RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

06 November 2017

PERTEMUAN RUM DENGAN SRUT DI HADYAI

Satu pertemuan pertama kali berjaya diaturkan antara RUM dan SRUT dalam mewujudkan hubungan dua hala diantata kesatuan yang berjiran, pertemuan ini tercetus bila Forum ICLS di Jepun.

Antara agenda pertemuan..

1. Hubungan antara RUM dan SRUT
2. Kerjasama diantara RUM dan SRUT bagi memajukan  idea secara bersama membantu KTMB dan SRT dari peningkatan perniagaan Kargo.
3. Kesinambungan hubungan dua hala pada masa depan dan akan melibatkan dua negara lagi iaitu Laos dan Myanmar.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


04 November 2017

"RATING" PENGANGKUTAN AWAM

"RATING" PENGANGKUTAN AWAM
(berdasarkan laporan Sustainable Cities Mobility Indeks 2017)

No   1     -     HONG KONG
No   8     -     SINGAPURA
NO 89    -     INDONESIA
No 95     -     MALAYSIA

Tak pelik kalau "rating" di Hong Kong dan Singapura peliknya "rating" di Indonesia berbanding Malaysia, sedangkan satu ketika Malaysia ke hadapan kini Malaysia ke belakang.

Contoh KTMB jauh ke hadapan berbanding Indonesia bukan sahaja dari sudut sistem keretapi malah dari sudut gaji antara pekerja keretapi Indonesia dan pekerja KTMB, kini bukan sahaja KTMB tertinggal malah gaji pekerja KTMB juga rendah berbanding pekerja keretapi Indonesia.

RUM sendiri telah berjuang sejak lama untuk meningkatkan produktiviti KTMB malah memberi banyak idea untuk kemajuan KTMB, sehingga kewujudan pertikaian antara RUM dengan mantan-mantan Presiden KTMB, berpuluh-puluh pucuk surat dihantar sehinggalah 97orang pemimpin dan ahli RUM dibuang kerja.

Kementerian Pengangkutan yang ada seperti tiada sekadar bertujuan untuk kepentingan pihak tertentu, kewujudan SPAD juga mewujudkan pertindihan tugas sedangkan kuasa pemilikan adalah hak  Kementerian Kewangan, maka bercelarulah pentadbiran KTMB.

Kini idea RNAA tercetus, puas sudah RUM merayu malah sudah sampai keperingkat menggesa membatalkan RNAA, apa RUM keluhkan tiada pihak yang ambil kesah, seolah-olah mereka terlalu bijaksana sehingga tidak memperdulikan keluhan RUM, sedangkan idea mewujudkan RNAA boleh dicabar dari sudut implikasinya.

RUM bukanlah bijak tapi RUM cukup pengalaman dalam hal ehwal KTMB, malah tujuan RUM semata-mata untuk melihat KTMB mampu bersaing dengan sistem perkeretapian diperingkat antarabangsa, pasti dalam satu kejayaan organisasinya maka faedahnya turut dinikmati oleh pekerja malah rakyat juga menikmati kemajuan dari sudut keselesaan dan ketepatan waktu.

Bukan itu sahaja rangking pengangkutan keretapi@perkhidmatan awam mampu melonjakkan nama negara.

Justeru itu RUM amat menekankan bahawa RNAA "hendaklah" dibatalkan demi kebaikan semua pihak yang terlibat khususnya demi Rakyat dan Negara.

Janganlah diibaratkan "TIKUS MEMBAIKI LABU"!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


02 November 2017

KEWUJUDAN SECOND OPERATOR SATU MALAPETAKA KEPADA KTMB

Menteri Pengangkutan kata pengunaan landasan keretapi yang ada sekarang adalah sebanyak 40%?

Persoalan kenapa 40%?

Adakah kajian telah dibuat secara menyeluruh dari semua sudut? Dari sudut pengunaan landasan yang kini sedang "rehab" yang menganggu pengunaan tren, kedudukan jumlah lokomotif, kedudukan jumlah ETS/ SCS/ Komuter dan lain-lain.

Kenapa pula jumlah tidak mencukupi? (Tulisan RUM sebelum ini pernah menghuraikan)

Jangan buat perkiraan dari sudut pengunaan tren yang dilarikan kini tapi kajian perlu dilakukan sekiranya semua tren mencukupi adakah ruang "second operator" mampu diwujudkan?

Malah kajian juga perlu dibuat dari landasan "double track" yang ada dari sudut kekerapan tren/ ketepatan masa berjadual yang melibatkan tren penumpang, mampukah kewujudan "second operator" untuk membuat larian bila ianya mungkin menganggu perjalanan tren penumpang, kerana kita juga perlu tahu bahawa pembekalan set ETS sebanyak 19set lagi akan siap pada 2019 dan 13 set DMU akan juga siap pada 2019, kehadiran set baru akan merancakkan perjalanan tren penumpang.

Manakala lokomotif yang sedia ada iaitu kelas 26 & kelas 29 sekiranya dimaksimumkan "availabilitynya" maka jumlah tren Kargo KTMB akan bertambah, difahamkan kehadiran CEO baru telah berjaya meningkatkan larian tren kargo KTMB setelah beliau berusaha memastikan lokomotif sedia ada bertambah "availability".

Perlu disedari bahawa hanya set tren ETS yang mampu mencapai keuntungan manakala set tren penumpang yang lain adalah pengangkutan rugi maka larian tren kargo adalah penting buat KTMB untuk mencari sumber pendapatan bagi menampung kerugian tren-tren penumpang khususnya di Lembah Klang dan di Pantai Timur.

Sekiranya KTMB mempunyai tambahan 30 - 40 lokomotif dan wagon dengan jumlah yang mencukupi maka pengunaan landasan telah dimaksimakan, maka keperluan mewujudkan "second operator" adalah tidak diperlukan sama sekali, difahamkan peruntukan telah ada untuk membeli 30 buah lokomotif.

Justeru itu kewajaran untuk mewujudkan "second operator" yang beriya-iya sangat oleh Menteri Pengangkutan adalah tersasar jauh tanpa melihat keperluan sebenar KTMB.

Perlu disedari bahawa "pemain industri kargo" adalah "customer KTMB" maka pencurian "customer" akan berlaku maka KTMB akan menangggung beban bila pencurian customer dilakukan, impak kepada pencurian customer ialah pendapatan KTMB akan berkurangan maka KTMB tidak mampu menampung kos perbelanjaan  tren-tren penumpang yang mana KTMB memberi subsidi kepada pengguna.

Maka kewujudan "second operator" adalah satu malapetaka kepada KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


01 November 2017

RNAA/ MANGSANYA RAKYAT@ NETIZEN, PENGHAPUSAN "PERKHIDMATAN SOSIAL", KEMENTERIAN PENGANGKUTAN GAGAL, PENGANGKUTAN AWAM SURAM!

RUM telah menilai dari sudut penyewaan semua yang dikatakan milik RAC akan menghakibatkan kos tambang akan dinaikkan, dalilnya setiap pengunaan Landasan, Koc, Set ETS, SCS, KOMUTER, Wagon, Bangunan Pejabat, Stesen-stesen, Elektrifikasi, Semboyan, OMC, Kuarters dan lain-lain perlu dibayar sewa kepada RAC.

Manakala Kos Kargo KTMB juga akan dinaikkan dengan kadar komersial, kewujudan Second Operator atau Multiple Operator sudah pasti akan meletakkan kos kargo mengikut harga pasaran, kerana tujuan kewujudan Second atau Multiple Operator yang dikendalikan oleh Syarikat Swasta berasaskan "keuntungan". Implikasi kepada kenaikan ini akan melibatkan kos harga barang yang mengunakan pengangkutan Kargo Rel pasti akan meningkat maka mangsanya adalah Rakyat, ini akan menghakibatkan kos sara hidup akan meningkat.

Dimanakah "PERKHIDMATAN SOSIAL?", sekiranya RNAA dilaksanakan maka idea yang dicetus ini adalah langkah awal untuk menghapuskan "PERKHIDMATAN SOSIAL", adakah ini hasrat Menteri Pengangkutan untuk mewujudkan idea yang booeh membebankan Rakyat.

Jangan putar belit wahai YB Menteri Pengangkutan, RUM berani berdebat kerana RUM mempunyai hujah yang munasabah, malah dalam kenyataan YB Menteri Pengangkutan mewujudkan RNAA untuk menghapuskan hutang adalah "sandiwara", RUM nak tanya YB Menteri Pengangkutan kenapa KTMB berhutang dan tidak mampu meraih keuntungan? Adakah salah KTMB?

Apa yang YB Menteri Pengangkutan lakukan untuk memastikan KTMB mampu dipulihkan? Hanya sekadar idea RNAA? Malulah YB, Malu kalau seorang "KULI" mampu mempertikaikan idea YB, kalau begini, maksudnya YB Menteri Pengangkutan tidak layak duduk jawatan Menteri atau semua yang duduk.di Kementerian Pengangkutan perlu ditamatkan perkhidmatan, kerana bukan sahaja gagal dalam pengangkutan rel malah gagal dalam pengangkutan darat dan udara.

Maknanya kedudukan Pengangkutan di negara ini makin suram dengan kegagalan Kementerian Pengangkutan yang diketuai oleh YB Menteri Pengangkutan malah pada Tim Menteri Pengangkutan yang mengatakan kepada saya sendiri selaku Presiden RUM beliau mempunyai Master Of Business, RUM dengan ini mencabar keupayaan idea Master Of Business dari sudut RNAA.

RUM hanya seorang "KULI" malulah kalau tak berani berdepan, kalau dengan seorang "KULI" yang tiada pelajaran mampu berdebat maka yang duduk diatas itu sekadar "PERABIS BERAS" dan menyusahkan rakyat.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Beranikah Menteri Pengangkutan Berdepan kebenaran?

RUM nak sangat "DEBAT" dengan Menteri Pengangkutan! Cuba citer yang tersirat YB.. Jangan citer atas kertas, nak jadikan macam MAS ke YB Menteri Pengangkutan... Bodoh Piang punya YB Menteri Pengangkutan.

Ok... Pushstop... Comfirm RUM akan turun ke Bentong!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PENJAWAT AWAM@PEKERJA

Bila bicara sedap mulut, penjawat awam yang juga seorang pekerja terkena dan dihina, tapi lupa jasa penjawat awam, hanya kerana setitik nila rosak susu sebelanga.

Penjawat awam juga seorang pekerja yang ada majikannya, maka majikannya perlu melayani pekerjanya dengan baik dan memberi ganjaran yang munasabah, walaupun tahun ini bajet 2018 yang dianggap bajet PRU yang dibentangkan tidaklah semeriah bajet PRU 13, tapi mereka tetap terima walaupun hanya tambahan sedikit imbuhan extra RM 500.00 sahaja, mereka juga tetap berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik, tiada apa yang lebih dan menariknya pada bajet kali ini.

Jangan lupa Penjawat Awam juga adalah seorang insan yang ada hati dan perasaan.

Pekerja tetap seorang pekerja yang perlu dibela nasib mereka.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

 Baca sini 


30 Oktober 2017

TEMUDUGA PENYELENGGARAAN AM, KTMB TOLAK RNAA/ TOLAK PEKERJA ASING!

Begitulah sambutan dari rakyat yang ingin pekerjaan, Lokasi Bukit Mertajam malah di beberapa lokasi lain juga dimaklumkan sambutan yang hebat untuk menghadiri Temuduga Terbuka.

Nak buat apa pekerja asing? kalau dilihat situasi ini masih ramai rakyat tempatan memerlukan pekerjaan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


14 Oktober 2017

MULTIPLE OPERATOR/ RNAA

BERITA BAIK

SPAD nampak gayanya tidak boleh meluluskan second operator kerana Akta tidak membenarkan pemberian lesen kepada mana-mana Syarikat untuk menjalankan operator tren.

BERITA BURUK

Penyediaan pindaan Akta khabarnya telah pun siap untuk meminda Akta di Parlimen, ianya tidak akan dibentangkan di Parlimen pada penggal kali ini, maka pindaan akan dibuat selepas Kerajaan dimahkotakan pada PRU 14.

BIJAK HARAM JADAH

Bijakkan permainan mereka, akan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk menghalalkan Multiple Operator, tidak kali ini tapi akan dilakukan pada Penggal akan datang.

TENTANGAN RUM

Maka keputusan RUM untuk berusaha segigih mungkin YB Menteri Pengangkutan kecundang di PRU 14 ini adalah usaha besar bagi menyelamatkan KTMB malah melalui usaha-usaha dari ITF dan ICLS yang membantu RUM dalam satu gerakan adalah untuk melumpuhkan Syarikat Second Operator, RUM akan gempur disemua peringkat demi mengagalkan RNAA.

PENDIRIAN RUM

Kau nak hancurkan KTMB, kau nak hancurkan RUM, kau nak tutup periuk nasi pekerja, kau nak menghakis faedah perkhidmatan sosial kepada rakyat, RUM akan menentang abis-abisan, tidak kira siapa KAU!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


13 Oktober 2017

TERUS BERSAMA CEO KTMB

RUM mengharapkan semua warga KTMB memberi kerjasama yang bersungguh-sungguh kepada CEO KTMB En Mohd Rani Hisham, berkerjalah dengan penuh semangat dan berdedikasi demi KTMB dengan matlamat Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Sikap sambil lewa, malas sekadar cukup bulan terima gaji, bodek@angkat beg, berpura-pura@wayang, kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab maupun amanah hendaklah dihentikan sama sekali.

Jangan anggap semua ambil mudah, kerana runtuhnya KTMB bukan lagi kerana kesalahan sesiapa tapi kita sendiri, pilihan yang ada adalah berusaha segigih mungkin untuk merobah sikap dalam memastikan RNAA dihentikan, semua perlu bekerjasama demi KTMB kekal sebagai identiti tersendiri seterusnya mampu dipulihkan.

CEO KTMB tidak akan mampu memulihkan KTMB sekiranya kita sendiri tidak bekerjasama dan memberi sokongan tanpa berbelah bagi, dalam KTMB tengah nazak hanya dengan kerjasama semua warga KTMB mampu memulihkan KTMB.

RUM akan terus bergerak menentang RNAA tanpa mengenal erti takut, justeru itu dalam RUM menentang RNAA kita semua warga KTMB juga perlu membuktikan kita mampu berusaha memulihkan KTMB, jangan hanya bergantung melalui tentangan RUM mengenai RNAA terhadap Kementerian Pengangkutan kerana bukti selanjutnya ialah menitikberatkan kerjasama semua warga KTMB dalam meningkat dan memulihkan KTMB dengan mengunjurkan pendapatan KTMB yang lebih baik seterusnya mampu meraih keuntungan dan memberi keyakinan kepada pengguna bahawa KTMB adalah pengangkutan awam yang selesa dan mesra pengguna.

Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


11 Oktober 2017

MENTERI/ KAPITALIS KERANA SETITIK NILA, ROSAK SUSU SEBELANGA

RUM dah tak faham dengan Menteri yang ada sekarang ni, Menteri Pengangkutan dan Menteri Sumber Manusia khususnya, mereka membuat keputusan seolah-olah satu keputusan yang tidak bertanggungjawab sehingga menyusahkan kaum pekerja maupun organisasi yang terlibat dalam kementerian mereka malah implikasinya kepada rakyat dan negara.

Mereka tidak lihat kepentingan kaum pekerja, rakyat maupun negara, asal boleh buat keputusan, mereka terus membuat keputusan biarpun keputusan itu adalah salah, iya mungkin, bagi seseorang pemimpin membuat satu keputusan itu salah atau betul adalah perkara penting biarpun keputusan itu salah namun keputusan tetap keputusan, tapi apakah dalam membuat sesuatu keputusan itu tidak dinilai dari sudut kesan dan implikasinya samada dari sudut dalaman maupun luaran.

RUM suka membandingkan Menteri-menteri yang terdahulu dalam pentadbiran kedua-dua  Kementerian ini, komen RUM ibarat bumi dengan langit, sekarang betul-betul sudah tidak memperdulikan kesan dan implikasinya sehingga menimbulkan kekilanan dan adakala menimbulkan kemarahan.

Adakah mereka sengaja lakukan? Ini persoalan? Kerana apa yang mereka lakukan boleh dianggap sabotaj kepada kedudukan kerajaan yang memerintah itu sendiri, mereka seolah-olah sengaja ingin menjatuhkan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

RUM selalu berfikir dalam keadaan hampir Pilihanraya, kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh banyak Kementerian sehingga menimbulkan kegelisahan rakyat, kegelisahan rakyat seolah-olah tidak lagi didengari, mereka sudah tidak ambil pusing dari aspek "problem solving", sebaliknya mereka meneruskan agenda mereka dan beranggapan seolah-olah mereka tidak melakukan sebarang kesilapan maupun kesalahan, maka sikap ini boleh dianggap sistem yang digunakan adalah sisten kapitalis.

Apakah mereka ini tidak mahu memikirkan kehendak dan keperluan rakyat, seolah--olah hari ini YAB Perdana Menteri seorang sahaha yang beriya-iya untuk menarik kepercayaan dan berusaha memberi sebanyak mungkin keyakinan kepada rakyat sedangkan Menteri yang mana berkenaan pula sebaliknya.

RUM membuat penilaian ini berdasarkan kepada pengamatan RUM dari sudut RNAA malah RUM juga melihat kenyataan terbaru dari seorang Menteri pula ingin masukkan pekerja asing untuk kerja-kerja pembuatan, malah merasa hairan bila mereka sendiri sedar bahawa rakyat tidak suka mengenai perkara-perkara sebegini mereka tetap dengan sikap "bulldozed".

Dari kacamata RUM mereka-mereka ini sudah tidak layak lagi jadi Menteri kerana mereka hanya melakukan sesuatu keputusan untuk kepentingan individu atau kumpulan kecil tapi tidak kumpulan yang besar iaitu rakyat kerana mereka ini  diibaratkan "kerana setitik nila rosak susu sebelanga".

Abdul Razak Md Hassan
Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


10 Oktober 2017

NASIB PEKERJA

SENANG CAKAPLAH...
UNDANG-UNDANG KATA GITU..
KERAJAAN TAK BOLEH BUAT APA-APA!
IALAH... UNDANG2 KATA GITU..
YANG BUAT KEPUTUSAN PERTUKARAN NAMA MAS DAN KEWUJUDAN UNDANG2 MENGENAI MAS SAPA YANG BUAT KEPUTUSAN?

KALAU SEMUA SYARIKAT TIRU SISTEM MAS TUKAR NAMA?
HABIS LER...
BAGUS2...
SENANG KERJA LEPAS TANGAN...
PEKERJA TETAP JADI MANGSA...
SIAPA YANG NAK BELA NASIB PEKERJA?????

MAKA APAKAH KTMB DAN PEKERJA KTMB JUGA BERNASIB BEGITU SEKIRANYA RNAA DILAKSANAKAN?

MOT BUAT SATU KEPUTUSAN...
MHR BUAT SATU KEPUTUSAN..
KEPUTUSAN BERGANDING BAHU..

INILAH NASIB PEKERJA!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

 Malaysiakini 


09 Oktober 2017

Ada bantahan?

HARAM JADAH!

RUM kata HARAM JADAH punya Menteri Pengangkutan, bodoh piang! Ini orang kalau MELAYU BENTONG SUPPORT... wa tak tau lah... kasi tukar ini MENTERI PENGANGKUTAN, dalam sejarah Menteri Pengangkutan yang ada dalam negara ini, yang ini memalukan Kerajaan memerintah yang nak menjahanamkan "KERETAPI TANAH "MELAYU".

MELAYU BENTONG tolong fikir seribu kali... nasihat RUM kasi tendang ini ahli Parlimen...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


07 Oktober 2017

Railway Access Network Agrreement (RNAA) idea paling bodoh

Tanya dengan YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan, apa dia buat? Sebuk dengan Railway Access Network Agrreement (RNAA) idea paling bodoh dari seorang Menteri! Haprak punya Menteri!

Dia ingat dia bijak! Menyusahkan semua orang, fokuslah... banyak cara nak baiki KTMB.. cuma perlu "JUJUR & AMAMAH" fikir untuk kepentingan Rakyat@Pengguna...

Ini Menteri punya pasal Kerajaan yang dapat nama buruk! Failed!!!!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

 Baca 


04 Oktober 2017

KENYATAAN MENTERI SUMBER MANUSIA MENGENAI PEKERJA MAS.

ITF Malaysia Counsil melahirkan rasa dukacita mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Sumber Manusia yang menolak permintaan Kesatuan NUFAM menyegerakan kes pembuangan kerja ke Mahkamah Perusahan.

Tindakan melengah-lengahkan membawa kes pekerja MAS yang dibuang kerja seramai 6000 pekerja adalah satu tindakan yang sangat mengecewakan.

Kami kalangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan yang bergabung dengan ITF mengecam kenyataan Menteri Sumber Manusia.

Justeru itu kami ingin menekankan Menteri Sumber Manusia menyegerakan proses ke Mahkamah Perusahaan dengan kadar segera serta mengadakan perjumpaan dengan Kesatuan NUFAM bagi mengatasi masalah yang ada.

Satu Mesyuarat ITF Malaysia Counsil akan diadakan dengan kadar segera bagi membincangkan kenyataan YB Menteri Pengangkutan, kami mengganggap kenyataan seperti ini merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab atau tidak mesra pekerja dan menolak kepentingan suara Kesatuan Sekerja.

Pengerusi ITF Malaysia Counsil


30 September 2017

USAHA ICLS/MT UMNO

RUM telah berusaha sebaik mungkin dengan kepelbagaian cara untuk menolak RNAA demi Selamatkan KTMB, Selamatkan Pekerja, malah usaha ini tidak pernah diiringi dengan putus asa, ianya satu perjuangan tanpa mengerti penat dah lelah, dua (2) perkara menarik telah berlaku semalam.

1. Resolusi RUM dalam forum Tokyo semalam telah diluluskan sebulat suara oleh perwakilan ICLS memberi sokongan solidarity menolak RNAA.

Terima kasih kepada ICLS

2. Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah membentangkan isu RNAA yang dibawa oleh YM Dato Seri Utama Raja Nong Chik. YM Dato Seri Utama Raja Nong Chik telah membentangkan keluhan RUM mengenai RNAA di hadapan semua Majlis Tertinggi dan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Presiden UMNO, YM Dato Seri Utama Raja Nong Chik memohon YB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dapat kiranya berjumpa dengan kepimpinan Kesatuan dan disokong oleh kebanyakkan Majlis Tertinggi UMNO.

Terima kasih yang tidak terhingga YM Dato Seri Utama Raja Nong Chik.

Hari ini mesyuarat ITF Railway Section Asia Pacific, RUM akan memohon ITF Railway Section Asia Pacific membawa isu RNAA ke ITF  London untuk memohon sokongan solidarity agar RNAA yang dicetuskan idea oleh YB Dato Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan Malaysia di batalkan.

Usaha terus berusaha sebahagian dari lirik lagu RUM, kita terus berusaha bagi memastikan RNAA dibatalkan, RUM telah berusaha kurang lebih selama dua (2) tahun usaha ini bukan sesuatu yang mudah namun tidak juga menjadi sukar sekiranya kita BERSATU PADU mengerakkan seluruh jentera yang ada untuk menolak RNAA.

Harapan kita kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia dapat bertemu dengan kepimpinan RUM untuk mendengar keluhan dan alasan kenapa kami menolak RNAA, semoga YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dapat meluangkan sedikit masa untuk bertemu dengan kepimpinan RUM.

Sama-sama kita berdoa kehadrat Allah Swt, agar usaha kita diberkati dan RNAA dihentikan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


25 September 2017

LEMBARAN BARU/HARAPAN

Sesungguhnya kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTMB akan membuka satu lembaran baru untuk Selamatkan KTMB, keyakinan dan kepercayaan ini adalah satu harapan besar yang kami pertaruhkan demi mengembalikan KTMB ke landasan yang betul seterusnya mampu meletakkan KTMB sebagai sebuah Syarikat yang berdaya saing.

RUM akui bukan sesuatu yang mudah untuk memulihkan KTMB yang dalam keadaan "nazak" malah cukup kritikal dalam menghadapi perancangan RNAA, namun harapan masih ada kalau semua pihak bersatu tenaga memberi komitmen 100% dalam usaha memulihkan KTMB.

Kepada semua pihak yang terlibat dengan KTMB dari  "Share Holder", Lembaga Pengarah, Pengurusan KTMB sehingga pekerja, tempoh untuk kerja wayang kamu telah berakhir, buka lembaran baru dengan berusaha gigih untuk memastikan kita semua bersungguh-sungguh memberi komitmen dan bersama CEO baru untuk memberi khidmat bakti demi mengembalikan KTMB ke arah berdaya saing malah memberi satu perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna serta berusaha segigih mungkin mewujudkan idea inovatif bagi merealisasikan KTMB sebagai sebuah Syarikat berorieantasikan perniagaan yang boleh meraih keuntungan.

RUM sendiri akan memberi 100% sokongan dan bersama dengan CEO EN MOHD RANI SAMSUDIN dalam mencapai hasrat ini, kerana RUM tidak akan "bercompromise" dengan mana-mana pihak yang sengaja atau tidak sengaja cuba meranapkan KTMB.

Gandingan antara YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan YBhg En Mohd Rani Samsudin Ketua Psgawai Eksekutif KTMB adalah gandingan yang "MANTAP", tinggal kita sahaja dan mereka yang terlibat dengan KTMB menjadi satu BARISAN MANTAP untuk SELAMATKAN KTMB.

Kepada Warga KTMB khususnya ahli-ahli RUM, ini adalah peluang terakhir untuk kita SELAMATKAN KTMB, andai kita masih ditakuk lama dan berterus terusan begini, maka jangan salahkan sesiapa lagi, kerana kesalahan itu datangnya dari kita sendiri.

RUM berharap dan amat berharap kepada semua warga KTMB khususnya ahli-ahli RUM berubah kearah memberi 100% komitmen demi Selamatkan KTMB dan Selamatkan Pekerja.

Pilihan ditangan kita, pisau ditangan kita, andai kita mahu Selamatkan KTMB maka kita hendaklah berubah, andai ada dikalangan kita yang ingin meranapkan KTMB maka pilihan yang ada ialah "TEPUK DADA TANYA SELERA".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


22 September 2017

Hilangnya Lambang Kemegahan KTMB

MESEJ DALAM INBOX DIPAPARKAN
MESEJ INI DIANGGAP KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB

Assalam Tuan.
Penampalan baru signboard stese krai dilihat sudh mulai hilang logo dan lambang kemegahan KTMB sebelum ini.Singboard yg lama masih baik dan ada logonya..cmaner boleh tidk atau hilang begitu logo kita sedang ia adalah laluan utama dn pintu masuk ke stesen KTMB yg tidk berlogo.Begitu jugk nasib kod Pejabat Pengurus Wilayah Timur..nasib yg sama semua sudh hilang.
Seolah2 KTMB sudh tidk ada lambang.

Itulah pelek nya..Pegawai KTMB  terlibat sendiri jelas tidk memantau keadaan ini dan diatas apa saja org nk buat kpd syt kita..

Kalau pun benar atau konon nya dia nk ambil KTMB maka KTMB adalah KTMB .tk kan nak masuk leble RAC..
RAC bukan keretapi..mrk hanya pengurusan harta atau asset..apa kaitan dgn service kpd pelangga.service pengangkut adalah keretapi..kalau keretapi Maka Lambang atau yg perlu dilekat disitu itu mesti lah keretapi.

Yg hairan nya kenapa para pegawai kita tidk bersama mengambil berat semua ini.Ada mrk seperti tidk ada..

Ramai org ramai bertanya dulu KTMB ada logo..sekarang sudh tidk ada dan digantikan dgn RAC..Siapa itu RAC..?
Adakah syt Perkeretapian baru..org ramai sudh mulai fening..
Akan datang org ramai atau rakyat nk panggil apa pd kretapi..RAC keretapi kah..?

Kalau keretapi masih dipanggil keretapi Tanah Mrlayu bhd gunakan lah logo KTMB kenapa dihilangkn..

LRT..MRT juga sistem keretapi dgn nama sendiri tapo mrk ada logo masing2..

Hairan kenapa KTM adalah juga jenama kpd sistem keretapi..tp nama hilang atau tidk dipapatkan.

Harta dan aset mrk adalah pengurusan harta ..bukan sistem keretapi..

Tk faham sekarang ..
Siapa yg akan membetulkan keadaan ini..
Siapakah yg layak membetul keadaan ini..

Kakitangan KTMB ..pegawai .atau kakitangan bawahan atau kesatuan .atau tidk boleh sesiapa pon menganggu atau menegur..atau dibiar ikut suka dia..

Siapa kah yg bertanggungjwb dlm keadaan begini..ikut suka kontrak kah nk buat..ikut fomat atau Draf BQ mana..pehak stesen dan wilayah tidk tahu status planning mrk ini utk projek  dan belanja projek adalah dr biayaan oleh badan2 tertentu utk KTMB ..tidk ada org KTMB yg  memantau. Dan memasti ia dibuat menepati skop nya..Sekarang stesen Krai sudh banyak berubah atas biayaan dr pehak tertentu.kjaan melalu peruntuk lain.Banyak dah berubah stesen Krai dr suasana asal dulu.

Rugi pegawai KTMB wilayah tidk ambil tahu krn ini peluang KTMB yg diberi peruntukkn oleh pehak tertentu contoh biayaan bantuan banjir Pantai Timur dlm keadaan kita KTMB sendiri daif maka kita tidk ambil peluang memasti ia di buat menepati hak yg kita mahu...

Fening..sakit kepela..

Apa tah lagi Tuan Pres diperingkat atasan sano..lagi hebatt...

Adus2..KTMB..apa nasib Mu.

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah..

Kita perlu berubah..


Selamat Tahun Baru Hijrah


20 September 2017

BENGONG PUNYA MENTERI

Bengong ni... optimum mcm mana, landasan ada 2 je... tren penumpang nak ketepatan waktu, tren penumpang seperti ets, komuter perlu ditambah supaya netizen tak merungut, kargo tu sampingan untuk membantu pendapatan KTMB bagi menampung kos operasi, kalau wujudkan second operator atau multiple operator, maka tren penumpang akan terganggu, lepas tu netizen mengamuk, kalau kau buka lagi pada operator lain, macam mana ktmb nak cover kos operasi sedangkah harga tambang kau orang yang kawal, harga tambang di bawah kos operasi, patutnya kau memperkukuhkan KTMB cari jalan bagaimana membantu KTMB, membantu KTMB sama juga membantu netizen... aiyaaaa... ini apek.... manyak bengong!

Lepas tu kau buat multiple operator, sewa landasan dan sebagainya RAC yang kaut, last sekali KTMB yang mampus, yang netizen tak tau apa-apa terus belasah KTMB, sedangkan kau lah punca segala masalah, jangan penting diri sendiri bro, kena fikir untuk kepentingan KTMB, kepentingan nitezen@rakyat.

RAC ni pulak dahlah tin kosong, apa benda pun tak tau.. duk dibangga sangat... haha... pening bila ada menteri bengong macam ni...

Ada bantahan?, kalau nak cakap merapu tu main jauh-jauh, panggil menteri haprak ni mai debat dgn RUM! Jangan cakap bagus tapi semua itu wayang untuk kepentingan pihak tertentu... porahhhhhh.....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

 https://www.bharian.com.my 


JOM TUKAR PROFILE!

JOM TUKAR PROFILE!
AYUH TOLAK AHLI PARLIMEN BENTONG!
KECUNDANGKAN PADA PRU 14!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB