RUM pada dasarnya amat bersetuju dengan Lembaga Pengarah KTMB mengundurkan diri, ini satu kebaikan kepada KTMB, cuma RUM rasa sedih Dato Ir Nawawi Ahmad yang pada dasarnya telah menjalankan tugas dengan baik serta mempunyai hubungan harmoni dengan kepimpinan RUM yang cukup tinggi, tapi apakan daya keadaan sudah berbeza, Terima Kasih yang tidak terhingga Dato Ir Nawawi Ahmad.
Memang pahit untuk diluahkan, namun bicara jujur perlu diutarakan tanpa berselindung kerana rasa bersyukur dengan perletakan jawatan atau tamat kontrak Lembaga Pengarah KTMB, terima kasih kerana mengambil keputusan yang bijak.
Dari kacamata RUM Lembaga Pengarah KTMB yang lain sebenarnya daripada ada baik tiada, kalau ada pun tak berfaedah, tidak memberi kebaikan masih idea lapuk yang tidak membawa apa-apa makna, malah dari sudut RNAA mereka bersetuju dan tidak mempertahankan KTMB, manakala dari sudut lain mereka sendiri tidak faham Bahasa Keretapi malah tidak melihat kehendak (needs) KTMB mungkin pihak lain tidak mampu berbicara hal ini, tapi yang mengetahui pasti tersenyum gembira.
Justeru itu RUM amat mengalu-alukan perletakan jawatan mereka, namun tetap merakamkan ucapan terima kasih dari sudut lain dalam memberi perhatian mengenai faedah pekerja.
RUM juga berharap kecuali lantikan penjawat awam yang mewakili Kementerian juga hendaklah melepaskan jawatan, tidak perlulah sampai tamat tempoh kontrak yang berakhir pada bulan September ini.
Semoga dengan ketiadaan mereka ini semua RUM berharap perlantikan baru nanti dari kalangan profesional yang mampu mencambah idea kreatif untuk membangunkan KTMB serta memberi kebaikan kepada keseluruhan warga pekerja serta KTMB itu sendiri, RUM tidak mahu perlantikan nanti dari kalangan yang tidak memberi sebarang kebaikan atau hanya sekadar bermesyuarat kerap kali semata-mata kutip elaun, paling penting dapat memainkan peranan bagaimana boleh mempengaruhi kerajaan untuk membantu KTMB, jangan jadi seperti yang lepas, seronok bermesyuarat, entah berapa banyak "sub board committees" tapi hasilnya tiada.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
02 Ogos 2018
Home »
» LEMBAGA PENGARAH KTMB MENGUNDURKAN DIRI
LEMBAGA PENGARAH KTMB MENGUNDURKAN DIRI
Khamis, Ogos 02, 2018