RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada Yb Menteri Pengangkutan yang dapat meluangkan masa untuk bertemu dengan kepimpinan RUM. Pertemuan yang dinanti-nantikan ini telah mengambarkan satu pertemuan yang sangat bermakna berikutan isu mengenai Railway Network Access Aggrement (RNAA) yang menjadi isu sejak sekian lama menjadi tentangan RUM terhadap peneraju Kementerian Pengangkutan terdahulu.
Secara ringkas pertemuan ini bukanlah satu penyelesaian tetapi ianya membuka ruang perbincangan bagi mewujudkan jalan penyelesaian, Yb Menteri Pengangkutan bersikap terbuka dan mendengar setiap butiran hujah dari RUM dan menjelaskan beliau belum meneliti dokumen RNAA, malah beliau akan meneliti seterusnya akan mengkaji kembali dokumen RNAA dan akan mengadakan perbincangan semula demi kebaikan semua pihak.
Beliau juga memberi jaminan KTMB tidak akan dianaktirikan sebaliknya akan memberi perhatian demi kebaikan KTMB, Pekerja dan Pengguna, satu kenyataan yang RUM tunggu-tunggu pengakuan yang KTMB tidak akan dianaktirikan oleh Yb Menteri Pengangkutan yang mewakili kerajaan memerintah kerana perkataan "Anak Tiri" yang dilaung-laungkan oleh RUM telah mendapat perhatian dari Yb Menteri Pengangkutan.
Beliau juga melahirkan kenyataan bahawa pertemuan ini bukan yang terakhir malah akan sedia berbincang dengan pihak RUM demi kemajuan KTMB dan Pekerja itu sendiri.
Rumusan yang boleh dikatakan pertemuan ini sangat positif, banyak perkara yang dibangkitkan mendapat perhatian dan pertimbangan Yb Menteri Pengangkutan khususnya untuk kebaikan KTMB dan Pekerja.
Paling menarik diawal mukadimah Yb Menteri memohon maaf kerana tidak kesempatan bertemu awal kerana kesebukan tugas serta untuk mengetahui semua agensi di bawah Kementerian Pengangkutan, satu ungkapan yang membuat kami menghormati Yb Menteri, kami juga memahami kesebukan Yb Menteri Pengangkutan khususnya masih baru menjawat jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.
Bagi pihak RUM kami merakamkan ribuan terima kasih kerana kesudian Yb Menteri Pengangkutan mendengar keluh kesah kami, malah kami sedia bersama dan berunding demi kebaikan KTMB, Pekerja khususnya Pengguna.
Semoga hubungan baik ini terjalin dengan harmoni dan seterusnya isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan demi kepentingan KTMB, Pekerja, Pengguna khususnya Negara tercinta Malaysia.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
16 November 2018
Home »
» PERTEMUAN DENGAN YB ANTHONY LOKE MENTERI PENGANGKUTAN SEMALAM.
PERTEMUAN DENGAN YB ANTHONY LOKE MENTERI PENGANGKUTAN SEMALAM.
Jumaat, November 16, 2018