22 Ogos 2014

SURAT RUM DIPAPARKAN UNTUK UMUM.

Bil: (110) dlm RUM 093

Tarikh : 22hb. Ogos 2014

Y.Brs.Tuan Haji Hilmi Mohamad
Naib Presiden Kanan Teknikal Keretapi Tanah Melayu Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin 50621 Kuala Lumpur

Salinan / Perhatian

Y.B. Dato’ Ir. Hj. Nawawi Hj. Ahmad
Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB
Keretapi Tanah Melayu BerhadJalan Sultan Hishamuddin50621 Kuala Lumpur
DAN

Semua Ahli Lembaga Pengarah

DAN

SALINAN UNTUK PEGETAHUAN
”Semua Menteri Kabinet”

Tuan,

PER: NOTIS SIASATAN TATATERTIB DALAMAN 

Rujukan kepada ‘lapan (8)dan ramai lagi’ surat ‘NOTIS SIASATAN TATATERTIB DALAMAN’ yang dihantarkan oleh ‘pengurusan KTMB’ kepada ‘AHLI-AHLI KESATUAN SEKERJA KTMB (RUM)’ atas tuduhan salah laku bertarikh ‘15hb.Ogos 2014’ disebabkan mereka ‘DITUDUH’ telah melakukan ‘pendedahan keburukan urus tadbir syarikat KTMB’ melalui kaedah ‘BERPIKET atau BERDEMONSTRASI’ kononnya menjadi satu kesalahan ‘walaupun’ di atas ‘pentas atau platform KESATUAN sekerja’. Surat yang dimaksudkan ini telah ‘ditandatangani’ oleh ‘TUAN’ kononnya sebagai ‘PEGAWAI PENDAKWA’ mengikut pengertian ‘Pekeliling Syarikat’ mengenai prosedur tindakan tatatertib Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ‘MNL / HRM / 01 / 2008’ atas perkara (7) ‘BIDANG KUASA DAN TANGGUNGJAWAB’.

2. Sepatutnya tuan sedar bahawa aktiviti ‘pergerakan KESATUAN SEKERJA’ secara langsung terlibat dengan ‘subjek perundangan’. Dengan ini kami akan dedahkan ‘butiran hujahan’ nanti dalam surat ini bersandarkan fakta.

3. Saya bagi pihak kesatuan ini, atas nama ‘Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM)’ terlebih dahulu ingin mengingatkan tuan pada ‘merealisasikan’ sesuatu objektif ‘kedamaian perusahaan’ yang merupakan faktor terpenting dan utama dalam usaha mengurus tadbirkan syarikat bagi menjaminkan ‘suasana persekitarannya aman disamping meningkatkan mutu penghasilan’ ialah melalui terapan ‘kebertanggungjawaban (accountability)’ oleh ‘PENGURUSAN KTMB’ dan ‘KESATUAN SEKERJA KTMB’ dengan tidak ‘melanggari dan menyeleweng’ daripada mana-mana peruntukan ‘AKTA-AKTA’ yang ada hubung kait dengan kesatuan serta aktivitinya dan ‘syarat-syarat wajib dipatuhi’ yang telah ditentukan oleh dokumen ‘PERJANJIAN KOLEKTIF (CA)’ dan peruntukan ‘pekeliling syarikat syarikat’. TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL

4. Kesatuan ‘berterima kasih’ kepada ‘kerajaan BARISAN NASIONAL terdahulu’ kerana menggerakkan ‘kebaikan’ dan ‘memaksimumkan keupayaan’ perjuangan golongan ‘PEKERJA-PEKERJA (KESATUAN)’ secara ‘MENGHALAL CARA TINDAKAN DAN AKTIVITI’ melalui kuasa ‘PERUNDANGAN’ yang bersandarkan kepada bilangan ‘AKTA-AKTA’ termasuk kuasa tertinggi ‘PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN’. Kesemua perakuan ‘kebaikan’ sedemikian telah dikhususkan oleh ‘KERAJAAN BARISAN NASIONAL’ bersandarkan kepada ‘AKTA-AKTA’ adalah langkah terbaik bagi ‘menjaminkan keadilan’ dalam sistem perundangan negara dan ini adalah sebagai ‘bukti kukuh’ selaku ’Penjamin’ kepada ‘kekebalan AKTIVITI KESATUAN’.

5. Kesinambungan ‘MENEGAKKAN HAK’ golongan ‘PEKERJA-PEKERJA’ di bawah payung ‘KESATUAN’ berprinsip menolak budaya ‘pilih kasih’ yang boleh mencerminkan sebagai ‘tidak adil’ telah ‘dibuktikan kejujuran dan ketelusannya’ oleh ‘kerajaan semasa BARISAN NASIONAL’ di bawah kepimpinan ‘YAB. DATO’ SRI HJ. MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK’ sebagai “Perdana Menteri”.

6. Kesatuan ini telah berkali-kali menyuara ‘pengakuan atas nada suara yang sama’ dalam beberapa surat kesatuan terawal bahawa ‘ketaatan’ kami kepada ‘government of the day’ sentiasa ‘konsisten dan tidak kabur’. Di sini sekali lagi kesatuan ini ingin menyatakan bahawa ‘sokongan kami kepada government of the day’ tidak berbelah bahagi. THE GREAT RAILWAY STRIKE / KES DULUAN TELADAN

7. Dengan bangganya kami nyatakan rasa kegembiraan kami kerana ‘kesatuan’ ini dapat mempertahankan pendiriannya di bawah payung dan bumbung ‘KESATUAN ‘RUM’ penggerak selaku ‘pejuang tulin hak pekerja’ sejak ‘puluhan tahun lamanya’ bermula pada ‘tanggal 30hb. Januari 1961’ iaitu tarikh ‘kesatuan’ ini ditubuhkan. Dalam erti kata lain bahawa tempoh bergerak secara aktif selaku ‘KESATUAN SEKERJA’ hingga sekarang ini boleh direkodkan ‘perhitungan masa’ lebih daripada ‘LIMA puluhan (50an) tahun lamanya’.

8. Tuan boleh bayangkan tempoh selama ‘LIMA puluhan (50an) tahun’ adalah suatu ‘perhitungan tempoh’ yang ‘tersangat-sangat lama’ untuk ‘mengurus tadbir sesebuah organisasi’. Dalam masa kekuasaan ‘ Persidangan Perwakilan dan MAJLIS EXCO RUM’, kesatuan ini telah berdepani dengan ‘berbagai-bagai kerenah’. Setelah menilai didapati kesemua ‘kerenah-kerenah’ yang dimaksudkan ‘tidak sebegitu kusut dan sukar’ di atasi kerana disiplin urus tadbir syarikat pada masa itu dalam tempoh selama ‘LIMA puluhan (50an) tahun’ yang lepas adalah di bawah kawalan ‘kepimpinan Pengurusan KTM/KTMB’ terbukti ‘intellectualnya’ diikat dengan telusan tidak ‘mencabuli konsep perundangan’ hendaklah menghormati dan mematuhi semua aturan dan peraturan yang termaktub dalam ‘AKTA’ dan dalam sebarang ‘Pekeliling Syarikat’. Amalan ini boleh membawa erti bahawa mereka ‘tahu dan faham’ bahasa ‘PERUNDANGAN / undang-undang’. Sesungguhnya persoalan etika amanah adalah pegangan mereka yang mana mereka ini boleh diklasifikasikan sebagai ‘PILOT’ yang ‘tidak buta peraturan’.

9. ‘Hasil Sejarah Negara’ bahawa ‘Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM)’ pernah mengharungi ‘lautan pemogokan kakitangan keretapi’ yang tersangat-sangat dalam risiko dikenali ‘THE GREAT RAILWAY STRIKE’ dalam ‘tahun 1962’ ‘bukan satu (1) atau dua (2)hari’ tetapi ‘selama dua puluh tiga (23) hari lamanya’. Mereka yang mengambil bahagian dalam ‘THE GREAT RAILWAY STRIKE’ telah terbukti ‘hilang ditempat kerja’ tetapi tidak seorang pun ‘dibuang kerja’ bahkan tiada seorang pun dikenakan ‘Tindakan Tatatertib’ sedangkan ‘AKTA KERJA’ telahpun diperkenalkan oleh ‘KERAJAAN’. Persoalannya mengapa!!? Jawapannya ialah kerana kesemua ‘PEMOGOK’ telah menjalankan aktiviti sedemikian di atas ‘platform AKTIVITI KESATUAN SEKERJA’.

10. Tuan boleh bayangkan dalam ‘masa pemogokan’ selama ‘23 hari’ sudah pasti kedapatan ‘ratusan sepanduk’ yang bukan memuji ‘kepimpinan Pengurusan’ sebaliknya mengexhibitkan kata dengan kata-kata ‘menentang Pengurusan’. Kesimpulannya apakah yang dirisaukan atas perkara ‘memperkecilkan kedudukan Datuk Elias Kadir dan pihak pengurusan syarikat’ kerana sememangnya benar berlaku banyak penyelewengan ke atas ‘Perjanjian kolektif (CA)’ dan‘Pekeliling Syarikat’. Kesatuan ada bukti-bukti kukuh.

11. Mengikut catatan bilangan sepanduk dalam kertas ‘TUDUHAN-TUDUHAN SALAH LAKU’ adalah tersangat sedikit ‘bilangan rentangan kertas sepanduk’ jika dibandingkan dengan peristiwa ‘THE GREAT RAILWAY STRIKE’ dalam ‘tahun 1962’ ‘bukan satu (1) atau dua (2)hari’ tetapi ‘selama dua puluh tiga (23) hari lamanya’. Sepatutnya pihak pengurusan tidak ambil peduli atas peristiwa ‘BERPIKET atau BERDEMONSTRASI’ dengan hanya sahaja ‘mengexhibitkan enam (6) helai sepanduk’ atas ‘platform AKTIVITI KESATUAN SEKERJA’ yang mana perkara ini telah menjadi kebiasaan. Tuan dapat bayangkan pasti berlaku lebih besar lagi dalam peristiwa ‘THE GREAT RAILWAY STRIKE’. Sepatutnya peristiwa ‘THE GREAT RAILWAY STRIKE’ dijadikan sebagai ‘KES DULUAN TELADAN’MENENTANG PETUALANG SYARIKAT-‘KAMUS ELIAS’

12. Kesatuan ini telah memaklum pada awal-awal lagi dalam beberapa surat kesatuan bahawa kesatuan ini menentang mana-mana ‘Petualang Syarikat’ yang cuba menggunakan syarikat bermatlamat dengan ‘menghalalkan cara pentadbiran songsang’ untuk kepentingan peribadi mereka. Kami percaya tuan sendiri masih tidak lupa lagi yang tuan sendiri ‘telah menggelap atau menafikan’ peruntukan ‘PERJANJIAN BERSAMA (CA)’ dan ‘Pekeliling Syarikat - ‘MNL / HRM / 01 / 2008’- prosedur tindakan tatatertib Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) atas perkara ‘EX-PARTE’. Isu ini terjadi semasa tuan diberi kepercayaan sebagai ‘Pengerusi PANEL ‘SIASATAN DALAMAN’.

13. Tuan telah melahir ‘elemen kotor’ tentang memberi ‘Keputusan Tindakan Tatatertib’ ke atas seorang ‘Eksekutif KTMB’ dikenakan ‘turun pangkat daripada ‘Gred N01G04’ ke ‘Gred N02G04’ dan turunkan matagaji daripada ‘RM9,389.00’ ke tanggagaji ‘RM8,575.00’ berkuat kuasa ‘1hb. Mei 2013’ atas kaedah ‘EX-PARTE (SATU PIHAK)’. Perbezaan gaji dibawa balik berkurangan sebanyak ‘RM814.00” sebulan atas penipuan tindakan ‘TATATERTIB SECARA EX-PARTE’. Perbutan ini bertentangan dengan ‘dua dokumen syarikat’ iaitu ‘PERJANJIAN BERSAMA (CA)’ dan ‘Pekeliling Syarikat’ seperti dimaklumkan di atas dalam para yang sama. Perbuatan tuan sedemikian secara terang-terangan dengan sengaja ‘memotong rezeki yang halal dan menghalang statusnya meningkat’. Tuan beragama ‘ISLAM’ maka tuan perlu bersedia memberi jawapan di’MAHKAMAH ALLAH’ nanti.

14. Kesatuan ini sedar bahawa ‘Eksekutif KTMB’ yang berkenaan ‘telah membuat rayuan’ kepada ‘LEMBAGA RAYUAN TATERTIB’ tetapi malangnya juga ‘ditolak’. Pada hakikatnya Kesatuan ini tahu siapa sebenarnya dibelakang tabir sandirawa ini dan dinasihat perlu rujuk ke buku ‘‘KAMUS ELIAS’ kerana pada bicara kata ‘Eksekutif KTMB’ yang berkenaan bertengkar dengan Datuk Elias Kadir. Kesatuan ini tahu ramai ‘Eksekutif Kanan KTMB’ berperanan sebagai ‘Petualang kepada Syarikat atau bersekongkol’ dan kesatuan akan dedahkan kepada pihak yang berkuasa pada masa-masa tertentu nanti.UNSUR- UNSUR NIAT JAHAT

15. Untuk ‘mencari kebenaran’ tentang ‘ AKTIVITI KESATUAN SEKERJA’, maka tekanan pihak kesatuan ialah merujukkan isu ini ke ‘Jabatan Pehubungan Perusahaan’ pada ‘14hb. Julai 2014’ selaras dengan peruntukan ‘AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967 (AKTA 177)’. Sukacitanya dinyatakan bahawa ‘Jabatan Pehubungan Perusahaan’ telah menetapkan tarikh perbincangan ‘tiga penjuru’ pada ‘16hb.Ogos 2014’.

16. Diteliti dan diperhalusi daripada aspek wakil-wakil syarikat KTMB, kesatuan tidak nampak kekurangan tenaga ‘Eksekutifnya’. Malangnya pihak syarikat ‘meminta agar perbincangan’ itu ‘DITUNDA’. Permintaan ‘pihak berkuasa syarikat KTMB’ dipersetujui oleh ‘Jabatan Pehubungan Perusahaan’ dengan tiada ‘BANTAHAN’ dari ‘KESATUAN ’.

17. Oleh kerana perlanggaran kepada akta dan demi ‘mencari kebenaran’, maka pihak kesatuan membawa kes ini juga ke ‘Mahkamah Tinggi’ dan perjumpaan dalam kamar diadakan pada ‘12hb.Ogos 2014’. Malangnya wakil syarikat KTMB juga ‘tidak hadir’. Mahkamah telah tetap hari pendengaran pada ‘9hb. September 2014’.

18. Pada kesatuan ada sesuatu yang tidak kena kerana ‘tuduhan salah laku’ kini sedang berada dalam kawalan ‘Jabatan Pehubungan Perusahaan dan Mahkamah Tinggi’ maka adalah tidak sepatutnya ‘pihak pengurusan KTMB’ mengeluarkan ‘SURAT PERTUDUHAN SALAH LAKU’ untuk diambil ‘Tindakan Tatatertib’. Penentuan kesahihan aktiviti akan diputuskan oleh ‘Jabatan Pehubungan Perusahaan dan Mahkamah Tinggi’

19. Jelas pada kesatuan ada ‘UNSUR- UNSUR NIAT JAHAT’ bagi tujuan ‘BUANG KERJA’. Dengan ini kami di bawah payung dan bumbung ‘KESATUAN ‘RUM’ bangkit menentang keputusan ‘yang tidak pro rakyat dan para pekerja’. Kesatuan dapat mengesan perbuatan jahat pengurusan melalui tindakan:-Pengurusan mendahului tindakan dan menghina MahkamahMendahului tindakan mengatasi ‘Jabatan Pehubungan Perusahaan’Melanggari peruntukan ‘PERJANJIAN BERSAMA (CA)’ dan ‘Pekeliling Syarikat - ‘MNL / HRM / 01 / 2008’- prosedur tindakan tatatertib Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

20. Selaku ‘Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM)’ saya telah mengarah semua mereka yang telah menerima surat ‘TUDUHAN-TUDUHAN SALAH LAKU’ jangan hadir sesi Siasatan Tatatertib Dalaman.

Terima kasih.

Yang benar,

(ABDUL RAZAK MD HASSAN)
Presiden