14 Ogos 2014

Esuk 15 Ogos 2014

Mesyuarat Jawatan Kuasa Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan Dan Persekitaran Induk.

Mesyuarat yang lepas pada 11 Julai 2014 ditangguhkan kerana ketidakhadiran Datuk Presiden KTMB

Difahamkan Mesyuarat esuk juga tanpa kehadiran Datuk Presiden KTMB.

Dibawah ini dipetikan surat kesatuan yang dihantar semalam dan disesalinankan kepada YAB DS Perdana Menteri dan semua yang ada kaitan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Perlu disedari bahawa tahap keselamatan warga pekerja KTMB khususnya ahli-ahli RUM kini berada dalam keadaan berisiko sehingga terwujudnya pertikaian diantara Kesatuan dan KTMB, maka setiap perkara yang berbangkit dan isu-isu baru adalah sangat penting untuk dibangkitkan, dibincangkan serta perlu jalan penyelesaian dan tindakan segera, keperluan mendesak ini memerlukan kehadiran Datuk Presiden KTMB yang perlu menjawab segala pertanyaan serta apakah tindakan yang telah diambil oleh Datuk Presiden KTMN selaku individu yang bertanggungjawab dengan “POLISI KESELAMATAN KTMB”, sekiranya Datuk Presiden KTMB masih tidak mahu hadir atau mengelakkan diri untuk hadir dengan mengemukakan pelbagai alasan, maka Mesyuarat Oshen ini hendaklah ditangguhkan kesatu hari yang lain sehingga Datuk Presiden KTMB mengesahkan tarikh kehadiran, tindakan mengelak dari menghadirkan diri adalah satu sifat yang tidak bertanggungjawab perlu diambil tindakan tatatertib, justeru itu pihak kesatuan mendesak mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Datuk Presiden KTMB kenapa dan mengapa tidak menghadirkan diri pada mesyuarat Oshen pada 11 Julai 2014.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB