26 Ogos 2014

"KETOLOLAN SENGAJA"

Gambar Hiasan
Bila penulis surat untuk Senior Vice President Teknical menjawab surat RUM dan Vise President Teknical pun tandatangan, menjawab surat RUM hari ini, memetik petikan Akta 177, telah mengakui bahawa yang berpiket itu Presiden RUM dan Ahli-ahlinya. 

Namun masih bertegas mengunakan Akta 177 cuba memusingkan ayat dengan mengatakan bahawa melalui seksyen 5 juga KTMB berhak mengambil tindakan terhadap pekerja.

Diakui bahawa KTMB berhak mengambil tindakan terhadap "pekerja", tapi di mana pula peranan "kesatuan sekerja" yang menjalankan "aktiviti kesatuan sekerja", maka kalau "MAJIKAN" berhak mengambil tindakan terhadap ahli-ahli kesatuan di bawah pendaftaran Akta Kesatuan Sekerja yang menjalankan "aktiviti kesatuan sekerja" sebagai "pekerja" maka tak perlulah Akta Kesatuan Sekerja, maka kerajaan pula perlu menghapuskan Akta Kesatuan Sekerja, maka kerajaan juga perlu menarik diri dari anggota INTERNATIONAL LABOUR ORGANISATION (ILO) dan tidak perlu lagi mematuhi konvension ILO. (inilah yang dikatakan "ketololan")

Maka wujudlah "ketololan sengaja" dengan "niat jahat" dengan memutar belit, menegakkan benang yang basah, dengan niat jahat untuk menamatkan perkhidmatan "pemimpin kesatuan sekerja" dan "ahli-ahlinya" yang berjuang untuk kepentingan KTMB dan Pekerja bukan untuk kepentingan individu seperti "PRESIDEN KTMB" tanpa menunggu keputusan "KETUA PENGARAH PERHUBUNGAN PERUSAHAAN atau MAHKAMAH PERUSAHAAN".

LAWAN TETAP LAWAN! 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • BANTUAN PERUBATAN/BANTUAN PINJAMAN Pada semua yang terlibat dengan kes "pembuangan kerja tanpa notis" berhak untuk membuat tuntutan wang perubatan dengan mengemukakan resit perubatan, (Had Maksima RM 500.00) Pada semua yang terlibat dengan "pembuangan kerj… Read More
  • KEKEJAMAN TERUS BERLELUASA KEKEJAMAN TERUS BERLELUASA BANGKIT.... BANGKIT.... BANGKIT.... Mana mungkin dibiarkan 35 Pemimpin RUM dibuang kerja.... Bangkit...Bangkit.... Bangkit... Kita lawan abis-abisan.... Tidak sekali akan berundur.. Tidak sekali a… Read More
  • Surat Kesatuan Menjawab Notis Pengosongan Rumah Kuarters Dipaparkan untuk Pengetahuan Ahli-Ahli dan Umum Surat Kesatuan Menjawab Notis Pengosongan Rumah Kuarters Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB ---------------------------------------------------------------------… Read More
  • KEKEJAMAN PRESIDEN KTMB Setakat ini, lapuran yang diterima seramai :- 35 Pegawai RUM & Ahli RUM telah "dibuang kerja tanpa notis". 16 Pegawai & Ahli RUM di gantung kerja. Lihatlah dunia kezaliman Datuk Elias Kadir Presiden KTMB menz… Read More
  • Surat Aduan Perlanggaran Seksyen 4 Dipaparkan Untuk Pengetahuan Ahli-ahli dan Umum Surat Aduan Perlanggaran Seksyen 4 Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB -------------------------------------------------------------------------------------------… Read More