RUM amat memahami dari sudut logik mana-mana janji dalam tempoh 100 hari tidak mungkin dapat dilaksanakan berdasarkan dalam usaha mana-mana peneraju untuk membetulkan organisasi yang organisasinya berada dalam keadaan "TENAT".
Dalam KTMB contohnya, RUM melihat bukan sahaja 100hari, setengah (1/2) penggal maupun tiga suku (3/4) penggal bagi menilai perancangan maupun perubahan yang dilakukan malah setiap tahun yang berlalu, RUM tetap buat penilaian dari semua sudut untuk menentukan apakah perubahan yang telah dilakukan.
Namun dalam memastikan tempoh-tempoh ini, kita juga perlu melihat apakah organisasi ini sememangnya mempunyai masalah yang kritikal yang sukar untuk dipulihkan atau memakan masa yang lama atau kedudukan kewangan yang kritikal atau tidak dapat bantuan yang diperlukan, terlalu banyak aspek perlu dinilai namun tetap perlu melihat berapa peratus (%) perubahan dapat dilakukan dalam tempoh-tempoh kebiasaannya dipantau.
Pada RUM sesuatu yang mustahil untuk mengharapkan sesuatu perubahan dapat dilakukan dalam tempoh 100hari, RUM amat memahami apatah lagi bahasa mudah "mencuci tahi", ianya sesuatu yang sukar untuk dilakukan, malah apatah bila berjanji pada satu ketika sebelum melihat kedudukan sebenar sebuah organisasi, maka janji itu biasanya tidak boleh diharap sangat, malah janji-janji sebegini perlu diteliti dan tidak boleh dianggap sebagai "percaya" kerana kita mampu berfikir agar tidak mudah diperdaya.
Pokoknya dalam usaha untuk memulihkan tetap ada tempoh yang munasabah untuk ditunaikan, sebaiknya jangan mengunakan perkataan "JANJI" ayat yang lebih sesuai "BERUSAHA" paling tepat "IN SYAA ALLAH".
RUM sendiri dalam sebuah organisasi yang mengadakan pemilihan setiap tiga (3) tahun tidak pernah mengunakan perkataan "JANJI" kerana RUM sedar kuasa "BUDIBUCARA MUTLAK" adalah "HAK MAJIKAN".
Kita hanya berusaha dan terus berusaha memberi kebaikan dan meningkatkan faedah yang lebih baik kepada semua ahli-ahli RUM kerana kita sedar bahawa kalangan pekerja yang berpendapatan rendah dengan kos sara hidup yang tinggi, maka perjuangan secara berterusan tanpa mengenal erti putus asa perlu diterapkan dalam jiwa, kerana kami tahu tanpa perjuangan yang kental kami golongan kuli mudah diperkotak-katikkan.
Semuanya berdasarkan pada "tempoh-tempoh yang munasabah", kegagalan "mengenal tempoh" maka sudah sampai "satu tempoh" untuk bertindak, maka ketika itu jangan salahkan kami kerana tempoh yang munasabah telah diberikan, maksudnya "tempoh dah matang".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
17 Ogos 2018
Home »
» 100 HARI TEMPOH PEMBAHARUAN
100 HARI TEMPOH PEMBAHARUAN
Jumaat, Ogos 17, 2018