06 September 2018

GAJI MINIMA YANG DIUMUMKAN OLEH KERAJAAN RM 1050.00

DARI KACAMATA RUM
GAJI MINIMA YANG DIUMUMKAN ADALAH TIDAK MUNASABAH

Pada pandangan RUM kenaikan gaji yang diumumkan oleh kerajaan adalah berdasarkan peratusan (%),  bukannya pada penilaian jumlah wang Ringgit Malaysia (RM), maka kenaikannya hanyalah 5% sahaja.

RUM juga melihat keputusan yang dibuat oleh kerajaan tidak berdasarkan kepada kos sara hidup atau kos kehidupan harian maupun kos kehidupan bulanan  setiap individu pekerja yang sudah berkahwin maupun bujang.

RUM juga menilai bahawa bahawa teknik kenaikan ini seperti teknik sistem Perjanjian Bersama (Collective Aggrement) yang mengunakan faktor customer prize index (CPI) yang dikira dua (2) tahun kebelakang berdasarkan kenaikan gaji minima yang terakhir adalah 2016, kadar CPI dianggarkan sekitar lima peratus (5%)

Apa yang RUM lihat kemungkinan kekangan dari sudut kehendak majikan yang mana Management Employers Federation (MEF) menentang kuat kenaikan gaji minima, seperti biasa kerajaan terpaksa tunduk dengan MEF, RUM beranggapan satu kemenangan MEF dan dari sudut lain kekalahan dari pihak MTUC sebagai badan induk mewakili kaum pekerja.

RUM tidak nafikan bahawa kenaikan ini ada buruk dan baiknya.

Buruknya ialah pekerja tidak mampu menanggung kos sara hidup yang kian meningkat.

Baiknya ialah syarikat-syarikat yang tidak berdaya saing atau menghadapi masalah kewangan tidak akan ditutup @ bankrap, kerana kalau syarikat tutup @ bangkrap maka implikasinya pembuangan pekerja berlaku malah menghakibatkan kadar pengangguran meningkat.

Namun dalam hal ini RUM melihat kepada skop yang lebih luas kepada statik sekiranya kenaikan lima peratus (5%) berapa banyak syarikat akan bungkus, andai sepuluh peratus (10%) berapa banyak syarikat akan bungkus begitu juga seterusnya, begitu juga jumlah pekerja yang terlibat berapakah jumlahnya, statik ini perlu dijelaskan bagi menyakinkan kami kepimpinan kesatuan sekerja agar tidak mempertikaikan kenaikan gaji minima sebanyak lima peratus (5%) yang diumumkan oleh kerajaan, kerana alasan kerajaan kenaikan ini adalah berdasarkan kemungkinan kenaikan gaji minima yang tinggi akan menghakibatkan syarikat bungkus.

Pada pandangan RUM kenaikan lima peratus (5%) yang diumumkan oleh kerajaan adalah amat rendah berbanding dengan nilai kos sara hidup bagi seorang individu pekerja yang berkahwin atau bujang, kenaikan ini memberi pengertian bahawa ianya bukan satu suntikan bagi meringankan bebanan kos sara hidup yang tinggi.

RUM faham penjawat awam mendapat gaji minima RM 1200.00 malah kini CUEPACS juga telah membuat kenyataan dengan meminta kerajaan untuk meningkatkan kadar gaji semua penjawat awam, RUM tidak mempertikaikan Cuepacs kerana ianya adalah Kesatuan Sekerja Gabungan Penjawat  Awam atau ertikata lain Cuepasc berhak menuntut kerana Cuepacs adalah Badan Perundingan bagi penjawat awam, namun sebaiknya diselaraskan dengan semua pekerja yang berada disektor swasta kerana kita menyedari walaupun niat kerajaan untuk menjadikan contoh kepada sektor swasta agar mengambil pendekatan yang sama dengan kerajaan namun sektor swasta tidak akan berbuat sedemikian maka akan wujudlah rasa ketidakpuasan hati kalangan pekerja yang beranggapan mereka seperti dianaktirikan, justeru itu kuasa menentukan gaji minima yang ada pada kerajaan perlu diambilkira agar disamaratakan seperti mana kerajaan bermurah hati menyamakan gaji minima antara Semenanjung dan Sabah/Sarawak.

RUM pada dasarnya tetap menekankan gaji minima yang wajar adalah RM 1500.00 walaupun ianya masih lagi tidak boleh diertikan sebagai mengimbangi kadar kos sara hidup yang sebenar dan bukannya RM 1050.00 yang diumumkan oleh kerajaan.

Pendirian RUM atas prinsip perjuangan untuk Kesatuan Sekerja yang menyuarakan pandangan bagi pihak kaum pekerja khususnya suara Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB