RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

31 Ogos 2016

MERDEKA (KTMB)

Dengan penuh semangat maka dilaungkan ungkapan "MERDEKA" 3X, maka semua bangga dan menyatakan SAYA  ANAK MALAYSIA! Cerita rakyat Malaysia.

Namun... ini cerita KTMB...

Merdekakah KTMB? iya KTMB sebelum ini dan kini kekal MERDEKA, merdeka dari mereka (MARAK UNGGUL, YTL, MMC) yang berhasrat menjajah KTMB berjaya disingkirkan. MERDEKA 3X

Apakah KTMB akan kekal MERDEKA?
Iya... KTMB akan terus kekal MERDEKA biarpun diluar sana penjajah-penjajah sedang memerhatikan, sedang menyusun langkah dan strategi yang cukup teratur untuk cuba menjajah KTMB! "Hebat penjajah kali ini..."

RUM nak INGATKAN pada PENJAJAH BARU, RUM dengan BALA TENTERANYA sentiasa bersiap sedia, tidak sesekali terlena, bersedia pada bila-bila masa untuk mempertahankan KTMB dari dijajah, RUM bersiap sedia BERPERANG tanpa rasa takut dan gentar dengan mana-mana penjajah, untuk terus mengekalkan KEMERDEKAAN KTMB. Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

MERDEKA 3X

"THIS IS RAILWAYMENS UNION OF MALAYA"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


30 Ogos 2016

BUKTI DOKUMEN KERANI KAUNTER OUTSOURCE


Wahai kerani kaunter semua, ini bukti dokumen RUM nak paparkan.... tenguk ni... tenguk ni.... jangan asyik nak tidur lena.... enak di buai mimpi... duk rasa selesa....

Semalam kenyataan "seconded"... untuk pekerja maintenance EMU... lepas ni apa pulak...?

Terus tidur.... biar kita terantuk baru nak terngadah.... dah benjol dahi.. baru nak sedar....

Duk diam.... kita semua kena jual...

Nak lawan.... kita lawan..

Tk sekelumit pun rasa takut....

So..

Tunggu apa....????

Opsss.... sy nk tunggu gaji....

Hahaha....

Lepas ni jgn tanya pasal gaji lagi....

Anda semua mungkin ditamatkan perkhidmatan...

Gaji elek pocik... (kata uncle SU Agung RUM)

JANGAN MENANGIS DIKEMUDIAN HARI!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


BANGGA

Kita bukan pencuri...
Kita bukan perompak..
Kita tidak melanggar Aturan Peraturan...
Kita tidak langgar Perjanjian Bersama...
Kita tidak langgar undang-undang negara...

Kita hanya mempertahankan KTMB..
Kita hanya  pertahanankan masa depan pekerja...
Kita hanya mahukan Keselamatan Pekerja terjamin...
Kita hanya nak Selamatkan KTMB..
Kita hanya nak Selamatkan Pekerja..

Kerana kita RUM...
Kerana kita Unionist..

Maka...

Kita telah dihukum dengan pembuangan kerja tanpa notis...
Kita telah dianiaya...
Kita telah dizalimi....
Oleh Diktator yang sangat jahat...

Tapi....

Kita bangga...
Kerana kita pejuang...
Kerana kita ikhlas...
Kerana KTMB dan Pekerja...
Kerana KTMB milik rakyat...

In Syaa Allah...
Hari ini hari dia...
Esuk hari kita...
Sedikit pun tidak tercalar...
Malah saat kemenangan menanti kita...

Berjuang terus berjuang...
Demi KTMB dan Pekerja...

Presiden
Kesatuan Pekerja2 KTMB (RUM)


29 Ogos 2016

PEMINJAMAN PEKERJA KE CRRC



Kalau RUM melenting... kau orang marah...
Kalau RUM maki.. kau orang marah..
Kalau RUM cakap kau bodoh.. kau orang marah...
Kalau RUM cakap kau sampah... kau orang marah...

CA ni kau orang main langgar je... suka-suka hati kau orang je... kau orang ingat ni apa... kerja main-main ke? tak payah bincang.. tak payah apa pun... kau orang suka2 je buat tawaran kat pekerja... macam bagus tawaran kau tu.... adeiii...

Puas cakap... puas kata... puas hodohkan... tapi kau orang ni macam muka tembuk... cakap apa pun tak reti bahasa... agak-agaknya... mana patut kau orang duduk n berkawan?

RUM syorkan kau orang ni duk dalam hutan lagi baik.... bosan dgn perangai kau orang... tak abis-abis nak menyusahkan RUM....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


27 Ogos 2016

MAINTENANCE, REPAIR & OVERHAUL(MRO)

Menarik sekali kenyataan YBhg Datuk Seri Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.

"MOT nak buat MRO supaya KTMB untung, KTMB sebagai Operator"

"Pengurusan KTMB tidak mampu menjana pendapatan KTMB, peluang telah diberi"

RUM telah pun jelaskan bahawa dalam soal ini, RUM sentiasa memantau pengurusan, menyedarkan betapa pentingnya meningkatkan pendapatan dengan mencari peluang-peluang perniagaan, malah sanggup berperang dengan dua (2) mantan Presiden KTMB sehingga 97 pemimpin dan ahli kesatuan sekerja dibuang kerja kerana dalam hal ini pekerja tidak bersalah dan tidak sewajarnya pekerja jadi mangsa.

KTMB mampu melakukan sesuatu untuk memulihkan KTMB, tetapi KTMB sentiasa jadi mangsa keadaan berdasarkan pembelian set-set keretapi yang tidak berkualiti.

YBhg Dato Sarbini Tijan Presiden KTMB sedang berusaha kearah itu, beri peluang, cuma jangan banyak campur tangan dari pihak luar khususnya kontraktor yang sangat berminat memberi proposal untuk ambil jabatan tertentu atau mengwujudkan "second or third operator", walaupun dianggap saingan itu baik, tetapi dengan landasan yang ada hanya dua (2) hala akan menganggu operasi tren malah akan menyebabkan KTMB diperkecilkan.

Pekerja juga akan kehilangan faedah yang ada khususnya apa yang terkandung dalam CA sekiranya ia diserapkan dalam syarikat-syarikat tertentu malah belum tentu syarikat berkenaan mengambil mana-mana pekerja berkemungkinan pembuangan kerja akan berlaku.

Sewajarnya kajian perlu dibuat bagaimana skop perniagaan KTMB lebih berkembang, andai sejarah KTMB cukup bagus satu ketika dulu, kenapa hari ini, kita tidak mampu melakukan sebaliknya mencetuskan idea pengecilan sehingga KTMB hanya sebagai operator.

RUM hanya nampak bahawa teknik yang dilakukan ini adalah untuk kepentingan pihak tertentu tetapi bukan untuk kepentingan rakyat dan negara.

Dalam pertemuan semalam, YBhg Datuk Seri Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan boleh digambarkan amat memahami apa yang telah dijelaskan, malah RUM juga bagi sedikit contoh bahawa pemulihan dapat dilakukan sekiranya pihak pengurusan KTMB  bersungguh-sungguh melakukan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


24 Ogos 2016

SEKSYEN 500 KANUN KESEKSAAN (FITNAH) AKHIR SINGKIRKAN KETUA UNIT TRANSFORMASI DARI KTMB

RUM mengambil pendirian akan mengunakan semua pendekatan yang ada untuk menggesa Presiden KTMB mengambil tindakan tatatertib kepada Encik Afzar Zakaria Ketua Unit Transformasi KTMB atas salah laku yang bertentangan dengan CA sehingga dibuang kerja.

Berdasarkan fakta yang ada tertuduh telah melakukan kesalahan sehingga menjejaskan imej Presiden KTMB dan KTMB. KTMB tidak perlu mereka yang tidak bertanggungjawab berada dalam KTMB.

RUM akan menulis surat rasmi seterusnya melalui satu tempoh yang munasabah akan mengambil tindakan perusahaan sehingga Ketua Unit Transformasi KTMB disingkirkan.

THIS IS RAILWAYMENS UNION OF MALAYA!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB



23 Ogos 2016

SEKSYEN 500 KANUN KESEKSAAN (FITNAH) PT6 - TEORI RUM

Teori RUM atau andaian bahawa penyandang jawatan pegawai kanan KTMB ini "kepincangan otak" apa tafsiran kepincangan otak? tafsirannya ialah "biul, bangang, tuli, tiga suku, tak cukup akal, belum baligh dan banyak lagi..

Maka bila berlaku pembentangan kertas kerja, penyandang jawatan ini dah gelabah maka berlakulah kepincangan otak, jumpa orang yang salah untuk mendapat khidmat nasihat, siapa orang yang salah itu? Kemungkinan orang-orang yang terlibat dengan kes pembuangan kerja seramai 97 orang, mungkin juga "lawyer" yang memberi "defamation letter" kepada RUM memberi khidmat nasihat, sebenarnya RUM dah merujuk rakan-rakan RUM iaitu pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja yang membuat kes di Mahkamah Perusahaan,  masa RUM kena "defamation letter", siapa gerangan "lawyer" ini? so tau lah serba sedikit "back ground" mereka. Sekadar teori, kalau tak betul... maka tak betul lah, mungkin  lawyer lain, tapi nak pilih lawyer ni bukan mudah, maklum pengalaman admin ketika anggota siasatan dalaman "bar counsil", banyak sangat lawyer yang bermasalah. (Malam tadi tenguk film tamil "astro 202" kes langgar lari, seorang lawyer baru dangan lawyer senior... tu yang jadi teori ni... hehe)

Banyak sebab yang boleh ditafsirkan, satu contoh "lapuran polis" untuk menjadi bahan bukti dalam "siasatan dalaman" KTMB sekiranya diadakan, ini tidak mengambarkan sebagai " bukti kes", sebab aduan mengatakan "fitnah" tidak cukup sekadar "lapuran polis" sebaliknya mengemukakan dalil-dalil yang mampu menolak kertas kerja atau surat surat kesatuan.

Sebaliknya pegawai kanan KTMB ini menambah lagi pertuduhan seperti terkandung dalam kenyataan Suara Rum Pt 3 & Pt 4, malah ianya tidak sesekali boleh dimaafkan kerana ianya telah bertentangan dengan CA malah menjejaskan imej Presiden KTMB dan KTMB dengan teruk, ibarat kata "gali lobang kubur sendiri".

Pada RUM kesilapan ini telah mengambarkan intipati tersirat adalah dengan "niat jahat" menentang Presiden KTMB, walaupun tersuratnya seolah-olah Presiden RUM & Presiden SOA dikatakan membuat "fitnah".

Makanya penyandang jawatan pegawai kanan KTMB ini tidak layak menduduki kerusi penyandang jawatan dalam KTMB sebaliknya perlu disingkirkan dari KTMB, penyakit seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana akan merosakkan perancangan dan hala tuju pemulihan KTMB oleh Presiden KTMB.

Kalau dibiarkan, maka ada yang ingin menunjuk "KUASA" atau ada "2 NAKHODA" dalam sebuah organisasi, yang menjadi mangsa bukan sahaja KTMB tapi seluruh warga KTMB khususnya ahli-ahli RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


22 Ogos 2016

SEKSYEN 500 KANUN KESEKSAAN (FITNAH) PT4 KELEMAHAN KETARA/OUTSORCE KERANI KAUNTER/KEPINCANGAN OTAK

Jelas dan nyata satu contoh terbaik yang telah digambarkan oleh Pegawai Kanan KTMB yang menunjukkan "KELEMAHAN KETARA, yang tidak memahami peruntukan undang-undang dengan "niat jahat" menjejas dan memalukan KTMB dengan menyebarkan maklumat kepada pihak luar dari KTMB. (Rujuk prosedur tindakan tatatertib)

Kalau ini diamalkan maka KTMB akan jadi caca merba, lintang pukang semua boleh "tunjuk kuasa", sehingga mengkucar-kacirkan KTMB.

Malah pekerja boleh diperkotakkatikan dengan sewenang-wenangnya, pekerja boleh ditindas dengan sesuka hati.

Sikap sebegini perlu disingkirkan dari organisasi, kerana ianya akan mengancurkan KTMB, apatah lagi terlibat dengan Transformasi KTMB, maka percaturan Transformasi KTMB akan kucar kacir hingga mangsanya adalah pekerja. Kerana individu yang bersikap begini tidak akan melihat kepentingan pekerja bawahan sebagai satu agenda untuk memperkasakan pekerja serta menjadikan pekerja sebagai aset penting kepada organisasi.

Salah satunya contoh di bawah Transformasi diketuai seorang pegawai kanan KTMB telah membuat kajian untuk mengkaji yang mana lebih menguntungkan iaitu "outsorce" atau dilakukan oleh KTMB sendiri, iaitu jawatan "Pengurusan dan Kerani Kaunter", mentaliti kalau tiada niat untuk memperkasa atau menjadikan pekerja sebagai aset maka jadilah begini, "idea miskin" dengan mencetuskan cadangan "outsorce", gambaran ini menunjukkan pegawai kanan KTMB boleh ditafsirkan sebagai kelemahan ketara @ kepincangan otak.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


SEKSYEN 500 KANUN KESEKSAAN (FITNAH) PT3 "BOLEH atau TIDAK" DIBUAT LAPURAN POLIS

Sebenarnya dalam ertikata lain lapuran polis sepatut dibuat pada semua yang terlibat dalam Majlis Bersama Pusat, iaitu Pengerusi Majlis Bersama Pusat (Presiden KTMB) Naib Pengerusi Bersama Pusat (Presiden RUM) Setiusaha bagi pihak pengurusan, Setiausaha bagi pihak kakitangan, Semua Ajk MBP (wakil pengurusan dan wakil pekerja).

Persoalannya bolehkah Pegawai Kanan KTMB membuat laporan polis terhadap semua yang terlibat, jawapannya "tidak boleh" kerana ianya bertentangan dengan CA samada CA (RUM) atau CA (SOA), sekiranya dibuat maka tindakan tatatertib boleh diambil pada mereka yang membuat lapuran polis, malah selaku "individu" akan menghakibatkan tindakan tatatertib boleh diambil sehingga dibuang kerja.

Bagaimana dikatakan "boleh"?

1. Boleh sekiranya mendapat keizinan Presiden KTMB dengan syarat atas nama jawatan dalam KTMB atau KTMB, namun ianya tetap ditolak kerana Kesatuan dan KTMB tertakluk dengan CA, Akta 177 dan Akta 262.

2. Boleh dengan syarat Pegawai Kanan KTMB hendaklah "meletakkan jawatan" dalam KTMB terlebih dahulu kerana tindakan yang diambil adalah "menolak, meragui dan hilang kepercayaan dan menjejaskan imej  Presiden KTMB,  KTMB" dan bertentangan dengan CA.

Tapi kerana kefahaman CA, Akta 177 dan Akta 262 "sangat lemah" atau "tidak faham" maka terjadilah lapuran polis kononnya dikatakan "fitnah" sedangkan kenyataan dalam PT 2 telah menjelaskan bahawa dokumen (kertas kerja) telah diperakukan dan menjadi milik KTMB.

Disini dapat dilihat kemampuan penyandang jawatan dalam KTMB yang jelas dan nyata tidak memahami peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan Pekerja, Majikan dan Kesatuan Sekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


21 Ogos 2016

SEKSYEN 500 KANUN KESEKSAAN (FITNAH) PT2 MAJLIS BERSAMA PUSAT

Kesahnya mungkin bermula melalui Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Majlis Bersama Pusat pada 24 Nov 2015

Majlis Bersama Pusat adalah Badan Perundingan Peringkat Tertinggi antara Pekerja dan Pengurusan Tertinggi KTMB, Pekerja diwakili oleh RUM dan SOA.

Pengerusi Majlis Bersama Pusat adalah Presiden KTMB manakala Naib Pengerusi Bersama Pusat adalah Presiden RUM manakala Setiausaha Bersama adalah seorang dari pengurusan dan seorang lagi Setiausaha Agung RUM.

Kertas Kerja yang dibentangkan oleh pegawai RUM pada Mesyuarat Majlis Bersama Pusat telah diperakukan oleh Presiden KTMB dan semua pengurusan KTMB tanpa ada bantahan.

Berdasarkan perakuan tanpa bantahan ianya boleh membawa maksud Kertas Kerja itu diterima oleh semua pihak, makanya tuduhan yang dikatakan fitnah adalah tidak berasas, sekiranya ada bantahan, maka perdebatan akan berlaku berdasarkan hujah kedua-dua pihak bagi menilai kebenaran, dukacita tertuduh tidak hadir mungkin untuk mengelak berhujah dengan pihak RUM.

Berdasarkan juga perakuan yang diberi maka Kertas Kerja itu telah menjadi satu keputusan untuk pihak pengurusan KTMB mengambil tindakan kerana ianya telah menjadi hak persetujuan bersama, maka kertas kerja itu secara rasminya adalah hak milik KTMB, apatah lagi ianya keputusan Majlis Bersama Pusat.

Maka mana-mana pegawai kanan KTMB yang mengangkat dokumen ini sebagai bukti untuk membuat lapuran polis secara otomatis mencabar Presiden KTMB dan KTMB itu sendiri.

Justeru tindakan tatertib sehingga "DIBUANG KERJA" hendaklah diambil kerana menolak, meragui dan hilang kepercayaan dan menjejaskan imej  Presiden KTMB dan KTMB

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


SEKSYEN 500 KANUN KESEKSAAN (FITNAH) IPD DANG WANGI (Cerita Petang Semalam)

Admin dapat satu pelajaran mengenai Seksyen 500 KK ni... maknanya sesiapa yang buat fitnah, pihak polis boleh mendakwa, bagus untuk admin... hehe... admin sentiasa belajar... lepas ni... senang Admin nak buat lapuran polis pulak... hehe

Admin dah kene tuduh kerana membuat fitnah melalui lapuran polis yang dibuat oleh individu pegawai kanan KTMB  berdasarkan melalui Kertas Kerja Bersama Pusat dan Surat-surat Kesatuan yang ditandatangani oleh Admin selaku Presiden RUM. Semalam admin dipanggil oleh IPD Dang Wangi untuk buat keterangan, ditemani oleh Setiausaha Agung Rum.

Admin dah jelaskan kepada Pegawai Penyiasat IPD Dang Wangi berdasarkan peruntukan yang ada, malah Mantan Presiden SOA akan dipanggil kemudian.

Kesian pada yang membuat tuduhan kononnya  Presiden RUM membuat tuduhan peribadi kepada penyandang jawatan (pegawai kanan KTMB), bacalah undang-undang dengan betul, baca dokumen itu sampai abis, faham isi kandungannya, baca sekerat-sekerat, maknanya "hampeh", andai admin menulis dan menandatangani secara  peribadi, maka jawapannya YESS.. boleh buat tuduhan fitnah tapi kalau ada bukti & fakta tetap tidak boleh dikatakan fitnah, tapi kalau atas kapasiti Presiden RUM di bawah PERATURAN KESATUAN, sebahagian dari aktiviti-aktiviti Kesatuan Sekerja, seperti mana tertakluk di bawah Akta 177 & 262,  jawapannya... buat lawak antarabangsa... apatah lagi ianya mempunyai dalil @ fakta.

Kesian deh lu.... hehehe

Nak tanya juga, ada keizinan dari Presiden KTMB ke? sedangkan ianya adalah antara RUM dengan KTMB? sebab dokumen itu telah menjadi milik KTMB, makanya kelulusan Presiden KTMB diperlukan sebelum membuat lapuran polis, andai tanpa kelulusan Presiden KTMB, ianya secara langsung telah menjejaskan imej KTMB dan tindakan tatatertib hendaklah diambil.

Walaubagaimanapun... Admin sambut cabaran, biasalah pemimpin union, "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai" makanya orang dah bagi api... admin nak simbah minyak lagi... tenguk siapa yang tumbang... siapa yang tergadai seluar dalam, sebab admin tak kesah pun tinggal seluar dalam je.. maklumlah atas prinsip perjuangan... apa pun "aku tak kesah"... "ada aku kesah"... "lantak kau lah" hahaha

Admin (PRESIDEN RUM) pantang dicabar... bukan sombong... bukan bongkak.... tapi sebagai seorang "pemimpin kesatuan sekerja" ini semua permainan... macam kecik-kecil dulu... main guli... hahaha...

Mantan Presiden KTMB is nothing to me... U???? hahahaha...

We fight for our "right"...
Just for "workers"..
This our prinsip...
As "UNIONIST"
U KNOW?
WHAT IS UNIONIST?????

"I TAKE THE CHALLENGE!!!"

Kata SAHABAT...
SETIAUSAHA AGUNG RUM
SDR MANIAM

"KITA AKAN GEMBIRA, WALAUPUN DIPENJARA"

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


20 Ogos 2016

BADMINTON

Semalam tenguk badminton, admin ni bukanlah minat sangat nak tenguk sukan, tapi bila yang lawan tu CHINA (Lin Dan) dan MALAYSIA (LCW) admin terus rasa minat nak tenguk... 

Bangganya Malaysia dapat kalahkan CHINA... Tahniah LCW yang mengharumkan nama Malaysia.

Malaysia boleh mengatasi CHINA, Malaysia mampu lebih hebat dari CHINA, tapi kita lak bangga dengan CHINA, asyik beli barangan CHINA... haha.. lawak..

Dallian... SCS... ETS... CHINA mari...
Terbaik kononnya kata (..........) kami user kami taulah yang mana terbaik... Singapura pun pulangkan balik set yang dibeli.... aiyaaaa...

opssss... ini bukan "TENDER TERBUKA"... ini "DIRECT NEGO"... KTMB beruntunglah.. kami perihatin menyediakan semua set ini... hehe... "itulah kata mereka"...

Sumpah seranah kena batang hidung pekerja dan KTMB... padan muka... hehe...

Bestnya semalam borak-borak dengan someone from MoF sambil tenguk Badminton... "kami (MOF) pun tak suka dengan CHINA..." katanya...  memang best tenguk badminton malam tadi...

Puas hati sangat-sangat bila CHINA dikecundangkan... hehe..

Terbaik n salute Lee Chong Wei..

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PERSEPSI @ TAFSIRAN YANG BERBEZA

Bukan mudah nak menulis sesuatu, setiap penulisan secara terbuka perlu berhati-hati, kadang-kadang tersilap juga, walaupun draf dibaca berulangkali bagi mengelakkan kesilapan.

Niat dihati maksudnya lain, pembaca yang membaca membuat kesimpulan lain, ini yang boleh mewujudkan masalah.

Malah RUM jarang sekali nak menjawab komen-komen secara terbuka, sebaliknya akan menjawab secara tertutup (inbox) kerana ada perkara yang boleh dijawab secara terbuka, ada perkara tidak boleh, tambahan kenyataan RUM ada yang berunsur tersirat atau kenyataan hanya bersifat "umum" tidak specifik atau bersifat andaian bagi mengelak tuduhan.

Setiap olahan ayat yang melibatkan dengan pihak yang tiada kaitan dengan RUM, perlu sangat berhati-hati, bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil, kecuali pihak-pihak yang dibenarkan melalui undang-undang.

RUM juga banyak menasihatkan ahli-ahli berhati-hati mengeluarkan kenyataan atau komen secara terbuka yang boleh menimbulkan implikasi kepada diri sendiri.

Justeru setiap kenyataan Suara RUM lebih berunsur kenyataan yang berkait dengan kenyataan sebelumnya, setiap kenyataan perlu dibaca sepenuhnya disamping mengikuti setiap penulisan RUM, maka bila baca sekerat-kerat boleh menimbulkan persepsi yang tidak sihat, malah setiap kenyataan yang agresif yang dikeluarkan berdasarkan "fakta dan tempoh" sesuatu isu sehingga terpaksa dikeluarkan dalam Suara RUM.

Jadi nasihat RUM pada ahli-ahli RUM samada nak keluar sebarang kenyataan maupun komen perlulah berhati-hati kerana ianya penulisan "black n white" yang boleh menimbulkan persepsi atau tafsiran yang berbeza sehingga boleh diambil tindakan undang-undang, menunjukkan kebodohan diri sendiri @ "menjerat tengkuk" malah menjerumuskan kehancuran kepada organisasi yang dianggotai atau dipimpin.

Sebaiknya elakkan membuat kenyataan atau sebarang komen yang boleh menimbulkan implikasi kepada diri sendiri kecuali ianya menguntungkan organisasi atau pekerja keseluruhan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


18 Ogos 2016

PERBADANAN ASET KERETAPI LAGI.. RUMAH KUARTERS SENTUL PASAR

Cuba lihat apa yang berlaku di Sentul Pasar, pembangunan tanah keretapi, mana dia RAILWAY VILLAGE? sampai sekarang tak naik-naik.. semua pekerja yang mendiami kuarters diarah keluar..

Rumah kuarters yang tinggal di Sentul (tak banyak lah) datang penghuni baru terus mendiami kuarters tersebut... dah jadi setinggan, dia orang tak keluar-keluar, macam-macam usaha dilakukan.. tetap tak keluar, hanya baru-baru ini sahaja dia orang bersetuju nak keluar (tak pasti) selepas 20 tahun.. pekerja KTMB pula senang-senang diarah keluar dari rumah kuarters... adeiiii....

Sekarang ingat nak sesenang itu..? main arah-arah keluar... ingat apa...? RUM wujud lagi... RUM belum mati.. jangan main langgar...

Duk bincang eluk-eluk... datang berdepan dengan RUM, itu pun cadangan pengurusan KTMB nak jemput JKR, RAC n Kontraktor yang terlibat, RUM mengalu-alukan kehadiran semua pihak, kenapa mesyuarat yang baru ni tak datang... adeiiii...

Saya dah lama tak datang Mesyuarat semua dah serah kepada pegawai utama yang lain... kali ni saya benar-benar nak datang... nak berkenalan... datang dengan baik... akan disambut dengan sangat baik... kalau datang macam perompak.. RUM bersedia nak jadi Perompak.

Usik ahli-ahli RUM... itu maksudnya usik RUM... siapa RUM... RUM adalah KITA... siapa KITA... Pemimpin dan ahli-ahli RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


17 Ogos 2016

PEBADANAN ASET KERETAPI (RAC) PERTUKARAN PENGURUS KANAN KTMB

RUM rasa lega bila pertukaran Pengurus Kanan yang mengendalikan hal ehwal aset keretapi bagi pihak KTMB.

Pertukaran ini diharapkan berakhir episod "PAK ANGGUK" atau bersetuju sahaja mengenai kehendak RAC tanpa memikirkan keperluan dan kehendak KTMB.

Dalam membuat keputusan mengenai aset keretapi yang digunakan oleh KTMB hendaklah mengikut acuan dan kehendak KTMB, bukan main ikut atau akur apa sahaja kehendak RAC.

Keperluan @ kehendak perlu dilihat dari sudut kepentingan perkhidmatan malah apakah implikasi kepada KTMB dan Pekerja, rujuk warta kerajaan... (sampai sekarang pihak RAC tidak mampu jawab surat RUM)

Masalahnya yang berlaku seolah-olah pengurusan KTMB tiada taring, buat senyap-senyap, kadang-kadang tidak bertanya pada pihak-pihak yang terlibat, kononnya sangat pandai sehingga menghakibatkan pekerja jadi mangsa.

RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada Ybrs Dato' Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB atas pertukaran tersebut, RUM sangat berharap yang mengantikan adalah seorang yang berani mempertahankan keperluan dan kehendak KTMB jangan main angguk sahaja, sekiranya gagal atau bahasa pasarnya tak de teloq, lebih baik bersara awal... tapi kalau bijak bagitau kat RUM... kita bantu ... so isu antara kita tak de.. semua senang kerja...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


NOTIS MAKLUMAN


Pelik betul RAC ni... siapa dia nak mengeluarkan arahan kepada pekerja KTMB untuk keluar kuarters.

Belajar kat mana... nak buat kerja tu plan dulu... jangan dah nak terberak... baru nak gali lobang...

Failed!!!!!!

Buat RUM hilang sabar!!!!

Kepada Ketua Pengarah RAC... RUM harap boleh hadir dalam Mesy akan datang, RUM nak Ketua Pengarah RAC hadir dalam mesy tersebut... berdepan dengan RUM... jangan mengelak...

Saya Presiden RUM akan hadir dan sangat-sangat nak berdepan dengan Ketua Pengarah RAC... nak tau sejauh mana hebatnya....

______________________________________

Kepada ahli-ahli RUM, jangan keluar kuarters selagi pihak RUM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, pihak RAC tidak berhak mengeluarkan sebarang arahan perpindahan maupun makluman, buat masa ini perundingan sedang berjalan dengan pihak pengurusan KTMB, setelah kata putus tercapai... pihak RUM akan keluarkan kenyataan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


16 Ogos 2016

KENYATAAN@KOMEN DALAM MEDIA SOSIAL (FACEBOOK)

RUM ingin menasihatkan sekali lagi pada semua ahli-ahli RUM jangan sesekali mengeluarkan kenyataan atau komen yang menyentuh Pengurusan KTMB atau KTMB. RUM telah berulangkali menasihatkan ahli-ahli RUM, dukacitanya masih ada yang membuat sedemikian.

Tindakan sedemikian boleh diambil tindakan tatatertib sehingga DIBUANG KERJA.

Setiap rungutan atau rasa tidak kepuasan hati atau ingin mendapatkan penjelasan boleh menghubungi pegawai-pegawai RUM atau saya sendiri melalui inbox atau beri nama atau no perkhidmatan untuk saya masukkan dalam group whatsapp ahli RUM, di group whatsapp ahli RUM setiap aduan, rungutan kita akan bagi penjelasan yang lebih tepat secara tertutup.

Justeru itu RUM mengulangi JANGAN membuat kenyataan atau komen secara terbuka dalam mana-mana media sosial.

Setiap ahli yang berhasrat membuat KOMEN dalam Suara RUM perlu kearah lebih bijaksana tanpa ada cetusan yang boleh menjejaskan Imej Syarikat. RUM lebih galakkan "LIKE & SHARE" sahaja.

Hanya RUM melalui SUARA RUM sahaja yang dibenarkan melalui peruntukan undang-undang, SUARA RUM  penandatangan jawatan dalam RUM, pegawai-pegawai RUM mempunyai imuniti seperti mana tertakluk dalam Akta.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


KERANI KAUNTER OUTSORCE (AKHIR) KELEMAHAN/TENTANGAN DARI RUM

Seperti kenyataan yang lepas (PT 2), proposal masuk dengan mencadangkan peluang-peluang perniagaan yang boleh diambil oleh Syarikat luar, pihak pengurusan KTMB terus menerima, apatah lagi ada "remark" dari "wahyu" maka lagi laju terima.

Sepatutnya pengurusan KTMB "menolak" semua proposal berkenaan, berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang telah dilakukan oleh pekerja, pihak pengurusan sendiri sewajarnya boleh menilai tahap kemampuan dan kebolehan pekerja dalan sesuatu tugas yang diberikan samada dari sudut operasi maupun teknikal.

Berdasarkan kemampuan dan kebolehan yang ada, kita mampu melakukan, waima dari sudut teknikal kecuali kerja-kerja yang memerlukan teknologi tinggi yang pekerja belum lagi terdedah atau  kekurangan experties dalam sesuatu kerja.

Dari "track record" yang ada pekerja-pekerja KTMB sangat berkebolehan dan berkemampuan malangnya seolah-olah kebolehan dan kemampuan ini tidak diiktiraf sehingga terwujudnya idea "mengoutsorcekan", malah kerja-kerja yang dilakukan samada di bawah operasi maupun teknikal adalah kerja "rutin" dan bukan sesuatu yang baru atau berteknologi tinggi.

Sekiranya ada kekurangan ianya terletak kepada pengurusan itu sendiri, kalau pengurusan itu lemah, maka ianya hendaklah ditukarkan dengan digantikan yang lebih baik. Sekiranya tiada maka keluarkan iklan kepada orang luar untuk mengambilalih tempat atau membawa masuk "experties" yang boleh mengurus dengan baik samada dari sudut operasi maupun teknikal.

Pengurusan KTMB perlu melihat jauh kehadapan dengan menyambut setiap cabaran yang ada, bukannya mengambil mudah sehingga "mengoutsorcekan" kerana implikasinya ialah "memasukkan pasir keperiuk nasi pekerja".

Sikap "makan gaji" perlu dibuang jauh-jauh, sebaliknya tanam sifat "KTMB NI BAPAK AKU YANG PUNYA", jangan sesekali menjual KTMB.

Mesy EXCO RUM sendiri telah memutuskan akan mempertahankan KTMB, justeru itu sebarang usaha "mengoutsorcekan" mana-mana jabatan dalam KTMB akan mendapat tentangan dari RUM.

RUM akan menghantar MEMORANDUM kepada YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA mengenai perkara ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


15 Ogos 2016

KERANI KAUNTER OUTSORCE (PT 5) PUNCH KAD JAM 10.00 KAKITANGAN IBU PEJABAT

RUM dapat banyak rungutan, bahawa semua kakitangan pejabat diarahkan berada diplatform KL CENTRAL, malah tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan diarahkan punch kad jam 10.00 pagi.

RUM memberi sokongan kepada idea ni, kerana ianya adalah sangat positif khususnya pengurusan KTMB yang sewajarnya sedar dan jangan terlalu merasa selesa sehingga lupa kerani kaunter nak dioutsorcekan.

(tak kena batang hidung... ada aku kesah... aku tak terlibat pun... lantak kau lah... sekarang hang kena... 2 jam je pun... hahaha)

Ini baru arah jangan masuk pejabat, belum lagi diarahkan "ANDA DITAMATKAN PERKHIDMATAN"  lagi beratkan...

Cuma RUM berhasrat nak cadangkan Pengurus Besar & Pengurus Kanan digilirkan menjalankan tugas sebagai Kerani Kaunter atau sebagai Pembantu Trafik atau sebagai QI yang menjaga halt, platform, stesen dan sesekali naik tren membuat pemeriksaan dalam koc. Tugasan mesti diberikan selama lapan (8) jam melaksanakan tugas-tugas mengikut spesifikasi tugas yang diarahkan seperti mana kerani kaunter atau pembantu trafik.

Baru boleh selami masalah pekerja, baru boleh merancang dengan baik, asyik duk dalam aircond, sampai bila pun tak faham tugasan pekerja serta masalah pekerja yang dihadapi, terlampau merasa selesa, sesekali kena ajar... ini tidak... asyik fikir nak outsorce...

Terbaiklah Mr President KTMB, RUM support u.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


KERANI KAUNTER OUTSORCE (PT 4) TRANSFORMATION MANAGEMENT OFFICE (TMO)

TMO adalah sebuah jabatan yang merangka Plan Transformasi KTMB, sudah tentu skop peranan dalam merangka Plan Transformasi khususnya Kerani Kaunter dalam mencari penambahbaikan dengan idea-idea "inovatif" yang mampu membawa kecemerlangan dari sudut peranan Kerani Kaunter.

Bila Jabatan Transformasi mencetuskan kajian untuk menilai dan mengkaji kos perbelanjaan pekerja khususnya Pengurusan/Pekerja Kerani Kaunter, RUM melihat bahawa cetusan ini sebagai "MISKIN IDEA" telah menyimpang jauh dari tafsiran TRANSFORMASI, mungkin setengah pihak beranggapan ianya sebahagian TRANSFORMASI, RUM beranggapan Transformasi ini mengambarkan bahawa Jabatan Transformasi tidak mampu mencetuskan idea yang lebih "inovatif" sebaliknya "ambil mudah".

Sifat "ambil mudah" yang dicetuskan adalah sangat merugikan KTMB sebaliknya boleh mencetuskan pembaziran yang ketara melalui kewujudan Jabatan Transformasi yang sepatutnya sebagai sebuah jabatan pencurahan idea yang inovatif atau tempat kajian yang mampu membawa keluar dari kemelut kejatuhan.

Justeru itu RUM berharap Jabatan Transformasi perlu berubah sikap dari bekerja "ambil mudah" kepada kerja yang "lebih serius", perlu melihat kehendak manusia (pekerja) syarikat (KTMB) jangka pendek dan panjang.

Sewajarnya Jabatan Transformasi perlu berfikaran jauh merancanakan KTMB sebagai sebuah organisasi pengangkutan tertua malah mampu bersaing dengan hebat sehingga mencapai kejayaan.

RUM menasihatkan Jabatan Transformasi baca kembali sejarah KTM sejak tahun 1885 bagaimana ianya sebuah pengangkutan rel dengan perniagaan yang cukup luas malah sepatutnya KTMB bukan dikecilkan tapi menjadi sebuah perniagaan yang hebat malah lebih besar berbanding sejarahnya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


13 Ogos 2016

WHATSAPP GROUP

Terkejut juga bila komen dalam group whatsapp ni, kenyataan oleh PO yang menyatakan bila "left" group Whatsapp boleh keluar surat tunjuk sebab... hebat... kat mana dia belajar ni????? Sampai boleh jadi implikasi kepada PMS?

Opssss... dia ni belajar kat harvard kot.... haha

PO - shortform for PORAAAAAAHHHHHHH.....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


12 Ogos 2016

KONONNYA BIJAK

Bila RUM ditunjukkan surat tadi, RUM terus katakan GM TMOD bijak... "kononnya bijak..." RUM tersenyum...  rakan-rakan mula bising... tapi dari sudut "human resource"... dasar dan amalan yang dipraktiskan selama ini tidak boleh ditolak... ianya diterima pakai sejak dulu lagi.. maka jangan ngelakkan diri dengan mengepilkan "remaks" berkenaan... sebagai "dalil" mempertahankan diri...  ini jelas mengambarkan "tidak sihat" atau "melepas tengkuk"... kerana tanggungjawab sebenar sebagai orang yang mengepalai "human resource" yang sebenarnya bertanggungjawab... baca balik apa job speksifikasi "GM TMOD".

Bila kita nak menolak.. bukan mengepilkan "remaks"... "remaks" itu "sulit" tapi bagaimana nak memberi hujah.. bahawa ianya ditolak dengan alasan yang munasabah. Dekat sinilah kegagalan GM TMOD yang gagal menterjermahkan alasan yang munasabah termasuk perancangan yang dibuat yang menimbulkan implikasi kepada pekerja.

RUM telah pun menulis dalam surat balasan bahawa RUM tidak mempersoalkan perancangan yang dibuat, malah RUM akur dan terima dengan baik.. "baik kan..RUM.." cuba fikirkan kalau RUM persoalkan... janganlah memaksa RUM... tolonglah... nanti semua jadi kelam kabut...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


ELAK + SABAR = KEHARMONIAN PERUSAHAAN

RUM seboleh-bolehnya akan mengelak sebarang pertikaian, pertikaian sungguh memenatkan dan boleh menimbulkan kepelbagaian persepsi, RUM kini lebih suka berunding dan menyelesaikan masalah sekiranya wujud, bukan sesuatu yang mudah untuk membuat keputusan bagi mewujudkan pertikaian, kerana pertikaian sungguh memenat dan memeningkan.

Desakan demi desakan bertali arus, rayuan demi rayuan dari yang membuat rungutan, tekanan yang banyak menjadikan  kita perlu berfikir bukan sekali... 2 kali... malah ribuan kali untuk mewujudkan sebarang pertikaian, RUM tetap berusaha mengelak sebarang pertikaian masih berpegang bahawa keharmonian perusahaan adalah tunggak utama.

Kesabaran perlu berada ditahap paling tinggi, kesabaran perlu menjadikan kita bijak menganalisis sesuatu tindakan yang bakal diambil, kesabaran ini membuat RUM masih berusaha untuk mengekalkan keharmonian perusahaan bagi mengelakkan pertikaian.

Sejauh mana boleh bersabar, RUM akan terus bersabar, sejauh mana yang boleh, RUM akan pertahankan keharmonian perusahaan, RUM masih mementingkan keharmonian perusahaan, tolonglah.. tolonglah... elakkan pergeseran... elakkan pertikaian.. kerana semua ada penyelesaian... RUM tetap berpegang kepada "win-win situation"... fikirkan tekanan yang RUM hadapi... fikirkan situasi kepimpinan RUM... janganlah menang sebelah pihak... pekerja jadi mangsa... "RUM tidak mahu menang".. RUM hanya mahukan penyelesaian...

Kami tetap kuat dan gagah... untuk terus menegakkan kebenaran demi kepentingan kaum pekerja.

Cuma jangan SALAHKAN RUM, bila tahap kesabaran RUM telah abis... kerana RUM dipimpin oleh semua orang GILER... tak pernah takut demi kepentingan kaum pekerja...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


11 Ogos 2016

MEMORI - DEFAMATION LETTER (SAMAN) ZAMAN MANTAN PRESIDEN KTMB

Teringat... bila Mantan Presiden KTMB mengunakan khidmat peguam untuk menyaman kepimpinan RUM atas alasan kenyataan dalam Suara RUM.

Peguam mengarahkan RUM memohon maaf selama 3 bulan berturut-turut dalam Suara RUM melalui "DEFAMATION LETTER" dan hendaklah menjawab surat tersebut dalam tempoh 7 hari.

Pihak RUM menjawab dengan menyatakan bahawa buat masa ini tidak dapat menjawab surat kerana bukan bidang kuasa kepimpinan RUM malah ketika Mesyuarat Exco telah pun berakhir atau tiada lagi Mesyuarat Exco kerana Persidangan Perwakilan telah dijadualkan, pihak RUM menyatakan bahawa jawapan akan diberikan selepas Persidangan Perwakilan kerana pada tika itu kuasa mutlak hanya ada pada Persidangan Perwakilan.

Peguam membalas kembali dengan mengatakan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi kerana tiada dokumen bukti dan memberi tempoh selama 3 hari untuk menjawab.

Yang bestnya... surat ke dua(2) dihantar dirumah pada hari Ahad oleh pengantar surat syarikat peguam tersebut, saya menolak dengan baik dengan alasan hari Ahad hari Cuti, maka saya tidak akan terima dan meminta pengantar surat tersebut mengantar pada waktu pejabat di pejabat RUM, agak kasar juga pengantar surat tersebut dengan mengatakan bahawa ini surat peguam mestilah diterima, saya tetap mengatakan tidak, pengantar surat menelefon seseorang, selepas itu beredar, saya senyum sahaja.

Pihak RUM telah menjawab dan mengepilkan sesalinan perlembagaan dan Notis Persidangan Perwakilan sebagai dokumen bukti seterusnya surat tersebut disesalinankan kepada Majlis Peguam "BAR COUNSIL".

Pihak RUM tersenyum sahaja, kerana sedar peguam berkenaan hanya mengikut kehendak "client", sedangkan pihak RUM yakin peguam tersebut sedar bahawa RUM tidak boleh di SAMAN.

Pada akhirnya tiada sebarang surat dikeluarkan walaupun Persidangan Perwakilan telah tamat.

RUM ketika itu adalah salah seorang Panel Siasatan Dalamam Bar Counsil,  maka tak banyak sedikit RUM tau seluk beluk hal ehwal undang-undang mengenai peguam.

Hairan dia orang ingat RUM ni senang-senang je nak "makan"... hehe... tak kecut perut langsung... duk gelak adalah... hehe

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


KERANI KAUNTER OUTSORCE (PT 3) NAIB PRESIDEN KTMB (VICE PRESIDENT)

Dah sampai masanya KTMB mengorak langkah mewujudkan jawatan NAIB PRESIDEN KTMB, malah idea ini telah dicetuskan oleh Kementerian Kewangan kepada KTMB, cuma ianya tidak dilaksanakan, yang hanya dilaksanakan hanya jawatan Presiden KTMB dan NAIB PRESIDEN KANAN.

Pelaksanaan ini sangat baik dengan mengikat jawatan secara "KONTRAK", tujuan secara kontrak ialah bagi memastikan Naib Presiden ini benar-benar memenuhi KPI agar ianya boleh disambung kontrak lagi, sekiranya tidak memenuhi KPI, maka penyandang jawatan tersebut boleh ditamatkan kontraknya.

Bila idea tercetus untuk mengoutsorcekan Kerani Kaunter, maka seolah-olah kerani kaunter ini terwujud banyak kelemahan dan merugikan, maka idea pun tercetus untuk "mengoutsorcekan kerani kaunter", malah pihak pengurusan pula semudah itu terus membuat kajian samada kerani kaunter ini wajar dioutsourcekan atau tidak.

Adakah ianya kelemahan KERANI KAUNTER? 100% TIDAK!

Siapa punya kelemahan? Kelemahan pasti dipertanggungjawabkan kepada penyandang jawatan yang mengawal selia peranan kaunter tiket, maka secara logiknya, penyandang jawatan berkenaan tidak berupaya mengurus secara baik atau melaksanakan perancangan-perancangan jabatan yang dikawal selia.

Maka yang perlu DITAMATKAN PERKHIDMATAN ialah penyandang jawatan itu kerana beliau tidak berkeupayaan menguruskan peranan atau skop kerja atau meminimakan perbelanjaan, sekiranya perbelanjaan atau kos meningkat, ini bermaksud penyandang jawatan tersebut telah gagal menjalankan tugas berdasarkan justifikasi tugas yang diberikan.

Jangan kesilapan penyandang jawatan tersebut maka pekerja (kerani kaunter) dijadikan mangsa.

Oleh kerana penyandang jawatan ini berjawatan tetap, maka proses yang dicadangkan ialah memberi mereka VSS agar mudah pengurusan membuat perlantikan baru melalui jawatan Naib Presiden KTMB.

Kalau dulu RUM pertahankan jawatan Pengurus Besar KTMB dari diwujudkan jawatan NAIB PRESIDEN seperti cadangan Kementerian Kewangan dengan tujuan bagi memastikan Pengurus Besar KTMB ini dijamin faedahnya, maka hari ini RUM menarik balik sokongan ini dan akan menulis surat rasmi kepada Kementerian Kewangan agar proses yang dicadangkan oleh Kementerian Kewangan dengan mewujudkan Naib Presiden KTMB secara kontrak dapat dilaksanakan.

Asas tujuan ini adalah mahu mengelakkan pekerja jadi mangsa kerana kelamahan pengurusan KTMB itu sendiri.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


TAHNIAH NUBE

Syukur serta Alhamdulilah...Allahuakhbar..!!!

Maybank kehilangan saman fitnah terhadap NUBE

Maybank hari ini kalah semua lima saman fitnah terhadap Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank, di Mahkamah Rayuan yang sebulat suara memutuskan bahawa Seksyen 22 (1) Akta Kesatuan Sekerja 1959, diberikan ia pengecualian mutlak liabiliti tort fitnah.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Hakim Lim Yee Lan, dengan Hakim Varghese George Varughese dan Keadilan Harmindar Singh Dhaliwal.

Seksyen 22 (1) di bawah tajuk liabiliti negeri tort: A saman terhadap kesatuan sekerja berdaftar atau terhadap mana-mana anggota atau pegawainya, bagi pihak diri mereka sendiri dan semua ahli-ahli kesatuan sekerja, berkenaan dengan apa-apa perbuatan tort didakwa telah dilakukan oleh atau bagi pihak kesatuan sekerja, tidak akan dilayan oleh mana-mana mahkamah.

Setiausaha NUBE umum, J Solomon dalam satu kenyataan hari ini berkata, lima saman fitnah dibawa oleh Maybank terhadap NUBE dan pegawainya kerana penerbitan risalah dan dua artikel di laman web kesatuan.

Saman itu difailkan secara berasingan terhadap pegawai NUBE Mohd Faisal Hussin, Nur Rasidah Jamaludin, Sharifuddin Hassan dan Sethupathy Thiaganaian di Mahkamah Tinggi di Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Bank itu juga memfailkan saman lain terhadap Solomon di Kuala Lumpur.

Maybank menang dalam saman mereka terhadap Faisal, Nur Rasidah dan Sharifuddin, dan telah dianugerahkan ganti rugi oleh Mahkamah Tinggi di antara RM30,000 hingga RM100,000. Ia hilang dalam kes-kes terhadap Sethupathy dan Salomo.

Walau bagaimanapun, mereka yang kehilangan kes mereka memfailkan rayuan dan rayuan telah didengar bersama hari ini.

Ini menyebabkan Mahkamah Rayuan hari ini bahawa NUBE dan pegawai-pegawainya telah diberikan dengan pengecualian mutlak liabiliti kerana fitnah.

"Ia juga memutuskan bahawa tiada kekaburan dalam pembinaan Seksyen 22 Akta (1) Kesatuan Sekerja 1959, di mana saman terhadap kesatuan sekerja dan pegawainya berkenaan dengan apa-apa perbuatan tort dikatakan telah dilakukan oleh atau bagi pihak kesatuan sekerja, tidak akan dilayan oleh mana-mana mahkamah, "kata Solomon dalam kenyataan itu.

NUBE diwakili peguam Alex De Silva dan Gajendran Balachandran, manakala M Patmanathan dan S Rutheran mewakili Maybank.

http://www.malaysiakini.com/news/351832


KOMEN TERPILIH

Di bawah ini komen terpilih yang menarik untuk dipaparkan.

















Semua kenyataan ini sebagai kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


10 Ogos 2016

KERANI KAUNTER OUTSOURCE PT 2 SALAH SIAPA?

Adakah RUM bersetuju dengan cadangan "mengoutsourcekan" kerani kaunter, pasti TIDAK! Kalau RUM bersetuju, RUM tidak akan mengeluarkan kenyataan secara terbuka dengan tujuan untuk memaklumkan kepada ahli-ahli RUM.

Bila RUM mengeluarkan kenyataan SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA, sampai kepimpinan RUM kena buang kerja untuk apa? Untuk selamatkan KTMB, dasar RUM untuk selamatkan KTMB adalah bertujuan Pekerja mempunyai kerja, sekiranya RUM tidak lakukan maka akan menjadi lambakan pekerja "suplus", bila ini berlaku maka berkemungkinan pekerja boleh ditamatkan perkhidmatan (buang kerja).

RUM menyalahkan pengurusan KTMB dan mempertahankan pekerja untuk memberitahu kelemahan KTMB atau kegagalan KTMB adalah disebabkan oleh Pengurusan KTMB itu sendiri dan bukannya pekerja, pekerja hanya bekerja menerima arahan berdasarkan arahan yang dikeluarkan.

RUM memperjuangkan kewujudan "peluang perniagaan", mendesak pengurusan KTMB berusaha mencari peluang-peluang perniagaan,  tujuannya agar kita ada kerja, kalau "peluang perniagaan" kita diberi kepada orang lain, maka kita akan hilang kerja disinilah mesej SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.

Pihak pengurusan KTMB dilihat tidak mengolah dan mencari peluang kerja atau peluang perniagaan (business opportunity), hanya sekadar menjalankan aktiviti "rutin", melaksanakan apa yang ada, inilah yang dilakukan ketika zaman Mantan Presiden KTMB, justeru itu KTMB tidak berkembang, kedudukan lokomotif, koc, wagon dan sebagainya makin berkurangan, kita terjebak dalam situasi pengurusan KTMB "miskin idea", atau idea "inovatif" tidak mampu diwujudkan oleh pengurusan KTMB itu sendiri.

Hari ini kelemahan itu masih terwujud, dalilnya kita hanya menerima "proposal" cadangan dari pihak kontraktor kononnya ia lebih efiksyen, lebih inovatif dan memberi keyakinan kononnya kita mampu menjimatkan wang dengan mengunakan idea atau cadangan melalui proposal yang dikemukakan. Maka idea "mengoutsorcekan" kerani kaunter dilakukan.

Pihak kontraktor luar sentiasa mengemukakan idea bagaimana mewujudkan peluang perniagaan dengan mengunakan KTMB sebagai sasaran, kerana pihak kontraktor nampak kelemahan-kelemahan (sekiranya wujud) maka kesempatan itu diambil.

Manakala pihak pengurusan seolah-olah menerima dengan menadah "stadium bukit jalil", kononnya ini idea inovatif yang boleh dilakukan dan menjadi pemangkin kepada kemampuan KTMB. Akibat dari beranggapan, kononnya idea inovatif maka malapetaka yang berlaku implikasi besarnya adalah kepada pekerja, pekerja jadi mangsa.

RUM nak ingatkan kepada pengurusan pertengahan KTMB, tuan/puan juga jangan rasa selesa, kerana tuan/puan juga akan terlibat secara serius dengan perlakuan ini, tuan/puan juga akan terpalit secara serius.

RUM sedar ada kemungkinan kewujudan "paksa rela" yang RUM tidak boleh sebut disini, jawapan tersirat boleh rujuk topik " PERANCANGAN KARGO (PT 9), namun kalau ini benar maka pihak pengurusan harus berani "MENONGKAH ARUS", sekiranya tidak maka masalah besar akan berlaku diantara KESATUAN & PENGURUSAN KTMB.

Pada semua ahli-ahli RUM diingatkan! ini adalah penyakit yang sangat merbahaya, satu virus yang perlu dihentikan, tiada masa untuk takut, tiada masa untuk merungut, tiada masa untuk gelak ketawa, kalau sdri/sdri juga seperti pengurusan KTMB "ambil mudah", maka JANGAN SALAHKAN RUM, tepuk dada tanya selera.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


KERANI KAUNTER OUTSOURCE SALAH SIAPA?

Adakah RUM bersetuju dengan cadangan "mengoutsourcekan" kerani kaunter, pasti TIDAK! Kalau RUM bersetuju, RUM tidak akan mengeluarkan kenyataan secara terbuka dengan tujuan untuk memaklumkan kepada ahli-ahli RUM.

Bila RUM mengeluarkan kenyataan SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA, sampai kepimpinan RUM kena buang kerja untuk apa? Untuk selamatkan KTMB, dasar RUM untuk selamatkan KTMB adalah bertujuan Pekerja mempunyai kerja, sekiranya RUM tidak lakukan maka akan menjadi lambakan pekerja "suplus", bila ini berlaku maka berkemungkinan pekerja boleh ditamatkan perkhidmatan (buang kerja).

RUM menyalahkan pengurusan KTMB dan mempertahankan pekerja untuk memberitahu kelemahan KTMB atau kegagalan KTMB adalah disebabkan oleh Pengurusan KTMB itu sendiri dan bukannya pekerja, pekerja hanya bekerja menerima arahan berdasarkan arahan yang dikeluarkan.

RUM memperjuangkan kewujudan "peluang perniagaan", mendesak pengurusan KTMB berusaha mencari peluang-peluang perniagaan,  tujuannya agar kita ada kerja, kalau "peluang perniagaan" kita diberi kepada orang lain, maka kita akan hilang kerja disinilah mesej SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.

Pihak pengurusan KTMB dilihat tidak mengolah dan mencari peluang kerja atau peluang perniagaan (business opportunity), hanya sekadar menjalankan aktiviti "rutin", melaksanakan apa yang ada, inilah yang dilakukan ketika zaman Mantan Presiden KTMB, justeru itu KTMB tidak berkembang, kedudukan lokomotif, koc, wagon dan sebagainya makin berkurangan, kita terjebak dalam situasi pengurusan KTMB "miskin idea", atau idea "inovatif" tidak mampu diwujudkan oleh pengurusan KTMB itu sendiri.

Hari ini kelemahan itu masih terwujud, dalilnya kita hanya menerima "proposal" cadangan dari pihak kontraktor kononnya ia lebih efiksyen, lebih inovatif dan memberi keyakinan kononnya kita mampu menjimatkan wang dengan mengunakan idea atau cadangan melalui proposal yang dikemukakan. Maka idea "mengoutsorcekan" kerani kaunter dilakukan.

Pihak kontraktor luar sentiasa mengemukakan idea bagaimana mewujudkan peluang perniagaan dengan mengunakan KTMB sebagai sasaran, kerana pihak kontraktor nampak kelemahan-kelemahan (sekiranya wujud) maka kesempatan itu diambil.

Manakala pihak pengurusan seolah-olah menerima dengan menadah "stadium bukit jalil", kononnya ini idea inovatif yang boleh dilakukan dan menjadi pemangkin kepada kemampuan KTMB. Akibat dari beranggapan, kononnya idea inovatif maka malapetaka yang berlaku implikasi besarnya adalah kepada pekerja, pekerja jadi mangsa.

RUM nak ingatkan kepada pengurusan pertengahan KTMB, tuan/puan juga jangan rasa selesa, kerana tuan/puan juga akan terlibat secara serius dengan perlakuan ini, tuan/puan juga akan terpalit secara serius.

RUM sedar ada kemungkinan kewujudan "paksa rela" yang RUM tidak boleh sebut disini, jawapan tersirat boleh rujuk topik " PERANCANGAN KARGO (PT 9), namun kalau ini benar maka pihak pengurusan harus berani "MENONGKAH ARUS", sekiranya tidak maka masalah besar akan berlaku diantara KESATUAN & PENGURUSAN KTMB.

Pada semua ahli-ahli RUM diingatkan! ini adalah penyakit yang sangat merbahaya, satu virus yang perlu dihentikan, tiada masa untuk takut, tiada masa untuk merungut, tiada masa untuk gelak ketawa, kalau sdri/sdri juga seperti pengurusan KTMB "ambil mudah", maka JANGAN SALAHKAN RUM, tepuk dada tanya selera.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


09 Ogos 2016

KERANI KAUNTER DISWASTAKAN (OUTSOURCE)

Pihak RUM telah mendapat maklumat bahawa KERANI KAUNTER akan dioutsource, maklumat ini adalah BENAR!

Antara lain pihak pengurusan kini sedang membuat kajian perbandingan kos "main power" dengan syarikat yang menawarkan untuk mengambilalih peranan outsource, untuk menilai mana yang lebih menguntungkan. Malah pihak pengurusan sedang mengira kos pembayaran VSS sekiranya penamatan perkhidmatan (bahasa pasar ialah buang kerja) dilakukan.

Makanya hasrat terpendam pengurusan KTMB adalah Kerani Kaunter akan dioutsorce manakala penyandang jawatan Kerani Kaunter samada diserapkan kepada syarikat baru (kalau syarikat tu nak lah) atau ditamatkan perkhidmatan (buang kerja)

PERSOALANNYA?

WAJARKAH KERANI KAUNTER DIOUTSOURCE?

Saya buka untuk perbincangan, hanya ahli-ahli RUM sahaja yang layak buat komen dari segi pandangan dan cadangan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


08 Ogos 2016

SELESA

Kita dah rasa selesa..
Semua terhidang didepan mata...
Cukup bulan gaji terima..
Kita pun syok berbelanja..

Kita dah rasa selesa..
Apa yang berlaku, kita tak tau..
Bila terkena..
Kita mengelupur, bagai ular dipalu..

RUM kata bangkit..
Tak nak lah...
RUM suruh sedar...
Ada aku kesah...
RUM tak tau nak kata apa...

Tunggu dah terantuk..
Tunggu dah terseradung..
Adoiii...
Sakitnya..
Akibat aku yang selesa..

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


06 Ogos 2016

PERANCANGAN KARGO (AKHIR)

Cukup sampai disini penulisan RUM mengenai KARGO, tulisan RUM diharapkan pihak Pengurusan KTMB dan semua yang berkaitan faham mesej RUM, ianya tidak secara detail, tapi secara tersiratnya mungkin membawa maksud mendalam.

RUM juga ingin menyentuh PEMANDU, sewajarnya PEMANDU membuat kajian secara menyeluruh Industri KARGO dinegara ini, agar pengangkutan KARGO lebih tersusun memberi impak yang baik bukan sahaja kepada negara tapi kepada rakyat keseluruhan, RUM tidak berhasrat nak menghighlightkan tentang Pengangkutan Kargo dinegara ini, ramai lagi yang pakar dan arif diluar sana mampu menyusun semula khususnya pengangkutan Kargo Darat.

Pada yang mungkin tersentuh dengan penulisan RUM, saya yang bertanggungjawab atas kapasiti Presiden RUM memohon ampun dan maaf, pengolahan sedikit ini berdasarkan keputusan Majlis Exco yang menarik balik cadangan Multiple Operator.

Majlis Exco RUM bertanggungjawab terhadap pekerja dan masa depan pekerja, sekiranya kami tidak bergerak maka satu hari KTMB akan tersembam di bumi Malaysia.

RUM akan terus berusaha untuk menghalang kewujudan Multiple Operator, tidak kira apa tindakan yang bakal diambil, ini semua adalah kerana kami berpegang kepada SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.

In Syaa Allah satu memorandum akan disiapkan dalam waktu terdekat untuk dihantar kepada YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI, MALAYSIA memohon campurtangan dan memberhentikan hasrat mewujudkan Multiple Operator.

Kepada semua ahli-ahli RUM jangan rasa selesa, hari esuk kita tidak tahu, bersama kita "SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN".

Semua pemimpin RUM sentiasa bersiapsedia senada LIRIK LAGU RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


05 Ogos 2016

MEMORI - Kenyataan Akhbar RUM TAHUN 2008

Bila semak2 file tadi, maklumlah opis RUM dalam proses mengemas... terjumpa kenyataan akhbar ini.

Lokomotif 29 kelas, RUM dah bangkitkan isu ini sejak lama dulu... buatan syarikat dari CHINA.



Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PELIK 1

Sambungan..

RUM mengambil pendirian serius mengenai kenaikan Yuran Persatuan Penduduk Lengkuk Abdullah berdasarkan kepada :-

1. Kenaikan terlalu tinggi membebankan pekerja

2. CA belum selesai... Gaji tak naik

3. Kos sara hidup meningkat

4. GST

5. Keperluan penambaikan kuarters perlu dilakukan oleh Majikan (KTMB).

6. Membebankan Pekerja.

Justeru itu surat akan menyusul menghalang KTMB membuat pemotongan melalui gaji, surat akan disalinkan kepada:-

1. Ketua Pengarah Buruh Malaysia

2. Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia.

3. Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Sebarang pemotongan melalui gaji yang dilakukan oleh KTMB akan menyebabkan pihak Kesatuan mengambil tindakan undang-undang terhadap KTMB.

Namun RUM tidak boleh menghalang hak Persatuan Penduduk untuk membuat kutipan secara individu, kerana ianya bukan bidangkuasa RUM, terserah pada penduduk samada nak membayar yuran berkenaan atau tidak, mana-mana penduduk yang tidak berpuas hati boleh mengadu sendiri kepada Pendaftar Pertubuhan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PELIK

Cam mana ni... ramai penduduk Lengkuk Abdullah tak tau, tetiba yuran dari RM 1.00 naik ke RM 20.00, ada ahli RUM buat aduan, malah saya sendiri penduduk Lengkuk Abdullah juga tak tau... untuk mendapat kepastian saya merujuk dengan rakan-rakan yang menduduki perumahan lengkuk abdullah juga tak tau...

"Aktiviti-aktivi persatuan penduduk bidangkuasa adalah bidangkuasa persatuan penduduk manakala penyediaan infratruktur penambahbaikan perumahan bidangkuasa KTMB."

Biarpun berniatbaik untuk penambahbaikan perumahan ianya perlu mendapatkan persetujuan penduduk, manakala pemotongan yuran pula hanya melalui kutipan dari individu penduduk.

Andai melalui pemotongan gaji perlu mendapat persetujuan setiap individu pekerja atau dari RUM selaku organisasi yang bertanggungjawab memutuskan hal berkaitan CA, perumahan adalah bidangkuasa RUM.

Jangan buat silap... nanti apa pun tak jadi... semua aspek perlu patuhi peruntukan yang ada... jangan main langgar... jangan masuk rumah orang... tak tau bertanya.. adeiiii...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PERANCANGAN KARGO (PT 11) KEYAKINAN

RUM memberi keyakinan sepenuhnya kepada YBhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB dalam mengorak langkah memajukan perniagaan Kargo.

RUM yakin bahawa YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB akan mempertahankan Kargo dari terwujudnya "second operator" maupun "multiple operator", kerana kemampuan YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan dalam arus perniagaan bidang perkeretapian cukup banyak, beliau satu-satunya generasi "experties" yang ada dikalangan sezamannya dengannya, yang lain samada dah bersara atau pun telah melepaskan jawatan dalam KTMB.

Kata YB Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB,

"sekarang ni saya dah tak banyak campurtangan, Dato Sarbini Tijan telah buat kerja dengan baik, dia tau kerja,"

Ungkapan yang keluar dari YB Dato Nawawi ketika saya bercuti di Langkawi.

Justeru itu Mesyuarat Majlis Exco baru-baru ini memutuskan memberi sokongan penuh kepada YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan dan bersama dengan beliau untuk memajukan KTMB, malah kami bersedia mempertahankan beliau dengan apa jua tindakan yang dibenarkan bagi memastikan tiada kewujudan Multiple Operator.

Keyakinan ini diberi demi memastikan Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


04 Ogos 2016

Arahan Yang Bertentangan Dengan Peraturan.

Salam Sejahtera.

Arahan Yang Bertentangan Dengan Peraturan.

Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB Difahamkan ada segelintir pegawai pegawai operasi yg cuba untuk meng "kucar kacir"kan Aturan Peraturan yang sedia ada, tindakan pegawai pegawai yang melanggari mana -mana Peruntukkan  Peraturan yg sedia digunapakai diSyarikat KTMB jelas satu Petanda yang Tidak Sihat, yang boleh menjerumuskan pegawai operasi berkenaan di Heret ke dalam Tindakan Tatatertib.

KPPKTMB tidak akan berkompromi dgn mana Pegawai Wilayah yg cuba menjadi
" Hero" dalam mengeluarkan arahan yang membuta tuli, yang cuba mendatangkan  Kemudaratan pada pekerja - pekerja tanpa mengambil kira soal Keselamatan.

Pegawai di Wilayah Khususnya pada segelintir Pegawai Operasi Hendaklah mematuhi Arahan sebelum mengeluarkan Arahan " SONG SANG" pada pekerja -pekerja dibawahnya.

Sekiranya BUTA PERATURAN, RUM mencadangkan untuk mengambil Kursus Di MyRA terlebih dahulu..

Kenyataan Rasmi KPPKTMB.

Setiausha Agung.RUM.


PERANCANGAN KARGO (PT 10) IDEA

Kalau YBhg Dato Abdul Radzak Abdul Malek boleh mencetuskan idea "LAND BRIDGE", maka pasti ada seseorang yang boleh juga mencetuskan idea.

Mungkin kenyataan RUM ada yang tersinggung dari sudut negatifnya, tapi dari sudut positif maka sambut cabaran RUM, buktikan kita mampu merubah keadaan, masih belum terlambat walaupun kita kehilangan 7 tahun di bawah dua (2) mantan Presiden KTMB.

Idea yang terbaik ialah sambut cabaran RUM, buat perancangan dan strategi yang baik, bagaimana mampu memperolehi lokomotif, bagaimana meningkatkan peluang perniagaan, selami syarikat yang ingin mencadangkan "SECOND OPERATOR", jadi sebagai seorang ahli perniagaan, bagaimana memperkembangkan perniagaan, jadikan KTMB pengangkutan Kargo utama di negara ini. RUM yakin kalau kita ikhlas maka KTMB mampu merubah keadaan dari bergantung dengan kerajaan, KTMB mampu berdikari.

Bayangkan KTMB pengangkutan Kargo di negara ini... wow.. hebatnya.. alangkah menariknya... KTMB maju.. semua warga KTMB boleh berasa bangga, tika itu pengurusan KTMB yang berjuang 15% kenaikan gaji yang dianugerahkan oleh Mantan Presiden KTMB yang telah ditarik balik... boleh menuntut 100% kenaikan gaji.

Bukan sahaja KTMB maju dan cemerlang tapi semua warga KTMB mendapat faedahnya... malah kita mampu mengatasi kehebatan Keretapi Indonesia..

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PERANCANGAN KARGO (PT 9) KELEMAHAN LUARAN

RUM tidak berniat menyatakan kelemahan luaran secara terbuka dan terperinci, biarlah ianya secara rambang, terserah pada mereka memikirkan persepsi, samada persepsi itu positif maupun negatif.

Kelemahan luaran ini cukup luas merangkumi Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Pengangkutan (MoT), SPAD, PEMANDU dan lain-lain.

Mereka tidak melihat kepentingan Kargo kepada KTMB, Negara maupun kepada rakyat amnya, kalau ada yang melihat dan berminat kini adalah (MoT), kenapa melihat dan berminat, biasalah KTMB lombong emas.

Sikap biokrasi dikalangan di atas sangat tinggi, kata mereka perlu didengari dan dipatuhi, wahyu akan datang dengan tiba-tiba, kalau tak dengar.. alamatnya "pendek umur". Inilah antara masalah besar yang akan dihadapi oleh semua Pengarah Urusan atau sekarang dikenali Presiden KTMB.

Masalah begini akan menyebabkan siapa sahaja menjawat jawatan Presiden KTMB akan bermasalah, malah Pegawai-pegawai kanan KTMB tidak berani menongkah arus, sebaliknya menerima serta akur dengan kehendak mereka, maka boleh dianggap siapa yang terlibat maka akan jadi "PAK ANGGUK", saya sendiri diminta jadi "PAK ANGGUK", sorrylah saya dilantik oleh ahli-ahli RUM, kuasa saya terhad, kuasa yang ada milik Majlis Exco RUM.

Pandangan RUM sikap "PAK ANGGUK" perlu dikikis dan dibuang terus, perlu berani menongkah arus untuk kepentingan KTMB, kerana inilah tanggungjawab dan amanah yang diberikan, kebenaran tetap kebenaran, pertahankan kebenaran demi mempertahankan hak KTMB, kalau nak MAJU, sekiranya tidak... maka KTMB akan terus kekal begini, terus dipersalahkan malah satu hari KTMB mungkin tersembam di bumi Malaysia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PERANCANGAN KARGO (PT 8) (KELEMAHAN DALAMAN)

RUM tidak berniat untuk "menghighlightkan" Kelemahan Dalaman secara terbuka walaupun semenjak RUM menulis mengenai topik KARGO, ramai yang inbox RUM memaklumkan kelemahan yang berlaku, RUM sendiri mengakui dan tidak menolak Kelemahan Dalaman yang berlaku sebelum ini dan ketika ini.

Satu yang RUM nak highlightkan ialah sebelum membentangkan cadangan Multiple Operator kepada Lembaga Pengarah KTMB, ada seorang pegawai kanan dalam berbual mesra dengan saya telah mengeluarkan ungkapan:-

"jak.. apalah.. cadangan ni membanyakkan kerja aku" (ungkapan dalam bentuk bual mesra)

Nilailah sendiri maksud ayat ini..

Sebenarnya melalui pengalaman sendiri, saya dapat menyatakan bahawa dalam tempoh saya menyandang jawatan Presiden RUM, saya berani menyatakan bahawa KARGO sangat cemerlang di bawah pentadbiran Pengurus Besar Kargo ketika itu adalah YBhg Dato Abdul Radzak Abdul Malek yang telah mencetuskan idea "LAND BRIDGE", malah kalau tak silap Hong Kong mengiktiraf Land Bridge sebagai idea terbaik, ketika itu perniagaan Kargo benar-benar rancak.

Selepas YBhg Dato Abdul Radzak Abdul Malek bersara dari jawatan Pengurus Besar Kargo dan kemudiannya di tadbir oleh individu-individu lain, KARGO boleh dianggap lemah dan tidak mampu berkembang dengan baik.

KTMB kehilangan seorang Pengurus Besar Kargo yang terbaik dan sehingga hari ini, tiada yang mampu dilahirkan lebih baik dari YBhg Dato Abdul Radzak Abdul Malek atau sekurang-kurangnya sama dengan YBhg Dato Abdul Radzak Abdul Malek.

Berbalik kepada Kelemahan Dalaman yang ketara ini, RUM ingin memberi pandangan bahawa rombakan besar-besaran dalam Jabatan Kargo perlu dilakukan, sekiranya perlu RUM tidak akan menghalang individu luar (experties) mengambilalih tampuk jawatan di Jabatan Kargo, ini demi memastikan segala kelemahan yang ada dapat diperbetulkan.

KTMB perlu seorang yang benar-benar "expert" dalam Jabatan Kargo malah pegawai-pegawai dalam Jabatan Kargo perlu ditapis bagi mengenalpasti yang benar-benar berkualiti sahaja dikekalkan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


03 Ogos 2016

PERANCANGAN KARGO (PT 7) TRANSFOMASI KTMB

RUM sangat tertarik Transformasi KTMB antara lain pihak KTMB akan berusaha gigih untuk mempertingkatkan pendapatan Kargo, antara perancangannya ialah meminta kerajaan membeli 30 buah lokomotif baru.

Hasrat ini masih belum dipenuhi oleh kerajaan (Part 2 telah dinyatakan).

Kerajaan perlu membantu KTMB dengan kadar segera kerana buat masa ini KTMB  amat memerlukan lokomotif baru untuk mengerakkan Plan Transformasi KTMB.

Perlu disedari langkah awal pembeliaan ini akan mengorak langkah kepada memperluaskan skop perniagaan Kargo malah sebagai bukti KTMB mampu meningkatkan peluang-peluang perniagaan sedia ada.

Sebagai contoh Keretapi Indonesia pada awalnya membeli lokomotif baru adalah melalui pembiayaan dari kerajaan, Kerajaan Indonesia sangat prihatin dan membantu dalam Plan Transformasi yang cuba dilakukan manakala pembeliaan selanjutnya Keretapi Indonesia mampu menambah dan membeli lokomotif baru yang kini telah memiliki 200 buah lokomotif baru melalui pembiayaan Bank.

Keretapi Indonesia sebagai jiran tetangga Malaysia mampu melakukan perancangan yang baik tanpa kewujudan Multiple Operator, mengapa KTMB tidak, malah CEO Keretapi Indonesia yang memulakan Transformasi Keretapi Indonesia telah pun menjawat jawatan Menteri Pengangkutan Indonesia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PERANCANGAN KARGO (PT 6) MODAL BESAR

Syarikat luar yang cuba mewujudkan (SECOND OPERATOR) betul ke ada wang sebanyak 1.5B - 2B Ringgit Malaysia? kalau ada dalam tangan itu luar biasa, kalau tiada maka ianya melalui PINJAMAN BANK.

Maka yang boleh diandaikan ialah melalui Pinjaman Bank, maka syarikat ini sangat berani mengeluarkan proposal untuk membuat "second operator" malah dengan yakin @ percaya pihak BANK mampu memberi pinjaman sebanyak itu. Makanya ahli perniagaan ini sangat bijak mencari peluang perniagaan dan mampu memperoleh keyakinan BANK untuk mendapatkan pinjaman.

Adakah KTMB tidak mampu melakukan seperti mana syarikat berkenaan lakukan? Ini persoalan...

Perlu disedari tujuan KTMB diswastakan dengan hasrat mengembangkan perniagaannya dengan lebih luas berkonsepkan "PENGSWASTAAN", sehingga hari ini, KTMB dilihat gagal malah mengalami kerugian setiap tahun kerana tidak mampu mengolah perniagaan yang sedia ada sebaliknya bergantung kepada Kerajaan semata-mata.

Dari kacamata RUM, persoalan yang dibangkitkan di atas perlu dikaji secara mendalam untuk menilai kelemahan dari sudut dalaman dan luaran, dengan tujuan memperbetulkan langkah dan mengembalikan arah ke landasan yang betul.

Pada RUM, andai syarikat luar itu mampu menyakinkan pihak BANK untuk mendapatkan pinjaman mengapa KTMB tidak? Tiada yang mustahil, RUM yakin KTMB mampu lakukan...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


02 Ogos 2016

PERANCANGAN KARGO (PT 5) PELUANG PERNIAGAAN (BUSINESS OPPORTUNITY)

Syarikat luar yang berminat untuk "Multiple Operator" atau "second operator", sanggup mengeluarkan modal sebanyak 1.5B - 2 B Ringgit Malaysia. Bukan sikit-sikit duit...

Kenapa mereka mampu keluar duit sebanyak itu? Kerana mereka nampak peluang perniagaan (business opportunity), mereka sedar bahawa perniagaan kargo boleh meraih keuntungan.

Kenapa KTMB tidak nampak? atau KTMB tidak sedar? kat sinilah perlu diteliti dan dikaji, kalau orang luar nampak, RUM sendiri mengeluarkan proposal cadangan pada tahun 2012 cadangan mewujudkan multiple operator, manakala Kementerian Pengangkutan "ceduk @ ciplak" idea RUM sedangkan KTMB masih terkapai-kapai mencari hala tuju...

Mesejnya mudah kalau orang luar nampak boleh buat untung dan mampu buat untung...  mengapa KTMB tidak mampu lakukan? jawapannya KTMB mampu lakukan...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

# Semua siri Perancangan Kargo akan terus bersambung sehingga dikatakan TAMAT, oleh kerana ayat "KTMB masih terkapai-kapai mencari hala tuju..." mungkin akan menimbulkan persepsi, pihak RUM belum mengolah lagi, justeru itu elakkan persepsi.


01 Ogos 2016

PERANCANGAN KARGO (PT 4) SEBUK

Mungkin ada orang kata, apa lah RUM sebuk-sebuk, biarkanlah.. syarikat luar ni buat multiple operator, peluang kerja pun ada, boleh jadi saingan yang sihat...

Mungkin kenyataan di atas ada kebenarannya, tapi siapa yang untung? KTMB n PEKERJA untung ke? Pendapatan dari mengunakan facilities KTMB dikaut oleh RAC, KTMB kehilangan pendapatan, tuntutan CA semakin sukar, bantuan dari kerajaan tiada.. last-last.. pekerja kena buang kerja.. sebab KTMB dah tak boleh "survive"...  terlalu tinggi implikasinya...

Macam kenyataan RUM sebelum ini, apa jadi kalau ETS dianaksyarikatkan? Hari ini kita kehilangan pendapatan, hari ini KTMB tak boleh berbangga, lupa kah kita gaji lambat... kenapa gaji lambat? Duit tak de... lupakah kita panel klinik tak berbayar... ada yang terpaksa bayar sendiri... ini semua risiko pada masa depan pekerja...

RUM tidak akan mengambil mudah setiap perkara, RUM perlu melihat dari semua sudut implikasi kepada KTMB dan pekerja demi masa depan semua.

Prinsip "SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN" itu pendirian RUM, maka itu semua ahli-ahli RUM terus bersatu demi masa depan kita.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB