29 Ogos 2014

MENYESAL/LUAHAN HATI

Ketika awalan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB memegang jawatan berkemungkinan ada pergeseran diantara Lembaga Pengarah KTMB dengan Datuk Presiden KTMB sehingga Datuk Presiden KTMB mengambil keputusan melepaskan jawatan dengan menulis surat kepada pegawai undang-undang KTMB dan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB. 

Desas desus ketika itu hebuh malah bertubi - tubi soalan pertanyaan kepada saya selaku Presiden RUM maka saya nafikan..

Tahukah...

Siapa yang memujuk Datuk Presiden KTMB? 

Siapakah yang meminta berbuat demikian?

Yang memujuk adalah saya selaku Presiden RUM yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Presiden KTMB. 

Yang meminta berbuat demikian ialah Ybhg Dato Seri Ir Mohd Zin, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB yang mengetahui bahawa saya selaku Presiden RUM yang boleh memujuk.

Maka selepas dipujuk, Datuk Elias Kadir Presiden KTMB telah menarik balik surat berhenti dari Presiden KTMB. 

Demi Allah.... sesungguhnya saya menyesal memujuk, kerana Datuk Presiden KTMB bukanlah apa yang RUM harapkan, sesungguhnya Datuk Presiden KTMB yang berjanji di hadapan seluruh perwakilan RUM di persidangan perwakilan tiga tahunan yang lepas akan berusaha memulihkan KTMB, dengan rancangannya, gagal membuktikan pemulihan KTMB serta mengakibatkan tahap keselamatan berada di paras berisiko tinggi malah telah membuat semua pihak marahkan Datuk Presiden KTMB.

Dengan niat murni RUM, "SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA" maka kini Pemimpin RUM, pegawai cawangan dan ahli-ahli RUM bakal diambil tindakan tatatertib buang kerja dan RUM pula disaman.

Sesungguhnya kami pemimpin RUM bersama - sama ahli RUM benar-benar kecewa dengan Presiden KTMB. 

Sesungguhnya permata yang kami (RUM) harapkan rupanya hanya kaca yang kami terima.

Sesungguhnya kami (RUM) benar-benar telah dipergunakan, untuk mencapai matlamat menjadi Presiden KTMB, kerana tanpa RUM cadangkan kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Elias Kadir bukanlah Presiden KTMB pada hari ini dan kemungkinan kami tidak menghadapi kemelut ini seperti ini.

Alhamdulillah inilah cabaran kami, sebagai pemimpin kesatuan, perjuangan kami tidak pernah sedikit pun luntur, semangat kami tidak sedikit pun di robek, kami tetap berjuang demi pekerja dan KTMB yang kami sayangi, setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah. 

Semoga Allah Swt terus memberi kami kekuatan dan ketabahan untuk kami terus berjuang demi masa depan kami melalui Kesatuan Pekerja2 KTMB. 

Perjuangan tidak akan terhenti selagi nyawa dikandung badan.

Kenyataan Rasmi Presiden Kesatuan Pekerja2 KTMB (RUM)

Related Posts:

  • Mesej ikhlas dari yang prihatin Di bawah ini di paparkan kenyataan seseorang yang RUM hormati, kenyataan ikhlas untuk tatapan umum. Tkasih byk2 pada penulis komen ini, bagi pihak warga RUM kami amat hargai. Kenyataan ini adalah mesej ke dalam inbox… Read More
  • Datang ke ibupejabat RUMMohon kerjasama ahli-ahli yang menerima notis tunjuk sebab dtg ke ibu pjbt Isnin ini yang tarikh akhir menjawab surat pada 14.7.2014 sebelum jam 12 tgh untuk menandatangani surat. Kerjasama amat dihargai. RUM… Read More
  • Pesanan pada Ahli-ahli Ahli-ahli dinasihatkan jangan risau tentang perkembangan terkini, pihak ibu pejabat RUM telah mengambil semua perkiraan dalam menangani isu yang berlaku. Tindakan pihak pengurusan dari aspek undang-undang dan hak kesatuan … Read More
  • Sila datang Ibu Pejabat RUM kpd yang dapat surat Tunjuk SebabMakluman pada ahli-ahli. Surat jawapan "Notis Tunjuk Sebab" telah siap, diminta ahli-ahli yang terima notis tunjuk sebab, sila datang ke Ibu Pejabat RUM untuk menandatangani surat tersebut.Kehadiran Sdr2 dengan kadar seg… Read More
  • Makluman Untuk Ahli-ahli RUM Sehingga petang tadi pihak RUM telah dimaklumkan seramai 23 orang pegawai dan ahli RUM telah menerima notis tunjuk sebab, kemungkinan ada penambahan lagi. Adalah dimaklumkan ahli-ahli yang menerima notis tunjuk sebab se… Read More