13 Ogos 2014
Untuk Pengetahuan Ahli-ahli
Rabu, Ogos 13, 2014
Kargo Pt 1 dan kini hingga Pt 4 adalah draf yang dipaparkan untuk pengetahuan, masih ada lagi sambungannya.
Semua tulisan kargo ini, akan dikumpul dan di "polish" untuk dijadikan "memorandum" untuk disampakan kepada YAB DS Perdana Menteri.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
KARGO (Pt 4)
Rabu, Ogos 13, 2014
APAKAH KEPENTINGAN KARGO KEPADA KTMB
KTMB adalah sebuah Syarikat Milik Kerajaan "government own company" (GOC) iaitu 100% saham dipegang oleh Kementeran Kewangan yang Diperbadankan, ianya bukan "goverment link company" (GLC), justeru itu sebagai sebuah syarikat milik kerajaan adalah wajar kerajaan menyuntik kewangan (modal) kepada KTMB dalam membangunkan pasarana KTMB kepada yang lebih baik, apatah lagi KTMB adalah perkhidmatan sosial yang memberi perkhidmatan kepada rakyat sebagai satu sumbang bakti dari kerajaan kepada rakyat.
Maka itu harapan RUM sebenarnya ialah lokomotif, wagon atau semua tren di beli oleh kerajaan dengan menyuntik modal kewangan, suntikan kewangan ini sangat penting bagi tujuan memulihkan perkhidmatan KTMB bagi kesejahteraan rakyat seterusnya bagi mengorak langkah dalam memulihkan KTMB dengan memperhebatkan perniagaan Kargo yang dijalankan oleh KTMB sendiri.
Sekiranya ini dilakukan maka KTMB dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun yang akan datang dengan semua keperluan "Rolling Stock" dan "Infra" diperbetulkan maka tidak mustahil KTMB berada di landasan yang betul seterusnya mampu mengembalikan zaman kegemilangan KTMB.
Tumpuan pro aktif dan efisien perlu dilakukan mulai dari sekarang khusus melalui perkhidmatan kargo dengan mewujudkan plan pemasaran yang komprehensif serta business plan yang terbaik, maka pendapatan KTMB mampu meningkat dengan mendadak sehingga mampu meraih keuntungan, sekiranya perancangan digerakkan dengan betul dan ikhlas dari semua pihak, tidak mustahil KTMB mampu berdikari seperti mana Keretapi Indonesia yang kini telah meninggalkan KTMB ke belakang.
Justeru itu RUM sangat berharap kepada Kerajaan dapat menumpukan dengan serius dengan memperuntukkan "modal" yang cukup dengan memperuntukkan sejumlah lokomotif dan wagon dengan pembelian baru dalam memulihkan KTMB.
Ikuti tulisan seterusnya...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
12 Ogos 2014
STD - Strategy Transformasion Division / STEP DOWN...
Selasa, Ogos 12, 2014
STD - Strategy Transformasion Division / STEP DOWN...
Dengar khabarnya telah ditukarkan nama kepada "Transformasion Management Office" (TMO)
Datuk Presiden KTMB malu kot... cadang nama... STD - STEP DOWN.... terkena batang hidung sendiri...... hahaha...
Tahniah Dato Abdul Radzak Abdul Malek yang mencetuskan idea TMO ketika menjawat jawatan Pengarah Urusan KTMB.
Hari ini nama TMO dikembalikan, betapa hebatnya WARGA KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
KARGO (Pt 3)
Selasa, Ogos 12, 2014
APAKAH KEPENTINGAN KARGO KEPADA KTMB
Sebenarnya "MULTIPLE OPERATOR" adalah satu cadangan bagi mengatasi masalah kewangan, strategi perniagaan ini sangat manfaat dikala kedudukan kewangan yang tenat atau dengan mengembangkan peluang perniagaan yang luas tanpa modal atau menghentikan "monopoli", ianya juga tidak menjejaskan perniagaan asal KTMB malah mewujudkan persaingan yang sihat diantara KTMB dengan operator - operator lain selain dari memperluaskan perniagaan yang berkesan sehingga ke Negara China.
Namun demikian andai KTMB mempunyai kepimpinan yang bijak sistem penyewaan lokomotif adalah satu langkah alternatif untuk melarikan tren Kargo yang lebih efektif tanpa mewujudkan "Multiple Operator", perniagaan kargo KTMB boleh dikembangkan dengan lebih efisien iaitu mewujudkan peluang penambahan pengangkutan kargo dari 3 % kepada 5%-6% melalui peluang-peluang yang ada iaitu memperkasakan strategi pemasaran, sistem operasi yang berkesan.
Penyewaan lokomotif bukanlah satu idea baru, KTMB sendiri telah menyewa lokomoti Ircon sejak zaman Dato Rahim Osman sebagai Pengarah Urusan KTMB, diikuti pula Dr Aminuddin Adnan sebagai Presiden KTMB yang telah pun mengeluarkan tender penyewaan 40 lokomotif baru, dukacitanya dibatalkan oleh Datuk Elias Kadir di awal kemasukan beliau sebagai Presiden KTMB, hanya baru-baru ini tender baru dibuka untuk penyewaan sebanyak 30 buah lokomotif, difahamkan tender berkenaan baru ditutup minggu lepas, selepas 2 tahun Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB baru berjaya untuk menambahkan lokomotif melalui idea penyewaan, itu pun andai di award hujung tahun ini, penerimaan lokomotif ini akan mengambil masa 2 tahun lagi.
Dalam hal ini, RUM memang mengharapkan penyewaan ini menjadi kenyataan, dengar khabar ada usaha-usaha untuk membatalkan, tindakan membatalkan sekali lagi akan membuat KTMB seperti kehilangan punca kerana ada pihak pihak tertentu mempunyai niat jahat.
Pengunaan sistem penyewaan lokomotif adalah langkah yang bijak iaitu menambah banyakkan larian tren kargo tanpa memikirkan kos maintenance hanya mencari sumber pendapatan dari segi kos sewa lokomotif, man power, kos infra dan lebihannya adalah keuntungan, apatah lagi penyewaan ini tidak melibatkan pengeluaran wang yang besar bagi membeli Lokomotif dengan nilai 1 Billion Ringgit bagi 30 buah lokomotif termasuk kos maintenance.
Justeru itu alternatif ini perlu difikirkan bagi memastikan Kargo terus berdaya maju untuk bersaing dan mencari peluang perniagaan yang luas di dalam dan luar negara, sekiranya sistem penyewaan ini dilaksanakan maka cadangan "Multiple Operator" boleh dibatalkan.
Ikuti tulisan seterusnya
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
11 Ogos 2014
KARGO (Pt 2)
Isnin, Ogos 11, 2014
![]() |
| Gambar hiasan |
APAKAH KEPENTINGAN KARGO KEPADA KTMB
RUM pernah mencadangkan kepada kerajaan dan pernah membuat presentation pada Lembaga Pengarah KTMB pertengahan tahun lepas mengenai "Multiple Operator", cadangan ini setelah menilai kegagalan Datuk Presiden KTMB mencetuskan idea untuk mencari jalan mewujudkan penambahan pendapatan kepada KTMB.
Idea ini juga tercetus bila kedudukan " ROLLING STOCK" KTMB berada keadaan paras kritikal serta kedudukan kewangan KTMB tidak mengizinkan untuk membeli Lokomotif dan wagon baru, maka itu RUM mencetuskan idea dengan mengunakan pendekatan tanpa mengunakan kewangan hanya mengunakan fasilitis dan infratruktur yang ada dengan mewujudkan idea "SMART PARTNERSHIP" iaitu menjalinkan kerjasama dengan pihak luar untuk menjalankan aktiviti perniagaan Kargo dengan membayar "TOL" kepada KTMB manakala Lokomotif, wagon dibiayai oleh syarikat yang mana berkenaan dengan bersyarat iaitu tanpa menganggu perniagaan kargo KTMB yang ada sekarang.
Sistem "MULTIPLE OPERATOR" ini terbuka kepada semua pihak tidak kepada satu operator bagi mengelakkan "buyers, iaitu terbaiknya membuka peluang kepada 3 atau 4 operator lain dengan mengemukakan cadangan melalui "TENDER TERBUKA". Tindakan sedemikian adalah lebih adil bagi memastikan semua pihak tidak mengambil kesempatan atas ruang yang diberikan berdasarkan cadangan RUM.
Sehingga hari ini, setahun telah berlalu RUM tidak mengetahui sebarang perkembangan mengenai cadangan RUM, samada pergerakan telah pun berjalan atau cadangan dari RUM di bakul sampahkan atau ada agenda tersirat yang sedang berlaku.
RUM sentiasa mengharapkan bahawa sesuatu dapat dilakukan demi memastikan KTMB menjanakan pendapatan dengan menggunakan fasilitis dan infrastruktur digunakan secara maksimum, kerana kerajaan telah membelanjakan lebih kurang 17 Billion Ringgit Malaysia untuk membangunkan landasan berkembar diantara Ipoh ke Padang Besar, penggunaan secara maksimum akan memberikan pendapatan yang baik kepada KTMB dan memberi impak kepada kemajuan KTMB untuk bersaing dengan sistem pengangkutan kargo di negara ini.
Kegagalan mengunakan secara maksimum akan mengakibatkan landasan berkembar itu layak dipanggil "TUKUN".
Ikuti tulisan seterusnya
KARGO (Pt 1)
Isnin, Ogos 11, 2014
![]() |
| Gambar Hiasan |
APAKAH KEPENTINGAN KARGO KEPADA KTMB
Kargo KTMB adalah punca pendapatan utama kepada KTMB, RUM menyedari bahawa Kargo KTMB kini hanya membawa 3 % dari seluruh pengangkutan kargo dinegara ini.
Untuk mencapai keberkesanan perniagaan serta pencapaian pendapatan (revenue) KTMB maka usaha-usaha perlu dilakukan dengan memperkemaskan Rolling Stock serta strategi pemasaran yang berkesan maka peningkatan perniagaan Kargo mampu ditingkatkan kepada tiga (3) kali ganda atau lebih, maka akan wujud persaingan yang sihat di kalangan operator kargo dinegara ini.
Menyedari bahawa landasan berkembar antara Ipoh ke Padang Besar akan beroperasi sepenuhnya maka usaha mempergiatkan perniagaan ini adalah sangat diharapkan.
Kepentingan kargo ini sangat penting kepada KTMB khususnya warga KTMB bagi memastikan KTMB terus kekal di persada pengangkutan rel yang telah melangkaui 127 tahun, sejarah telah membuktikan KTMB berdaya maju semenjak penubuhannya, maka adalah tidak mustahil untuk mengembalikan kegemilangan KTMB.
Faedah yang lebih baik mampu dinikmati oleh pekerja sekiranya pendapatan KTMB mampu ditingkatkan, pendapatan boleh dijana dengan kepimpinan pengurusan yang ikhlas dan inovatif, kita sentiasa mahukan perubahan, namun perubahan itu perlu dikekalkan dalam KTMB.
Justeru itu perancangan demi perancangan berdasarkan idea yang inovatif perlu wujud dalam kepimpinan KTMB, bagi memastikan KTMB mampu meraih keuntungan, bukannya mencari jalan mudah dalam mewujudkan perniagaan berentiti Kargo yang memberi keuntungan kepada pihak luar.
Ikuti sambungannya....
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
PERLANGGARAN AKTA 177
Isnin, Ogos 11, 2014
Tadi pejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan(JPP) menelefon memaklumkan bahawa pihak pengurusan KTMB memohon penangguhan disebabkan Pegawai Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi masih bercuti memohon dipinda pada 26.8.2014.
Pihak JPP pula memaklumkan pada 26.8.2014 pula, pihak JPP ada kes lain, maka meminta pandangan RUM samada meneruskan atau memilih tarikh lain yang bersesuaian.
Pihak RUM mengambil pendekatan memberi ruang pada JPP untuk menentukan tarikh, kerana pihak RUM sentiasa bersiap sedia untuk berdepan dengan sesiapa sahaja demi menegakkan kebenaran. Pihak RUM sentiasa menghormati JPP dalam menangani kemelut ini.
Komen RUM
Datuk Presiden KTMB dah terkencing dalam seluar ke? Kita baik, tak pun menzalimi atau menganiaya mana-mana pihak bukan macam Datuk Presiden KTMB bulan ramadhan buat hal, bantuan raya ditahan, kita bagi ruang masa secukupnya pada KTMB
, gilah rujuk peguam KTMB, jangan main undang-undang rimba, cari peguam yang baik, bukannya "peguam cari makan", kalau cari "peguam cari makan", nanti membazirkan wang KTMB, ingat wang KTMB adalah wang rakyat!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
09 Ogos 2014
Dunia Moden Memang Tidak Adil.
Sabtu, Ogos 09, 2014
![]() |
| Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi KTMB |
Setuju dengan kenyataan YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.
Dunia Moden Memang Tidak Adil...
Gaji Presiden KTMB puluhan ribu ringgit, kerja tak buat, wayang gambar besar, keretapi merudum, kegelinciran sana sini, landasan teruk, lokomotif, koc, wagon dll overdue, kargo nak bagi MMC...
Kami kerja tak kira masa, hujan..panas...tinggalkan keluarga, untuk memenuhi kehendak perkhidmatan keretapi.
Kami gaji rendah, Bantuan Raya tak dapat kerana notis tunjuk sebab.... Presiden KTKB guna undang-undang rimba, kami kuli... kami pun tak de duit... so kami pun makan pasir....
Dunia Moden Memang Tidak Adil.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
DERAILMENT PENGORBANAN YANG DI HARGAI
Sabtu, Ogos 09, 2014
Demi warga kota, pemulihan perkhidmatan khususnya EMU, pekerja sentiasa bersiap sedia untuk menunaikan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.
Kami bekerja tanpa mengira waktu, panas mahupun hujan dalam memastikan landasan dibaikpulih sepenuhnya.
Inilah pengorbanan kami sebagai "warga KTMB", demi perkhidmatan keretapi yang menjadi nadi pengangkutan awam iaitu "perkhidmatan sosial".
Walaupun diantara kami tidak menikmati "BANTUAN" hari raya RM 500.00 seperti yang diumumkan oleh YAB Dato' Sri Perdana Menteri, "BANTUAN" itu itu tetap "HAK KAMI, kerana setiap permohonan kami (RUM) pada YAB Dato' Sri Perdana Menteri agar memanjang setiap faedah yang dinikmati oleh penjawat awam kepada warga KTMB tidak pernah menghampakan.
Kini kami telah dizalimi oleh Datuk Elias Kadir Presiden KTMB, namun kami tetap menunaikan tanggungjawab ini, kerana kami "SAYANGKAN KTMB".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
08 Ogos 2014
STRATEGIC TRANSFORMASION DIVISION ( STD )
Jumaat, Ogos 08, 2014
RUM suka dengan short name "STD" ini, glamour, komersial n mempunyai nilai - nilai abstrak.
Ianya menjadi sebutan ramai pegawai KTMB dan Pekerja KTMB khususnya ahli-ahli RUM, benar-benar "POPULAR".
STD sebenarnya bukanlah "STRATEGIC TRANSFORMASION DIVISION" yang menjadi sebutan...
Tetapi...
ialah.....
"STEP DOWN" DATUK (STD)
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
DERAILMENT
Jumaat, Ogos 08, 2014
INI SEBAHAGIAN DARI BARISAN PEKERJA YANG BERTUNGKUS LUMUS UNTUK MEMULIHKAN PERKHIDMATAN TREN YANG DERAIL PAGI TADI.
GAMBAR DI BAWAH BICARA PEGAWAI UTAMA RUM.
GAMBAR DI BAWAH BICARA PEGAWAI UTAMA RUM.
KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA2 KTMB
SPAD N TEMUBUAL
Jumaat, Ogos 08, 2014
Pihak RUM rasa musykil melihat pegawai SPAD menemubual Pemandu Lokomotif yang terlibat dengan insiden kegelinciran selepas kejadian.
Apakah hak SPAD dalam soal siasatan ini? bolehkah SPAD terus menemubual pekerja KTMB tanpa minta keizinan dari pihak atasan KTMB? Bolehkah temubual di kakilima? Tidakkah SPAD dengan tergesa-gesa menganggu hak pekerja? apa kaitan SPAD dengan Perjanjian Bersama? Adakah SPAD boleh membuat sesuka hati? Apakah yang menemubual Pekerja itu seorang yang pakar dalam kegelinciran KTMB?
SPAD makin bercelaru, agaknya SPAD nak samakan Pemandu BAS atau Teksi dengan Pemandu Keretapi.
RUM akan membantah tindakan ini.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
DERAILMENT
Jumaat, Ogos 08, 2014
Pihak RUM menerima makluman bahawa satu kejadian kegelinciran tren kargo berlaku berhampiran stesen lama kuala lumpur (KLO).
Kejadian berlaku jam 4.30 pagi, ianya akan melibatkan gangguan perkhidmatan tren di beberapa seksyen di kuala lumpur.
Kejadian ini sungguh mendukacitakan, kerana tempat kejadian adalah kawasan yang dikenalpasti lokasi yang sama dua atau tiga tahun dahulu.
Pihak RUM sedang menyiasat punca kejadian, untuk dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan Induk, minit mesyuarat mengenai perkara ini sedang dirujuk.
Difahamkan pihak SPAD telah pun berada di lokasi untuk menyiasat atau pun meninjau, tidak dapat dipastikan, cuma difahamkan pihak SPAD ada menemubual Pemandu Lokomotif berkenaan.
Pihak RUM memandang serius perkara ini dan akan mengkaji setiap aspek yang berlaku serta sedang menilai semua kenyataan bertulis RUM melalui 27 surat yang telah dihantar sehingga mewujudkan pertikaian malah akan menyemak semua minit - minit mesyuarat mengenai perkara ini yang melibatkan kegelinciran untuk menilai apakah aspek - aspek keselamatan telah dipatuhi oleh pengurusan seterusnya apakah tindakan Datuk Presiden KTMB yang bertanggungjawab secara langsung berdasarkan beliau adalah penandatangani "POLISI KESELAMATAN".
Kejadian berlaku jam 4.30 pagi, ianya akan melibatkan gangguan perkhidmatan tren di beberapa seksyen di kuala lumpur.
Kejadian ini sungguh mendukacitakan, kerana tempat kejadian adalah kawasan yang dikenalpasti lokasi yang sama dua atau tiga tahun dahulu.
Pihak RUM sedang menyiasat punca kejadian, untuk dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan Induk, minit mesyuarat mengenai perkara ini sedang dirujuk.
Difahamkan pihak SPAD telah pun berada di lokasi untuk menyiasat atau pun meninjau, tidak dapat dipastikan, cuma difahamkan pihak SPAD ada menemubual Pemandu Lokomotif berkenaan.
Pihak RUM memandang serius perkara ini dan akan mengkaji setiap aspek yang berlaku serta sedang menilai semua kenyataan bertulis RUM melalui 27 surat yang telah dihantar sehingga mewujudkan pertikaian malah akan menyemak semua minit - minit mesyuarat mengenai perkara ini yang melibatkan kegelinciran untuk menilai apakah aspek - aspek keselamatan telah dipatuhi oleh pengurusan seterusnya apakah tindakan Datuk Presiden KTMB yang bertanggungjawab secara langsung berdasarkan beliau adalah penandatangani "POLISI KESELAMATAN".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
KENYATAAN WORLD FEDERATION TRADE UNION (WFTU)
Jumaat, Ogos 08, 2014
Statement by Alexandra Liberi, WFTU Spokesperson
Athens, Greece - 7/8/2014
“ITUC's Campaign for Gaza is a hideous joke”
After the video depicting Israeli Zionists demonstrating with slogans cheering: "There is no school tomorrow; there are no children left in Gaza" there is little left to say about the imperialist onslaught of Israel against the Palestinian people.
Only anger and indignation can be uttered. Anger and indignation that must definitely give their place to organized struggle and active protestation against this genocide implemented by the Israeli Government and Army and fully backed by the imperialists, USA and the European Union.
All people, workers and trade union Organizations have to take clear position by the side of the Palestinian people.
The "equidistance" of the International Organizations such as the United Nations has provided Israel with enough space to act without consequences making them “accomplices to murder”.
The shameful role of the ITUC has to be denounced as well.
It continues to speak about "excessive" and "disproportionate" attacks continuing to provide grounds for the Zionists to kill innocent children and civilians claiming that the numbers are only making it more cruel than accepted!
The numbers silence all Israel's defenders. The truth is there are about 70 Israeli soldiers-intruders killed during the latest attacks while 2,000 innocent Palestinians were killed in their homes, their schools, their hometowns.
The launching of a "humanitarian campaign for those affected by the situation in Gaza" by ITUC and its Global Unions at the same time when they have yet not apologized for supporting the imperialist attacks against the people of Yugoslavia, Iraq, Afghanistan, Libya, when they continue to blame both the "perpetrator" and the "victim" of the Israeli occupation, when they continue to accept in the leading position of the Vice-President, the Zionist Histadrut it can only be called a hideous joke.
A genuine action and an action of significant symbolism would be to sanction Histadrut from all international trade union activity.
As well as all trade union Organizations and people's Organizations have must act in order to press the governments of their countries to seize all relations with Israel, act to strongly protest against the Israeli attacks, demand the end of the occupation and settlements and act to express their firm moral and practical solidarity with the Palestinian people.
Once again we all have the duty to demand from the United Nations to stop the hypocrisy and implement its many resolutions that talk about an independent, democratic Palestinian State with its own borders and Jerusalem as its capital. This is the position of the class-oriented trade union movement with the WFTU in the frontline. [end]
06 Ogos 2014
Rabu, Ogos 06, 2014
Pihak RUM telah pun menyerahkan satu "bundle" dokumen pada 25.7.2014 kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan sebagai dokumen sokongan (bukti) yang telah di cop dengan pesuruhjaya sumpah bagi mengukuhkan hujah dalam pertemuan pada 19.8.2014.
In Syaa Allah kita sentiasa bergerak mengikut peruntukan undang-undang dan kita tidak sesekali mengamalkan undang-undang rimba.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Kita tengok siapa "budak angkat beg"
Rabu, Ogos 06, 2014
Dalam pertemuan dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan diantara RUM dan KTMB pada 19.8.2014, maka adalah diharapkan yang hadir bagi pihak KTMB ialah "bukannya pegawai yang tidak mampu membuat keputusan" atau dengan lain perkataan pegawai yang dikatogerikan "budak angkat beg".
Kehadiran Datuk Presiden KTMB pada pertemuan itu nanti, sangat menggembirakan kami.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
05 Ogos 2014
RUM Mara kehadapan
Selasa, Ogos 05, 2014
Kita akan bergerak selangkah demi selangkah ke hadapan, mengelukan lidah dan segala tindakan yang menjurus kepada undang-undang rimba yang menjadi amalan Datuk Presiden KTMB.
As RUM said...
Don't underestimate RUM
As RUM said...
Don't underestimate RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Singkirkan Presiden KTMB / Strategic Transformasion Division (STD) 2 "BERSANGKA BAIK" (AKHIR)
Selasa, Ogos 05, 2014
union busting
Pasti pembaca menilai bahawa kenyataan RUM lebih bersifat "bersangka buruk" daripada "bersangka baik".
Secara positif maka adalah wajar bersangka buruk daripada baik dari aspek cabaran, dari sudut bersangka baik akan mewujudkan kesan negatif kerana bersangka baik akhirnya "mengecewakan".
Berdasarkan pengalaman RUM, maka pihak RUM telah pun bersangka baik dengan Datuk Presiden KTMB sehingga merekemendasikan Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB kepada YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA, hasilnya semua sedia maklum, yang terbaru penganiayaan kepada pekerja seramai lebih 100 orang ahli RUM, malah berkemungkinan semua mereka akan ditamatkan perkhidmatan.
"Track record" Datuk Presiden KTMB, dalam tempoh 2 tahun ialah "hilangnya kepercayaan dan keyakinan RUM" berdasarkan tanpa sebarang pemulihan, menjejaskan prestasi KTMB malah keselamatan pekerja justeru itu positifnya ialah "BERSANGKA BURUK", demi memastikan kesan yang baik melalui kewujudan "STD", maka kesan yang baik atas dasar cetusan idea YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB maka RUM perlu melihat usaha ini menghasilkan kejayaan, usaha ini sangat-sangat diharapkan demi menyelamatkan KTMB, menyelamatkan KTMB maka keseluruhan warga KTMB selamat, hasilnya ialah satu pengharapan untuk menikmati "gaji mengikut pasaran".
Justeru itu untuk mencapai kejayaan ini, RUM berpendirian KTMB tidak memerlukan Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB kerana dalilnya:-
1. Non Performing President
2. Wayang Tinggi Production
Maka jalan yang terbaik untuk menghasilkan kejayaan yang dicetuskan oleh Yb Dato Pengerusi KTMB dengan kerjasama PEMANDU ialah "menyingkirkan" Presiden KTMB serta merta serta menggantikan "PRESIDEN BARU" yang lebih berwibawa, dinamik, berwawasan sentiasa setia pada KTMB dan memberi perkhidmatan seikhlas mungkin dan bersedia mencapai matlamat (goal).
Sekiranya tidak! maka usaha YB Dato Pengerusi KTMB, PEMANDU dan penglibatan seramai 30 pegawai tertinggi KTMB dalam mewujudkan rumusan "strategik" adalah dicadangkan "DIBAKUL SAMPAHKAN".
Kerana usaha dan penat lelah anda adalah sia - sia dan buang masa.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
04 Ogos 2014
Singkirkan Presiden KTMB / Strategic Transformasion Division (STD) 1 "TIPAH TERTIPU"
Isnin, Ogos 04, 2014
union busting
RUM mengucapkan tahniah atas daya usaha YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB yang mencetuskan idea dengan memanggil PEMANDU sebagai penggerak atau pencetus sehingga terwujudnya Strategic Transformation Division ( STD ) usaha ini sangat di alu-alukan.
Dalam tempoh 3 bulan pertama YB Dato Pengerusi KTMB sentiasa memikirkan langkah - langkah yang boleh membawa kepada pembaharuan seterusnya berusaha untuk memulihkan KTMB. Usaha positif ini sentiasa menarik perhatian RUM untuk memberi sokongan agar hasrat yang baik dapat diteruskan.
Namun keyakinan RUM agak meleset selagi ianya diterajui oleh Datuk Elias Kadir Presiden KTMB yang tag line anugerah RUM "WAYANG TINGGI PRODUCTION", apatah lagi Presiden KTMB di bawah penilaian RUM dalam tempoh perkhidmatannya bermula 2 Mei 2010 adalah "sangat buruk" yang di katogerikan "NON PERFORMING PRESIDENT".
Apakah usaha-usaha ini akan berjaya? inilah persoalan pertama yang diutarakan, berdasarkan "track rekord" Presiden KTMB yang mempunyai "kuasa eksekutif" maka semua perancangan pada awalnya nampak baik akan bertukar kepada "decision" sebaliknya, kenyataan RUM sebelum ini, telah melahirkan bahawa Datuk Presiden KTMB popular mengunakan "reverse strategy", unsur ini akan menjadikan penghalang kepada semua pergerakan untuk memulihkan KTMB.
Justeru itu, apakah "STD" juga "WAYANG TINGGI PRODUCTION"? Sekiranya "wayang tinggi production" difilemkan maka usaha Yb Dato Pengerusi KTMB hanya tinggal usaha yang penghujung jalannya adalah mengecewakan.
"Eksekutif Power" tidak mampu mengatasi jawatan "Chairman", maka akan jadilah satu dimensi "tipah tertipu".
Maka perancangan akan tinggal perancangan, usaha tinggal usaha, yang mungkin ada hanya kerja sia - sia.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB






















.jpg)




