13 Ogos 2014

KARGO (Pt 4)

APAKAH KEPENTINGAN KARGO KEPADA KTMB 

KTMB adalah sebuah Syarikat Milik Kerajaan "government own company" (GOC) iaitu 100% saham dipegang oleh Kementeran Kewangan yang Diperbadankan, ianya bukan "goverment link company" (GLC), justeru itu sebagai sebuah syarikat milik kerajaan adalah wajar kerajaan menyuntik kewangan (modal) kepada KTMB dalam membangunkan pasarana KTMB kepada yang lebih baik, apatah lagi KTMB adalah perkhidmatan sosial yang memberi perkhidmatan kepada rakyat sebagai satu sumbang bakti dari kerajaan kepada rakyat. 

Maka itu harapan RUM sebenarnya ialah lokomotif, wagon atau semua tren di beli oleh kerajaan dengan menyuntik modal kewangan, suntikan kewangan ini sangat penting bagi tujuan memulihkan perkhidmatan KTMB bagi kesejahteraan rakyat seterusnya bagi mengorak langkah dalam memulihkan KTMB dengan memperhebatkan perniagaan Kargo yang dijalankan oleh KTMB sendiri.

Sekiranya ini dilakukan maka KTMB dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun yang akan datang dengan semua keperluan "Rolling Stock" dan "Infra" diperbetulkan maka tidak mustahil KTMB berada di landasan yang betul seterusnya mampu mengembalikan zaman kegemilangan KTMB. 

Tumpuan pro aktif dan efisien perlu dilakukan mulai dari sekarang khusus melalui perkhidmatan kargo dengan mewujudkan plan pemasaran yang komprehensif serta business plan yang terbaik, maka pendapatan KTMB mampu meningkat dengan mendadak sehingga mampu meraih keuntungan, sekiranya perancangan digerakkan dengan betul dan ikhlas dari semua pihak, tidak mustahil KTMB mampu berdikari seperti mana Keretapi Indonesia yang kini telah meninggalkan KTMB ke belakang. 

Justeru itu RUM sangat berharap kepada Kerajaan dapat menumpukan dengan serius dengan memperuntukkan "modal" yang cukup dengan memperuntukkan sejumlah lokomotif dan wagon dengan pembelian baru dalam memulihkan KTMB.

Ikuti tulisan seterusnya...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB


Related Posts:

  • TAKUT Takut ini ada pelbagai... sebab takut... Kita jadi lemah.... tambah-tambah kalau kita ni laki-lakiiiiiiiiiiii..... Sebutan ada banyak... Ada... 1. Laki - Laki... 2. Lelaki... 3. Laki-lakiiiiiiiiiiiiiiiiiii........... 4 Ja… Read More
  • FIKIR Bila kita nak kenaikan pelarasan gaji... Kita tanya dengan RUM.. Bila kita nak Bonus..Kita akan tanya dengan RUM Bila kita nak elaun baru atau peningkatan elaun..Kita cari RUM.. Bila kita nak upgrade...Kita cari RUM..… Read More
  • Tanggungjawab Pekerja Bila kita sebagai pekerja, maka kita ada tanggungjawab, tanggungjawab kita ialah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, jangan sesekali melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Perjanjian Bersama. Sebagai contoh :-… Read More
  • Staff KTMB meninggal dunia. - TakziahAl fatihah Sahabat kita mantan Ahli Jawatankuasa Cawangan Pelabuhan Klang Mohd Alif bin Ab Kadir, 048392, yang sekarang berkhidmat di CTCO KLS telah kembali ke rahmatullah. Mohd Alif bin Ab Kadir, 048392 Semoga Allah Sw… Read More
  • MARAHKita marah... Marah Gila... Ada yang kata... Kalau aku jumpa dia... mahu je aku tumbuk... Kalau boleh aku nak santau je... Itulah gambaran orang-orang yang mengatakan pada saya... Tapi marah cara itu "SALAH" Itu sudah bersifa… Read More