25 Ogos 2014

SURAT RUM DIPAPARKAN UNTUK PENGETAHUAN UMUM

Di bawah ini surat jawapan balas kepada Senior Vice President Teknical, KTMB.

Bil : (111) dlm RUM 093

Tarikh : 25hb. Ogos 2014 

Kepada :
Y.Brs.Tuan Haji Hilmi Mohamad
Naib Presiden Kanan Teknikal Keretapi Tanah Melayu Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur

Y.Bhg Encik Fong Khei Por
Ketua PengarahJabatan Perhubungan Perusahaan
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 9, Blok D4 Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62503 Putrajaya.

Tuan,

PER: NOTIS SIASATAN TATATERTIB DALAMAN 

Surat Tuan KTMB/HR/ER/Piket/003-18 bertarikh 22 Ogos 2014 adalah dirujuk.

2. Pihak kesatuan merakamkan terima kasih atas jawapan balas Tuan bagi menjawab surat Kesatuan bil 110 dlm RUM 093 bertarikh 22 Ogos 2014 dengan kadar segera dalam tempoh beberapa jam, malah telah dikirimkan ke rumah, tindakan sedemikian menunjukkan “betapa bersungguh-bersungguhnya” menginginkan kami pemimpin kesatuan dan ahli-ahli kesatuan untuk menghadiri Siasatan Dalaman.

3. Melalui surat kesatuan, selaku Presiden RUM, saya sudah mengarahkan semua ahli-ahli kesatuan tidak menghadiri Siasatan Dalaman, surat kesatuan bil 110 dlm RUM 093 bertarikh 22 Ogos 2014 adalah jawapan yang munasabah tapi dukacitanya Tuan langsung tidak merujuk kepada surat berkenaan, tindakan Tuan secara nyata mempunyai “niat jahat” dalam menangani kemelut ini, dalilnya Tuan selaku Senior Vice President Teknical mempunyai “cetek ilmu” sehingga tidak dapat membezakan antara “Akta Kesatuan Sekerja” dan “Akta Syarikat” yang mempunyai difinasi berbeza, Tuan juga tidak dapat membezakan antara “pekerja” dengan “Pemimpin Kesatuan atau Ahli-Ahli Kesatuan”, kegagalan Tuan mengenalpasti kedua-dua dalil tersebut telah menyebabkan Tuan menerima arahan bulat-bulat dari Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB, ini menunjukkan bahawa Tuan di ibaratkan “makan tahi”, “Tuan seolah-olah disuruh Presiden KTMB makan tahi, maka Tuan pun makan tahi” hanya mengikut arahan walaupun arahan itu bertentangan dengan kehendak undang-undang. Buktinya perbualan telefon malam tadi 23 Ogos 2014 antara saya bersama Tuan jam 21.56 malam , Tuan telah mengakui bahawa surat itu bukan ditulis oleh Tuan sendiri, Tuan mengakui bahawa Tuan hanya menandatangani, Tuan mengakui bahawa Tuan “part of management”, pengakuan ini telah membuktikan bahawa Tuan tidak berpendirian malah mengakui bahawa Tuan sendiri tidak mampu membezakan antara “Kesatuan Sekerja” dan “Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad”, pembuktian ini menzahirkan betapa “KETOLOLANNYA TUAN”, walaupun di hati kecil Tuan telah mengakui dan memaklumkan kepada saya bahawa Tuan serba salah.

4. Pihak kesatuan ingin menegaskan bahawa pendirian Kesatuan adalah sangat jelas dan tegas bahawa “Piket 9 Mei 2014 adalah aktiviti kesatuan sekerja”, aktiviti ini selaras dengan peruntukkan dibawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) seperti mana telah di adukan secara rasmi kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja di bawah Bil 3 dlm RUM 029/01 bertarikh 14 Julai 2014, pihak Tuan juga sedar bahawa perbincangan awalan diantara tiga penjuru iaitu Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Jabatan Perhubungan Perusahaan pada 19 Ogos 2014, pihak Tuan telah meminta tunda kesatu tarikh lain dan perbincangan selanjutnya akan diadakan pada 27 Ogos 2014, maka itu pihak Tuan sedari bahawa kes penentuan selanjutnya ialah di bawah Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan, tindakan tuan memanggil tindakan siasatan dalaman adalah dengan “niat jahat” iaitu cuba mendahului Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan, tindakan sedemikian secara nyata Tuan telah campurtangan di bawah Seksyen 4, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) dan menghalang Aktiviti Kesatuan di bawah Seksyen 5, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177), justeru itu prosedur tindakan tatatertib yang cuba Tuan jalankan melalui Siasatan Dalaman (domestic inquiry) adalah dengan “niat jahat” dengan tujuan untuk “membalas dendam”, maka keputusan yang bakal di buat oleh “HAKIM KTMB” adalah di bawah pengaruh Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB. Pembuktian “HAKIM KTMB” adalah di para 2 yang membuktikan bahawa “Tuan telah diperalatkan”. Pihak kesatuan ingin menegaskan bahawa aktiviti Piket yang dijalankan oleh kesatuan adalah “legitimate”.

5. Berkenaan dengan pembatalan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur sebenarnya apa yang berlaku adalah kerana peguam kami hanya meminta injunksi sahaja, tanpa apa- apa “relief” tambahan, Mahkamah enggan memberi injunksi sahaja tanpa apa-apa perintah yang berikutan, kes itu tidak dijalankan atas “merit” tetapi atas “bantahan awal”, dengan ini peguam kami akan memfailkan semula untuk “injunksi” bersama “relief” yang lain seperti berikut iaitu akan memfailkan tindakan mahkamah semula dalam minggu ini dengan memohon lima (5) deklarasi berkaitan bersama dengan injunksi tambahan, dalam keadaan ini kami telah mengarah semua ahli jangan menghadirkan diri, pengadilan ahli-ahli merupakan satu pengakuan bahawa tindakan tatatertib oleh KTMB adalah sah. Tindakan pengadilan oleh ahli akan “mencompromise” kedudukan kami, ini akan membawa kesan buruk dalam penyiasatan Ketua Pengarah, Jabatan Perhubungan Perusahaan dan kes ini akan di failkan semula dalam minggu ini.

6. Justeru itu pihak Kesatuan “membantah” tindakan Tuan untuk mengadakan “Siasatan Dalaman” yang berunsurkan “niat jahat”, maka itu Tuan perlu memaklumkan kepada Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB, YB Dato Ir Nawawi Bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan Semua Lembaga Pengarah KTMB bahawa pihak kesatuan telah mengadukan secara rasmi perlanggaran Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177) oleh KTMB, maka itu semua prosedur Tindakan Tatatertib hendaklah dihentikan sehingga keputusan dibuat oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan dan Mahkamah Perusahaan.

Terima kasih,

Yang menjalankan tugas

(ABDUL RAZAK MD HASSAN)
Presiden

Salinan / Perhatian

SEMUA MENTERI KABINET

Y.B. Dato’ Ir. Hj. Nawawi Hj. Ahmad 
Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB 
Keretapi Tanah Melayu Berhad 
Jalan Sultan Hishamuddin50621 Kuala Lumpur 

DAN 

Semua Ahli Lembaga Pengarah KTMB