Pasti pembaca menilai bahawa kenyataan RUM lebih bersifat "bersangka buruk" daripada "bersangka baik".
Secara positif maka adalah wajar bersangka buruk daripada baik dari aspek cabaran, dari sudut bersangka baik akan mewujudkan kesan negatif kerana bersangka baik akhirnya "mengecewakan".
Berdasarkan pengalaman RUM, maka pihak RUM telah pun bersangka baik dengan Datuk Presiden KTMB sehingga merekemendasikan Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB kepada YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA, hasilnya semua sedia maklum, yang terbaru penganiayaan kepada pekerja seramai lebih 100 orang ahli RUM, malah berkemungkinan semua mereka akan ditamatkan perkhidmatan.
"Track record" Datuk Presiden KTMB, dalam tempoh 2 tahun ialah "hilangnya kepercayaan dan keyakinan RUM" berdasarkan tanpa sebarang pemulihan, menjejaskan prestasi KTMB malah keselamatan pekerja justeru itu positifnya ialah "BERSANGKA BURUK", demi memastikan kesan yang baik melalui kewujudan "STD", maka kesan yang baik atas dasar cetusan idea YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB maka RUM perlu melihat usaha ini menghasilkan kejayaan, usaha ini sangat-sangat diharapkan demi menyelamatkan KTMB, menyelamatkan KTMB maka keseluruhan warga KTMB selamat, hasilnya ialah satu pengharapan untuk menikmati "gaji mengikut pasaran".
Justeru itu untuk mencapai kejayaan ini, RUM berpendirian KTMB tidak memerlukan Datuk Elias Kadir sebagai Presiden KTMB kerana dalilnya:-
1. Non Performing President
2. Wayang Tinggi Production
Maka jalan yang terbaik untuk menghasilkan kejayaan yang dicetuskan oleh Yb Dato Pengerusi KTMB dengan kerjasama PEMANDU ialah "menyingkirkan" Presiden KTMB serta merta serta menggantikan "PRESIDEN BARU" yang lebih berwibawa, dinamik, berwawasan sentiasa setia pada KTMB dan memberi perkhidmatan seikhlas mungkin dan bersedia mencapai matlamat (goal).
Sekiranya tidak! maka usaha YB Dato Pengerusi KTMB, PEMANDU dan penglibatan seramai 30 pegawai tertinggi KTMB dalam mewujudkan rumusan "strategik" adalah dicadangkan "DIBAKUL SAMPAHKAN".
Kerana usaha dan penat lelah anda adalah sia - sia dan buang masa.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB