17 Ogos 2014

PRESIDEN RUM NAK BAGI TAU PRESIDEN KTMB (Pt1)

Untuk pengetahuan Datuk Presiden KTMB barisan kepimpinan RUM terdiri dari 7 pegawai utama mempunyai semangat juang yang tinggi, matlamat kami bukan sahaja untuk kepentingan Pekerja, Warga KTMB malah kepentingan awam.

Penyatuan kepimpinan ini di bawah kesatuan sekerja yang ditakrifkan "BERSATU", bermaksud kami mempunyai satu hati, satu kata sentiasa bersama dalam keadaan susah dan senang. Inilah teras perjuangan kami.

Majlis Exco RUM adalah tulang belakang RUM yang sentiasa bersama RUM dalam menentukan hala tuju RUM, ianya satu penyatuan yang cukup kukuh untuk mempertahankan RUM

Kami di dokong oleh 10 buah cawangan di ketuai oleh Pengerusi Cawangan yang bersemangat waja, tanpa rasa gentar dan takut, barisan kepimpinan cawangan sentiasa bersiap sedia untuk dikerahkan dalam sebarang tindakan.

Turut di ketuai Ketua Belia RUM dengan barisan yang cukup kukuh untuk mengempur bila-bila masa, barisan ini adalah pelapis pengganti kepimpinan RUM, bermaksud kepimpinan RUM telah siap sedia untuk mengerakkan barisan kesatuan pada masa akan datang.

Barisan ahli RUM cukup mantap sentiasa bersiap sedia untuk digerakan bagi mengempur, bila-bila masa kerahan boleh dibuat untuk mengempur.

Jadi hati-hati dalam pergerakan kami RUM yang cukup kukuh semenjak zaman Donald Uren boleh mengempur bila-bila masa, malah tindakan ini tidak akan teragak-agak untuk diambil.

RUM memberi amaran keras, alang - alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, RUM telah terbakar kini disimbah dengan minyak, maka tunggu lah akibatnya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB