Gambar Hiasan |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ramai yang dah mula bekerja hari ini setelah bercuti panjang untuk berhari raya, manakala yang bekerja pada hari raya, mungkin baru mula bercuti untuk berhari raya, tak pe lah raya sebulan, ziarah menziarah di musim raya mengeratkan silaturahim sesama kita.
Dalam berhari raya, tidak bermaksud kita lupa tanggungjawab kita, RUM masih terus berjuang, terus dengan matlamatnya menyingkirkan Presiden KTMB yang "1 SEN TAK GUNA" yang tidak memberi faedah kepada KTMB, WARGA RUM & KTMB malah kepada Kerajaan dan Rakyat amnya.
Pembuktian demi pembuktian telah RUM salurkan kepada kerajaan bahawa kegagalan KTMB yang teruk sehingga KOC n LOKOMOTIF overdue, landasan sakit, wagon tak cukup, opportunity loss, MR Consultant, Keselamatan Pekerja, Masa Depan Pekerja, semua ini akan menjejaskan usaha RUM untuk menuntut "Gaji Mengikut Pasaran" kerana KTMB kini menanggung kos perbelanjaan melibatkan pekerja iaitu kurang lebih 60% dari pendapatan KTMB.
Maka usaha berterusan ini adalah untuk memastikan PRESIDEN KTMB disingkirkan dari KTMB, demi keselamatan pekerja, masa depan pekerja dan menyelamatkan KTMB dari diterus hilang arah tuju.
Kita akan bergerak mulai hari ini dengan tekanan yang lebih hebat sehingga Datuk Elias Kadir Presiden KTMB disingkirkan dari KTMB.
Mengenai kewujudan jabatan baru yang dikenali "STRATEGIC TRANSFORMASION DIVISION" (STD) yang email telah dikeluarkan oleh Datuk Presiden KTMB, telah dipanjangkan kepada RUM oleh pegawai RUM yang menerima email tersebut, secara ringkasnya ialah RUM nak bagitau semua ahli-ahli RUM bahawa idea kewujudan "STD" :-
1. Ini bukan cetusan idea Datuk Presiden KTMB! (RUM TAHUN IDEA INI SIAPA YANG CETUSKAN!)
2. Kalau idea Datuk Presiden KTMB kenapa selepas 2 tahun menjawat Presiden KTMB baru mewujudkan idea ini?
3. Kenapa selepas 2 tahun berkhidmat sebagai Presiden KTMB baru nak guna PEMANDU? (PEMANDU di bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu DS Idris Jala)
4. Strategic Transformasi Division (STD) jabatan baru, RUM nak bagitau idea ini adalah hampir sama dengan idea Dato Abdul Radzak Malek mantan Pengarah Urusan KTMB yang mewujudkan TRANSFORMASI target keuntungan RM 1 tanpa bantuan PEMANDU. (Warga KTMB is THE BEST!)
5. Apakah email yang Datuk Presiden KTMB keluarkan mengenai STD nak mengaburi mata pekerja KTMB khususnya ahli-ahli RUM kononnya Datuk Presiden KTMB sedang berusaha sesuatu... (uwekkkkk.... RUM dah muntah)
Datuk Presiden KTMB you are too late! u failed! You are "NON PERFORMING PRESIDENT, your tag line "ontime n everytime" is failed! The new tag line for u is "wayang tinggi production"!
Justeru itu RUM akan mendesak dengan apa cara sekalipun agar Dato Presiden KTMB disingkirkan dari KTMB.
Ahli-ahli RUM hendaklah terus bersatu menentang Datuk Presiden KTMB, sekelumit rasa gentar tiada dalam jiwa, segala rintangan yang ada itu asam garam dalam perjuangan.
SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB