RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

31 Disember 2018

SELAMAT TINGGAL 2018 (CATATAN RINGKAS 2018)

Alhamdulillah tiada banyak isu yang berlaku sepanjang enam bulan terakhir 2018, cuma 6 bulan pertama 2018 yang ada ialah kerisauan mengenai RNAA yang cuba dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan terdahulu. Hubungan dengan pengurusan KTMB dalam kategori baik setelah Pengurus Besar Sumber Manusia digantikan dengan yang baru, banyak isu-isu berjaya diselesaikan. RNAA masih kekal setelah ditandatangani oleh Mantan Lembaga Pengarah, malah usaha-usaha...

27 Disember 2018

AL FATIHAH

AL FATIHAH Dengan rasa sedih saya ingin maklumkan Sdr Roslan Naib Presiden RUM telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Kami seluruh warga RUM rasa sedih dengan kehilangan seorang pejuang kesatuan sekerja yang banyak berbakti kepada RUM dan semua warga RUM, beliau seorang pejuang tulin dalam arena perjuangan RUM, jasa baktinya akan terus dikenang dalam lipatan sejarah kepimpinan RUM, segala sumbangan baktinya hanya Allah Swt shj yang mampu membalasnnya...

19 Disember 2018

SIJIL CUTI SAKIT PALSU (RUPANYA ADA LAGI KES BELI MC PALSU)

Cerita beli sijil sakit palsu ini tak abis-abis, dengar cerita masih berlaku lagi. Nasihat RUM... nak cari kerja bukan mudah... dah dapat kerja... jagalah kerja baik-baik... Dalam Perjanjian Bersama (CA) dah diberikan "CUTI REHAT", malah kalau benar-benar sakit pergi jumpa Doktor Bertauliah (Panel Klinik) peruntukan untuk "CUTI SAKIT LUAR" ialah 28hari setahun cuma Sijil Cuti Sakit ini adalah dari Doktor Bertauliah sahaja. Yang gatal-gatal beli "SIJIL CUTI SAKIT PALSU" tu apa pasal? Ingat pengurusan itu bodoh sangat ke? Sampai tidak boleh kesan...

12 Disember 2018

HAD LIMIT 104 JAM SEBULAN KERJA LEBIH MASA (AKTA KERJA 1955)

Mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265) bahawa setiap pekerja tidak boleh bekerja lebih masa lebih dari 104jam sebulan atau  tidak lebih dari 4jam sehari. Itu mengikut peruntukan undang-undang, maka pihak majikan kena patuh kepada undang-undang agar tidak didakwa. Dari sudut pekerja khususnya golongan B40 atau yang berpendapatan rendah, gaji yang diterima adalah tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang...

05 Disember 2018

KOMEN RUM MENGENAI KENYATAAN AKHBAR TUN MAHATHIR MOHAMED PERDANA MENTERI MALAYSIA

Kesatuan Sekerja sentiasa menjalinkan kerjasama dengan majikan malah sentiasa mendahulukan keharmonian perusahaan. Namun adakala Kesatuan Sekerja kena bertindak dengan mengambil tindakan perusahaan setelah melihat kepincangan dan kelemahan pengurusan dalam meningkatkan produktiviti atau dalam keadaan bila pengurusan tidak menitikberatkan kepentingan pekerja. Adalah janggal sekiranya kesatuan sekerja berdiam diri dengan membenarkan pihak pengurusan...