31 Ogos 2014

JAWATANKUASA TINDAKAN TATATERTIB ( JTT )

Info diterima... kononnya Jawatankuasa Tindakan Tatatertib (JTT) sendiri tidak bersetuju untuk membuat keputusan pembuangan kerja tanpa notis, tapi telah diarahkan berbuat demikian, malah mereka dijanjikan tahap jaminan keselamatan dengan 2 "escorts" untuk mengiringi (JTT) mereka, mereka dalam keadaan serba salah dalam membuat keputusan setelah di arah oleh Presiden KTMB, maka mereka terpaksa akur membuat keputusan dan menandatangani sebagai sebulat suara. (Tak kan lah sampai sedia "escort"... jahat betul RUM ni.... hehe)

Hebat Datuk Presiden KTMB...
maka ramailah Pengurus Besar di kambing hitamkan....

Yang menarik Senior Vice President Teknical kini telah jadi anak jantan menolak untuk menandatangani dokumen "berhenti kerja tanpa notis", ini baru betul.... baru namanya "leader", sedar bahawa tindakan yang dibuat itu salah dan "BERDOSA".

Mengikut telunjuk, walaupun "part of management", yang salah itu diakui betul maka hukumnya "BERDOSA", kerana ianya adalah satu penganiayaan dan kezaliman dengan menutup periuk nasi pekerja dan keluarga pekerja.

Apakah mereka lebih takut "PRESIDEN KTMB" dari "ALLAH SWT"?

Nauzubillah ...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB