04 Februari 2015
KHABAR
Rabu, Februari 04, 2015
RUM tidak akan faham.... sekiranya Datuk Presiden KTMB disambung lagi.... pihak kerajaan perlu menilai kedudukan KTMB dengan lebih jelas dan nyata dan bukannya berdasarkan atas kertas yang kononnya KTMB telah berjaya jimatkan kos, sedangkan KTMB terumbang - ambing tanpa hala tuju dan kini bala menimpa landasan di Pantai Timur.
Mengikut maklumat yang diterima Datuk Presiden KTMB sedang kayuh dengan sangat gigih untuk menyambung kontrak beliau. Tindakan menyambung kontrak berdasarkan "KAYUH" adalah sesuatu yang "TIDAK SIHAT", maka mohon Kerajaan tidak melayani "KAYUHAN" ini.
RUM juga telah mendapat INFO bahawa pihak - pihak tertentu menjadi orang perantaraan untuk "KAYUHAN" ini.
Sekiranya benar adalah sangat-sangat mendukacitakan, jangan biarkan KTMB dilanda bala lagi!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
MELALUT @ ARAHAN BUANG TEBIAT! (1)
Rabu, Februari 04, 2015
Bila tenguk surat berkenaan, ianya ditandatangani oleh Pengurus Besar, Pembangunan Bakat & Organisasi, RUM yakin bahawa ianya berdasarkan arahan dari Datuk Presiden KTMB.
Dukacitanya sebagai penyandang jawatan Pengurus Besar Pembangunan Bakat & Organisasi yang dikira arif dengan Sumber Manusia (Human Resource) dimanakah peranan beliau sebagai yang arif dari aspek undang-undang untuk menasihatkan Datuk Presiden KTMB mengenai peruntukan undang-undang.
Makanya Pengurus Besar Pembangunan Bakat & Organisasi kini hanyalah "PUPPET" atau hanya "MENGIKUT TELUNJUK" atau bahasa hodohnya "MAKAN TAHI", justeru itu KTMB kini terumbang - ambing dari sudut Sumber Manusia.
Maka "BERMAHARAJALELALAH" diktator yang di kenali sebagai PRESIDEN KTMB bukan sahaja Pengurus Besar Pembangunan Bakat & Organisasi malah Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB juga telah mengikuti jejak sebagai "PUPPET"
KTMB akan terus terumbang - ambing bukan sekadar Sumber Manusia tapi seluruh organisasi dengan kepincangan dan lakunan yang dikenali "TRANSFORMASI".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
MELALUT @ ARAHAN BUANG TEBIAT!
Rabu, Februari 04, 2015
Berderet mesej RUM terima mengenai perkara ini, bertanyakan soalan...
SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA
Komen RUM ialah:-
- RUM tidak menolak bahawa mana-mana Mesyuarat yang dijalankan oleh Pengurusan KTMB dengan mana-mana jabatan atas urusan majikan maka lapuran mesyuarat berkenaan perlu dilaporkan, ini adalah proses biasa.
- Mana-mana pengurusan (majikan) yang bermesyuarat dengan Kesatuan juga perlu menghantar lapuran, ini juga proses biasa.
- Mana-mana ahli-ahli kesatuan yang bermesyuarat mengenai hal ehwal yang termaktub dalam Perjanjian Bersama, Perlembagaan Kesatuan dan semua Akta yang berkaitan adalah tidak dibenarkan menyampaikan sebarang hasil permesyuaratan kepada pengurusan (majikan) kerana ianya adalah hak mutlak Kesatuan Sekerja. Semua perbincangan adalah SULIT!
Perlu disedari KTMB di daftarkan di bawah Akta Syarikat manakala RUM di daftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja, kedua-dua Akta ini telah membezakan peranan dan hak masing-masing.
Arahan sedemikian adalah satu arahan yang "melalut" dan "buang tebiat" yang langsung terkeluar dari hak yang terkandung dalam Akta.
RUM beranggapan Datuk Presiden KTMB "melalut" atau "buang tebiat" atau "kurang siuman" atau "sengal" atau apa sahaja sebutan yang sesuai.
Maka itu adalah dinasihatkan kepada Datuk Presiden KTMB bawa - bawa "ightifar", makin hari dah makin teruk, jangan sebuk nak cari maklumat dalam RUM sebaliknya fikir.... fikir... fikir.... apa dah jadi dengan KTMB, fikir jugak macam mana nak pulihkan KTMB di Pantai Timur, kalau tak boleh berfikir asyik nak cari info RUM.... adalah di nasihatkan "LETAK JAWATAN", Datuk Presiden KTMB you are nothing! You FAILED!!!!!
GAJI YANG DI BAYAR PADA PRESIDEN KTMB adalah satu pembaziran dan kerugian kepada KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
03 Februari 2015
PEKERJA TETAP MANGSA 3
Selasa, Februari 03, 2015
Ini macam punya Menteri kita boleh angkat... ada berani... ini macam punya berani kita boleh sokong... sebab... barang harga mahal... Kita kuli... ada effect.. makan tarak cukup... gaji tarak naik... cuma kasi lebih sikit agresif...
Kita tarak mau... Menteri cakap tarak serupa bikin... ada cakap lain bikin lain... ada cakap manis... belakang.... aiyoooo.....
Ahli Parlimen pun misti mau berani.... jangan wayang lebih.... abuk pun tarak...
Sendiri mahu ingat lo...
Kuli boleh cakap....
Lain REDHA.....
Kita tarak mau... Menteri cakap tarak serupa bikin... ada cakap lain bikin lain... ada cakap manis... belakang.... aiyoooo.....
Ahli Parlimen pun misti mau berani.... jangan wayang lebih.... abuk pun tarak...
Sendiri mahu ingat lo...
Kuli boleh cakap....
Lain REDHA.....
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
PEKERJA TETAP MANGSA 2
Selasa, Februari 03, 2015
GAJI MINIMUM pun tak nak bayar... untung juta2... pekerja ni apa? Hamba ke...? nak perah keringat je... kalau nak kira betul - betul taraf kehidupan sekarang RM 900.00 nak makan apa....? Itu tak tau berapa banyak pekerja yang masih di bawah paras gaji minima.... huhu...
Tak pe... Kita redha...
Biaq pi yang kaya terus kaya....
Yang pekerja terus duk jadi kuli.... jangan marah... redha...
13 majikan Selangor didenda gagal patuhi gaji minimum
Tak pe... Kita redha...
Biaq pi yang kaya terus kaya....
Yang pekerja terus duk jadi kuli.... jangan marah... redha...
13 majikan Selangor didenda gagal patuhi gaji minimum
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Majikan Tidak Hormati Kesatuan Sekerja
Selasa, Februari 03, 2015
Setiausaha Agung MTUC ..mengatakan tindakan Presiden KTMB terhadap Presiden RUM merupakan satu tindakan keterlaluan dan tidak menghormati Kesatuan....MTUC akan mengambil tindakan seterusnya bagi memastikan Presiden RUM dapat Keadilan.....(sebahagian petikan dari Akhbar)....
PEKERJA TETAP MANGSA 1
Selasa, Februari 03, 2015
Semalam seorang kawan order barang dari Thailand dengan harga RM 10,225
Penambahan RM 1,533.80 lagi menjadikan jumlah RM 11,758.00 (sbb duit msia murah)
Maka harga jualan yang perlu di jual maka perlu dinaikkan, maka mangsanya ialah pengguna...
Maka implikasi hari ini ialah:-
Makanya.... siapa yang rugi?
Yang rugi adalah pengguna...
Pengguna adalah pekerja..
.
Pekerja yang berpendapatan besar... tak timbul implikasi...
Pekerja yang berpendapatan rendah gigit jari....
Maka pada bila-bila pun... yang terkena adalah pekerja berpendapatan rendah...
Maka siapa yang mampu mengatasi perkara ini????
Hahahaha.... boleh menulis sahaja... boleh merungut sahaja... Kita semua tak perlu kata apa-apa.... maka kita redha sahaja....
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Penambahan RM 1,533.80 lagi menjadikan jumlah RM 11,758.00 (sbb duit msia murah)
Maka harga jualan yang perlu di jual maka perlu dinaikkan, maka mangsanya ialah pengguna...
Maka implikasi hari ini ialah:-
- Bila minyak naik barang pun naik...
- Bila minyak turun barang tak turun..
- Bila duit jatuh... barang pun naik...
- Bila duit naik.... barang tak turun...
Makanya.... siapa yang rugi?
Yang rugi adalah pengguna...
Pengguna adalah pekerja..
.
Pekerja yang berpendapatan besar... tak timbul implikasi...
Pekerja yang berpendapatan rendah gigit jari....
Maka pada bila-bila pun... yang terkena adalah pekerja berpendapatan rendah...
Maka siapa yang mampu mengatasi perkara ini????
Hahahaha.... boleh menulis sahaja... boleh merungut sahaja... Kita semua tak perlu kata apa-apa.... maka kita redha sahaja....
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
PEKERJA TETAP MANGSA
Selasa, Februari 03, 2015
Minyak jatuh...
Harga barang tarak turun...
Lori untung, bas sekolah untung, pemborong untung, peniaga untung...
Duit jatuh...
Barang naik... tu orang kata... barang import... lagi barang boleh naik...
Pekerja...
Apa pun tarak naik...
Keluar... keluar... keluar...
Poket jugak kosong...
Aiyooooooo.....
Harga barang tarak turun...
Lori untung, bas sekolah untung, pemborong untung, peniaga untung...
Duit jatuh...
Barang naik... tu orang kata... barang import... lagi barang boleh naik...
Pekerja...
Apa pun tarak naik...
Keluar... keluar... keluar...
Poket jugak kosong...
Aiyooooooo.....
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
02 Februari 2015
Presiden kesatuan KTMB rela menganggur, enggan mohon maaf setiap hari di Facebook
Isnin, Februari 02, 2015
![]() |
| Abdul Razak Md Hassan, Presiden RUM |
Diminta memohon maaf kepada Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) setiap hari di Facebook dan di blog selama tiga bulan akan datang jika beliau mahu mendapatkan semula kerjanya, presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) menyifatkan syarat itu umpama dikenakan tebusan dan enggan mengalah.
Abdul Razak Md Hassan, yang kini tidak bekerja tetapi masih menjadi presiden RUM sementara menunggu tindakan mahkamah perusahaan berkata, tuntutan KTMB itu bukan sahaja menghinanya bahkan juga kesatuan.
"KTMB mahu saya, dalam kapasiti saya sebagai presiden kesatuan, menyatakan permohonan maaf setiap hari selama tiga bulan melalui Facebook dan laman blog Suara RUM," kata Razak kepada The Malaysian Insider.
"Permintaan ini benar-benar tidak boleh diterima kerana ia bukan sahaja menghina dan merendahkan martabat, tetapi ia bermakna RUM akan kehilangan kredibilitinya sebagai kesatuan sekerja."
Razak ditawarkan semula jawatannya di KTMB dengan beberapa syarat, termasuk mengirim permohonan maaf di Facebook dan blog beliau, ekoran pemecatan beliau kerana berpiket pada 9 Mei tahun lepas menentang Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir.
RUM mahu Elias meletak jawatan kerana prestasi lemah penggendali kereta api itu.
Kekecohan bermula September lalu apabila KTMB memecat Razak dan Timbalan Presiden RUM, R. Subramaniam, dan mengambil tindakan terhadap 110 ahli kesatuan yang menyertai piket.
Kira-kira 700 ahli RUM mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan dan 110 yang dikenal pasti KTMB diberikan surat tunjuk sebab.
Razak dan Subramaniam pada masa itu menggambarkan pemecatan mereka sebagai penghinaan terhadap keadilan dan berikrar mengambil tindakan terhadap KTMB.
Sejak itu, semua pekerja dikembalikan semula pekerjaan mereka oleh KTMB dengan terma dan syarat yang mereka tidak lagi mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti, kesatuan atau sebaliknya, yang dianggap memudaratkan KTMB, kata Razak kepada The Malaysian Insider.
Ini termasuk tidak lagi menyertai sebarang piket atau protes terhadap pengurusan KTMB, yang Razak sifatkan suatu perintah melucukan.
"Saya menasihatkan semua ahli RUM menerima arahan KTMB walaupun ia sukar untuk diterima, kerana ahli-ahli kami mempunyai keluarga untuk disara."
Bagaimanapun, Razak sendiri tidak menerima syarat KTMB, mengatakan beliau dan kesatuan tidak mahu terhutang budi kepada KTMB, pengendali rangkaian kereta api utama di Malaysia.
"Kami memfailkan aduan di bawah Seksyen 4 dan 5 Akta 177, Akta Perhubungan Perusahaan 1967," kata Razak.
Kes itu akan didengar Jabatan Perhubungan Perusahaan pada 5 Februari.
Razak enggan berundur daripada kritikannya terhadap Elias, yang didakwanya menyebabkan KTMB merudum.
"Kedudukan kewangan semasa KTMB membuktikan segala-galanya," kata Razak.
Beliau berkata audit yang dijalankan pada 2011 menunjukkan syarikat itu mengalami kerugian sebanyak RM100 juta, menjadi hampir tiga kali ganda kepada RM280 juta pada 2012.
Kerugian itu menjadikan KTMB sasaran beberapa syarikat yang berminat menswastakannya, termasuk MMC dan Gamuda Bhd.
Awal tahun lepas, MMC berminat membentuk usaha sama dengan Gamuda mengambil alih KTMB dalam urus niaga bernilai lebih daripada RM5 bilion, tetapi perjanjian itu tidak menjadi kenyataan.
MMC kemudian mengemukakan cadangan untuk menswastakan operasi kargo KTMB dan anggaran awal sebanyak RM2 bilion. – 2 Februari, 2015. [TMI]
28 Januari 2015
PERJUANGAN
Rabu, Januari 28, 2015
Kita selalu berfikir kita mahukan yang lebih...
Kita pula selalu merungut, serba serbi tak cukup...
Kita selalu bertanya apa kita dapat...
Kita selalu bertanya... bertanya dan bertanya...
Kerana apa?
Kerana kita tidak berpuas hati...?
JADI??????
Tanya diri kita...
Apa yang kita mahu?
Tanya diri kita adakah semua itu tak cukup?
Tanya diri kita...
Adakah tahap keselamatan kita terjamin?
Andai semua itu cukup... memuaskan hati... maka kita patut mendiamkan diri...
Andai kita kaki ampu atau bodek... Kita memang pasti tutup mulut....
Andai kita mahu pangkat... maka kita angguk - angguk...
Andai kita mahu projek... maka kita akan kata "YES BOSS"...
Andai kita dah takut.... Kita lari tengah malam....
Maka itu jangan "SALAHKAN RUM", kerana kita dalam golongan ini, kerana kita sendiri dilemahkan kerana adanya sifat kepentingan diri atau kita hanya bijak menyalahkan orang lain atau kita sebenarnya dah kecut perut....
Andai pula ada rungutan, tak cukup, tak puas hati, geram dan marah sentiasa bermain di fikiran kita...
Ayuh bangkitlah...
Jangan diulit mimpi...
Jangan jadi "PENGECUT"...
Kerana kita tidak akan berjaya...
Biarpun kertas kerja berjela - jela...
Apatah lagi KTMB duit tak de...
Merudum pula....
Yang duk di atas sana tak reti kerja....
Citer lebih... bak sang pujangga...
Kita pula hanya kuli sahaja...
Cukup bulan gaji tak cukup belaka...
Bangkitlah...
Ayuh kita terus berjuang...
Demi periuk nasi kita...
Demi masa depan kita...
Jangan gentar...
Jangat takut...
Biar dilambung ombak...
Kita terus berjuang...
Selamatkan KTMB, Selamatlah Kita...
Singkir mereka, mereka pembinasa...
Perosak masa depan kita....
AYUH..... BANGKIT... BANGKIT... BANGKIT.... TERUS BERSATU WAHAI PEKERJA... BERJUANG DEMI MASA DEPAN KITA..... KERANA KITA ADALAH KESATUAN SEKERJA......
SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA
Kita pula selalu merungut, serba serbi tak cukup...
Kita selalu bertanya apa kita dapat...
Kita selalu bertanya... bertanya dan bertanya...
Kerana apa?
Kerana kita tidak berpuas hati...?
JADI??????
Tanya diri kita...
Apa yang kita mahu?
Tanya diri kita adakah semua itu tak cukup?
Tanya diri kita...
Adakah tahap keselamatan kita terjamin?
Andai semua itu cukup... memuaskan hati... maka kita patut mendiamkan diri...
Andai kita kaki ampu atau bodek... Kita memang pasti tutup mulut....
Andai kita mahu pangkat... maka kita angguk - angguk...
Andai kita mahu projek... maka kita akan kata "YES BOSS"...
Andai kita dah takut.... Kita lari tengah malam....
Maka itu jangan "SALAHKAN RUM", kerana kita dalam golongan ini, kerana kita sendiri dilemahkan kerana adanya sifat kepentingan diri atau kita hanya bijak menyalahkan orang lain atau kita sebenarnya dah kecut perut....
Andai pula ada rungutan, tak cukup, tak puas hati, geram dan marah sentiasa bermain di fikiran kita...
Ayuh bangkitlah...
Jangan diulit mimpi...
Jangan jadi "PENGECUT"...
Kerana kita tidak akan berjaya...
Biarpun kertas kerja berjela - jela...
Apatah lagi KTMB duit tak de...
Merudum pula....
Yang duk di atas sana tak reti kerja....
Citer lebih... bak sang pujangga...
Kita pula hanya kuli sahaja...
Cukup bulan gaji tak cukup belaka...
Bangkitlah...
Ayuh kita terus berjuang...
Demi periuk nasi kita...
Demi masa depan kita...
Jangan gentar...
Jangat takut...
Biar dilambung ombak...
Kita terus berjuang...
Selamatkan KTMB, Selamatlah Kita...
Singkir mereka, mereka pembinasa...
Perosak masa depan kita....
AYUH..... BANGKIT... BANGKIT... BANGKIT.... TERUS BERSATU WAHAI PEKERJA... BERJUANG DEMI MASA DEPAN KITA..... KERANA KITA ADALAH KESATUAN SEKERJA......
SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
27 Januari 2015
RUNGUTAN PENUMPANG
Selasa, Januari 27, 2015
Di Bawah ini rungutan penumpang yang dipanjangkan kepada RUM untuk dipaparkan, pihak RUM ingin memaklumkan ianya adalah masalah pengurusan KTMB dan bukannya pekerja, kelemahan sistem adalah tanggungjawab pengurusan KTMB.
RUM juga memohon pada penumpang, bahawa pekerja hanya menjalankan tugas seperti biasa sedaya upaya menerangkan masalah yang berlaku, mohon jangan menyalahkan pekerja sebaliknya tanya "PENERAJU KTMB", kerana semua tanggungjawab adalah pada "PENERAJU KTMB".
[sinarharian]
RUM juga memohon pada penumpang, bahawa pekerja hanya menjalankan tugas seperti biasa sedaya upaya menerangkan masalah yang berlaku, mohon jangan menyalahkan pekerja sebaliknya tanya "PENERAJU KTMB", kerana semua tanggungjawab adalah pada "PENERAJU KTMB".
[sinarharian]
SEMANGAT
Selasa, Januari 27, 2015
Sesekali RUM tidak akan lemah, RUM akan terus kuat, RUM akan terus menentang, RUM tidak pernah gentar dah takut.... RUM tetap hebat dan gah.... Biar onak dan duri.... RUM akan terus redah menentang "KEZALIMAN"!
Semangat juang RUM tidak akan pernah luntur, akan terus melawan dan menentang Presiden KTMB sehingga tersingkir nya dari KTMB.
SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
BUSUK HATI
Selasa, Januari 27, 2015
Kalau hati tu memang dah busuk... tetap busuk... kalau hati tu dah hitam tetap hitam... tak kan mungkin jadi putih...
Begitulah...
Kalau dah undang-undang di cabul... bicara apa lah pun... tegaklah kebenaran semacam mana pun... undang-undang rimba tetap diamalkan....
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
26 Januari 2015
TAHNIAH KTMB
Isnin, Januari 26, 2015
Facebook KTMB hanya untuk staf KTMB.
Cuma yang menyertai Facebook KTMB dinasihatkan jangan komen bukan - bukan... sebab ianya tertutup dan berisiko tinggi.. maklumat "one way ticket".
Macam sebelum ini mengwar - warkan KTMB berjaya mengurangkan kerugian.
Tapi di sebaliknya.... nampak atas kertas cantik.... (rujuk suararum.blogspot.com) telah menjelaskan bahawa pengurangan kerugian berjaya dibuat berdasarkan tiada pembaikpulihan serta pembayaran dividen dari saham MRCB dan bukannya hasil pendapatan operasi.
Apapun SUARA RUM adalah suara pekerja yang akan terus menulis "suara kebenaran".
YANG BAIK KITA SOKONG 101%,
YANG BERTENTANGAN, JANGAN SALAHKAN RUM".
Selamatkan KTMB, Selamatlah PEKERJA!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
In Syaa Allah
Isnin, Januari 26, 2015
RUM akan membuat lawatan ke Gua Musang dan Kuala Krai pada 29.1.2015 untuk bertemu dan memberi sumbangan kepada semua Ahli-ahli RUM yang terlibat Banjir baru-baru ini.
Mengikut catatan yang ada pada RUM seramai 158 orang ahli-ahli RUM terlibat dari Cawangan Kuala Lipis hingga Cawangan Tumpat.
Semoga semua yang terlibat akan tabah dan kuat dalam menghadapi cabaran ini...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
22 Januari 2015
Nasihat
Khamis, Januari 22, 2015
RUM terbaca satu komen, individu ni baru acting.... dapatlah pangkat sikit... (acting je pun) hari tu perlanggaran koc masa (........) koc rosak.... tak pun diambil tindakan.. kononnya PO cover line... tap... tap.. dapat acting... Kepala pun jadi besar.... uniform pun tak pakai... oleh kerana besar sangat kepala tu... ialah.. acting kannnn... dia punya kacaulah pekerja... tegur sana tegur sini... konon dia bagus sangat...
Komen RUM acting tu belum tentu... bila2 boleh tarik balik.... tak yah nk bodek giler2... betulkan diri sendiri dulu... Kita tegur orang tak pakai uniform... tapi kita kenalah pakai uniform dulu... kalau sendiri tak betul... jangan tegur orang... tak eluk pun.... nanti bila orang marah... kau juga yang susah.... agak2lah tindakan tu...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
TAHNIAH
Khamis, Januari 22, 2015
Yang ini RUM menyokong 101%.... satu pujian diberikan kepada yang mencadangkan...
RUM sentiasa mengalu-alukan perkara terbaik terutamanya "INTERGRITI".
Semoga ianya akan memberi satu nafas baru kepada KTMB dalam membentuk "INTERGRITI TULIN".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB
Kita ini...
Khamis, Januari 22, 2015
Kita tak kan usik orang...
Kita cuba berdiam diri...
Kita tak mahu kacau orang..
Kita hanya buat kerja kita..
Kita biarkan orang usik kita..
Kita biarkan orang kata kita...
Kita biarkan orang umpat kita...
Kita biarkan biarkan..
Kita sabar sesabar mungkin...
Tapi janganlah melampau...
Kita pun ada perasaan. ..
Bukan ROBOT...
Kita juga tahu marah...
Kita juga tahu gaduh..
Cuma janganlah...
Sebab kesabaran kita ada batasnya...
Abdul Razak MD Hassan
Presiden RUM
Kita cuba berdiam diri...
Kita tak mahu kacau orang..
Kita hanya buat kerja kita..
Kita biarkan orang usik kita..
Kita biarkan orang kata kita...
Kita biarkan orang umpat kita...
Kita biarkan biarkan..
Kita sabar sesabar mungkin...
Tapi janganlah melampau...
Kita pun ada perasaan. ..
Bukan ROBOT...
Kita juga tahu marah...
Kita juga tahu gaduh..
Cuma janganlah...
Sebab kesabaran kita ada batasnya...
Abdul Razak MD Hassan
Presiden RUM
Lari dari perjuangan
Khamis, Januari 22, 2015
Pada Mantan Exco RUM yang lari dari perjuangan kononnya memperjuangkan UPGRADE PEMANDU lari sekerat jalan meninggalkan ahli-ahli sebelum abis perjuangan dengan mengejar pangkat "CAPTAIN" (EKSEKUTIF)
Kemudian mempengaruhi ahli-ahli dengan mengadu domba menunjukkan beliau terbaik, mengunakan hadis memperkatakan beliaulah hati yang teramat bersih.
Jangan mempersoalkan sesuatu dengan membuat tuduhan dan fitnah... kerana Allah Swt sahaja yang lebih mengetahui...
Semoga beliau dirahmati Allah Swt dalam setiap perbuatannya...
Abdul Razak MD Hassan
Presiden RUM
21 Januari 2015
JAWATAN
Rabu, Januari 21, 2015
Bila kita dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan, kita sendiri yang menawarkan diri, maka itu amanah dan tanggungjawab.
Justeru itu ianya perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab bagi memastikan amanah yang diberikan terlaksana.
Jangan sesekali kita gunakan jawatan kita untuk kepentingan diri, kerana ianya memakan diri.
Kerana setiap amanah yang diberikan kepada kita sekiranya tidak dilaksanakan dengan rasa tanggungjawab, ingatlah kita akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Maka itu laksanakan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.
Tambah-tambah kita dibayar elaun oleh organisasi, ingatlah elaun itu adalah wang ahli, jangan sesekali memegang jawatan kerana elaun.
Ingatan untuk diri saya...
Abdul Razak Md Hassan
Presiden
























