RUM mengucapkan tahniah atas daya usaha YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB yang mencetuskan idea dengan memanggil PEMANDU sebagai penggerak atau pencetus sehingga terwujudnya Strategic Transformation Division ( STD ) usaha ini sangat di alu-alukan.
Dalam tempoh 3 bulan pertama YB Dato Pengerusi KTMB sentiasa memikirkan langkah - langkah yang boleh membawa kepada pembaharuan seterusnya berusaha untuk memulihkan KTMB. Usaha positif ini sentiasa menarik perhatian RUM untuk memberi sokongan agar hasrat yang baik dapat diteruskan.
Namun keyakinan RUM agak meleset selagi ianya diterajui oleh Datuk Elias Kadir Presiden KTMB yang tag line anugerah RUM "WAYANG TINGGI PRODUCTION", apatah lagi Presiden KTMB di bawah penilaian RUM dalam tempoh perkhidmatannya bermula 2 Mei 2010 adalah "sangat buruk" yang di katogerikan "NON PERFORMING PRESIDENT".
Apakah usaha-usaha ini akan berjaya? inilah persoalan pertama yang diutarakan, berdasarkan "track rekord" Presiden KTMB yang mempunyai "kuasa eksekutif" maka semua perancangan pada awalnya nampak baik akan bertukar kepada "decision" sebaliknya, kenyataan RUM sebelum ini, telah melahirkan bahawa Datuk Presiden KTMB popular mengunakan "reverse strategy", unsur ini akan menjadikan penghalang kepada semua pergerakan untuk memulihkan KTMB.
Justeru itu, apakah "STD" juga "WAYANG TINGGI PRODUCTION"? Sekiranya "wayang tinggi production" difilemkan maka usaha Yb Dato Pengerusi KTMB hanya tinggal usaha yang penghujung jalannya adalah mengecewakan.
"Eksekutif Power" tidak mampu mengatasi jawatan "Chairman", maka akan jadilah satu dimensi "tipah tertipu".
Maka perancangan akan tinggal perancangan, usaha tinggal usaha, yang mungkin ada hanya kerja sia - sia.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB