Majlis Menandatangani Memorandum Persetujuan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti mana kenyataan yang dikeluarkan dalam TV 3 pada 21.11.2014 dan dalam taklimat pada 22.11.2014.

Maka pada yang terlibat dalam "pembuangan kerja" bahawa semuanya adalah diwajibkan hadir pada "Majlis Menandatangani Memorandum Persetujuan" pada 26.11.2014 jam 2.30petang.

Semua adalah dikehendaki membaca, memahami persetujuan seterusnya diarahkan menandatangani persetujuan tersebut bagi pemulihan jawatan.

Sekian

Terima kasih

Presiden RUM.

BERTENTANGAN DENGAN PERJANJIAN BERSAMA

Pihak RUM merasa terkilan dengan tindakan Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan yang bermesyuarat pada 12.11.2014 dengan mewujudkan wakil dari "persatuan" yang ada dalam KTMB. 

Pihak kesatuan dalam waktu terdekat akan mengemukakan "Bantahan Rasmi", kerana tindakan ini secara jelas dan nyata bertentangan dengan Perjanjian Bersama.

Perjanjian Bersama telah "jelas dan nyata" bahawa "BADAN PERUNDINGAN TUNGGAL BAGI PIHAK PEKERJA IALAH KESATUAN PEKERJA2 KTMB".

Tindakan ini sememangnya mencabar RUM untuk mengambil tindakan undang-undang.

Kini "PERJANJIAN BERSAMA" telah di bakul sampahkan!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

22 November 2014

BERITA TV 3 JAM 8.00 Malam tadi

BERITA TV 3 JAM 8.00 Malam tadi, rakaman dibuat di Seri Pentas.




21 November 2014

Kenyataan Setiausaha Agung RUM

Berikut adalah kenyataan dari Setiausaha Agung RUM, sdr Jaafar Alias didalam laman Facebook beliau:

Saya mendapat makluman dari seorang Eksukutif TMOD akan adanya Majlis PENGAMPUNAN bg pekerja yg dibuang kerja tempohari pd 26 Nov 2014. Persoalan sy mengapa di sebut majlis pengampunan.APA DOSA kami. Berapa juta harta Ktmb yg telah kami samun dan rompak. Sudah hilang ke akal dan nilai budi orang melayu yg menerajui ktmb skrg. Mungkinlah tidak dapat tanduk telinga di pulas. Diluar sana perhatikanlah siapa yg bnyk onar, pekerja atau pengurusan ktmb. Nilailah sendiri.

suara seorang Presiden Kesatuan

Jangan main api..
Saya Unionist...
Saya Gila...
Saya tak kira siapa...
Saya akan lawan...
Saya sanggup di penjarakan....
Saya hanya mahukan "KEADILAN"
Abdul Razak MD Hassan
Presiden RUM

RUM terima SMS

INI SMS YANG DI TERIMA OLEH RUM
"As-salam & Salam Sejahtera, terima arahan dari En.Azhari TMOD maklumkan ada sesi pengampunan beramai-ramai kpd staf yg dibuang kerja isu piket pada 26/11/2014 jam 2 ptg di ballroom HQ dgn kehadiran Menteri, sila maklum kpd staf tuan yg terlibat sekiranya masih minat utk bekerja supaya hadir
Zailani ESTM"

RUM TIDAK BERNIAT NAK KOMEN

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Surat ITF kepada PM Malaysia



20 November 2014

PERWAKILAN UMNO

Kita edarkan Pamplet....

Kita serang... 
bgtau ini lah manusia talam dua muka... 
depan pijak semut pun tak mati... bicara baik belaka... 
tapi kita jadi mangsa... 
membenamkan kesatuan sekerja agar tiada suara.... 
Perlembagaan Persekutuan tonggak utama... 
kini di baling sahaja. .. 
tong sampah juga tempatnya.....

Kenyataan Rasmi Presiden RUM

Buat baik berpada-pada

Buat baik berpada - pada...
Buat jahat jangan sekali...

Ku anggap permata...
Tapi tetap kaca...

Ku anggap boleh diyakini...
Tapi hampeh belaka...

Manusia depan baik...
Belakang Ya Rabbi...

Kata sahabat...
Nak kenal manusia ini...
Jangan kenal siang...
Kena kenal malam...

Maka akhirnya...
Dia telah membuktikan siapakah gerangan dirinya...
Maka satu hari pasti bala akan menimpa....


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

RUM: Syarat turun gaji tidak adil

Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) Abdul Razak Md Hassan mendakwa lima anggotanya yang diterima bekerja semula oleh majikan terpaksa menerima bayaran gaji lebih rendah.

Abdul Razak mendakwa, ia merupakan syarat dalam perjanjian persefahaman (MOU) yang ditandatangani anggota tersebut dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

“Memorandum yang RUM persetujui adalah yang menguntungkan kedua-dua pihak. Ini tidak kerana mereka yang menandatangani perjanjian itu perlu turun dua mata gaji.

“Jumlah dua mata gaji ini bergantung kepada jawatan yang disandang,” katanya kepada Malaysiakini, dan menambah ia melibatkan jumlah antara RM100 hingga RM200.

Menurut beliau lagi, seharusnya pihak KTMB mengembalikan pekerja terbabit ke jawatan asal tanpa syarat kerana tindakan industri yang dijalankan mereka tidak menyalahi tindakan undang-undang.

“Seharusnya pihak KTMB tidak menurunkan dua mata gaji sekiranya pekerja mengaku bersalah, kita tidak bersalah dan kenapa kita harus diturunkan mata gaji?

“Piket adalah hak kesatuan pekerja sebahagian dari aktiviti kesatuan pekerja, ia tidak melanggar mana-mana undang-undang.

"Dalam Seksyen 4 dan 5 (Akta Kerja 1955), piket adalah aktiviti kesatuan sekerja dan tindakan melarang berpiket ini adalah tindakan yang beniat jahat," katanya lagi.

Katanya lagi, RUM akan meneruskan piket sekiranya pihak pengurusan tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera. [MK]

Bertenang semua...


Semua yang terlibat dengan Pembuangan Kerja dalam kemelut RUM bawa bertenang, pihak RUM akan menilai semua perkara sebelum membuat sebarang ketetapan.

Satu taklimat akan diberikan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB