11 Ogos 2014

KARGO (Pt 2)

Gambar hiasan
APAKAH KEPENTINGAN KARGO KEPADA KTMB 

RUM pernah mencadangkan kepada kerajaan dan pernah membuat presentation pada Lembaga Pengarah KTMB pertengahan tahun lepas mengenai "Multiple Operator", cadangan ini setelah menilai kegagalan Datuk Presiden KTMB mencetuskan idea untuk mencari jalan mewujudkan penambahan pendapatan kepada KTMB.

Idea ini juga tercetus bila kedudukan " ROLLING STOCK" KTMB berada keadaan paras kritikal serta kedudukan kewangan KTMB tidak mengizinkan untuk membeli Lokomotif dan wagon baru, maka itu RUM mencetuskan idea dengan mengunakan pendekatan tanpa mengunakan kewangan hanya mengunakan fasilitis dan infratruktur yang ada dengan mewujudkan idea "SMART PARTNERSHIP" iaitu menjalinkan kerjasama dengan pihak luar untuk menjalankan aktiviti perniagaan Kargo dengan membayar "TOL" kepada KTMB manakala Lokomotif, wagon dibiayai oleh syarikat yang mana berkenaan dengan bersyarat iaitu tanpa menganggu perniagaan kargo KTMB yang ada sekarang. 

Sistem "MULTIPLE OPERATOR" ini terbuka kepada semua pihak tidak kepada satu operator bagi mengelakkan "buyers, iaitu terbaiknya membuka peluang kepada 3 atau 4 operator lain dengan mengemukakan cadangan melalui "TENDER TERBUKA". Tindakan sedemikian adalah lebih adil bagi memastikan semua pihak tidak mengambil kesempatan atas ruang yang diberikan berdasarkan cadangan RUM.

Sehingga hari ini, setahun telah berlalu RUM tidak mengetahui sebarang perkembangan mengenai cadangan RUM, samada pergerakan telah pun berjalan atau cadangan dari RUM di bakul sampahkan atau ada agenda tersirat yang sedang berlaku.

RUM sentiasa mengharapkan bahawa sesuatu dapat dilakukan demi memastikan KTMB menjanakan pendapatan dengan menggunakan fasilitis dan infrastruktur digunakan secara maksimum, kerana kerajaan telah membelanjakan lebih kurang 17 Billion Ringgit Malaysia untuk membangunkan landasan berkembar diantara Ipoh ke Padang Besar, penggunaan secara maksimum akan memberikan pendapatan yang baik kepada KTMB dan memberi impak kepada kemajuan KTMB untuk bersaing dengan sistem pengangkutan kargo di negara ini. 

Kegagalan mengunakan secara maksimum akan mengakibatkan landasan berkembar itu layak dipanggil "TUKUN".

Ikuti tulisan seterusnya

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • Majlis Kesyukuran RUM BELIA RUM bersama presiden melepaskan lelah … Read More
  • Tawar syarikat kereta api guna landasan berkembar gambar Utusan Online KUALA LUMPUR 25 Mei – Kementerian Pengangkutan kini dalam perancangan untuk menawarkan syarikat-syarikat kereta api selain Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggunakan landasan berkembar yang dibina… Read More
  • KENYATAAN MASEU RUM tidak berniat campurtangan Kesatuan MASEU, tapi kenyataan yang dikeluarkan sangat mendukacitakan bila sebuah Kesatuan Sekerja tidak memahami Dasar Kesatuan Sekerja. Tindakan bersetuju untuk MASEU dibubarkan dan berc… Read More
  • TAKZIAH (R.I.P) Tan Sri Thong Yaw Hong Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB telah meninggal dunia pagi semalam (28 Mei 2015) Seorang yang baik, sangat dihormati, sentiasa mendengar, mempunyai hubungan yang baik dengan RUM dan senti… Read More
  • WAJARKAH 6000 pekerja di buang kerjaWAJARKAH 6000 pekerja di buang kerja @ VSS (nama manis)? Ringan rasa nak komen... (nanti ada yang tersinggung) Tapi..... Sejujurnya ianya tidak wajar... Dulu lain... skrg lain.. Sedih dengan nasib pekerja masa kini. Ken… Read More