31 Mac 2015
KONSPIRASI
Selasa, Mac 31, 2015
Andai Datuk Elias Kadir Presiden KTMB benar-benar jujur dalam menjalankan tanggungjawab ini, maka aduan kepada pihak polis dan SKMM perlu dilakukan bagi mengesan individu ini yang menggunakan nama samaran.
Tindakan sedemikian amat wajar bagi tujuan memulihkan imej Datuk Elias Kadir Presiden KTMB yang disebut ayat sangat mengerikan.
Kita tidak boleh sama sekali mengambil tindakan terpilih, kerana tindakan terpilih akan membuktikan bahawa kewujudan "KONSPIRASI".
Maka itu adalah diharapkan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB membuat aduan dengan segera dalam tempoh 24 jam, sekiranya gagal pihak RUM akan membuat aduan kepada pihak Polis dan SKMM mengenai penginaan ini serta mencari siapakah penulis yang mengunakan nick name "LABU LABI".
Mohon maklumkan aduan telah dibuat kepada RUM.
Tkasih.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Satu kenyataan
Selasa, Mac 31, 2015
Dari Labu Labi yang berkemungkinan beliau adalah Abdul Hamid Bin Mire mantan Pengerusi RUM Cawangan Gemas yang memaparkan kenyataan yang menghina Datuk Elias Kadir iaitu
"Takkan binatang nak dijadikan abg"
Satu kenyataan yang memaparkan ayat berbentuk "penghinaan, mencerca dan memalukan Ybhg Datuk Elias Kadir Presiden KTMB, secara peribadi dan selaku seorang pekerja di media sosial.
Maka itu RUM mencadangkan individu ini diambil tindakan tatatertib seperti mana yang termaktub dalam Perjanjian Bersama dan boleh diambil tindakan "SAMAN".
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Perjanjian
Selasa, Mac 31, 2015
Berdasarkan rumusan Perjanjian ketika perbincangan di Parlimen peringkat pertama, kedua dan ketiga yang telah dijanjikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia disaksikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan ialah :
1. Semua backdated kepada yang terlibat akan di bayar oleh Kementerian Kewangan.
Maka itu urusan Backdated tetap diuruskan oleh Kesatuan Pekerja2 KTMB seperti mana yang telah dijanjikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
30 Mac 2015
RAILWAYMEN UNION OF MALAYA TETAP HEBAT
Isnin, Mac 30, 2015
Pada awalnya Datuk Presiden KTMB telah memenangi strategi dengan menakutkan pemimpin-pemimpin kesatuan sehingga membuatkan kedudukan kesatuan hampir kucar - kacir sehingga saya selaku Presiden RUM hilang fokus kerana terlalu banyak masalah keliling berlaku dan cuba diselesaikan tapi agak buntu.
Hari ini RUM telah kembali pulih seperti sediakala dan boleh menumpukan fokus kepada matlamat tentang kemelut antara RUM dan Presiden KTMB seterusnya memfokuskan matlamat SELAMATKAN KTMB DAN SELAMATLAH PEKERJA.
Alhamdulillah, syukur pada Allah Swt dalam menangani isu yang berat ini dapat dilakukan dengan baik, penyelesaian telah dihuraikan. Maka strategi Datuk Presiden KTMB adalah "GAGAL", kini RUM melangkah lagi satu arah untuk terus berjuang selaras dengan peruntukkan undang-undang.
Datuk Presiden KTMB, RUM tetap akan terus hebat dan tidak sesekali boleh diletakkan di bawah "PENGARUH MAJIKAN", pemimpin pergi, makin ramai pemimpin yang ganti dan mereka benar-benar "PEMIMPIN TULIN", yang boleh digelar "UNIONIST".
Mantan Presiden RUM "DONALD UREN adalah idola kami, "DONALD UREN" terus meninggalkan "PEJUANG - PEJUANG TULIN" dalam arena "KESATUAN SEKERJA".
Kami akan terus berjuang demi ahli-ahli RUM seterusnya untuk warga KTMB dan yang penting kami akan menjaga kepentingan KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Ruang Keadilan
Isnin, Mac 30, 2015
(PELUANG KEADILAN)
BOLEH DI RUJUK KEPADA :-
1. PENIMBANGTARA
2. JABATAN HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA
3. MAHKAMAH TINGGI.
Ini adalah proses yang patut digunakan bagi mencapai keadilan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
TINDAKAN UNDANG-UNDANG
Isnin, Mac 30, 2015
Pihak Kesatuan tidak akan teragak - agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak atau individu seperti mana yang telah diluluskan oleh Majlis Eksekutif terhadap mana-mana kenyataan yang dikeluarkan dalam mana-mana media yang menganggu - gugat Peraturan Kesatuan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
PESANAN
Isnin, Mac 30, 2015
Saya ingin nasihatkan semua pihak jangan gunakan pendekatan "mengugut individu", kita ada saluran undang-undang, gunakan undang-undang adalah lebih selamat.
Saya baru dihubungi oleh pihak Polis ada pihak tanpa pengetahuan saya telah mengugut mengunakan telefon melalui mesej, tindakan ini adalah salah, tindakan ini secara langsung telah mengaitkan saya walaupun tanpa pengetahuan saya.
Saya mohon pada semua.
Saya bagi pihak semua yang terlibat memohon maaf mengenai perkara ini secara terbuka.
Terima kasih
Presiden RUM
Keputusan
Isnin, Mac 30, 2015
Bila sesuatu keputusan dibuat, mungkin akan menimbulkan kepelbagaian persepsi serta andaian, malah akan mewujudkan kepelbagaian tuduhan.
Itu lumrah.. sebagai pemimpin maka semua itu asam garam dah perlu diterima, ibarat kata "jangan jolok sarang tebuan", "diam ubi tapi berisi", "alang-alang menyeluk pekasam biar, sampai ke pangkal lengan", "kuman sebarang laut nampak, gajah depan mata tak nampak".
Yang penting ialah melihat ke depan, hala tuju dan matlamat, andai kepentingan diri didahulukan, maka hari ini apa yang berlaku tidak mungkin terjadi, tapi semua ini berlaku hanya semata-mata "prinsip" memastikan masa depan ahli-ahli terbela.
Biar kita berlawan berdasarkan "sebelum hujan sediakan payung", jangan "dah terhantuk baru nak tergadah", "dah basah kuyup baru nak cari payung", masa itu semua dah terlambat, masa itu "baru kini kau sedar".
Puas bicara... "Ayuh Bersatu", "ayuh berjuang" tapi "pisau terhunus dibelakang"...
Jangan salahkan sesiapa, tengoklah cermin, "istikhamah", kenapa ini terjadi... "tepuk dada tanya selera"
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
29 Mac 2015
1998 berulang lagi..
Ahad, Mac 29, 2015
Andai itu Perjuangan, maka ianya pasti dipenuhi ranjau dan duri...
Tiada yang mudah. .
Tetap dihadapi dengan tabah...
Bukan niat...
Ianya demi RUM...
Biar pun Pahit...
Ianya langkah yang wajar diambil...
Langkah tidak dimulakan...
Langkah juga tidak disedari...
Tetiba tercucuk duri...
Duri di cabut, untuk diubati...
1998 berulang lagi...
Pengalaman lama telah pun ditempuhi...
Ala bisa, tegal biasa..
Mereka lupa Peraturan berkuasa...
RUM di terpahat di hati...
Andai di usik pasti mati...
RUM di jagai...
Dari dulu dan kini di hormati..
Kan kekal hingga akhir nanti..
RUM berdiri gagah..
Kekal terus berjuang...
Menentang, Kezaliman dan Penindasan...
Menegakkan Hak dan Membela nasib ahli-ahlinya.
RUM IS RAILWAYMEN UNION OF MALAYA
WE NEVER... NEVER N NEVER BE YELLOW UNION.
Tiada yang mudah. .
Tetap dihadapi dengan tabah...
Bukan niat...
Ianya demi RUM...
Biar pun Pahit...
Ianya langkah yang wajar diambil...
Langkah tidak dimulakan...
Langkah juga tidak disedari...
Tetiba tercucuk duri...
Duri di cabut, untuk diubati...
1998 berulang lagi...
Pengalaman lama telah pun ditempuhi...
Ala bisa, tegal biasa..
Mereka lupa Peraturan berkuasa...
RUM di terpahat di hati...
Andai di usik pasti mati...
RUM di jagai...
Dari dulu dan kini di hormati..
Kan kekal hingga akhir nanti..
RUM berdiri gagah..
Kekal terus berjuang...
Menentang, Kezaliman dan Penindasan...
Menegakkan Hak dan Membela nasib ahli-ahlinya.
RUM IS RAILWAYMEN UNION OF MALAYA
WE NEVER... NEVER N NEVER BE YELLOW UNION.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
24 Mac 2015
KASI BERSIH
Selasa, Mac 24, 2015
Bagi tujuan membersihkan nama saya dengan tohmahan dan fitnah maka adalah dicadangkan kepada Datuk Elias Kadir Presiden KTMB, Pengurus Besar Audit dan pihak berkuasa bagi menyemak nama 7 pegawai utama RUM termasuk saya (walaupun telah dibuang kerja) bagi memastikan tiada mana-mana Pegawai Utama RUM yang mempunyai sebarang kepentingan "PROJEK" atau "TENDER" yang mengunakan nama "individu pekerja" atau "isteri pekerja" atau "anak-anak pekerja".
Sekiranya ada, pihak pengurusan KTMB "hendaklah" menarik balik tender berkenaan dan mengenakan "TINDAKAN TATATERTIB" sehingga "BUANG KERJA", kerana ianya jelas bertentangan dengan "PERJANJIAN BERSAMA".
Tindakan ini perlu diambil bagi memastikan semua tujuh (7) pegawai utama mestilah bersih dari sebarang kepentingan atau unsur yang boleh meletakkan mana-mana pemimpin kesatuan di bawah pengaruh majikan.
RUM akan mengemukakan surat rasmi untuk tindakan Bahagian Perolehan, Kementerian Kewangan Malaysia. Yb Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, Datuk Elias Kadir Presiden KTMB, Pengurus Besar TMOD.
PRESIDEN RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
23 Mac 2015
KTMB rugi RM200 juta setahun
Isnin, Mac 23, 2015
KENYATAAN AKHBAR DATO IR NAWAWI AHMAD, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB/SINAR HARIAN
RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB mengakui secara terbuka bahawa :-
- KTMB rugi setiap tahun RM 200 juta.
- Sampai bila perlu bergantung suntikan kerajaan
- Berdikari
- Kos penyelenggaraan, gaji pekerja dll.
Semua yang tersebut di atas telah pun disuarakan oleh RUM samada dalam 27 pucuk surat atau melalui kenyataan dalam Suara RUM.
Maka kenapa tidak mahu mengakui tujuan RUM melahirkan tindakan sedemikian adalah semata-mata untuk menyelamatkan KTMB, sedangkan kenyataan RUM adalah benar, malah tindakan RUM berasaskan kepada risiko "Keselamatan Pekerja".
Kenapa berdolak dalik dan membenarkan pembuangan kerja seramai 97 orang yang seramai 96 orang telah dipulihkan dan sekarang mengugut dengan tujuan mencederakan pekerjaan nya kepada semua Majlis Eksekutif RUM dengan mengeluarkan "NOTIS TUNJUK SEBAB?" yang jelas dan nyata bertentangan dengan undang-undang. (Tindakan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB, YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB berhak memberhentikannya)
Kenapa kebenaran ini sukar sangat di akui, sedangkan tujuan dan hasrat murni RUM semata-mata untuk kepentingan KTMB dan masa depan pekerja.
YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, kebenaran tetap kebenaran,
jujurlah kepada kebenaran, jangan bila dah tersepit dengan persoalan wartawan mengenai cadangan naik tambang, maka terpaksa melahirkan kebenaran.
Hentikanlah "KEZALIMAN DAN PENINDASAN" kepada kami "PEMIMPIN KESATUAN SEKERJA", yang menjalankan aktiviti-aktivii yang sah dari sudut Hak Kesatuan Sekerja.
Semoga Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB berani keluar menjadi "HERO" untuk melahirkan kenyataan yang "BENAR".
Semoga Allah Swt merahmati YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
21 Mac 2015
KEMANAKAH KITA?
Sabtu, Mac 21, 2015
TAKUT DI BUANG KERJA?
BIAR PUN...
KITA CUBA DIMUSNAHKAN?
RUMAH KITA DICEROBOHI...
RUMAH KITA DI ANCAM...
KITA DI ROGOL...
KITA DIAM...
KITA LARI...
KITA LUPA TANGGUNGJAWAB...
KITA LUPA KITA DIAMANAHKAN...
AKHIR KITA KECUNDANG...
AKHIR NYA...
KITA MENGALAH....
KERANA...
"TAK KAN KENA BUANG KERJA DUA KALI"...
AIYOOOOOOO.....
KITA CUBA DIMUSNAHKAN?
RUMAH KITA DICEROBOHI...
RUMAH KITA DI ANCAM...
KITA DI ROGOL...
KITA DIAM...
KITA LARI...
KITA LUPA TANGGUNGJAWAB...
KITA LUPA KITA DIAMANAHKAN...
AKHIR KITA KECUNDANG...
AKHIR NYA...
KITA MENGALAH....
KERANA...
"TAK KAN KENA BUANG KERJA DUA KALI"...
AIYOOOOOOO.....
DIMANAKAH KAMU?
HILANG ARAH....
SEDANGKAN KITA DI NODA....
AIYOOOOOO....
RUPANYA....
KITA SOTONG....
HILANG ARAH....
SEDANGKAN KITA DI NODA....
AIYOOOOOO....
RUPANYA....
KITA SOTONG....
BANGKITLAH SAHABAT KU...
INI SEBUAH PERJUANGAN...
PERJUANGAN KITA SEBAGAI KULI...
MENEGAKKAN HAK!
MENENTANG KEZALIMAN PENINDASAN....
INI SEBUAH PERJUANGAN...
PERJUANGAN KITA SEBAGAI KULI...
MENEGAKKAN HAK!
MENENTANG KEZALIMAN PENINDASAN....
KERANA KITA KULI...
KERANA SUARA KITA...
SUARA...
KESATUAN SEKERJA!!!!!
BANGKIT...
BANGKIT...
KITA TERUS BERJUANG...
DEMI MARUAH KITA...
PEJUANG KESATUAN SEKERJA....
DEMI MASA DEPAN KITA...
AYUH... KITA LAWAN....
KERANA SUARA KITA...
SUARA...
KESATUAN SEKERJA!!!!!
BANGKIT...
BANGKIT...
KITA TERUS BERJUANG...
DEMI MARUAH KITA...
PEJUANG KESATUAN SEKERJA....
DEMI MASA DEPAN KITA...
AYUH... KITA LAWAN....
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
SEDARLAH
Sabtu, Mac 21, 2015
Ramai yang tau...
Ramai yang merasakan...
Ramai juga tidak tahu...
Ramai juga tidak merasakan...
Kepahitannya...
Ramai juga tidak tahu...
Ramai juga tidak merasakan...
Kepahitannya...
Hari ni...
Mereka merasakan kemanisan...
Mereka lupa...
Kekejaman dan Penindasan...
Mereka Alpa...
Mereka selesa...
Mereka "TAKUT"...
Mereka lupa erti "PERJUANGAN"..
Kerana...
"KETAKUTAN MENGUASAI DIRI"...
Mereka merasakan kemanisan...
Mereka lupa...
Kekejaman dan Penindasan...
Mereka Alpa...
Mereka selesa...
Mereka "TAKUT"...
Mereka lupa erti "PERJUANGAN"..
Kerana...
"KETAKUTAN MENGUASAI DIRI"...
Bangkitlah Sahabat Ku...
Perjalanan masih jauh..
Penindasan dan kezaliman...
Tidak boleh dibiarkan...
Perjalanan masih jauh..
Penindasan dan kezaliman...
Tidak boleh dibiarkan...
Dulu...
Mogok terbesar berlaku...
Donald Uren...
Membangkitkan semangat perjuangan...
Satu kejayaan besar...
Dalam arena Kesatuan Sekerja...
Mogok terbesar berlaku...
Donald Uren...
Membangkitkan semangat perjuangan...
Satu kejayaan besar...
Dalam arena Kesatuan Sekerja...
Hari ini...
Kita mampu "BERSATU"..
Menggegarkan...
Mengoncang Dunia..
Agar kita tidak...
Di perkotakkatikan...
Oleh undang-undang rimba...
Oleh kezaliman yang bermaharajalela...
Kita mampu "BERSATU"..
Menggegarkan...
Mengoncang Dunia..
Agar kita tidak...
Di perkotakkatikan...
Oleh undang-undang rimba...
Oleh kezaliman yang bermaharajalela...
Maka kita...
Akan hancur...
Lupakan...
SUARA PEKERJA...
Lupakan penindasan...
Lupakan kezaliman...
Kerana..
Kita...
Masih diulit mimpi indah...
Akan hancur...
Lupakan...
SUARA PEKERJA...
Lupakan penindasan...
Lupakan kezaliman...
Kerana..
Kita...
Masih diulit mimpi indah...
Sedarlah sahabat ku...
Ini sebuah "PERJUANGAN"...
Andai kematian itu sebagai jaminan...
Aku sanggup...
Demi sebuah "PERJUANGAN"
Untuk...
"SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA"
Ini sebuah "PERJUANGAN"...
Andai kematian itu sebagai jaminan...
Aku sanggup...
Demi sebuah "PERJUANGAN"
Untuk...
"SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA"
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
PERJUANGAN
Sabtu, Mac 21, 2015
Perjuangan tiada erti "TAKUT"..
Andai "TAKUT" menguasai diri...
Kehancuran akan menjelma..
Maka...
Kita seorang "KULI"
Akan dipijak-pijak...
RUM di perkotakkatikan...
Yang jadi mangsa...
Adalah "KITA"..
Kerana "KITA ADALAH KULI"...
Bangkitlah Sahabat Ku..
Terus Berjuang...
In Syaa Allah...
"MENANG"
Jangan hancurkan "MASA DEPAN"..
Dengan "KEKEJAMAN DAN PENINDASAN"..
Kerana perasaan "TAKUT"...
Kehancuran akan menjelma..
Maka...
Kita seorang "KULI"
Akan dipijak-pijak...
RUM di perkotakkatikan...
Yang jadi mangsa...
Adalah "KITA"..
Kerana "KITA ADALAH KULI"...
Bangkitlah Sahabat Ku..
Terus Berjuang...
In Syaa Allah...
"MENANG"
Jangan hancurkan "MASA DEPAN"..
Dengan "KEKEJAMAN DAN PENINDASAN"..
Kerana perasaan "TAKUT"...
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
19 Mac 2015
TERBARU UGUTAN PADA PERWAKILAN RUM (Part 6)
Khamis, Mac 19, 2015
MENCABAR
Kenapa RUM mencabar Datuk Elias Kadir Presiden KTMB mengambil tindakan terhadap kurang lebih 3500 ahli-ahli RUM di buang kerja termasuk yang meletakkan jawatan dalam RUM atau berhenti menjadi ahli RUM seperti Part 4.
Tujuan RUM nak tenguk sejauh mana kegilaan Presiden KTMB yang mengunakan ayat "MANDAT" kelulusan "SUARA RUM" kerana ayat dalam surat pertuduhan untuk Siasatan Dalaman kepada Pegawai Utama RUM dan Majlis Eksekutif RUM terkandung ayat "MANDAT PERSIDANGAN PERWAKILAN".
Maklumat diterima dengan ayat "MANDAT" itu maka Datuk Elias Kadir Presiden KTMB telah mengarahkan Jabatan Pembangunan Bakat & Organisasi mengambil tindakan tatatertib kepada semua Perwakilan RUM.
Justeru itu maka RUM mencabar Presiden KTMB yang kini benar-benar katogeri "GILA" dan "TERLAMPAU BERANI" supaya membuang keseluruhan ahli-ahli RUM melalui pekerjaannya.
RUM yakin Datuk Presiden KTMB yang ini tidak berani, tapi kalau dia buat maka Datuk Elias Kadir Presiden KTMB memang "SAWAN" atau "HILANG INGATAN" atau "BUANG TEBIAT" tapi paling tepat "GILA TAHAP GABAN" yang layak dihantar di Hospital Tanjung Rambutan kerana bukan sahaja menganiaya pekerja, mengancurkan "kebebasan bersuara" seperti termaktub dalam Seksyen 10, Perlembagaan Persekutuan, malah mensabotaj KTMB dan Kerajaan Malaysia.
Saya ulangi lagi CABARAN ini!
BUANG SEMUA AHLI-AHLI RUM IAITU YANG TELAH MEMBERI MANDAT BERDASARKAN PERLANTIKAN PERWAKILAN MELALUI MESYUARAT AGUNG TIGA TAHUNAN SEKALI UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI- AKTIVITI RUM!
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
TERBARU UGUTAN PADA PERWAKILAN RUM (Part 5)
Khamis, Mac 19, 2015
KETAKUTAN
Bila membaca Part 4, maka itu intipati kebenaran berdasarkan kepada pentafsiran Peraturan Kesatuan.
Bila ahli-ahli tidak memahami peruntukkan Peraturan Kesatuan melalui susur galur peranan maka ianya akan menimbulkan kekalutan, kecelaruan dan ketakutan.
Kenyataan yang dikeluarkan itu adalah mengambarkan bahawa di sinilah kekuatan kesatuan sekerja, bukan hanya bergantung kepada pemimpin tapi sehingga ke akar umbi.
Maka bila kita BERSATU kita mampu menentang KEZALIMAN, apatah lagi tindakan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB jelas dan nyata telah membelakangi undang-undang.
Kita tidak perlu gentar, andai kata kita masih berpandukan PERATURAN KESATUAN malah tindakan kita sama sekali tidak melanggari sebarang peruntukan Peraturan Kesatuan dan Akta Berkaitan.
Maka sebagai Pejuang Kesatuan Sekerja dari Pemimpin dan Ahli-ahlinya perlu bangkit berpadu suara menentang Kezaliman.
Lari dari perjuangan bermakna kita sebenarnya merelakan kita di zalimi seterusnya meruntuhkan Kesatuan Pekerja2 KTMB.
Kini rumah kita telah diceroboh orang, adakah kita membiarkan penceroboh membinasakan rumah kita, andai kita membenarkan maka hancurlah kita.
Ayuh bangkit Pejuang-pejuang RUM kita menentang Datuk Elias Kadir Presiden yang jelas dan nyata telah mencerobohi rumah kita.
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
TERBARU UGUTAN PADA PERWAKILAN RUM (Part 4)
Khamis, Mac 19, 2015
Datuk Elias Kadir Presiden KTMB
Konco-konco Datuk mesti membaca dan photostat kenyataan dari Suara RUM, bagus... makanya....
Datuk Elias Kadir Presiden KTMB
Saya cabar Datuk Elias Kadir Presiden KTMB mengambil tindakan pada semua ahli-ahli RUM kerana mereka telah memberi "MANDAT" untuk mewujudkan SUARA RUM seterusnya melahirkan kenyataan bagi pihak ahli-ahlinya.
Saya juga cabar Datuk Elias Kadir Presiden KTMB buang kerja mereka waima mereka letak jawatan dari RUM, waima mereka berhenti jadi ahli-ahli RUM kerana mereka yang meluluskan melalui mandat yang diberikan oleh Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali dan Perwakilan di beri "MANDAT" oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Cawangan Tiga Tahunan Sekali.
Dayus Datuk Presiden KTMB andai buat keputusan terpilih....
Saya PRESIDEN RUM YANG SAH mencabar Datuk Elias Kadir Presiden KTMB.
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
TERBARU UGUTAN PADA PERWAKILAN RUM (Part 3)
Khamis, Mac 19, 2015
TINDAKAN BUANG KERJA PERLU DI AMBIL TERHADAP SEMUA PEKERJA YANG MENJADI AHLI-AHLI RUM?
Datuk Elias Kadir Presiden KTMB kini berada di tahap "GILA MEROYAN" bila mana akan mengambil tindakan buang kerja kepada semua Perwakilan RUM seramai 145 orang dari seluruh rangkaian KTMB yang telah meluluskan SUARA RUM sebagai Media Rasmi RUM.
RUM ingin jelaskan berdasarkan peruntukan PERATURAN KESATUAN maka Perwakilan yang dilantik adalah berdasarkan pemilihan Pilihanraya RUM melalui pemilihan Ahli Jawatankuasa Cawangan seterusnya keputusan diumumkan oleh Mesyuarat Agung Cawangan Tiga Tahunan Sekali.
Wakil-wakil bahagian melalui pemilihan dalam Mesyuarat Agung Cawangan secara otomatis adalah Perwakilan kecuali Pengerusi/Setiausaha dan Bendahari Cawangan adalah berstatus "PEMERHATI".
Makanya apa jua keputusan Perwakilan melalui Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali adalah keputusan dasar Kesatuan Pekerja2 KTMB.
Justeru itu semua keputusan yang diputuskan oleh para perwakilan adalah keputusan ahli-ahli RUM iaitu melalui "MANDAT" yang telah diberikan ketika Mesyuarat Agung Cawangan.
Makanya keputusan menerbitkan Suara RUM adalah keputusan ahli-ahli RUM berdasarkan pemilihan melalui Mesyuarat Agung Cawangan Tiga Tahunan Sekali.
Maka itu tindakan tatatertib sehingga "BUANG KERJA" sewajarnya diambil terhadap semua ahli-ahli RUM yang berjumlah lebih kurang 3500 ahli kerana ahli-ahli RUM telah memberi "MANDAT" kepada Perwakilan untuk membuat sebarang keputusan Dasar.
Dengan itu dicadangkan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB hendaklah mengeluarkan "NOTIS TUNJUK SEBAB" seterusnya memanggil "SIASATAN DALAMAN" dan keputusan yang telah ditentukan iaitu "BUANG KERJA".
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
18 Mac 2015
TERBARU UGUTAN PADA PERWAKILAN RUM (Part 2)
Rabu, Mac 18, 2015
Saya menyeru semua Perwakilan dan ahli-ahli RUM terus bersatu, jangan berpecah, tindakan ini adalah 100% salah dari segi undang-undang negara dan antarabangsa, sebagai Presiden RUM yang telah diamanahkan akan mengambil tanggungjawab ini sepenuhnya.
JANGAN TAKUT, TINDAKAN PRESIDEN KTMB, TIDAK AKAN KEMANA, KERANA TINDAKANNYA BERSIFAT DENDAM PADA RUM DAN INGIN MELUMPUHKAN RUM.
Justeru itu terus perkukuhkan RUM kita menentang Datuk Elias Kadir Presiden KTMB yang bakal tamat kontraknya pada 30 April 2014.
Bersatu Teguh Bercerai ROBOH!
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

















