RUM merakamkan terima kasih atas kesudian menjemput kepimpinan RUM untuk menghadiri Majlis Perasmian Stesen Keretapi Abdullah Hukum.
RUM juga mengambil kesempatan menyerahkan surat kepada Yb Menteri Pengangkutan sendiri dalam Majlis Perasmian untuk memohon temujanji, surat yang dihantar hari ini adalah surat yang ketiga (3) kepada Yb Menteri untuk memohon temujanji.
Surat 1 bertarikh :- 1 Jun 2018
Surat 2 bertarikh :- 26 Jun 2018
Surat 3 bertarikh :- 1 November 2018
Harapan kita Yb Menteri sudi bertemu dengan kita dan memberi ruang untuk kita berbicara mengenai Railway Network Access Aggrement (RNAA).
Kita sentiasa mengunakan pendekatan keharmonian perusahaan dengan tujuan menjaga hubungan baik diantara Kesatuan dan Kerajaan Memerintah, kita harap hubungan baik terus disemai dan dibaja agar terus kekal harmoni, janganlah bila kita menundukan kepala, kita tidak dilayan, kerana itu mengambarkan kurang sopan.
Namun kami yakin Yb Menteri Pengangkutan hari ini bukanlah seperti Yb Menteri Pengangkutan yang lepas, kerana kami sentiasa berfikiran "positif" dengan mengunakan pendekatan "menarik benang dalam tepung", pendirian kami jelas bahawa cara yang paling berhemah ialah melalui rundingan, kerana kami juga insan yang memegang pada janji seperti mana janji yang telah dibuat oleh Barisan Ahli Parlimen Pembangkang sebelum PRU 14, cuma pada pertemuan yang terdahulu dengan barisan ahli parlimen pembangkang Yb tidak ada ketika itu.
Sekali lagi kami berharap pertemuan dapat diadakan demi mendengar keluhan kami dari RUM yang juga sebagai rakyat Malaysia.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
01 November 2018
Home »
» PERASMIAN STESEN ABDULLAH HUKUM
SERAH SURAT PADA YB MENTERI PENGANGKUTAN
PERASMIAN STESEN ABDULLAH HUKUM SERAH SURAT PADA YB MENTERI PENGANGKUTAN
Khamis, November 01, 2018