01 Januari 2015
SELAMAT TAHUN BARU 2015
Khamis, Januari 01, 2015
Tahun 2014 telah berlalu dengan penuh cabaran, Alhamdulillah kita berjaya mengharunginya dengan tabah dan terus bersemangat, kekuatan mental kita menjadikan kita tetap terus mengekalkan semangat perjuangan demi ahli-ahli, pekerja, RUM dan KTMB.
Tahun 2015, pengharapan kita sangat tinggi, kemelut RUM yang berlarutan, mudah-mudahan dapat diselesaikan sepenuhnya, kita perlu melihat ke hadapan bagi memastikan hak kita selaku pekerja, RUM terus terpelihara dan KTMB terus dipulihkan, walaupun kita menyedari bahawa "BAH BESAR" akan melibatkan kerugian besar dari segi pembaikpulihan landasan dan pemberhentian perkhidmatan malah risiko besar kepada pekerja di sektor di Pantai Timur.
Kita mengharapkan bantuan segera dari Kerajaan untuk membantu KTMB melalui peruntukan segera demi memastikan perkhidmatan tren Pantai Timur boleh beroperasi seperti biasa demi memastikan kesinambungan tugas pekerja KTMB seterusnya memberi perkhidmatan sosial untuk Rakyat di Pantai Timur.
Tahun ini, proses pembikinan "Draf Perjanjian Bersama" akan dilakukan untuk maksud penyerahan "Draf Perjanjian Bersama" seperti yang termaktub pada Perjanjian Bersama penyerahan "Draf Perjanjian Bersama" ialah 1 Oktober 2015, maka itu ahli-ahli adalah diharapkan dapat menyumbangkan idea untuk penambahbaikan Perjanjian Bersama yang ke 8 dengan cetusan - cetusan idea baru.
Dalam awalan selepas Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan yang ke 12, maka tahun ini beberapa siri perancangan kesatuan ialah melaksanakan kursus berbentuk pendidikan kesatuan sekerja iaitu kursus untuk semua Pengerusi/Setiausaha Cawangan, Majlis Exco dan Ahli Jawatankuasa Cawangan bagi menambah pengetahuan dalam bidang Kesatuan Sekerja, perancangan sedang dibuat bagi memastikan pengetahuan pemimpin RUM di peringkat cawangan dalam mengukuhkan pengetahuan berbentuk pendidikan undang-undang, keselamatan, peningkatan semangat juang, kesedaran, keperluan dan kehendak berdasarkan perubahan persekitaran.
Dalam masa yang sama kita juga berkeyakinan bahawa kita berkemungkinan menerima peneraju baru bagi mengurus tadbir KTMB, kita mengharapkan pengurusan baru nanti mampu menjalinkan hubungan keharmonian perusahaan seterusnya mampu menjanakan cetusan idea baru bagi tujuan memulihkan KTMB.
Matlamat perjuangan kita untuk meningkatkan "GAJI MENGIKUT PASARAN" adalah matlamat utama dalam perjuangan bagi memastikan taraf kehidupan pekerja-pekerja KTMB dapat mengharungi kehidupan yang semakin mencabar.
RUM sebagai Suara Pekerja Bukan Eksekutif akan terus memainkan peranannya secara pro aktif dalam memastikan nasib pekerja bukan eksekutif terus terbela, malah akan terus berjuang mempertahankan KTMB dari mana-mana pihak yang berhasrat untuk merosakkan KTMB.
Harapan RUM kepada Kerajaan khususnya YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA akan terus membantu KTMB dalam meningkatkan keupayaan KTMB sebagai sebuah badan pengangkutan awam yang terus bersaing dan berdaya maju dengan membantu menyuntik kewangan bagi memastikan jentera seperti Lokomotif, EMU, Koc, Wagon PGC dan Landasan dapat dibaikpulih serta pembelian aset - aset baru dengan tujuan KTMB mampu memberi perkhidmatan yang baik kepada pengguna.
Kita juga mengharapkan bahawa landasan - landasan baru bagi menggantikan landasan lama di Pantai Timur dapat disegerakan.
RUM akan terus bersama memberi sokongan kepada Kerajaan Memerintah khususnya YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia dalam memastikan KTMB menjadi pengangkutan awam yang terbaik.
RUM akan memberi sokongan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan sesiapa Presiden Baru KTMB serta akan menjalinkan hubungan yang baik berlandaskan prinsip Keharmonian Perusahaan serta akan kekal sebagai "watch dog" bagi memastikan tiada kelemahan perancangan, pembaziran, penyalahgunaan kuasa atau sebarang bentuk penyelewengan demi memastikan KTMB sebagai sebuah syarikat yang bersih dan berintegriti.
Semoga Tahun Baru 2015 ini akan memberi satu cahaya perubahan dan pemulihan landskap yang berstatuskan pembaharuan.
RUM akan terus berusaha dan berusaha memastikan hak yang ada terus terpelihara selanjutnya meningkatkan faedah yang lebih baik kepada golongan pekerja eksekutif.
In Syaa Allah tahun 2015 akan menjadikan kita kaum pekerja terus kuat, kukuh dalam meniti arus perjuangan.
Semoga dan harapan RUM terus kekal sebagai sebuah Kesatuan Sekerja Elit di Negara ini.
Semoga Allah Swt merahmati perjuangan kita....
THIS IS RAILWAYMEN UNION OF MALAYA
SELAMAT TAHUN BARU 2015
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
31 Disember 2014
SELAMAT TINGGAL 2014 (2)
Rabu, Disember 31, 2014
Secara umumnya 2014 meninggalkan seribu kenangan manis, pahit, getir, duka, kecewa, sedih, sebuah perasaan yang mempunyai pelbagai rasa.
Ianya menjadi kenangan yang tidak dilupakan, titik perjuangan yang penuh cabaran, yang menjadikan kita lebih matang, penuh dengan pembelajaran.
Hikmahnya kita dapat mengenali siapa rakan siapa sahabat, siapa takut siapa berani, siapa ikhlas siapa pura-pura, siapa yang hanya memikirkan diri sendiri, siapa yang benar-benar mahu terbakar, Alhamdulillah inilah hikmahnya.
Apa pun itu bukanlah matlamat, matlamatnya sebuah perjuangan tiada perhentian, dari sebuah harapan dengan sebuah kesanggupan, dari sebuah tanggungjawab dengan amanah yang diberikan.
Perjuangan Kesatuan Sekerja yang sungguh bermakna. Berdiri Kesatuan Sekerja untuk ahli-ahlinya dan pekerja keseluruhannya.
THIS IS RAILWAYMEN UNION OF MALAYA
Terima kasih 2014, suatu kenangan indah yang pasti tidak dilupakan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
30 Disember 2014
SELAMAT TINGGAL 2014 (1) SEJARAH
Selasa, Disember 30, 2014
Piket ini akan menjadi kenangan indah, satu tindakan yang dibenarkan oleh undang-undang.
Kita bertindak demi memastikan tahap keselamatan pekerja dan penumpang terjamin, berikutan kegagalan Dato Elias Kadir sebagai Presiden KTMB.
Piket telah dilaksanakan dengan jayanya, satu landasan dalam perjuangan, perjuangan untuk memastikan KTMB dipulihkan, makanya faedah selepas dipulihkan akan mampu memberi pulangan yang baik kepada pekerja.
Inilah perjuangan, perjuangan yang akhirnya diambil tindakan buang kerja secara besar-besaran yang dinamakan "GRAND SACKING" iaitu percubaan melumpuhkan RUM melalui "UNION BUSTING".
Kenangan ini tidak akan terpadam malah menjadi satu "SEJARAH" lagi selepas MOGOK 1962 buat RAILWAYMEN UNION OF MALAYA.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
29 Disember 2014
SELAMAT TINGGAL 2014 ISTIQAMAH
Isnin, Disember 29, 2014
Negara
MH 370, MH 17, Banjir Besar, yang terbaru kehilangan Kapal Terbang Air Asia.
RUM
Kes kegagalan Presiden KTMB, pembuangan kerja tanpa notis, Banjir Besar melanda Kuarters KTMB, Landasan KTMB tenggelam serta menenggelamkan Lokomotif dan Koc.
Hebat cabaran 2014, hanya dengan kekuatan dan ketabahan sahaja mampu mengatasi keadaan ini.
Semua yang berlaku atas kehendak NYA, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya, Qada dan Qadar tidak boleh kita elakkan... Istiqamah setiap yang berlaku agar menjadi pengajaran buat kita.
Mudah-mudahan ini satu pengajaran, untuk kita melihat masa depan, memperbetulkan segala kekurangan, memperbaiki dan menambahbaikkan segala kelemahan.
Yang baik datang dari Allah Swt, yang buruk datang dari kita.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
TABUNG KEBAIKAN (BANJIR)
Isnin, Disember 29, 2014
Alhamdulillah, idea RUM mencetuskan TABUNG KEBAIKAN melalui Perjanjian Bersama (CA) pada CA ke 4 dengan setiap individu pekerja menyumbang RM 1.00 , Majikan RM 1.00 dan di naikkan RM 1.00 Majikan RM 1 pada CA ke 7 menjadikan sumbangan setiap individu Pekerja menyumbangkan RM 2.00 manakala majikan menyumbangkan sebanyak RM 2 bagi setiap pekerja.
Hari ini sumbangan setiap pekerja dan majikan dapat di manfaatkan kepada semua sahabat-sahabat kita yang ditimpa bencana.
Maksudnya setiap individu pekerja dan majikan secara tidak langsung membantu setiap pekerja yang ditimpa bencana.
Pekerja dan Majikan saling membantu mengurangkan bebanan ketika bencana alam, kita sentiasa saling bantu membantu di samping RUM mencetuskan idea "sediakan payung sebelum hujan". Inilah sifat kasih sayang antara pekerja sama pekerja termasuk majikan.
Harapan RUM semoga dapat meringankan beban yang ditanggung oleh sahabat-sahabat (pekerja) kita yang dilanda musibah.
RUM berharap pihak yang dipertanggungjawabkan hendaklah memastikan setiap individu pekerja menikmati sumbangan dari Tabung Kebajikan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
27 Disember 2014
Keretapi pun tenggelam...
Sabtu, Disember 27, 2014
Semalam saya maklumkan kpd rakyat dan pengguna melalui saluran tv..tentang masalah banjir dan keretapi di pantai timur yg tergendala. Pagi ini saya rasa amat pilu kerana dimaklumkan ramai anak kecil yg meninggal. Banjir ini bukan banjir biasa.
Tiap tahun jalan keretapi tak tenggelam tapi kali ini bukan saja jalan keretapi malah keretapi pun tenggelam sampai bumbung.
Saya berdoa 117 pekerja ktmb dan lebih 700 ahli keluarga mereka yg terlibat akan selamat tanpa kehilangan nyawa. Ini adalah ujian Illahi dan harap mereka bersabar tempuh dugaan. [Dato Ir Nawawi Ahmad]
25 Disember 2014
Rumah staff KTMB keseluruhannya terlibat banjir.
Khamis, Disember 25, 2014
RUM baru dapat Info 100% kuarters KTMB di Kuala Krai terlibat dengan banjir, mohon Pengurusan KTMB dan Wilayah menghulurkan bantuan kepada semua pekerja yang terlibat.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Warga KTMB terbaik
Khamis, Disember 25, 2014
![]() |
| Banjir di Kelantan - Gambar Malaysiakini |
Alhamdulillah...
Hebat sahabat, dapat mencari dan membantu mangsa banjir menghulurkan bantuan dengan mendapatkan 2 buah helikopter swasta, mencari sumbangan dan menghulurkan bantuan keperluan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Pertolongan apa cara pun... adalah usaha yang terbaik...
Itu dia "Warga KTMB", warga KTMB masih ramai yang terbaik.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Banjir Besar
Khamis, Disember 25, 2014
![]() |
| Gambar Hiasan |
Assalamualaikum n Salam Sejahtera
Semoga sihat dan ceria selalu..
Semoga yang terlibat dalam "BAH BESAR" ini tabah menghadapi setiap cubaan, kepada Allah Swt juga kita kembali.
Di bawah ini RUM paparkan mesej yang diterima dalam inbox dari "Warga KTMB", difikirkan menarik untuk dipaparkan, terima kasih kepada penulis.
"As'salamualaikum. Moga sihat.Hari ini terlintas di dada....Adjust punya adjust atas paper bagi cantik utk persembahan yg di bawa oleh seorang hero keperingkat kayangan. Bercerita dlm dua makna.....dgn satu maksud. Iaitu kejayaan dlm mengurangkan kerugian.Siapa tu yg berjaya lakukan?Maka tak kan tak boleh di lanjutkan tempoh.Sesungguhnya perancangan manusia tidak boleh mengatasi perancangan Allah. Maka di datangkan ujian hanya dua hari satu mlm je....premis serta matabenda di tenggelamkan dgn nilaian jutaan ringgit. Doa mereka yg teranaiya tiada hijab dan Allah dtgkan dlm pelbagai bentuk. Wallahualam."
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
24 Disember 2014
PENGURUS BESAR POLIS BANTUAN KTMB
Rabu, Disember 24, 2014
Ketika pemimpin RUM dibuang kerja, kami dilayan ibarat penjenayah, dalilnya pegawai RUM yang ingin menghantar surat dihalang masuk ke Ibu Pejabat KTMB.
Bila RUM protes, maka diiringi pula pegawai2 RUM sekurang-kurangnya 2 Polis Bantuan, malah ada yang bertindak kasar termasuk seorang inspektor yang baru dilantik.
Kononnya mereka menjalankan tugas dan sangat bagus.
Kes yang berlaku di Stesen Batang Benar dan Senawang apa jadi? Pengurus Besar Polis Bantuan duk wat apa, biarkan di perkarangan stesen berlaku kecurian, benarkan penjenayah mengambil kesempatan kepada penumpang atau pengguna stesen.
Mana aspek keselamatan? Kalau nak tunjuk bagus, pastikan tiada kecurian, pastikan tahap keselamatan penumpang dan pengguna terjamin.
Inikah Pengurus Besar Keselamatan baru dilantik yang dikatakan bagus?
Pemimpin RUM dianggap penjenayah, manakala penjenayah yang sebenar dibiarkan berleluasa.
RUM melihat macam failed je!!!!
*Ingatan!
Pihak kesatuan tidak akan bertanggungjawab dengan komen-komen yang bertentangan, komen yang bertentangan adalah menjadi tanggungjawab sendiri.
"ADMIN"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Keselamatan ??
Rabu, Disember 24, 2014
Lagi Kes Di Stesen Keretapi Senawang pula....
Pengurus Besar Keselamatan duk wat apa?
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Tolong ambi perhatian
Rabu, Disember 24, 2014
Pihak Pengurusan KTMB khususnya Pengurus Besar Keselamatan, tolong beri perhatian.
![]() |
| Laporan Polis Oleh Pengadu. |
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Rungutan pengadu yang dipaparkan didalam FB:
"Assalamualaikum dan hi semua. Ketika saya menaip kisah ini, tangan masih menggigil, fikiran masih terbayang-bayang apa yang terjadi malam itu. Saya ingin berkongsi pengalaman tragik, kisah balik kerja yang selalunya gembira bertukar menjadi pengalaman ngeri yang pasti tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.
Pada malam Jumaat 18/12/2014 sekitar jam 9.45pm, saya telah dirompak, dicederakan, dan hampir dirogol di dalam kereta sendiri di kawasan parking stesen KTM Batang Benar, Nilai. Ye ini kisah benar, di laluan seharian saya pergi balik kerja, siapa sangka ada mata yang memerhati. Siapa yang biasa naik komuter di stesen KTM Batang Benar akan tahu betapa sunyinya kawasan tersebut especially pada waktu malam, dan kalau dapat parking dekat belakang memang akan tahu betapa jauhnya kawasan parking tu macam dekat hujung dunia. Even setiap pagi datang seawal pukul 7 lebih macam tu, parking bahagian depan memang dah sentiasa penuh jadinya setiap hari memang akan dapat parking yang nun jauh ke belakang. Kalau balik malam, memang tawakkal lah masa jalan nak pergi parking.
Malam tu, balik kerja macam biasa. Sampai stesen, jalan macam biasa jugak sambil bawak beg laptop dan handbag pergi parking. Tak sangka rupanya ada yang dah aim. Dipendekkan cerita, saya masuk je kereta, start enjin, tiba-tiba sebuah kereta kancil putih WGR7586 park dekat sebelah. Keluar seorang lelaki india, berhelmet, pakai glove pecahkan cermin kereta bahagian driver dengan hammer. Kejadian berlaku sangat pantas, saya melawan tetapi dia berjaya merampas beg laptop saya dan juga handbag yang mengandungi beg duit dan dokumen pengenalan diri. Saya membunyikan hon tetapi ditumbuk kerana melawan. Bila barang dah kena amek, i thought it was over but i was wrong saya baru sedar yang kunci kereta saya ada dengan dia. Saya merayu agar dipulangkan kunci kereta tapi dia ugut suruh saya duduk ke seat sebelah kalau saya nak selamat, saya refused tetapi saya ditumbuk lagi dan dia masuk dalam kereta dan menarik tudung saya dengan kasar. Allahu allah. Di seat yang sama dia drive kereta saya ke hujung kawasan parking dengan niat ingin merogol. Saya menjerit masih cuba untuk melawan tetapi saya dicekik, ditumbuk, dan ditekup hidung agar susah untuk bernafas. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa masa tu, saya sangat takut kerana saya sudah tiada kekuatan lagi untuk melawan. Ya Allah tolonglah hambamu ini, saya berdoa dan bertawakal. In within few seconds, tiba-tiba orang jahat tu melarikan diri. Alhamdulillah, Allah selamatkan diri saya dari dirogol dengan menghadirkan train yang kebetulan sampai di stesen pada waktu itu. Alhamdulillah syukur diri ini selamat.
Dan alhamdulillah handphone saya masih berada dengan saya pada waktu itu. Saya call ayah dan juga pihak Polis. Okay guys as a reminder tolong simpan nombor polis area rumah anda. Silap saya tak simpan nombor polis dan hanya dial 999 jadinya agak lambat proses untuk mendapat bantuan tu. Yes my bad. Mujur ayah saya sampai dahulu di tempat kejadian. Beberapa minit kemudian polis pun sampai dan saya diarah untuk pergi membuat laporan di Balai Polis Nilai. Alhamdulillah laporan pertama selesai dibuat cuma apa yang saya kesalkan apabila saya diminta untuk berjumpa dengan seorang inspektor wanita untuk laporan kedua, insp itu menyuruh saya tunggu kejap kerana dia cakap ada kerja yang dia kena buat whereby she needs to submit it before 12.00 am. Masa tu dah pukul 11 lebih. Saya faham pihak polis sangat sibuk, banyak laporan diterima setiap hari tetapi dalam hati saya terdetik tak penting ke kes saya ni. Tidak mengapa saya menunggu dan setelah kerjanya selesai saya diminta bercerita kembali mengenai kejadian yang berlaku tadi. Okay selepas itu, saya diarah untuk ke crime scene. Di sana, macam biasa gambar kereta diambil dan alhamdulillah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga apabila ada beberapa evidence yang ditinggalkan orang jahat tu. Cuma soalan saya kenapa polis tidak memakai glove semasa mengambil evidence, kenapa tidak diletakkan di dalam plastik yela macam yang kita selalu tengok dalam tv kan. Saya hanya mendiamkan diri, mungkin mereka lebih arif akan hal ini. Setelah polis pergi, saya terjumpa lagi 2 evidence iaitu cebisan glove (bahagian jari) yang dipakai orang jahat tu dan pisau. Saya pergi semula ke balai polis tadi. Cuma agak kecewa bila polis cakap, “Laa pakai glove ke?” And I was like saya rasa saya dah beritahu semasa diambil keterangan dan walaupun dia pakai glove manalah tahu sebelum dia pakai dia ada pegang evidence tersebut kan? Dan cebisan glove yang saya jumpa tu adalah cebisan bahagian jari jadi mungkin ada possibilty boleh kesan cap jari. Ke anggapan saya ni salah? Selain itu, saya ingat stereng kereta saya akan diperiksa kesan cap jari, tetapi tidak. Hmm saya kurang arif mengenai hal ini, maafkan saya kalau teori saya ni salah dan bukan niat saya ingin mempersoalkan kerja polis, saya cuma tertanya-tanya kenapa. Mungkin mereka lebih mengetahuinya.
Dear Malaysians, walaupun laporan polis telah dibuat tetapi saya berharap agar anda dapat membantu saya mencari WGR7586, PERODUA KANCIL PUTIH. Polis mengatakan bahawa kereta tu kereta curi, walaupun kereta curi tapi sekurang-kurangnya kalau jumpa kereta itu balik at least tuan punya kereta yang sebenar dapat balik kereta dia yang hilang tu. Sekali lagi, tolong laporkan kepada mana-mana balai polis berhampiran jika ternampak kereta PERDOUA KANCIL PUTIH WGR7586. Suspek merupakan seorang lelaki india, kurus, ketinggian sederhana. Tolong bantu saya membantu pihak polis menyelesaikan kes ini.
One more thing, kepada pihak pengurusan KTM Batang Benar, sampai bila nak biarkan kawasan parking tu macam tu? Saya diberitahu kes ini bukan yang pertama. Untuk makluman, emak saya telah datang ke kaunter KTM kerana saya memberitahu di situ ada CCTV so maybe we could figure out something. Jadi emak saya menceritakan kembali apa yang terjadi malam tersebut kepada petugas kaunter. Yang menariknya bila nak suruh replay balik, mula-mula remote rosak lah, lepas tu bila dah betulkan remote still tak boleh nak replay balik. Sampai ke sudah tak boleh nak buat apa. Yes the CCTVs are functioning tapi "live" macam tu jela tak boleh nak search history. So semua CCTV yang ada tu are for display only ke? Apa guna ada CCTV kalau macam kan. Saya menaiki komuter dari Batang Benar ke KL Sentral hampir setiap hari dan ramai juga yang menggunakan kemudahan servis komuter ini. Jadi saya sangat berharap agar ada tindakan yang diambil dan kejadian seumpama ini dapat dielakkan. Ye, petugas kaunter cakap akan buat report, tetapi jangan sekadar report je please take some action tolong jangan lepas tangan. Dulu ada RELA yang jaga kejap dalam sebulan dua kalau tak silap saya, tetapi dah lari kerana katanya pihak pengurusan tak membayar gaji mereka. Jadi adakah kerana sikap pentingkan diri sesetengah pihak, keselamatan pengguna dibiarkan begitu sahaja? Macam tu? Adakah saya kena report dekat program 999, panggil Hazlin Hussain datang baru semua nak turun padang?
Mungkin pada pandangan sesetengah pihak kes saya ni kecil, tetapi saya memohon agar penjenayah tersebut dapat ditangkap segera. Dan saya juga berharap agar aspek keselamatan di kawasan KTM Batang Benar, Nilai dapat dipertingkatkan. Apa yang terjadi pada saya sangat mengerikan, saya berharap semua di luar sana terutama kaum wanita agar lebih berhati-hati. Silap saya kerana sudah biasa balik kerja malam dan tak rasa takut sebelum ni, tetapi kesilapan itulah yang mencederakan diri saya. Syukur ke hadrat illahi, saya masih diberi peluang untuk terus menjalani kehidupan di bumi Allah ini, masih bersama insan tersayang yang banyak memberikan sokongan moral. Walaupun masih trauma, tetapi saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ingat tau, keselamatan diri dan nyawa kita sangat berharga! Sayangi diri, ingatlah orang tersayang.
Semoga kita sentiasa dibawah lindungan Allah.
Wassalam."
23 Disember 2014
TOKOH
Selasa, Disember 23, 2014
Kehadiran Ybhg Dato Seri Raja Nong Chik ke Mesyuarat Majlis Eksekutif RUM jam 1 tengah hari sebentar tadi.
Sessi memperkenalkan Tokoh yang membantu pemulihan kerja dalam menghadapi kemelut RUM.
Penghargaan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada Dato Seri yang sudi hadir dan membantu RUM dalam pemulihan kerja seramai 96 orang.
Semoga Allah Swt membalas segala kebaikan dan pertolongan kepada Ybhg Dato Seri Raja Nong Chik
Sessi memperkenalkan Tokoh yang membantu pemulihan kerja dalam menghadapi kemelut RUM.
Penghargaan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada Dato Seri yang sudi hadir dan membantu RUM dalam pemulihan kerja seramai 96 orang.
Semoga Allah Swt membalas segala kebaikan dan pertolongan kepada Ybhg Dato Seri Raja Nong Chik
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Banjir di Merapoh
Selasa, Disember 23, 2014
Banjir melanda menenggelamkan landasan keretapi di Merapoh, Pahang.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
22 Disember 2014
CONTOH ISU...
Isnin, Disember 22, 2014
Isu yang dibawa ini sangat lemah sehingga boleh melibatkan natijah kepada pekerja...
Difahamkan telah dibangkitkan dalam Mesyuarat SHE INDUK.
Benar isu ini boleh menimbulkan implikasi kepada pekerja kerana tahap kebisingan, namun demikian dari aspek keselamatan, pihak pengurusan telah pun menyediakan "ear plug" maksudnya ialah untuk mengurangkan atau menstabilkan kebisingan yang berlaku.
Adalah menjadi tanggungjawab pekerja memakai "ear plug" bagi memastikan risiko keselamatan telah pun diambil.
Tindakan membangkitkan isu sebegini akan mendatangkan implikasi kepada pekerja sendiri, iaitu sekiranya mana-mana pekerja yang tidak mengunakan "ear plug" dari aspek keselamatan boleh diambil tindakan tatatertib.
Justeru itu bila nak membangkitkan isu, pastikan natijahnya tidak dikembalikan kepada pekerja.
Jangan syok sendiri membangkitkan isu yang boleh menimbulkan natijah kepada pekerja sebaliknya bangkitkanlah isu sekiranya tidak dibekalkan, maka ianya hendaklah dibekalkan bukannya merungut tahap kebisingan sedangkan ruang mengurangkan kebisingan boleh diatasi.
Setiap isu ada pro & kontra, pastikan isu tidak terpalit kepada pekerja, justeru itu RUM membangkitkan sebarang isu yang natijahnya tidak mendatangkan implikasi kepada pekerja.
Belajarlah dulu... jangan terus terpa... isu keanak-anakan di bawa ke Induk! Inilah masalah bila bukan kesatuan sekerja cuba menjadi Kesatuan Sekerja!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
YES BOSS Part 3 KASIH SAYANG
Isnin, Disember 22, 2014
Alangkah manisnya... pendekatan kasih sayang digunakan dalam mengerakkan organisasi, mendengar keluhan pekerja bawahan yang telah lama merasa kehilangan faedah selepas diswastakan.
Mengeratkan silaturahim rahim diantara sesama insan, kerana kita apa pun jawatan tak kira jawatan dia tinggi melangit, dia tetap seorang pekerja yang menerima upah (gaji)
Kasih sayang akan mampu melonjakkan kebaikan kepada organisasi khususnya KTMB yang kita sayangi.
Tapi masih adakah kasih sayang lagi? andai bicara menutup telinga, mahu mendengar tapi memekakkan telinga.
Maka kehidupan kasih sayang telah pudar atau sememangnya telah hilang, apakah peredaran waktu menjadi kasih sayang di telan zaman, yang ada telah kembali ke zaman "HAMBA ABDI" iaitu "YES BOSS".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
21 Disember 2014
YES BOSS Part 2 TEGURAN MEMBINA
Ahad, Disember 21, 2014
RUM telah pun memainkan peranan dalam usaha mewujudkan "rakan kongsi" yang baik dengan melaksanakan "teguran membina", malah sentiasa berpegang kepada prinsip "keharmonian perusahaan". Pegangan ini untuk memastikan tiada sebarang pertikaian wujud demi memastikan matlamat membawa KTMB ke arah pemulihan seterusnya menjanakan pendapatan yang baik bagi memastikan hasil pendapatan yang baik dapat dipulangkan kepada pekerja dengan meningkatkan taraf hidup melalui gaji mengikut pasaran.
Peranan ini juga telah dicetuskan melalui teguran membina dan cadangan business plan iaitu "MULTIPLE OPERATOR".
Pendekatan telah dilakukan melalui "pintu belakang" dengan hasrat tidak mahu nama, berbicara empat (4) mata, agar idea - idea diwujudkan dapat disalurkan kepada yang berkuasa.
Dukacitanya setahun berlalu, jalan melalui "pintu belakang" gagal maka 27 pucuk surat dikeluarkan demi memastikan hasrat sebagai "rakan kongsi" berjalan dengan baik, bila niat murni ini tidak dilayan, maka secara prinsip pintu belakang telah pun dilaksanakan, persuratan juga telah dilaksanakan, tapi tidak dilayan, apatah lagi dengan cara permesyuaratan dijawab hanya sekadar melepaskan batuk ditangga, maka pintu desakan telah terbuka dengan luas, pertikaian terwujud berdasarkan tempoh kurang lebih dua (2) tahun, maka selepas itu terjadilah "PIKET 9 MEI 2014", semuanya berdasarkan satu tempoh yang munasabah, adalah tidak wajar tindakan tatatertib diambil sehingga pembuangan kerja dilakukan, malah disedari bahawa tindakan sedemikian hanya untuk menutup malu, lebih dari itu untuk menutup mulut RUM dengan hasrat meletakkan RUM di bawah pengaruh majikan, dalilnya surat persetujuan pemulihan kerja kepada 97 orang telah jelas dan nyata meletakkan ahli-ahli RUM dan Organisasi RUM diletakan di bawah pengaruh majikan, bukti dokumen secara bertulis sebagai satu fakta mengukuhkan hujah di bawah aduan Seksyen 4 dan 5 (Akta 177)
Desakan demi desakan dari akar umbi mengenai gaji mengikut pasaran tidak boleh dibendung lagi, bertahun - tahun telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Exco mahupun dalam Persidangan Perwakilan, maka itu tindakan yang diambil adalah berdasarkan kehendak akar umbi melalui plan strategi yang kemas, memulihkan KTMB, maka pihak pengurusan tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak mempertimbangkan gaji di bawah pasaran, malah melalui satu tempoh RUM juga tidak boleh dipersalahkan.
Namun titik tolak ini berakhir dengan percubaan menutup mulut kesatuan iaitu dengan "pembuangan kerja tanpa notis", hasrat murni untuk "SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA" dalam satu perjuangan telah diambil tindakan kejam dan sangat zalim.
Makanya wujudlah identiti bagi Presiden KTMB iaitu :-
"NOBODY CAN SAY ANYTHING"
"I'M THE BOSS"
Maka prinsipnya zaman Datuk Elias Kadir Presiden KTMB ialah :-
"YES BOSS", "OK BOSS"
Says something..
"I sacked u"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
*Ingatan!
Pihak kesatuan tidak akan bertanggungjawab dengan komen-komen yang bertentangan, komen yang bertentangan adalah menjadi tanggungjawab sendiri.
"ADMIN"
"YES BOSS" PART 1 RAKAN KONGSI
Ahad, Disember 21, 2014
Sebagai Kesatuan Sekerja peranan rakan kongsi adalah menjadi satu harapan, mengeratkan hubungan menjalinkan keharmonian perusahaan, matlamat ini sebagai pemangkin untuk memajukan organisasi.
Namun demikian, andai Syarikat merudum, pembaikpulihan tiada, kedudukan keselamatan terpinggir, gaji di bawah pasaran, maka janganlah kita bersuara, biarkan saja apa yang berlaku kerana kita adalah rakan kongsi.
Sedangkan berbual secara lisan lebih kurang setahun, selepas setahun surat rasmi di keluarkan berjumlah 27 pucuk surat, mesyuarat MBP tiada jawapan, mesyuarat OSHEN berdolak dalih yang memakan masa lebih kurang setahun, adakah itu dipanggil rakan kongsi?
Makanya rakan kongsi perlu berdiam diri, tutup mulut, angguk - angguk, buat apa pun.... Senyum... bila mesyuarat... tepuk tangan... Lepas tu kata.... "YES BOSS!", kalau tuntutan kita minta pun tak diberi, arahan bertentangan, maka kita kena kata "YES BOSS!".
Pada ahli-ahli kalau ini dimahukan maka, bila RUM buat tuntutan.... kemudian BOSS tak nak bagi.... jangan "BISING".... sebab rakan kongsi.... so bila kita tak dapat.... Kita kena jawab.... "YES BOSS!"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
*Ingatan!
Pihak kesatuan tidak akan bertanggungjawab dengan komen-komen yang bertentangan, komen yang bertentangan adalah menjadi tanggungjawab sendiri.
"ADMIN"
19 Disember 2014
YES BOSS
Jumaat, Disember 19, 2014
Benar dalam situasi seorang insan yang dinamakan "PEKERJA", maka seorang "PEKERJA" perlu pendekatan "YES BOSS", biarpun "BOSS" membuat salah laku, "YES BOSS" memberi manfaat kepada individu "PEKERJA" dari aspek "KENAIKAN PANGKAT" menikmati "KERJA MUDAH" peluang cerah iaitu "MUDAH HIDUP".
"YES BOSS" secara positifnya sangat baik sekiranya "BOSS" yang mana berkenaan telah menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, berdedikasi, berniat baik, sentiasa mengutamakan "organisasi" dengan jujur dan amanah demi meningkatkan atau melonjakkan "organisasi" ke arah kecemerlangan. Maka kerjasama kedua-dua pihak akan mewujudkan aktiviti yang sihat dan mampu melonjakkan organisasi.
"YES BOSS" juga boleh mewujudkan "sifat negatif", sekiranya "BOSS" yang mana berkenaan tidak bertanggungjawab, tidak amanah, ambil mudah dan tidak mampu membawa "organisasi" ke arah kecemerlangan".
Maka implikasi kepada "YES BOSS" banyak memudaratkan "organisasi" sekiranya dijadikan amalan.
Contoh terbaik ialah sekiranya "YES BOSS" menjadi satu amalan, prosedur pula dikebelakangkan maka akan mewujudkan pekerja bawahan mengambil kesempatan "angkat beg". Pendekatan "YES BOSS", dengan hasrat "kepentingan diri" sebagai "batu loncatan" untuk "kenaikan pangkat" maka akan jadi satu pemilihan "kenaikan pangkat" kepada individu pekerja secara "pilih kasih" tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan, maka akan runtuhlah "organisasi" atau "syarikat" kerana perlantikan melalui kenaikan pangkat ini kepada individu yang tidak berkualiti dan berintegriti.
Kualiti dan integriti adalah sifat saling berhubungkait untuk menjadikan sesuatu organisasi dalam melonjakkan mana-mana organisasi, prosedur serta peraturan yang wujud diperbuat untuk memastikan setiap perkara khususnya pemilihan dilakukan dengan proses yang ketat demi kepentingan organisasi.
Andai ianya tidak dilakukan, maka akan terjadi satu impak yang sangat berat iaitu "kelemahan organisasi".
Kalau diteliti maka contoh yang kerap berlaku ialah dalam KTMB sendiri, maka itu setiap perlakuan yang berlaku tidak mengikuti , prosedur, peraturan, pekeliling dan undang-undang, maka jadilah KTMB satu badan yang lintang-pukang atau cacamarba.
Secara nyatanya:-
BOSS : "I BOSS, I CAN DO WHAT I WANT TO DO"
STAF : "YES BOSS"
Pekerja :- tafsirannya ialah setiap individu samada Eksekutif atau Bukan Eksekutif adalah pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB.
*Ingatan!
Pihak kesatuan tidak akan bertanggungjawab dengan komen-komen yang bertentangan, komen yang bertentangan adalah menjadi tanggungjawab sendiri.
"ADMIN"



























