29 Ogos 2014

PEMBUANGAN KERJA TANPA NOTIS PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN. (UNION BUSTING)

Kepada 
Majlis Exco,
Pegawai Cawangan,
Ahli Jawatankuasa Cawangan, 
Dan Semua Ahli-ahli RUM. 

PEMBUANGAN KERJA TANPA NOTIS PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN. (UNION BUSTING)

Adalah dimaklumkan bahawa Sdr Abdul Razak MD Hassan Presiden RUM dan Sdr R.Subramaniam Timbalan Presiden RUM telah ditamatkan perkhidmatan dalam KTMB tanpa notis berkuatkuasa pada 29.8.2014.

Tindakan penamatan ini adalah "TIDAK SAH" bertentangan dengan peruntukkan undang-undang,  tindakan penamatan ini adalah satu tindakan "ZALIM" dan "PENGANIAYAAN" kepada kepimpinan kesatuan yang dipelopori oleh Datuk Elias Kadir Presiden KTMB. 

Perlu disedari bahawa berdasarkan peruntukan undang-undang,  jawatan Presiden RUM dan Timbalan Presiden RUM yang disandang oleh Sdr Abdul Razak MD Hassan dan Sdr R.Subramaniam masih kekal berlandaskan peruntukan undang-undang. 

Jangan risau, bahawa RUM terus wujud dan akan berjuang abis-abisan menentang "KEZALIMAN DAN PENGANIAYAAN" oleh Presiden KTMB. 

Justeru itu semua ahli-ahli kesatuan perkukuhkan perpaduan ahli dan kekuatan ahli untuk terus berjuang abis-abisan menentang tindakan mengunakan "undang-undang rimba", jangan risau negara kita yang disayangi mengamalkan undang-undang yang sah, malah RUM sentiasa mematuhi kehendak undang-undang negara.

Tindakan ini juga menjadikan satu - satunya Syarikat "GOVERNMENT OWN COMPANY" (GOC) telah melakukan penamatan kepimpinan kesatuan sekerja,  ianya bukan sahaja menjadi sejarah kepada RUM semenjak penubuhan tetapi menjadi sejarah kepada Syarikat Milik Kementerian Kewangan yang Diperbadankan (MOF).

Maka itu, teruskan perjuangan kerana perjuangan belum berakhir, KTMB adalah hak rakyat, bukan hak Datuk Presiden KTMB, justeru itu perkukuhkan barisan, perkuatkan kekuatan kerana kita akan bertindak sehingga Presiden KTMB disingkirkan dari KTMB. 

LAWAN TETAP LAWAN

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB