11 Ogos 2014

KARGO (Pt 1)

Gambar Hiasan
APAKAH KEPENTINGAN KARGO KEPADA KTMB 

Kargo KTMB adalah punca pendapatan utama kepada KTMB, RUM menyedari bahawa Kargo KTMB kini hanya membawa 3 % dari seluruh pengangkutan kargo dinegara ini.

Untuk mencapai keberkesanan perniagaan serta pencapaian pendapatan (revenue) KTMB maka usaha-usaha perlu dilakukan dengan memperkemaskan Rolling Stock serta strategi pemasaran yang berkesan maka peningkatan perniagaan Kargo mampu ditingkatkan kepada tiga (3) kali ganda atau lebih, maka akan wujud persaingan yang sihat di kalangan operator kargo dinegara ini. 

Menyedari bahawa landasan berkembar antara Ipoh ke Padang Besar akan beroperasi sepenuhnya maka usaha mempergiatkan perniagaan ini adalah sangat diharapkan. 

Kepentingan kargo ini sangat penting kepada KTMB khususnya warga KTMB bagi memastikan KTMB terus kekal di persada pengangkutan rel yang telah melangkaui 127 tahun, sejarah telah membuktikan KTMB berdaya maju semenjak penubuhannya, maka adalah tidak mustahil untuk mengembalikan kegemilangan KTMB.

Faedah yang lebih baik mampu dinikmati oleh pekerja sekiranya pendapatan KTMB mampu ditingkatkan, pendapatan boleh dijana dengan kepimpinan pengurusan yang ikhlas dan inovatif, kita sentiasa mahukan perubahan, namun perubahan itu perlu dikekalkan dalam KTMB.

Justeru itu perancangan demi perancangan berdasarkan idea yang inovatif perlu wujud dalam kepimpinan KTMB, bagi memastikan KTMB mampu meraih keuntungan, bukannya mencari jalan mudah dalam mewujudkan perniagaan berentiti Kargo yang memberi keuntungan kepada pihak luar.

Ikuti sambungannya....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB