RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

28 November 2017

MENTERI & TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN TAK MAHU JAWAB KE?

PERBADANAN ASET KERETAPI? AIYAAA... ADA HATI NAK WUJUDKAN RNAA? INI PUN TAK BOLEH HANDLE.... OWH... DAH 25 TAHUN... KIRA HEBAT SANGATLAH.... 

HAR...HAR... HAR...

LAGI TAK BUKA MATA... TAK TAULAH...

EH.... KTMB JUGAH SALAH..... HAR...HAR...HAR..

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM DARAT (SPAD) PENGANTUNGAN LARIAN KARGO

Ada dua (2) perkara yang berlaku dari sudut postif dan negatif.

1. Buruknya bila berlaku pengantunggan tren larian kargo ini akan melibatkan implikasi besar kepada KTMB  dari sudut pendapatan KTMB, pendapatan dari Kargo adalah survival untuk KTMB yang menangggung subsidi kepada larian tren penumpang.

2. Baiknya pula ialah nak bagitau kepada Kementerian Pengangkutan mana  datangnya 30% sahaja larian tren? Kalau 30% tak selamat, 100% tu selamat ke? Mereka baca tak dari sudut kedudukan "track" KTMB, jangan buat angan-angan nak wujudkan "second operator", manakala syarikat "second  operator" yang dah wujud tu, patut fikir banyak kali sebelum menceburi perniagaan ini, kerana implikasi kepada perniagaan ini sangat tinggi, jangan digula-gulakan oleh mereka yang nak cari makan.

Kepada SPAD  janganlah buat keputusan mudah, iaitu terus menjatuhkan hukuman dengan mengantung perkhidmatan Kargo, tindakan ini ibarat membunuh KTMB, dari sudut lain apa SPAD tahu tentang "keretapi", kalau datang ke "spot" sekadar tenguk kiri dan tenguk kanan, balik terus buat keputusan gantung. Awat tak gantung lebuhraya yang banyak kemalangan sehingga berlaku kematian.

Kehadiran @ kewujudan SPAD ini sebenarnya tidak memberi sebarang kebaikan malah banyak memburukkan keadaan, bukan sahaja berlaku pertindihan tugas, tapi menyusahkan, kalau kita buat kajian lebih mendalam sebelum kewujudan SPAD dan  setelah kehadiran SPAD apakah perbezaan yang boleh kita dapati, adakah kemalangan seperti bas, lori, kenderaan awam, teksi dan kegelinciran keretapi bertambah kurang, adakah kematian akibat kemalangan bertambah kurang, sebenarnya dari sudut mata kasar, ianya tidak memberi kesan positif dari sudut perbezaan antara sebelum dan selepas kehadiran SPAD, yang ada ialah pembaziran wang kerajaan dari sudut operasi dan upah yang dibayar sedangkan kesan positif yang boleh diangkat adalah tidak memberangsangkan sebaliknya berlaku masalah kepada semua pihak yang terlbat dengan SPAD.

Adakah SPAD memberi "solution" dalam setiap masalah yang dihadapi? Pada RUM sebenarnya "TIADA".

Sebagai contoh "kegelinciran" yang berlaku di BANK NEGARA berdasarkan jumlah kekerapan di persekitaran adalah tinggi sejak lapan (8) tahun yang lepas, dari sudut penyelenggaraan, pihak KTMB telah melakukan kerja-kerja penyelengggaraan mengikut SOP yang ada, makanya kewajaran  dari sudut kegelinciran setelah penyelenggaraan maka tahap keselamatan track adalah tinggi, daya terwujudnya kegelinciran kalau tidak di bawah sifar mungkin di bawah tahap 10%, tapi bagaimana pula kekerapan berlaku di persekitaran yang sama, dalam sudut ini berdasarkan jumlah kegelinciran, dimanakah peranan SPAD untuk membuat kajian secara mendalam menilai mengapa dipersekitaran tempat kejadian kerap berlaku? atau hanya sekadar buat keputusan mengantung perkhidmatan?

REHAB atau pembaikpulihan landasan yang melibatkan kos melebihi RM 1 Billion disekitar Lembah Klang, dimanakah peranan SPAD? adakah SPAD terlibat? atau MoT sahaja yang membuat dasar dan SORnya adalah juga dari MoT? Dimana KTMB? atau KTMB hanya "PAK TURUT" sekadar menerima arahan dari MoT, asalkan projek REHAB berjalan atau yang menentukan kerja-kerja REHAB ini atas kehendak Kontraktor sahaja tanpa melihat kehendak "USER" atau mungkin PAK yang mengendalikan projek REHAB ini, kalau tenguk lapuran Audit, PAK ini macam bermasalah. Bila menilai kepada persoalan ini maka kita boleh mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam projek REHAB, RUM tidak pasti tapi andaian RUM sebagai "watch dog" menganggarkan sememangnya ada yang tidak kena.

Tidak kena? Iya benar, keraguan RUM kenapa tidak didahulukan REHAB dikawasan-kawasan yang berlaku kekerapan kegelinciran? Mengapa kawasan yang diluar kawasan kekerapan kegelinciran dilakukan? Ini RUM tidak faham.

Konklusinya pihak-pihak yang terlibat perlu meminggirkan sifat kepentingan diri, keegoan dan kembali fokus kepada pekerjaan yang sebenar iaitu mencari satu solusi yang bijak bagi mengatasi masalah yang berlaku, perlu melihat asas kepada masalah yang ada seterusnya dengan ikhlas membantu KTMB bagi memastikan KTMB dapat operasi dengan baik, jangan asyik menunding jari kepada KTMB kerana ada aspek lain yang KTMB tidak bersalah, tapi kesalahan dari pihak lain yang mempunyai kepentingan dan keegoan yang tinggi.

Please...  bersama untuk menyelesaikan isu demi kebaikan rakyat khususnya pengguna, kerana pengguna tidak tahu masalah sebenar maka mereka menunding jari kepada KTMB, kami sentiasa menjadi "kambing hitam", cukuplah "hangky pangky" kat atas tu, kami dah bosan atas apa yang berlaku disebabkan mereka yang berkepentingan dan kami juga sudah bosan tomahan yang dilemparkan... cukuplah... bukannya kami tidak tahu apa yang berlaku di atas sana.

Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
#PrayForKtmb


SECOND OPERATOR EK ELEHHH... MACAMLAH RUM TAK TAU...

Sebenarnya yang menjadi mastermind "second operator" ini ada dua (2) orang, kedua-duanya pernah berkhidmat dengan keretapi, seorang berminat dengan "Kargo" dan seorang lagi berminat dengan ETS.

Yang berminat dengan Kargo ini, malah Syarikat pun telah ditubuhkan ialah individu yang berhenti pada zaman Dato Elias Kadir, tapi yang bestnya sebelum berhenti pernah pesan dengan saya selaku Presiden RUM, "RAZAK KAU JAGALAH KTMB", sekarang ayat pesanan yang disampaikan pada saya, agaknya dia dah lupa.

Seorang lagi yang berminat dengan ETS ialah individu yang suka sangat menjadikan contoh AIR ASIA malah beliau pernah berhasrat menganaksyarikatkan ETS, tapi RUM berjaya menghalangnya, kalau tidak hari ini KTMB telah kehilangan sumber pendapatan yang menguntungkan KTMB.

Rum juga tau siapa "faunder" mereka, malah "cable" mereka juga cukup kukuh untuk merealisasikan "second operator", biasalah "cable" kuat mereka kalau tidak YB Menteri & Timbalan Menteri, yang beriya-iya nak "second operator" dan menghalalkan RNAA.

Kepala otak kalau dah ada $$$$$$$ apa cara pun akan cuba mereka laksanakan soal maruah dan kepentingan negara tidak dipedulikan, rakyat jadi mangsa pun mereka tidak kesah, mereka gula-gulakan kenyataan bahawa "SECOND OPERATOR" dan "MULTIPLE OPERATOR" adalah yang terbaik untuk mengisi kekurangan larian tren konon katanya keperluan larian di "track ktmb" hanya tiga puluh (30%), maka yang ada kepentingan, yang otaknya "blank" akan mengatakan ini adalah idea terbaik.

Jawapan mudah kepada idea ini macam seorang tu cakap "KEPALA BAPAK KAU", opssss bukan RUM cakap, RUM hanya mengulangi dan mempopularkan lagi ayat tersebut sahaja.

Apa pun RUM suka pergi QUILL CITY MALL, pergi lepak dan minum kat situ, selain itu RUM juga suka pergi window shopping kat PAVILION... hehe... apa kau melalut ni Razak... hahaha...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


27 November 2017

Audit report: RM142.75 mil for Skypark double-track still not spent

KUALA LUMPUR: The National Audit Department has found that RM142.75 million channelled to the Railway Assets Corporation (PAK) for the Subang-Skypark Subang Terminal Extension Project in January 2012 is still not spent.

According to the Auditor-General’s Report 2016 Series 2 issued today, it was also found that the allocation had not been returned to the transport ministry (MOT), resulting in the project still not implemented as planned.

In addition, the value management conducted did not achieve the full objective when cable shifting work and the cost of appointing an independent checking consultant (ICC) was not refined which eventually led to an increase in costs by RM21.07 million.

The audit found no feasibility study was done when the proposed project was approved in September 2011 and the objective of constructing a cargo train short-cut track hard to achieve.

The audit also found several aspects of construction work to be dissatisfactory including broken pieces of mosaic, roof and walls, designs that were not user-friendly, work not meeting specifications, electrical work not complying with regulations, and low monitoring.

To ensure the project is efficiently managed, the audit recommended that MOT fully recover the RM142.75 million which was transferred to PAK, including benefits, and conduct an investigation on the negligence during the claim process by ICC.

In addition, the audit also suggested that stern action be taken against the contractor on the management of issues at the site which was dissatisfactory, including failure to complete the project on schedule and improper construction work which did not comply with standards.

The audit also recommended that MOT raise the level of close monitoring on the quality of work of the contractor who often had to demolish completed works and redo them due to mistakes.

The Subang-Skypark Subang Terminal Extension Project begins from Km17.37 at the Subang Jaya Section-Batu Tiga and ends at the Skypark Terminal, a distance of 8.157km involving an overall cost of RM521.06 million encompassing works to construct the station, tracks and system.

The project, which commenced on Feb 21, 2013, should rightly have been completed on Feb 20, 2016 but three time extensions (EOT) were approved with the last ending on June 14, 2017.


COOLING PERIOD DEMI SITUASI DERAILMENT/ FAHAM CEO/ GM TMOD TETAP DALAM PERHATIAN KAMI/ SELAYAKNYA MENJAWAT JAWATAN PENYELIA JAMBAN!

Dalam keadaan kesulitan KTMB yang menghadapi derailment, tentu sahaja fokus utama ialah membaikpulih landasan seberapa segera bagi memastikan tren-tren penumpang dapat  beroperasi semula kerana ianya melibatkan kepentingan pengguna.

Kami juga sedar bahawa SPAD telah mengarahkan penggantungan perkhidmatan Kargo dari KL Central hingga ke Rawang ini menghakibatkan KTMB kehilangan pendapatan malah akan menyebabkan KTMB bermasalah.

Disinilah tanggungjawab dan beban yang besar terpaksa ditanggung oleh En Rani CEO KTMB untuk mengatasi masalah yang berlaku ini, malah kami RUM sentiasa mencari jalan membantu dengan cara kami dan amat memahami situasi yang dialami oleh En Rani CEO KTMB.

Dalam hal ini kebangangan Tuan Haji Helmi Hasan GM TMOD pula cuba mewujudkan pertikaian dan ketegangan antara RUM dan KTMB, pasti ini akan menambah beban kepada En Rani CEO KTMB. RUM sendiri tidak faham apa punya "BENGONG" GM TMOD, selayaknya jadi "PENYELIA JAMBAN" seperti mana zaman Marak Unggul lakukan kepada seorang GM KTMB dahulu.

Justeru itu demi memahami keadaan En Rani CEO KTMB maka kami akan ambil pendirian "SILENT@COOLING PERIOD" untuk sementara waktu sehingga semua proses masalah yang berlaku ini selesai, kami sentiasa mendoakan En Rani CEO KTMB tabah dan kuat untuk terus berusaha mengembalikan Kargo beroperasi semula kerana ianya pendapatan utama KTMB.

Semoga semua masalah selesai, kita fokus "TOLAK RNAA dan TOLAK SECOND OPERATOR"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

#PrayForKtmb
#AhliRumDilarangKomen


25 November 2017

MEDIA CETAK/ UTUSAN MALAYSIA DARI KACAMATA RUM

Dulu Utusan Malaysia memang hebat, antara langganan tetap Kesatuan maupun saya secara peribadi, kini RUM sudah tidak melanggani Utusan Malaysia kerana Utusan Malaysia maupun media cetak yang lain sudah tidak lagi berperanan secara telus dan terbuka khususnya hal ehwal Kesatuan Sekerja.

Kini Utusan sudah lagi tidak berfungsi seperti dahulu, isu-isu Kesatuan Sekerja tidak lagi tercatat dalam Utusan seperti mana dahulu, kalau ada hanya kenyataan terpilih atau hanya disudut kecil atau terpinggir.

RUM banyak kali buat Sidang Akhbar maupun Kenyataan Akhbar, malangnya  tidak pernah dipaparkan berbanding tahun 1980an -2010 berita mengenai Kesatuan Sekerja pasti dikeluarkan malah Utusan Malaysia meletakkan wartawan khusus atau yang mahir dengan bidang atau hal ehwal Kesatuan Sekerja.

Malah kebanyakkan Wartawan Utusan yang membuat liputan mengenai Kesatuan Sekerja diberi kenaikan pangkat malah ada yang jadi Pengarang, hebatnya  wartawan yang membuat liputan hal ehwal kesatuan sekerja satu ketika dahulu.

Dr Manimaran adalah antara Wartawan Utusan yang hebat satu ketika dahulu, RUM cukup respect dengan Dr. Manimaran malah ramai wartawan-wartawan seangkatan dan sebelumnya cukup hebat berpengetahuan secara khusus tentang hal ehwal Kesatuan Sekerja.

RUM tidak kata wartawan khususnya sekarang tidak hebat, RUM faham kekangan mereka dalam mengeluarkan kenyataan, Maaflah sahabat-sahabat wartawan RUM di Utusan kerana ini pandangan berdasarkan pengalaman saya semenjak menjawat jawatan Presiden RUM 20 tahun yang lampau.

Teringat RUM satu ketika awal tahun 2000an, krisis mengenai Ex-Gratia RM 400.00 yang diumumkan oleh Kerajaan melalui Bajet ketika itu, kerajaan tidak mahu memanjangkan Ex-Gratia yang diumumkan kepada pekerja KTMB, maka pertikaian berlaku sehingga campurtangan Tun Daim ketika itu selaku Menteri Kewangan, yang mana pertemuan itu gagal, balik sahaja ke Pejabat Rum, saya selaku Presiden terus membuat kenyataan akhbar, semua akhbar keluar termasuklah Utusan Malaysia, malah Utusan Malaysia mengeluarkan kenyataan "Head Line" lebih kurang tajuknya begini:-

"PERTEMUAN RUM DENGAN TUN DAIM GAGAL, RUM AKAN TERUSKAN PIKET".

Ketika itu  Utusan Malaysia memang hebat mendapat jualan tertinggi malah Utusan Malaysia  akhbar no 1di Malaysia, hari ini Utusan Malaysia tertinggal kebelakang malah kerugian lebih RM 200 juta.

RUM sendiri amat berharap bahawa Utusan Malaysia akan kembali seperti dahulu, kenyataan-kenyataan yang lebih telus dan terbuka malah mampu menghighlightkan sebarang isu mengenai Kesatuan Sekerja, kerana ianya mampu menghightlightkan dan membantu Kesatuan Sekerja yang menghadapi isu untuk didengari oleh Kerajaan. Isu RUM tahun 2000 mengenai Ex Gratia berjaya diatasi dengan hebahan akhbar-akhbar khususnya Utusan Malaysia, sehingga hari ini setiap pengumuman kerajaan melalui Bajet yang di umumkan YAB Dato Seri Perdana Menteri dipanjangkan kepada Pekerja KTMB.

Setelah RUM melihat kebanyakkan arus media cetak tidak lagi atau agar sukar mengeluarkan kenyataan mengenai hal ehwal Kesatuan Sekerja, maka RUM telah mengunakan media sosial iaitu Facebook dengan nama Suara RUM, kerana RUM perlukan hebahan sebagai strategi marketing untuk menarik perhatian awam dan kerajaan selain menghebahkan maklumat kepada ahli-ahli RUM.

Hari ini RUM hanya mampu bergantung dengan akhbar online seperti FMT/ Malaysia Kini dan Sinar, terima kasih kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan RUM.

Mudah-mudahan arena Media Cetak kembali seperti dahulu, sekiranya masih kekal sebegini, percayalah Utusan maupun media cetak yang lain tidak mampu mencapai keuntungan sebaliknya  rakyat akan memilih saluran Media Sosial sebagai sumber maklumat, yang rugi Syarikat Akhbar itu sendiri malah penyampaian maklumat oleh Kerajaan makin terhakis dengan kehebatan media elektronik dan media sosial.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja KTMB


RUM ISTIHAR PERANG DENGAN GM TMOD

Kita akan buktikan satu persatu kesalahan GM TMOD, termasuk perkara yang bertentangan dengan CA, sehingga beliau diambil tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja.

Antaranya:-

1. CA 8, keputusan Lembaga Pengarah KTMB mengenai CA 8 terus diangkat ke Kementerian Kewangan tanpa memaklumkan kepada RUM, beliau dengan sengaja tidak memberi ruang pada RUM untuk membuat rayuan kepada Lembaga Pengarah KTMB.

2. Sehingga hari ini dah hampir dua (2) tahun CA belum ditandatangani, GM TMOD dengan sengaja melengahkan CA.

3. Banyak artikel CA yang bertentangan dengan CA.

4. Perkara yang diviralkan di Facebook oleh kalangan pekerja yang bukan ahli RUM menjatuhkan Imej KTMB tidak diambil tindakan tatatertib, kalau ada hanya memberi amaran, sedangkan ahli-ahli RUM dan pegawai-pegawai dalam RUM dalam kelambu pun diintip dan dikeluarkan surat tunjuk sebab, satu tindakan diskriminasi dan berniat jahat.

5. Setiausaha Agung bercakap dalam Mesyuarat mengenai kes outsorce KTMC dengan nada lantang disebakan kegagalan dan janji untuk membuat presentation mengenai KTMC untuk dioutsorce di beri surat tunjuk sebab atas kapasiti pekerja iaitu Pemandu Lokomotif.

6. Memberi cuti tanpa rekod kepada organisasi yang tidak diiktiraf.

7. Gagal memberi khidmat nasihat yang betul dari sudut undang-undang kepada Lembaga Pengarah KTMB sehingga menimbulkan masalah kepada RUM.

8. Menyekat aktiviti-aktiviti Kesatuan Sekerja demi kebaikan KTMB dengan menghalang memberi pelepasan dalam tugas.

9. Mencampuri secara terangan urusan Kesatuan Sekerja.

10.  Mewujudkan keretakkan Keharmonian Perusahaan diantara RUM dan KTMB

11. Dan lain-lain lagi

RUM akan menulis surat secara rasmi kepada CEO KTMB untuk memohon GM TMOD diambil tindakan tatatertib sehingga beliau dibuang kerja.

Kegagalan menyelesaikan kemelut ini dalam satu tempoh RUM akan mengistiharkan pertikaian dan bakal mengambil tindakan perusahaan.

RUM akan lawan abis-abisan seperti mana RUM menyingkirkan Mantan Presiden KTMB.

Dengan ini RUM mengistiharkan "PERANG DENGAN GM TMOD, TUAN HAJI HELMI BIN HASAN".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


RUM SETUJU DENGAN KENYATAAN INI.

Beliau patut bertanggung jawab, ini sebuk dengan RNAA dan Second Operator!

Haprak punya MoT

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
Liow responsible for KTM disruptions, says Kian Ming


PETALING JAYA: Serdang MP Ong Kian Ming today took Transport Minister Liow Tiong Lai to task over the recent spate of train derailments, the latest of which disrupted services on the line connecting the Segambut, Putra, Bank Negara and Kuala Lumpur stations.

In a statement, he said Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTM) had suffered three major derailments in the past three months.

He slammed Liow for “remaining conspicuously silent” throughout all three disruptions despite KTM being under the purview of the transport ministry.

He also questioned the status of the Malaysia Transportation Safety Board (MTSB), which was meant to carry out independent investigations of accidents for all modes of transport including rail accidents.

He said the act to establish the MTSB was supposed to have been in the final stages last December, but there had been no sign that it would be tabled in the current parliamentary session.

“If this statutory body had been established this year, it could have been tasked with investigating these recent derailment accidents.

“But because of the ineptitude of the minister, we are left pointing fingers and none of us any the wiser as to the cause of these accidents and how to prevent them in the future,” he said.

In the incident yesterday, 12 wagons of a south-bound goods train derailed between the Bank Negara and Kuala Lumpur railway stations.

KTM said train services were only expected to return to normal in three days.

On Sept 23, a snapped electrical cable between the Rawang and Kuang stations caused track closures for two days.

On Aug 21, meanwhile, a cargo train derailed at Jalan Kuching, causing delays for several days.

Ong said it was ironic that billions of ringgit had been spent on the MRT when the KTM Komuter service, which was used by more than 100,000 commuters a day, continued to be “sub-par” and “plagued by major disruptions”.

He commended the Land Public Transport Commission (SPAD) for its response to yesterday’s derailment, but urged it to do more.

“It must not leave the investigation of the most recent cargo train derailment solely to KTM.

“SPAD itself must lead the investigation and make public the findings in the interest of transparency,” he said.

 Freemalaysiatoday 


24 November 2017

TAMATKAN PERKHIDMATAN GM TMOD KTMB BAKAL JIMATKAN KOS LEBIH RM 120.000 SETAHUN

Dalam keadaan KTMB bermasalah, tren kargo derail, SPAD gantung perkhidmatan Kargo, RNAA nak masuk, GM TMOD boleh gunakan kesempatan menceroboh whatsapp group untuk ahli-ahli RUM dengan niat jahat cuba menakutkan ahli-ahli RUM dan menyekat kebebasan bersuara ahli-ahli RUM.

Tindakan GM TMOD dengan sengaja bertujuan untuk melaga-lagakan RUM dengan CEO baru, malah beliau sengaja mewujudkan pertikaian dan meretakkan keharmonian perusahaan, orang macam ini sememangnya tidak layak duduk dalam KTMB malah antara GM yang dilihat tidak berupaya menjalankan tugas selayaknya disingkirkan dari KTMB.

Beliau sebenarnya langsung tidak menjalankan tugas, malah mengikut maklumat yang diterima beliau hanya asyik bermesyuarat, kadangkala mesyuarat yang dihadiri beliau bukan tanggungjawab  GM TMOD, sekiranya keperluan untuk hadir mesyuarat sebenarnya adalah dikalangan pegawai bawahannya. (Asyik-asyik mesyuarat.. kerja tak buat..)

Kerja-kerja GM TMOD yang sepatutnya dibuat oleh GM TMOD semua diserahkan kepada Pengurus Kanan, ini disebabkan beliau sendiri tidak tahu buat kerja dan bergantung kepada Pengurus Kanan dan pegawai bawahannya. (Maklumat dalaman TMOD)

Maka itu RUM beranggapan bahawa KTMB telah kerugian ribuan ringgit setiap bulan kerana membayar upah yang tidak selayaknya diterima oleh beliau, maka itu keputusan yang paling tepat adalah menamatkan perkhidmatan beliau kerana ianya mampu menjimatkan kos perbelanjaan KTMB.

KTMB lumpuh dari urusan pentadbiran Sumber Manusia disebabkan oleh ketidakupayaan seorang yang berstatus Pengurus Besar.

Jolok sarang tebuan, RUM telanjangkan je...  ada RUM kesah.... RUM ni banyak tutup mulut sebab fikir kawan.. tapi dah melampaui batas .. RUM belasah maksimum....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

#ahlirumdilarangkomen


2 dalam 1


Usik


Seribu kali kurang ajar


Attack Maximun


BICARA LARUT MALAM JUMAAT

Asyik iya... malam jumaat, tapi RUM tak kira hari apa pun tetap malam jumaat, macam kerjalah tak kira waktu, kerja "round the clock", nampak macam mudah tapi otak bergerak, asyik duk berfikir.

Tapi malam ni bicara tentang GM TMOD, setelah RUM meneliti secara mendalam dalam kes-kes yang berlaku sebelum ini, RUM mentafsirkan GM TMOD ini mempunyai sifat "dendam kesumat" setelah RUM belasah maksimum terhadap beliau.

GM TMOD ni memang "lemah" @ "useless" diletakkan ke jawatan berkenaan tanpa "qualification" atau lebih tepat letaknya kejawatan itu berdasarkan "mudah kerja" untuk mantan presiden terdahulu, walaupun bertentangan dengan undang-undang, beliau terus langgar, alasannya arahan "boss".

Dari sudut lain mana-mana kroninya yang melakukan kesalahan beliau lepaskan tanpa sebarang hukuman atau setidak-tidaknya memberi "amaran" almaklumlah nama pun "kroni".

Berbanding dengan RUM, Setiausaha Agung RUM sebelum ini terus diberi surat tunjuk sebab kerana dendam kesumatnya, manakala yang terbaru dalam "kelambu" RUM pun dia hantar "BARUA" sebagai "TALIBARUT" lepas tu bagi surat tunjuk sebab sedangkan dalam kelambu RUM itu tertutup, hanya untuk ahli-ahli RUM sahaja dan semua penulisan yang ada adalah berdasarkan status dalam aktiviti-aktiviti kesatuan dan bukannya sebagai "pekerja".

Macam malam jumaat, nak apa fesyen pun dalam kelambu kita, yang duk mengintai tu apa hal, charge bateri ke@atau nak cuba mengatal? dalam kelambu suka hati kita oranglah, nak buat fesyen mana pun, ini terlebih mengintai maknanya nak kena "pelangkung" atau nak "lebam biji mata ke?" ibaratnyalah...

Yang "BARUA" sekor ni, apa hang dapat? Awat hang bodoh sangat? Hang bodek lagu mana pun, hang tetap kuli, awat hang gitu sampai nak naiya orang, cuba bini hang atau adik hang orang intai, apa hang buat? Nasib baik kami tak tau sapa yang duk ngintai, kalau tau... mampuih hang kami kerjakan..

Dunia... dunia.. menganiaya orang.. balasannya tak hari ini... mungkin esuk... Allah Maha Adil tau...jangan kopiah letak kat kepala tapi perangi lebih dari syaitonnnnnn...

Coming soon "PIKET" tendang GM TMOD keluar...
Kau usik mana-mana Pegawai RUM dan Ahli-ahli RUM atas tiket "PENGANIAYAAN" kita lawan abis-abisan, tarak takut mati punya... WE ARE UNIONIST!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

#PrayForKtmb


23 November 2017

DERAILMENT KARGO DI BANK NEGARA

Sudah lama saya selaku Presiden dan Sdr Maniam Setiausaha Agung RUM tidak turun ke Spot (kawasan derail) kalau ada di jalan kucing  sebulan yang lalu, itu pun disebabkan rungutan pekerja yang tidak dapat@lambat disediakan nasi bungkus untuk makan malam, maklum pekerja berkerja "round the clock", bukan kami tidak mahu turun, tapi keadaan @situasi membuat kami tidak mahu turun, namun tetap membuat siasatan melalui pegawai utama serta pegawai cawangan dan membangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Oshen. Kali ini saya dan Sdr Setiausaha Agung turun melihat sendiri untuk menilai sendiri apakah punca kejadian, kerana boleh dikatakan kekerapan berlaku di persekitaran lokasi kejadian.

Kata orang dulu-dulu kalau kerap berlaku kejadian kemalangan ditempat atau lokasi atau persekitaran yang hampir sama, maka tempat itu dikatakan berhantu, tapi itu semua kepercayaan karut, namun dihati tetap rasa pelik selepas melihat ditempat kejadian bahawa kejadian yang berlaku tidak nampak sebarang kelemahan dari sudut manusia maupun dari sudut keselamatan.

Dari sudut teknikal, saya tidak pasti namun  dari gambaran kasar seperti tiada kecacatan, cuma dari segi andaian,  apa pun itu terserah kepada pihak KTMB dan SPAD untuk melakukan siasatan, dari sudut RUM, RUM akan mengemukakan pandangan kepada pihak pengurusan tertinggi KTMB bagi memastikan kejadian tidak berulang lagi.

Sungguh  bila berlakunya derailment, mana mungkin kami mahu ianya berlaku, malah usaha sentiasa dilakukan bagi memastikan tahap keselamatan secara maksima, saya juga dimaklumkan oleh CEO tadi bahawa dalam Mesyuarat dengan SPAD baru-baru ini semua tempat yang dikenal pasti boleh berlakunya kemalangan@derailment ditingkatkan tahap keselamatan, ini telah dilakukan demi memastikan semua larian tren selamat.

CEO En Rani sedang berusaha gigih untuk memastikan semua berada dalam keadaan baik, kesian beliau baru sebulan lebih menjawat jawatan kejadian ini berlaku, tapi beliau seorang yang gigih dah kuat, maka kita (RUM) juga amat berharap beliau terus kuat dan tabah dalam menghadapi situasi ini.

Diperingkat lain bagi memastikan setiap pengguna yang mengalami gangguan perjalanan kerana perkhidmatan terhenti, usaha telah dilakukan bagi memastikan setiap pengguna diberi perkhidmatan gantian seperti dari Sungai Buloh mereka akan mengunakan MRT, dilokasi lain akan disediakan perkhidmatan Bas, malah pegawai-pegawai KTMB berada di setiap lokasi bagi membantu penumpang dari segi khidmat pelanggan, harapan RUM sendiri agar pengguna memahami keadaan yang berlaku dan kami RUM sendiri memohon maaf atas segala kesulitan.

Setiap halangan yang berlaku itu adalah cabaran buat kami dari peringkat atasan KTMB sehingga kami selaku pekerja untuk terus tabah dalam menangani kejadian yang tidak diingini, kita akan lakukan sebaik mungkin agar kejadian tidak berulang lagi, mudah-mudahan dengan izin Allah Swt kejadian seperti ini dijauhkan, kerana ianya membuat kami sendiri merasa sedih tetapi tetap bersemangat untuk berusaha meningkatkan perkhidmatan kami.

Semoga Allah Swt melindungi kita semua.

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

#PrayForKtmb


18 November 2017

KOMEN FB REMEH/ BERSAMALAH KITA

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Semalam pegawai dan ahli RUM mengamuk betul bila satu kenyataan dikeluarkan oleh seseorang, walaupun pada awalnya RUM nasihatkan jangan, tapi mereka tetap nak attack balik, last sekali RUM terpaksa akur kehendak mereka, sebab mereka mempunyai alasan yang munasabah.

Mana mungkin mereka tidak marah, sedangkan isu yang dipapar isu remeh, dulu pun berlaku juga, bukan tidak berlaku, malah dalam mesyuarat-mesyuarat jkkp tika dulu ada dibangkitkan masalah sebegitu.

Seperkara lagi dulu KTMB ada duit, suntikan pun dapat, maka isu-isu seperti ini dapat diatasi bila RUM bangkitkan dalam jkkp.

Janganlah bawa isu yang remeh sedangkan isu yang lebih besar seperti RNAA patut diperjuangkan bersama kerana ianya melibatkan tempat yang anda pernah cari rezeki satu ketika dulu.

Ada satu komen RUM terbaca bila seorang Hamba Allah komen "pekerja lawan taukey@hamba melawan tuhan", umpama apa yang Hamba Allah ini sebut? RUM nak tanya Hamba Allah ini kalau dia baca komen ini, sebab siapa RNAA ini dicetuskan? Siapa dalangnya? Iya ramai yang tidak tau.. tapi kadang-kadang kerana "perut* kita sanggup menghalalkan cara, tenguk-tenguklah cermin tu, udah-udahlah... jangan kita tonggang tongek, puasa sunat tidak pernah mis... orang terus percaya... kami kenal sapa anda... hentikanlah wayang tu... Allah tu Maha Adil! Ingat ribuan insan periuk nasinya di KTMB, malah KTMB inilah yang memberi rezeki membesarkan anak-anak kita.

RUM kadang-kadang sudah tidak faham manusia ini, sifat keikhlasan sudah tiada, sewajarnya kita bersama untuk mempertahankan KTMB, janganlah isu remeh dibentangkan didunia media sosial, banyak ruang bicara secara berhemah boleh disampaikan, ianya lebih tertib dan dihormati.

Malu tau.. CEO baru En Rani adalah orang luar, bukan darah KTMB.. tapi tetap berusaha segigih mungkin untuk memajukan KTMB.. ibarat baru setahun jagung tapi telah mengenal KTMB.. tahu KTMB dirundung masalah... kenal pegawai-pegawai KTMB.. dia tetap berusaha dan terus berusaha segigih mungkin untuk mempertahankan KTMB... CEO EN RANI... RUM nak maklumkan pada anda... "HE IS A LEADER"... kalau fahamlah maksud "LEADER".

RUM ingin nasihatkan mereka ini semua, anda macam abang-abang kami, tolonglah hentikan perkara sebegini, ayuh bersama dengan kami untuk mempertahankan KTMB... sayangilah KTMB seikhlas mungkin.. hindarkan sama sekali agenda tersirat... kerana kami kenal mana kaca dan mana permata.

Kepada pihak pengurusan KTMB tolonglah,  pastikan kerja anda semua bukan kerana gaji tapi kerana sayangkan KTMB, begitu juga kepada pekerja KTMB, ini tempat mencari rezeki, sama-sama kita berusaha untuk menjadi pekerja yang berdedikasi dan terus bersatu mempertahankan KTMB.

Salam hormat dari kami seluruh kepimpinan dan ahli-ahli RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


16 November 2017

CERITA TV 1 MALAM TADI..

Malam tadi dengarlah apa yang Tim Menteri Pengangkutan cakap dalam TV1, 30% sahaja pengunaan landasan, entah mana fakta dia dapat tak tau... Menteri pulak cakap 40% pengunaan landasan, dua-dua dah melalut, macam pening ketum.

Sebab pengunaan landasan 30% maka MoT ingin merancakkan pengunaan landasan KTMB katanya macam "PLUS HIGHWAY".... orang yang tak tau keretapi.... angguk-angguk.... wow... inilah "idea inovatif".... har...har..har..

Dia ingat Peraturan dalam keretapi sama kot macam undang-undang jalan raya.... har...har...har... entah-entah apa yang ada dalam SPAD pun dia tak tau.... har...har...har...

Lawak... lawak... ingatkan Ahmad Maslan je pandai wat lawak..... rupanya Aziz Karpawi pun pandai.... har...har...har....

Nasib kau lah labu......

Eh.... RUM cakap tak betul ke?

Ialah RUM kuli... Lu Master of Business.... Har...har..har

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


15 November 2017

Railway union repeats call to scrap KTMB assets transfer move

November 15, 2017

PETALING JAYA: The KTM Employees Union (KPPKTMB) has reiterated its call to the government to terminate the Railway Network Access Agreement (RNAA), which it claims will hamper the CEO from transforming KTMB.

Union president Abdul Razak Md Hassan said RNAA gave absolute power to the government-owned Railway Assets Corporation (RAC) to carry out development for its own profit.

Any innovative idea proposed by KTMB’s CEO would be difficult to implement under the RNAA system, he said in a statement today.

The RNAA was signed between RAC and KTMB to allow the transfer of all of the railway company’s rolling stocks and land to the corporation. The exercise is expected to be completed next year.

The exercise is aimed at separating train service operations handled by KTMB from the ownership, management and maintenance of the train assets which will come under RAC.

On May 5, Razak was reported as warning that the RNAA carried huge implications for the employees and KTMB, from the perspective of service and national interest, and might lead to the retrenchment of 4,000 employees.

Razak said the union welcomed plans by CEO Mohd Rani Hisham Samsudin to use KTMB land in the Klang Valley for property development to generate income for the company.

“In order to achieve this innovative idea for the benefit of KTMB, the government should dissolve RAC.

“The ownership of all assets should also be returned to KTMB to enable the CEO to succeed in developing KTMB.”

He urged the government to give Rani Hisham, who was appointed by the prime minister, the opportunity to show his capability.

“The confidence of the prime minister needs to be brought in line with the change in the KTMB business model to look beyond the railway service.

“It is time for KTMB to expand its business, not just into property development but also the manufacturing of locomotives, coaches, commuter sets and others.”  [FMT] 


Kesatuan pekerja ulangi desakan batal perjanjian halang transformasi KTMB

November 15, 2017

PETALING JAYA: Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) mengulangi desakan membatalkan Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) yang didakwa akan menghalang usaha ketua pegawai eksekutifnya (CEO) mentransformasikan KTMB.

Presiden KPPKTMB, Abdul Razak Md Hassan mendakwa RNAA yang diwujudkan berlandaskan idea korup, memberi kuasa mutlak kepada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) melakukan pembangunan yang hanya akan menguntungkannya.

“Sistem RNAA yang bakal diwujudkan ini secara negatifnya hanya menguntungkan PAK dan mengancam pembangunan KTMB.

“Malah idea inovatif yang dicetuskan CEO KTMB juga sukar dicapai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

RNAA ialah perjanjian mengasingkan pengendali perkhidmatan kereta api di bawah KTMB, dengan pemilikan, pengurusan dan penyelenggaran aset yang bakal diletakkan di bawah RAC.

Pada 5 Mei lalu, Razak dilaporkan berkata, RNAA bakal memberi implikasi besar kepada pekerja dan KTMB, daripada sudut perkhidmatan dan kepentingan negara, termasuk menyebabkan pemberhentian 4,000 kakitangan KTMB.

Mengulas lanjut, Razak berkata, kesatuan itu menyambut baik rancangan CEO, Mohd Rani Hisham Samsudin meneroka projek pembangunan hartanah di tanah milik KTMB di sekitar Lembah Klang kerana ia boleh menjadikannya agensi mampu menjana keuntungan.

“Untuk mencapai hasrat cetusan idea inovatif ini yang mana kesatuan menyokongnya demi kebaikan KTMB, kerajaan hendaklah membubarkan RAC dan menyerapnya dalam jabatan di bawah KTMB.

“Maka, semua pemilikan aset hendaklah dikembalikan kepada KTMB bagi memastikan pembangunannya mencapai hasrat seperti diinginkan CEO KTMB.”

Beliau menggesa kerajaan memberi peluang kepada Rani Hisham yang dilantik perdana menteri untuk membuktikan kemampuannya.

“Keyakinan perdana menteri perlu diselarikan dengan perubahan struktur perniagaan KTMB yang lebih luas dan bukan hanya fokus kepada bidang perkeretapian.

“Sudah tiba masanya KTMB diolah menjadi perniagaan global bukan sahaja dari sudut hartanya, malah mampu menjadi pengeluar lokomotif, koc, set komuter dan sebagainya.”  [FMT] 


PERTEMUAN ANTARA RUM & SRUT/ USAHA RUM SEHINGGA PERINGKAT ANTARABANGSA

Akhirnya pertemuan yang berlaku tempoh hari persetujuan telah dicapai antara RUM & SRUT bahawa tiada Tren Kargo@"Second Operator" boleh melintasi "cross boarder" ke Thailand. SRUT juga akan membantah dan mengambil pendekatan yang sama untuk menghalang "Second Operator". Persetujuan dicapai selaras dokumen yang sedia ada, bahawa kebenaran cross boarder hanya KTMB dan SRT sahaja.

Kami kesatuan sekerja sentiasa bekerjasama dalam menghalang sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan syarikat kami khususnya KTMB & SRT.

Persetujuan juga dicapai bahawa SRT dari sudut Solidarity bersedia "PIKET" di kedutaan Malaysia sekiranya RNAA dilaksanakan.

Usaha Rum akan berterusan untuk mendapatkan sokongan Solidarity dari negara Asean dan Asia Pacifiic, resolusi RUM dalam Tokyo Forum telah diluluskan sebulat suara dari semua gabungan ICLS Asia Pacific.

RUM juga akan membawa isu RNAA ke pengetahuan  ITF london memohon sokongan solidarity, buat masa ini ianya telah pun dimaklumkan kepada Presiden ITF RAILWAY Section dari Finland.

RUM akan terus berjuang sehingga RNAA dihentikan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB