12 Ogos 2014

KARGO (Pt 3)

APAKAH KEPENTINGAN KARGO KEPADA KTMB 

Sebenarnya "MULTIPLE OPERATOR" adalah satu cadangan bagi mengatasi masalah kewangan, strategi perniagaan ini sangat manfaat dikala kedudukan kewangan yang tenat atau dengan mengembangkan peluang perniagaan yang luas tanpa modal atau menghentikan "monopoli", ianya juga tidak menjejaskan perniagaan asal KTMB malah mewujudkan persaingan yang sihat diantara KTMB dengan operator - operator lain selain dari memperluaskan perniagaan yang berkesan sehingga ke Negara China.

Namun demikian andai KTMB mempunyai kepimpinan yang bijak sistem penyewaan lokomotif adalah satu langkah alternatif untuk melarikan tren Kargo yang lebih efektif tanpa mewujudkan "Multiple Operator", perniagaan kargo KTMB boleh dikembangkan dengan lebih efisien iaitu mewujudkan peluang penambahan pengangkutan kargo dari 3 % kepada 5%-6% melalui peluang-peluang yang ada iaitu memperkasakan strategi pemasaran, sistem operasi yang berkesan. 

Penyewaan lokomotif bukanlah satu idea baru, KTMB sendiri telah menyewa lokomoti Ircon sejak zaman Dato Rahim Osman sebagai Pengarah Urusan KTMB, diikuti pula Dr Aminuddin Adnan sebagai Presiden KTMB yang telah pun mengeluarkan tender penyewaan 40 lokomotif baru, dukacitanya dibatalkan oleh Datuk Elias Kadir di awal kemasukan beliau sebagai Presiden KTMB, hanya baru-baru ini tender baru dibuka untuk penyewaan sebanyak 30 buah lokomotif, difahamkan tender berkenaan baru ditutup minggu lepas, selepas 2 tahun Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB baru berjaya untuk menambahkan lokomotif melalui idea penyewaan, itu pun andai di award hujung tahun ini, penerimaan lokomotif ini akan mengambil masa 2 tahun lagi.

Dalam hal ini, RUM memang mengharapkan penyewaan ini menjadi kenyataan, dengar khabar ada usaha-usaha untuk membatalkan, tindakan membatalkan sekali lagi akan membuat KTMB seperti kehilangan punca kerana ada pihak pihak tertentu mempunyai niat jahat.

Pengunaan sistem penyewaan lokomotif adalah langkah yang bijak iaitu menambah banyakkan larian tren kargo tanpa memikirkan kos maintenance hanya mencari sumber pendapatan dari segi kos sewa lokomotif, man power, kos infra dan lebihannya adalah keuntungan, apatah lagi penyewaan ini tidak melibatkan pengeluaran wang yang besar bagi membeli Lokomotif dengan nilai 1 Billion Ringgit bagi 30 buah lokomotif termasuk kos maintenance. 

Justeru itu alternatif ini perlu difikirkan bagi memastikan Kargo terus berdaya maju untuk bersaing dan mencari peluang perniagaan yang luas di dalam dan luar negara, sekiranya sistem penyewaan ini dilaksanakan maka cadangan "Multiple Operator" boleh dibatalkan.

Ikuti tulisan seterusnya

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • Persatuan pekerja tuntut janji Tiong Lai bincang isu KTMB KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai digesa menunaikan janjinya bertemu Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM). Presiden RUM, Abdul Razak Md Hassan berkata isu berkaitan perjanjia… Read More
  • RNAA LAWAK BINGAI DULU teringin sangat pergi kL SEKARANG bekerja di KL.. kelakarkan... DULU nak kahwinSEKARANG dan kahwin... kelakarkan... DULU nak ucap terima kasih...SEKARANG nak ucap pegilah... kelakarkan... DULU kita kawan...SEKA… Read More
  • RNAA ROAD SHOW LEMBAH KLANG Terima kasih atas kehadiran Presiden MTUC, Setiausaha Agung MTUC, Presiden Uni Global sokongan kalian membakar semangat kami untuk terus berjuang. Terus bangkit terus berjuang, tiada rasa gentar demi mempertahankan KTMB &… Read More
  • RNAA ROAD SHOW SENTUL/KUALA LUMPUR & P.KLANG ROAD SHOW esuk 16/2/2017 jam 3 petang di Dewan NUBE Brickfield sangat menarik kerana menghimpunkan 3 buah cawangan serentak. Pihak RUM akan menerangkan mengenai Transformasi KTMB, RNAA dan implikasi RNAA kepada ahli-ahli … Read More
  • 'Kau usik KTMB, RUM, langkah mayat aku dulu' Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) memberi amaran akan berkempen bagi menewaskan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada pilihan raya umum akan datang, sekiranya Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api … Read More