26 Ogos 2014

PEGAWAI EKSEKUTIF KEPADA CHAIRMAN KTMB

Pihak kesatuan mendapat info bahawa satu pelantikan telah dibuat tanpa mengikut Prosedur Perjanjian Bersama iaitu jawatan sebagai Pegawai Eksekutif Kepada Chairman KTMB.

Difahamkan beliau telah digajikan oleh KTMB, namun demikian ianya tidak mengikuti syarat-syarat waktu kerja, adakala bila Dato Pengerusi tiada di pejabat atau berada di luar kawasan, pegawai berkenaan tidak masuk pejabat dan hilang dari tempat kerja.

Hebuh diperkatakan bahawa pegawai berkenaan boleh memasuki Mesyuarat Lembaga Pengarah KTMB? Bolehkah seorang bukan berstatus Lembaga Pengarah menduduki Mesyuarat Lembaga Pengarah? Kalaulah benar maka Mesyuarat Lembaga Pengarah KTMB sudah tidak menjadi rahsia lagi.

Kononnya beliau mempunyai hubungan dengan seseorang "ISTERI VVIP", untuk menjadi perantaraan melibatkan projek - projek KTMB, kalaulah benar perkara ini, ianya akan melibatkan KTMB menjadi suatu destinasi mencari sumber pendapatan peribadi, yang akibatnya akan menjahanamkan KTMB dan Pekerja khususnya, malah penggunaan nama ISTERI VVIP mampu menjejaskan nama baik VVIP berkenaan, sedangkan kemungkinan pertalian tidak wujud sekadar mengunakan nama.

RUM akan memantau perkara ini, sekiranya benar, maka RUM akan membuat lapuran kepada SPRM, bukan sahaja dari sistem cara kerja tapi melibatkan penyalahgunaan kuasa serta melibatkan maklumat rahsia KTMB terlepas pada pihak tertentu. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • HUJAH / FAKTA / HUBUNGAN BAIK & KEKUATANDalam perjuangan Kesatuan Sekerja kita berpendirian berdasarkan hujah dan fakta, tanpa hujah dan fakta kita akan diperlekehkan, namun begitu hujah dan fakta tidak mencukupi kerana ianya berdasarkan faktor tertentu misalnya da… Read More
  • KERANA KOPI RUM MAHU MENJATUHKAN KERAJAAN (AKHIR)RUM telah pun menjelaskan dalam kenyataan-kenyataan sebelum ini bahawa pendirian RUM menyokong kepimpinan YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia. Malah dari sudut organisasi RUM, RUM banyak terh… Read More
  • 1 MEI 2016 RNAA/ BERANI KERANA BENARKenangan dianugerahkan antara pemimpin kesatuan yang terbaik yang disampaikan oleh YB Dato Seri Menteri Pengangkutan, tapi itu tidak penting, itu hanya sebagai satu pengiktirafan namun tanggungjawab mana-mana pemimpin tidak a… Read More
  • KTMB Ucap Terima Kasih PM, Gaji Kakitangan Naik KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan meluluskan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk semua kakitangan bukan eksekutif dan tujuh peratus kepada eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Pengerusi KTMB, Datuk Ir. … Read More
  • Kami Bukan BaculJangan diusik & disentuh Railwaymens Union Of Malaya (RUM) makanya RUM akan bertindak balas, kami bukan bacul, kami Kesatuan Sekerja tidak boleh diletakan di bawah mana-mana pengaruh, kami akan bertindak balas dengan apa … Read More