RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

10 Mac 2015

GAMBAR TERBARU DI STESEN PADANG BESAR

MANA KARGO? Makin berkurangan... Dimanakah yang dikatakan penambahbaikan, maka tren kargo kita makin berkurangan, hanya pendapatan bertambah berdasarkan kenaikan tambang.

Rupanya... MMC nak jalankan operator Kargo...

Wakakakaka....

Inilah otak otak yang ada, yang sangat inovatif melalui PLAN TRANSFORMASI!

RUM cadangkan MOT bagi pihak Kerajaan yang mengendalikan operasi KTMB mengambilalih semula KTMB di bawah penyeliaan MOT sepenuhnya demi memastikan kelemahan yang ada di perbetulkan.

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Terjawab Sudah

Akhirnya... terjawab semua sebab...


Tkasih Dato Ir Nawawi Ahmad

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

UNTUK MENJADI PRESIDEN KTMB SANGAT MUDAH

Cara mengurangkan kos.

1. Tidak Perlu baiki lokomotif
2. Tidak perlu baiki koc
3. Tidak perlu baiki wagon
4. Tidak perlu baiki PGC
5. Tidak perlu baiki landasan
6. Hadkan pembelian alat ganti
7. Tahap keselamatan tidak perlu ditingkatkan.
8. Tidak perlu marketing.
9. Tidak perlu penambahan tonnage
10. Guna apa yang ada

Untuk menambah pendapatan

1. Buang pemimpin kesatuan selaku pekerja
2. Menjual komuter sebagai besi buruk
3. Menjual Saham
4. Menaikkan harga tambang Kargo
5. Menaikkan tambang pengangkutan komuter atau ETS atau Intercity (coming soon)
6. Bergantung kepada Kerajaan melalui Suntikan Kewangan

Jadi dimanakah susahnya jadi Presiden KTMB?

Mudahkan... Lepas tu bagitau umum... boleh break even....

Dapat gaji puluh ribu RINGGIT MALAYSIA.

TERBAIKLAH DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB
SATU KEJAYAAN DALAM TEMPOH 3 TAHUN MENERAJUI KTMB

Telah diakui oleh Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB melalui kenyataan akhbar dalam Business Times.

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

BETUL KE BOHONG

Cuba tenguk bulatan kuning... antara lain mengatakan bahawa kerugian telah berjaya dikurangkan kepada RM 80 juta pada tahun 2014.

RUM nak bertanya adakah kerugian dikurangkan berdasarkan peningkatan pendapatan operasi atau pendapatan lain?

RUM ingin mengatakan pengurangan pendapatan ialah berdasarkan kepada penjualan saham dalam MRCB iaitu lebih kurang RM 115 juta yang dianggap sebagai pendapatan.

Maksudnya pendapatan RM 115 juta bukan berdasarkan pendapatan dari operasi sebalik penjualan saham MRCB iaitu siapa pun jadi Presiden atau Pengerusi KTMB akan berjaya mengurangkan kerugian KTMB.

Cuba kita tenguk berapa jumlah tonnage kargo yang di bawa oleh KTMB , adakah jumlah peningkatan tonnage Kargo berjaya ditingkatkan?

Iya pendapatan Kargo berjaya ditingkatkan melalui penyelarasan tambang Kargo kepada operator maksudnya tambang Kargo dinaikkan sebaliknya jumlah tonnage pengangkutan Kargo sebenarnya berkurangan.

Maksudnya larian kargo tidak dapat dikembangkan melalui pendapatan operasi sebaliknya bergantung kepada kenaikan kadar tambang Kargo.

Jadi dimanakah hasil operasi dengan larian kargo?

Adakah itu satu kejayaan?

Seperti kenyataan RUM sebelum ini, kedudukan Kargo adalah berkurangan kerana kekurangan pembaikpulihan lokomotif serta kekurangan wagon.

Cuma pendapatan bergantung kepada kenaikan harga kargo serta melalui penjualan saham MRCB.
Adakah ini satu kejayaan?

Mungkin RUM akan buat kenyataan balas akhbar bahawa kenyataan ini satu pembohongan bagi menutup kelemahan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB.

Break even.... menarik kenyataan ini, harapan yang sangat besar bagi kami, RUM nak tanya Dato Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, berapa lokomotif KTMB ada? Berapa Lokomotif Overdue? Berapa Lokomotif IRCON? yang tidak menepati syarat keselamatan,? Berapa Lokomotif yang tersadai? Berapa Wagon sakit? Bilakah ianya dibaikpulih? Berapa peningkatan jumlah tonnage? Berapa jumlah lokomotif yang menepati prosedur keselamatan?

RUM bersedia berdepan dengan Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB secara terbuka, sekiranya kenyataan RUM ini salah.

RUM yakin ini adalah satu pembohongan, sekiranya kenyataan ini benar, RUM akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Dato Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

09 Mac 2015

AYUH KITA BANGKIT

Kita bergerak ke depan...
Jangan toleh belakang..
Kita tak boleh ketinggalan...
Maka kita perlu bangkit...
Kita gagal...
Kita rugi..
Maju ke depan...
Terus berjuang...
Demi masa depan kita..
Seorang KULI....
Bangkit... Bangkit.. Bangkit...
Jangan rasa gentar...
Kita....
Railwaymen Union of Malaya

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

08 Mac 2015

CADANGAN CUEPACS UMUR PERSARAAN 60 - 62 TAHUN

RUM pada dasarnya tidak bersetuju dengan cadangan ini sekurang-kurangnya untuk satu tempoh 5 - 10 Tahun akan datang sehingga satu kajian dibuat secara menyeluruh, kita bukan tidak boleh untuk cuba mengikuti negara - negara Asean yang lain yang telah menjangkau umur persaraan 65 Tahun atau faedah yang sedang dipraktikkan oleh negara-negara luar cuma perlu menilai setiap keperluan berdasarkan kehendak dalaman.

Kita baru sahaja diberi peluang oleh kerajaan Malaysia melalui pindaan Akta Kerja iaitu 60 Tahun, justeru itu tuntutan yang dibuat pada masa ini adalah tidak munasabah kerana tidak memberi peluang pada Generasi Muda yang ramai atau lebih bagus bagi menjanakan produktiviti atau mampu mencetuskan idea - idea yang lebih baik kepada Kerajaan mahupun Syarikat Swasta.

Apa yang perlu CUEPACS perjuangkan ialah berusaha meningkatkan tahap kecekapan bagi memastikan Penjawat Awam mempunyai integriti kerja dan mampu meningkatkan nama baik kerajaan yang kini banyak tercemar dari angkara segelintir penjawat awam yang tidak produktif atau lemah (RUM ada fakta dan hujah).

Apa yang perlu diperjuangkan ialah berusaha meningkatkan Kadar Gaji Minima yang lebih baik kepada Penjawat Awam iaitu sekurang-kurangnya RM 1500.00, ini sepatutnya menjadi fokus utama, gaji minima ini akan memberi impak yang baik bukan sahaja pada Generasi Y tapi Generasi lama untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Gaji Minima ini juga sangat penting kerana faedahnya akan memberi pulangan melalui simpanan pekerja ketika bersara iaitu samada melalui simpanan KWSP atau PENCEN, KWSP atau PENCEN yang ditingkatkan melalui peningkatan gaji minima adalah jauh lebih baik dari perjuangan untuk meningkatkan "umur persaraan".

Justeru itu mewujudkan idea dengan cuba mengikuti negara luar tanpa mengambil kira kehendak dalaman perlu di kemudiankan, kerana keseimbangan kehendak pasaran kerja dan masa depan Generasi Muda perlu dititikberatkan, kita sebagai Pemimpin Kesatuan Sekerja tidak boleh mengikut kehendak sesuatu pihak sahaja, sebaliknya kehendak Generasi Muda pewaris kita juga memerlukan kehidupan dan diutamakan, pewaris kita adalah anak-anak kita yang kita tidak tahu lagi kemana masa depan mereka, maka peninggalan kitalah maka mereka mampu menikmati sama macam kita atau lebih baik dari kita.

Maka itu RUM berpendirian bahawa tuntutan CUEPACS adalah tidak munasabah, pendirian RUM ini berdasarkan bekas gabungan CUEPACS yang terkeluar dari gabungan CUEPACS disebabkan di swastakan pada 1.8.1992, setiap cadangan CUEPACS boleh memberi tempias samada kebaikan atau keburukan kepada RUM mahupun Kesatuan Sekerja di negara ini.

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

CUEPACS CADANG UMUR PERSARAAN 62 TAHUN

Tenguk dalam Facebook ramai yang pertikaikan.

RUM cadangkan pihak yang berkenaan pertikaikan semua jawatan yang ada yang telah melangkaui 60 Tahun, kerana ramai lagi di atas sana masih memegang jawatan tertinggi melintasi umur 60 Tahun contohnya Datuk Elias Kadir Presiden KTMB.

Presiden KTMB satu contoh yang telah mengambarkan "NON PERFORMING PRESIDENT"

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

07 Mac 2015

FIKIR

Bila kita nak kenaikan pelarasan gaji...
Kita tanya dengan RUM..
Bila kita nak Bonus..
Kita akan tanya dengan RUM
Bila kita nak elaun baru atau peningkatan elaun..
Kita cari RUM..
Bila kita nak upgrade...
Kita cari RUM..
Bila kita di aniaya..
Kita minta tolong dengan RUM..
Bila Pengurusan nak naikkan sewa kuarters...
Kita cari RUM..
Bila kita di tuduh melakukan kesalahan...
Kita akan cari RUM
Bila kita kena tukar...
Kita cari RUM...
Maknanya serba serbi masalah pekerja kita akan cari RUM, di sini peranan RUM berusaha sedaya upaya membantu ahli-ahlinya...
Tapi...
Bila tak dapat...
Kita nak salahkan SIAPA?
Adakah salahkan RUM?
RUM hanya perantara bagi ahli-ahlinya...
Yang tak bagi tu Pengurusan KTMB..
Kalau RUM apa saja diminta pasti akan RUM bagi....
Tapi kalau Pengurusan KTMB tak bagi.... nak salahkan RUM ke?
Maknanya kita kena marahkan Pengurusan KTMB...
Kenapa kita tak marah?
Takut? Teloq tak dak kot? Yang pandai duk buat fitnah, duk tuduh RUM bukan - bukan. ...
Ini nak habaq mai....
Untuk mendapatkan sesuatu bukan sahaja melalui:-
1. HUBUNGAN
2. FAKTA (Kertas Kerja)
3. RAYUAN
Kalau 1, 2 & 3 di atas di tolak oleh Pengurusan KTMB?
Apa kita nak buat....
1. Tenguk je..
2. Merungut
3. Menyalahkan RUM
4. RUM tak guna... sebab gagal...
Di sinilah peranan ahli-ahli... Kita tak boleh menyalahkan RUM, maka kita kena salahkan Pengurusan KTMB, siapa Pengurusan KTMB, pengurusan KTMB ialah Presiden KTMB, sebab semua keputusan kat Presiden KTMB.
Maka itu... caranya bagaimana?
Caranya ialah dengan "KEKUATAN", mengunakan peruntukan yang ada di dalam Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177)
Maka kekuatan itu ialah "TINDAKAN PERUSAHAAN".
Kalau kita takut untuk mengambil "TINDAKAN PERUSAHAAN", kerana mungkin kita boleh dibuang kerja kerana majikan seperti Datuk Elias Kadir Presiden KTMB yang mengunakan undang-undang rimba, maka.....
KITA REDHA LAH!
BERSYUKUR APA YANG ADA!
JANGAN MERUNGUT!
Kerana apa?
KITA TAKUT!
Kerana apa?
Teluq kita tak dak!
Maka....
Selagi kita TAKUT...
Selagi kita duk nak cari salah orang...
Selagi kita duk layan fitnah...
Selagi kita lemah....
Maka itu PRESIDEN KTMB boleh bermaharajalela. .
Presiden KTMB boleh jadi Diktator ..
Presiden KTMB jadi Zalim dan Rakus...
Yang jadi mangsa adalah kita...
Kerana...
HANG JANGAN LUPA... KITA NI KULI!
BANGKIT....
BANGKIT....
BANGKIT...
JANGAN LENA DI ULIT MIMPI!!!
FIKIR...
INI LAH... KESATUAN SEKERJA
INILAH... RAILWAYMEN UNION OF MALAYA
PRESIDEN RUM
KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA2 KTMB

Staff KTMB meninggal dunia. - Takziah

Al fatihah


Sahabat kita mantan Ahli Jawatankuasa Cawangan Pelabuhan Klang Mohd Alif bin Ab Kadir,
048392, yang sekarang berkhidmat di CTCO KLS telah kembali ke rahmatullah.

Mohd Alif bin Ab Kadir, 048392

Semoga Allah Swt menempatkan dengan orang2 yang beriman.

Takziah dari kami warga RUM kepada keluarga Allahyarham

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

06 Mac 2015

Tanggungjawab Pekerja

Bila kita sebagai pekerja, maka kita ada tanggungjawab, tanggungjawab kita ialah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, jangan sesekali melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Perjanjian Bersama.

Sebagai contoh :-

1. Masuk kerja mestilah tepat
2. Tidak membeli MC Palsu
3. Melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab mengikut job spesifikasi
4. Mendengar arahan penyelia
5. Menjaga Imej KTMB
6. Dll

Semua ini wajib dilakukan, kerana kita di bayar upah, setiap sen upah dikira dan di nilai, maka jalankan tugas dengan dedikasi, sebab niat kita mahukan KTMB dipulihkan.

Cuma kita tidak lakukan untuk Datuk Elias Kadir Presiden KTMB, tapi kita lakukan kerana kita SAYANGKAN KTMB.

Maka sebagai pekerja, janganlah kita lakukan sebarang kesalahan, kerana ini akan menjejaskan kita sebagai individu pekerja.

Andai kita rasa teraniaya, andai kita ingin bersuara, andai kita ingin menuntut yang lebih baik, maka saluran nya ialah melalui Kesatuan Pekerja2 KTMB, kerana Kesatuan Pekerja2 KTMB (RUM) adalah "BADAN TUNGGAL" bagi pihak pekerja selaras dengan peruntukkan Perjanjian Bersama.
Dalam hal sedemikian maka kita sebagai Pemimpin dan Ahli-ahli RUM perlu menjaga, mengawasi, bersama dan menjalankan aktiviti-aktivii kesatuan sekerja.

Kita pakai (dua) 2 baju yang berbeza, di kala sebagai pekerja kita kena akur kehendak Perjanjian Bersama, sebagai ahli-ahli kesatuan sekerja kita kena akur kehendak Peraturan Kesatuan.

Maka itu hak Kesatuan Sekerja selaras dengan peruntukkan undang-undang hendaklah dipatuhi. Maka mereka yang bertanggungjawab dalam bidang ini, perlu memahami intipati peruntukan undang-undang, jangan main "BULLDOZE", kerana kami juga menghormati hak yang terkandung dalam Perjanjian Bersama, kerana kami sangat memahami peruntukkan yang ada kerana kami adalah Perunding bagi Pihak RUM.

Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja.

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

05 Mac 2015

TAKUT

Takut ini ada pelbagai... sebab takut... Kita jadi lemah.... tambah-tambah kalau kita ni laki-lakiiiiiiiiiiii.....

Sebutan ada banyak...
Ada...

1. Laki - Laki...
2. Lelaki...
3. Laki-lakiiiiiiiiiiiiiiiiiii...........
4 Jantan...
5. Pon....

Tang mana kita.... hehe...

Aku takut kerana... bini aku marah...
Aku takut kerana... telur aku dah kecut..
Aku takut kerana... ada hantu...
Aku takut nak berbini 2... so aku beli susu.... tak nak beli lembu....
Aku takut kerana... lupa nak pakai pampers...nanti terkencing dalam seluar....
Aku takut kerana... nanti projek aku kena tarik balik...
Aku takut kerana... nanti tak dapat naik pangkat...
Aku takut kerana... nanti hilang elaun aku hilang...
Takut.... takut... takut... aku dah ketaq lutut!

Bila takut menguasai diri.... kata Mantan Presiden RUM yang juga Mantan Presiden Cuepacs Tuan Haji Mohamad Bin Abas pada aku... dari aspek kepimpinan satu ketika dulu....

"kalau takut.... lebih baik letak jawatan, Pemimpin Kesatuan Sekerja tak tau erti takut".

So aku tak takut....aku lawan ler Datuk Elias Kadir Presiden KTMB... kenapa aku nak takut.... Dia bukan HANTU...

Dia hanya.... "NON PERFORMING PRESIDENT"

Wakakakaka.... (pinjam gelak MK)

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

04 Mac 2015

MARAH

Kita marah...
Marah Gila...
Ada yang kata...
Kalau aku jumpa dia... mahu je aku tumbuk...
Kalau boleh aku nak santau je...
Itulah gambaran orang-orang yang mengatakan pada saya...
Tapi marah cara itu "SALAH"
Itu sudah bersifat "PERSONAL"
Cara itu memudaratkan diri...
Cara itu salah di sisi undang-undang negara malah sangat berdosa...
Kita ada cara "PROFESIONAL", melalui peruntukan undang-undang iaitu menjalankan aktiviti-aktivii kesatuan sekerja. Gunakan pendekatan ini, yang dibenarkan oleh undang-undang.
Bukan cara "PENGECUT", "BALING BATU SEMBUNYI TANGAN", atau kita lari malah kita terkencing - kencing dalam seluar, terkencet-kencet dalam seluar. Kita pun bermuka - muka, kata lisan lain, kata wayang lain.
Sifat "PEMIMPIN" adalah berjuang, menegakkan kebenaran, memastikan tunggak pegangan "PERATURAN KESATUAN" di jaga di awasi dengan sempurna.
Kembalilah kepada PERATURAN KESATUAN.
Kembali kepada motto RUM..
"BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH"
Hayati... LAGU RUM
That's leader responbility!


Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PERKEMBANGAN KTMB

Tadi RUM berjumpa dengan satu consultant, berbual mengenai KTMB, yang menarik kenyataan dia ialah dia suka dengan KTMB dan dia sayangkan KTMB.

Malah awalan perbualan dengan beliau, beliau menceritakan banyak hal, sehingga saya tak perlu menceritakan apa-apa.

Secara tak langsung apa yang diperkatakan oleh RUM adalah benar belaka, tiada sedikit pun yang tak benar.

Kalau orang luar boleh mengetahui dan memahami sampai boleh memperjelaskan kedudukan akaun KTMB, apa lagi pihak - pihak yang berkepentingan dalam KTMB, masih nak mempertahankan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB.

"Owh... aku sokong Datuk Elias Kadir Presiden KTMB kerana dia mahu dengar cakap aku.... oppsss!"

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

03 Mac 2015

Right to strike upheld at ILO

A joint statement from the employers’ and workers’ groups at the meeting affirms that the right to industrial action is recognized by the ILO.
The bilateral ceasefire promotes a package of proposals to end the deadlock that has led to an impasse at the ILO since 2012.
The proposals will now be put to the ILO’s governing body in March for approval.
Employers’ groups have been challenging the right to strike because it is not explicitly expressed in ILO Convention 87, even though for years it has been universally accepted by governments, workers and employers alike.
This has meant that cases of serious labour violations in many countries have been left unaddressed by the ILO as the employers’ group refused to budge on the issue.
The statement follows a global protest day in defence of the right to strike by union federations on 18 February, involving more than 100 actions in over 60 countries, and including IndustriALL Global Union affiliates. The protests were designed to put pressure on both governments and employers at the ILO.
Significantly, the Government Group, which had previously been split on the issue, strongly endorsed the right to strike at the February meeting. In a statement at the discussions it said:
“The Government Group recognizes that the right to strike is linked to freedom of association, which is a fundamental principle and right at work of the ILO. The Government Group specifically recognizes that without protecting a right to strike, Freedom of Association, in particular the right to organize activities for the purpose of promoting and protecting workers’ interests, cannot be fully realized.”
Jyrki Raina, IndustriALL’s general secretary, said:
The recognition by employers of the right to strike is a very positive step forward. Credit must go to our affiliates that have fought hard in defence of this fundamental right. However, the battle is not over. We must remain vigilant and ensure that employers don’t take the right to strike hostage again.

02 Mac 2015

KERUGIAN / SEMANGAT BERJUANG

Presiden R.U.M.
Bila saya di buang kerja, saya kerugian gaji (upah), faedah hospital, semua faedah yang terkandung dalam Perjanjian Bersama dan Faedah Persaraan saya semenjak KTMB di swastakan pada 1.8.1992. (Sekarang ni, kalau gi klinik pun bayar sendiri...)

Saya tak malu, kerana saya di buang kerja disebabkan saya menjalankan aktiviti-aktivii kesatuan sekerja selaras dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan mengikut PERATURAN KESATUAN dan HAK AKTA.

Malah saya berbangga, kerana saya dibuang kerja kerana menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai Pemimpin Kesatuan Sekerja, yang penting saya berusaha melakukan yang terbaik untuk ahli-ahli RUM.

Kerana saya sedar, saya seorang KULI, berjuang untuk kaum pekerja dan saya tak malu sekiranya saya kembali kepada asal saya yang pernah meniaga Pasar Malam untuk mencari sesuap nasi, kerana saya tahu siapa saya.

Alhamdulillah... semangat untuk terus berjuang tidak pernah luntur, malah sentiasa kuat untuk menentang kezaliman dan penindasan.

Presiden RUM

Datuk EK mewujudkan kelemahan dalam KTMB

Lama berdiam diri... sebab nanti semua orang kata RUM nak bergaduh.... macam RUM ni jahat sangat... RUM hanya bertentangan dengan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB tidak dengan lain orang.... kerana Datuk Elias Kadir Presiden KTMB yang mewujudkan kelemahan dalam KTMB serta menjejaskan keselamatan pekerja.

Walaupun RUM diasak untuk mengusik Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, RUM tetap berdiam diri, usik sikit - sikit itu biasa....

Nampak gayanya RUM mungkin kena usik Dato Ir Nawawi Ahmad dan Semua Lembaga Pengarah KTMB, kalau mereka memaksa RUM untuk mengusik.

RUM kalau setakat nak berperang dengan mereka ini, bila-bila masa boleh....

Sebab tadi RUM terdengar desas-desus bahawa Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan Lembaga Pengarah KTMB membuat rekemendasi menyambung kontrak sebagai Presiden KTMB.

Kalau benar.... Apakah mereka buta atau ingin menutup kelemahan yang ada, sehingga boleh merekemendasi Datuk Elias Kadir Presiden KTMB sambung kontrak sedangkan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB adalah seorang "NON PERFORMING PRESIDENT, ZALIM, PENINDAS, PENGUGUT dan berhasrat MEMBUNUH RUM.

RUM dan tag Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, kita tunggu apa komen dia... seorang Ahli Parlimen Malaysia dari UMNO, wakil kepada Kerajaan dan adakah beliau memilih Individu atau Rakyat.

RUM sentiasa bersedia untuk berhujah, sehingga hari ini surat RUM bertarikh 2.1.2015 kepada Dato Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB untuk berdebat atau wacana masih belum dijawab.
Presiden RUM 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PENGESAHAN


Saya berasa yakin pihak pengurusan khususnya Datuk Elias Kadir Presiden KTMB telah pun mendapat pengesahan dari Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja bahawa Abdul Razak Md Hassan adalah Presiden RUM yang sah.

Walaupun kenyataan pengesahan ini telah dikeluarkan dalam Suara RUM ketika pembuangan beramai - ramai tapi keyakinan, kepercayaan serta pemahaman dari Jabatan Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi KTMB sememangnya di ketahui lemah.

Dengan pengesahan ini maka Datuk Elias Kadir Presiden KTMB telah gagal menutup mulut Presiden RUM, maka pengisytiharannya ialah :-

"Datuk Elias Kadir Presiden KTMB telah kalah dengan Presiden RUM"

Jalan yang ada di fikiran Datuk Elias Kadir Presiden KTMB ialah cuba memporak - perandakan RUM dengan usaha mengugut bagi tujuan menakut-nakutkan pegawai-pegawai RUM dengan usaha untuk memecah belahkan RUM atau mungkin untuk mengancurkan RUM.

Alhamdulillah... RUM tetap bersatu dengan semangat perjuangan yang kental tanpa rasa gentar.

Nawaitu kami hanya perjuangan dengan tujuan SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA.



"THIS IS RAILWAYMEN UNION OF MALAYA"

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

01 Mac 2015

PANDANGAN RUM KEPADA YAB MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA.

Pak Jonan iaitu Mantan CEO Keretapi Indonesia yang
berjaya memulihkan Keretapi Indonesia
Bila ceramah yang di utarakan oleh Presiden Kesatuan Pekerja2 Syarikat Keretapi Indonesia, terlintas di fikiran saya, kenapa tidak kita KTMB menimba ilmu dengan Keretapi Indonesia, pada saya ianya tidak salah, mungkin dengan perkongsian ilmu dengan Keretapi Indonesia, maka beberapa perubahan boleh dilakukan, kerana faktor kelemahan Perkeretapian di peringkat antarabangsa lebih kurang adalah sama.

Tambahan pula Menteri Pengangkutan Indonesia ialah Pak Jonan iaitu Mantan CEO Keretapi Indonesia yang berjaya memulihkan Keretapi Indonesia.

Maka Menteri Pengangkutan Malaysia boleh mengetuai satu delegasi berjumpa dengan Menteri Pengangkutan Indonesia untuk mencari sumber input pertukaran maklumat dengan niat membaikpulih KTMB.

Kita menyedari bahawa Datuk Elias Kadir Presiden KTMB telah gagal dan mantan sebelum Datuk Elias Kadir Presiden KTMB juga gagal, kedua-dua mereka ini adalah orang luar dan bukannya dari kalangan warga KTMB, kelemahan mereka terserlah bila KTMB tidak mampu meningkatkan pergerakan operasi, sumber pendapatan tidak mampu di tingkatkan, pemulihan landasan pantai timur, Lokomotif, Koc, Wagon dll tidak dilakukan sebaliknya KTMB di tahap yang lebih teruk, usaha yang ada hanya bergantung kepada Kerajaan, maka situasi ini mengambarkan KTMB tidak mampu berdikari.

Keperluan bergantung kepada Kerajaan memang perlu, ianya perlu ditentukan melalui satu tempoh atau had kewangan yang munasabah atau peruntukan menanggung "subsidi " berdasarkan kepada kos harga yang diberikan kepada pengguna yang di bawah pasaran. Ianya disebabkan penentuan tambang yang dikenakan ditentukan oleh Kerajaan tanpa mengikut kehendak pasaran.

Saya berharap Datuk Elias Kadir Presiden KTMB tidak disambung kontrak lagi yang dijangka berakhir pada 30 April 2015, genap tiga (3) tahun kontrak.

Maka dengan Presiden KTMB yang baru nanti, satu perkongsian ilmu atau maklumat dapat dilakukan dengan Keretapi Indonesia, mencari sumber pengetahuan yang mana mungkin boleh dilaksanakan di KTMB.

RUM sentiasa mengharapkan satu pembaharuan demi memulihkan KTMB sepenuhnya, kita tidak mahu sekadar bercakap dan bercakap tapi hala tuju tanpa implementasi akan menjuruskan KTMB berada di tahap yang sama atau mungkin lebih buruk keadaannya.

Imej Negara perlu dijaga dan di naikkan, kerana pengangkutan awam adalah sebahagian khidmat sosial untuk kepentingan rakyat, malah kebaikan kepada pemulihan ini akan memberi impak yang besar kepada KTMB khususnya kami kaum pekerja yang ketinggalan kadar upah mengikut pasaran.
Keutamaan RUM adalah untuk melihat KTMB berdaya maju mampu berdaya saing dan dalam masa yang sama memberi perkhidmatan kepada Rakyat keseluruhannya.

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

HAK KEBEBASAN BERSUARA "KEKEBALAN KING OF THE JUNGLE"

KING OF THE JUNGLE
Hak kebebasan bersuara berdasarkan peruntukan Seksyen 10, Perlembagaan Persekutuan antara lain yang tidak boleh di sentuh ialah Raja - Raja Melayu.

Dalam bab ini, hak kebebasan suara yang RUM sentuh adalah Presiden KTMB. Presiden KTMB bukanlah seorang RAJA MELAYU yang tidak boleh disentuh, maka itu hak Kebebasan Bersuara melalui "SUARA RUM" yang diluluskan oleh Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali kuasa tertinggi melalui peruntukan PERATURAN KESATUAN adalah suara yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan malah ianya selaras dengan Akta Perhubungan Perusahaan ( Akta 177) sebagai aktiviti-aktivii kesatuan sekerja.

Maka itu RUM nak bagitau pada Datuk Elias Kadir Presiden KTMB bahawa Datuk bukanlah "KEBAL" atau tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan sebagai RAJA - RAJA MELAYU yang boleh mengambil tindakan sebarangan terhadap PEMIMPIN - PEMIMPIN RUM kononnya melalui HAK DATUK sebagai Presiden KTMB terhadap kami sebagai Pekerja, justeru itu faham maksud penulisan sebelum ini di bawah topik "DI MANA HAK KAMI?.

Kesimpulannya DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB tidak mempunyai "KEKEBALAN" sebaliknya pengiktirafan yang layak diberi ialah "KING OF THE JUNGLE" yang mengamalkan "SISTEM DIKTATOR" serta memusnahkan hak kebebasan bersuara, seorang yang bersifat zalim dan penindas kepada PEMIMPIN RUM.

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

28 Februari 2015

KURSUS SIASATAN DALAMAN

In Syaa Allah, selanjutnya RUM akan menganjurkan kursus intensif "SIASATAN DALAMAN" kepada pegawai RUM terpilih. Kursus ini adalah memberi pendedahan selengkapnya bagi membela ahli-ahli yang di tuduh melakukan kesalahan.

Tanggungjawab RUM perlu memastikan bahawa Orang Kene Tuduh (OKT) mendapat pembelaan sewajarnya.

RUM sentiasa melatih dan memastikan pegawai-pegawai RUM mempunyai pengetahuan yang cukup dalam menjalankan aktiviti-aktivii Kesatuan Sekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB