08 Ogos 2014

DERAILMENT

Pihak RUM menerima makluman bahawa satu kejadian kegelinciran tren kargo berlaku berhampiran stesen lama kuala lumpur (KLO).

Kejadian berlaku jam 4.30 pagi, ianya akan melibatkan gangguan perkhidmatan tren di beberapa seksyen di kuala lumpur.

Kejadian ini sungguh mendukacitakan, kerana tempat kejadian adalah kawasan yang dikenalpasti lokasi yang sama dua atau tiga tahun dahulu.

Pihak RUM sedang menyiasat punca kejadian, untuk dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan Induk, minit mesyuarat mengenai perkara ini sedang dirujuk.

Difahamkan pihak SPAD telah pun berada di lokasi untuk menyiasat atau pun meninjau, tidak dapat dipastikan, cuma difahamkan pihak SPAD ada menemubual Pemandu Lokomotif berkenaan.

Pihak RUM memandang serius perkara ini dan akan mengkaji setiap aspek yang berlaku serta sedang menilai semua kenyataan bertulis RUM melalui 27 surat yang telah dihantar sehingga mewujudkan pertikaian malah akan menyemak semua minit - minit mesyuarat mengenai perkara ini yang melibatkan kegelinciran untuk menilai apakah aspek - aspek keselamatan telah dipatuhi oleh pengurusan seterusnya apakah tindakan Datuk Presiden KTMB yang bertanggungjawab secara langsung berdasarkan beliau adalah penandatangani "POLISI KESELAMATAN".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB