17 Ogos 2014

PRESIDEN RUM NAK BAGI TAU PRESIDEN KTMB

Gambar Hiasan
Saya mula memegang jawatan dalam RUM pada tahun 1996 sebagai Setiausaha Cawangan dan Timbalan Presiden, ketika itu Perlembagaan RUM membenarkan 2 jawatan boleh disandang sehingga dibuat pindaan hanya membenarkan seorang penyandang jawatan hanya boleh menyandang satu jawatan sahaja, pada 2.4.1998, saya pernah dipecat menjadi ahli RUM, kerana tidak mahu bersekongkol dengan kepimpinan RUM ketika itu yang di bawah pengaruh Marak Unggul, saya kembali ke pangkuan RUM pada awal bulan 11.1998 dan mengambilalih jawatan Presiden RUM tahun 1998 dengan menyingkirkan Presiden RUM dan Setiausaha Agung RUM ketika itu, proses ini berjalan dengan diakhiri di Mahkamah Tinggi dengan mengesahkan saya sebagai Presiden RUM. 

Sebelum saya menawarkan diri, kemasukan saya dalam RUM adalah berpunca dari kuarters KTMB di Sentul Pasar semua pekerja yang menghuni kuarters diarah berpindah, tika ini saya bangkit untuk mempertahankan kuarters berkenaan dengan mengedarkan pekeliling di kepada semua penghuni kuarters di Sentul Pasar untuk satu pertemuan di Rukun Tetangga Sektor 1B di Jalan Pusing, perhimpunan berjaya dan menghasilkan rumusan sekiranya diarah berpindah maka perlu disediakan rumah ganti, dari situ kejayaan muncul dengan semua pekerja yang diarahkan berpindah diberi rumah ganti.

Dari situlah wujudnya Jawatankuasa Bertindak yang diketuai oleh saya, sahabat saya Mendiang Alexander Mariadas dan Mendiang Bro Ramasanthiram dan beberapa rakan baik menubuhkan jawatankuasa bertindak, kami berjaya mendapatkan ex - gratia yang diumumkan oleh kerajaan malah Jawatankuasa Bertindak juga berjaya mendapatkan Bonus bagi pekerja yang dipinjamkan oleh RTI sebanyak 2 bulan gaji, satu dari KTMB dan satu lagi dari RTI.

Presiden RUM
Bermula dari sinilah saya dengan rakan rakan saya menawarkan diri untuk bertanding dalam RUM dengan mengambilalih cawangan Sentul seterusnya memegang jawatan Timbalan Presiden RUM.

Tika itu satu pendirian saya yang saya terapkan perjuangan ini perjuangan pekerja, dalam hati di tanamkan:-

"DI BUMI ALLAH KAT MANA PUN ADA REZEKI"

Terapan ini saya jadikan pegangan sehingga hari ini, apa pun tindakan yang dibuat, saya tidak pernah gentar, kerana yakin bahawa andai nawaitu kita benar, berjuang lah demi kebenaran.

Andai Presiden KTMB membaca kenyataan ini, saya sebagai Presiden RUM sedikit pun tak rasa gentar, malah menjadi tanggungjawab saya sebagai Presiden RUM selaras dengan Perlembagaan Kesatuan akan mengawasi Perlembagaan Kesatuan, maksudnya saya akan mempertahankan Perlembagaan RUM dan Organisasi RUM abis-abisan.

Sedikit tidak akan berganjak atas nama Jawatan Presiden RUM amanah dan tanggungjawab ini akan dilaksanakan sesempurna mungkin.

RUM akan memastikan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB tersingkir dari KTMB, pahit zaman 1997-2002 mengajar saya erti perjuangan tanpa mengenal erti kalah, Marak Unggul berjaya kami tentang, apatah lagi Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB bukan masalah besar kepada RUM.

Kenyataan Rasmi Presiden RUM