RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

30 Jun 2015

SPAD LAGI - LUASKAN KUASA MU HANYA PADA KTMB

RUM boleh katakan bahawa kenyataan dari SPAD tidak menyenangkan warga KTMB, kami melakukan yang terbaik untuk rakyat memastikan nikmat yang dicurahkan oleh kerajaan kepada rakyat melalui perkhidmatan keretapi sebagai perkhidmatan sosial tapi terlalu banyak birokrasi yang dilakukan. Kehadiran Tuan Haji Sarbini Bin Tijan sebagai Presiden KTMB telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan, harapan kami kepercayaan dari mana-mana pihak perlu diberikan kepada Presiden KTMB agar kebangkitan KTMB dapat dipacu kearah kecemerlangan. Suka dijelaskan...

23 Jun 2015

SUARA RASMI RUM

RUM suka menjelaskan bahawa SUARA RASMI RUM atau MEDIA RASMI RUM adalah "SUARA RUM" yang diiktiraf dan telah diluluskan oleh Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali. Mana-mana individu yang mengunakan nama selain dari "SUARA RUM" seperti KPPKTMB NORTH atau RUM CAWANGAN atau KPPKTMB atau apa jua nama yang berkaitan dengan RUM yang tidak mendapat sebarang kelulusan dari Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan atau Majlis Eksekutif RUM adalah...

SENYAP

SUARA RUM "senyap", sebab dah tak de isu, kemelut kan dah selesai. Kalau ada isu... semua isu boleh diselesaikan di meja rundingan. Hubungan RUM dengan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB sangat baik, keharmonian perusahaan terjalin dengan sungguh harmoni. Maka tak de isu untuk dibangkitkan dalam Suara RUM, andai ada pihak nak mewujudkan provokasi melaga - lagakan RUM dengan Presiden KTMB itu adalah langkah silap. RUM kini...

16 Jun 2015

PEMULIHAN KERJA

Hari ini 3 pekerja iaitu seorang Pegawai dan 2 orang ahli RUM yang dibuang kerja dalam kemelut RUM telah melaporkan diri untuk memulakan tugas. Iaitu :- 1. Sdr Mokhtar Mat Golok 2. Sdr Shamsul Mamu Penang 3. Sdr Muhammad Akif Akif Sejiwa Tahniah pada ketiga - tiga pekerja ini dalam menghadapi satu cabaran yang hebat dalam kemelut RUM, kesabaran mereka terbukti keberhasilan dalam perjuangan kesatuan sekerja. Terima kasih kepada isteri dan keluarga ketiga - tiga pekerja ini yang terus memberi sokongan dan dorongan kepada suami mereka. RUM...

15 Jun 2015

PANTAI TIMUR

Pekerja KTMB berusaha gigih membaiki landasan keretapi Pantai Timur. Sdr semua terbaik. Demi KTMB yang disayangi. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...

14 Jun 2015

TAHNIAH

RUM merakamkan tahniah kepada Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB atas hasil usaha beliau dan semua yang terlibat maka Landasan Pantai Timur akan dipulihkan secara berperingkat. Dalam tempoh kurang lebih 40 hari kejayaan ini ditinta oleh Presiden KTMB yang baru bermula. RUM sentiasa yakin dengan keupayaan Warga KTMB, kenyataan RUM menolak Mantan Presiden KTMB telah membuktikan kebenaran awal. Terima kasih juga kepada YB Menteri...

11 Jun 2015

PESERTA BENGKEL CA 8 DI BUKA UNTUK PENYERTAAN AHLI-AHLI RUM

Pihak RUM ingin memberi ruang pada ahli-ahli yang berminat untuk menyertai sebagai peserta Bengkel Perjanjian Bersama yang ke 8, dijadualkan akan diadakan pada bulan Ogos 2015. Tujuan adalah memberi ruang pada ahli-ahli RUM untuk menyertai serta mendedahkan bagaimana Draf Perjanjian Bersama di perbuat selain ahli-ahli RUM boleh bersama menyumbangkan idea - idea baru termasuk penambahan hujah dalam menyediakan cadangan - cadangan untuk Draf...

PENARIKAN KES MAHKAMAH PERUSAHAAN

Pihak RUM telah memfailkan kes ke Mahkamah Perusahaan di bawah aduan perlanggaran Seksyen 4 & 5. Dengan ini pihak RUM mengumumkan pada 28.5.2015 di hadapan Hakim Mahkamah Perusahaan menarik balik kes di bawah Seksyen 4 & 5. Penarikan ini berdasarkan kemelut RUM telah pun selesai. Begitu juga Seksyen 20 atas nama Abdul Razak Md Hassan telah menarik balik kes pembuangan kerja di hadapan Hakim Mahkamah Perusahaan hari ini 11.6.2015...

NUFAM GANGSTER (Keratan Akhbar)

Ini yang dikatakan oleh MASEU Tapi bagaimana perasaan sedih salah seorang dari 6000 pekerja yang dibuang kerja, apa peranan Kesatuan Sekerja MASEU? Maka jadilah union angguk2... THIS IS YELLOW UNION! Tidak berhasrat campurtangan tapi terpanggil kerana ianya adalah penyakit yang boleh merebak...  THIS IS VIRUS! PEMIMPIN UNION SEJATI! Pemimpin sanggup terbakar dari membiarkan ahli-ahlinya sengsara... pemimpin dapat merasakan...

10 Jun 2015

Virgin Group beri cuti bergaji setahun kepada pekerja baru bergelar bapa

BRANSON ANTARA syarikat yang biasa dilabel sebagai 'mesra ibu bapa' ialah Facebook dan Google. Dan kini syarikat Virgin Group juga mengikuti jejak langkah untuk menjadikan syarikat berkenaan lebih bertimbang rasa dengan mereka yang bergelar ibu bapa. Jika sebelum ini hanya ibu yang diberi cuti bersalin, nampaknya bapa juga kini diberi kelebihan yang sama. Isnin lalu, pengasas Virgin, Sir Richard Branson dan Ketua Pegawai Eksekutif Virgin...

DASAR

Semua proses melibatkan dasar, selaras dengan Perjanjian Bersama akan dibetulkan kembali secara berperingkat. Maksudnya semua perkara yang bertentangan dengan Perjanjian Bersama yang telah dilaksanakan oleh Mantan Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir akan diperbetulkan dan kembali seperti asal. KTMB & RUM saling menghormati hak Perjanjian Bersama serta menjalinkan kerjasama dengan baik selaras dengan prinsip Keharmonian Perusahaan. Kenyataan...

TINJAUAN PELARASAN GAJI CA 8

Alhamdulillah Ahli Jawatankuasa Kerja telah pun menyiapkan draf Perjanjian Bersama peringkat awal yang akan dibentangkan di Bengkel CA yang akan diadakan dalam bulan Ogos 2015. Bagi berkongsi pandangan, maka RUM ingin pendapat ahli-ahli berapakah tuntutan peratusan (%) yang sesuai dan munasabah untuk dimasukkan dalam draf Perjanjian Bersama yang ke 8. Sdr/i boleh mencadangkan apa saja jumlah bersekali dengan alasan secara terbuka. RUM...

09 Jun 2015

'Henti buang pekerja atau kami henti buat kerja'

Krew darat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan berhenti melakukan kerja masing-masing sekiranya MAS tidak menarik balik semua surat penamatan perkhidmatan dalam tempoh 48 jam, kata Kesatuan kebangsaan Atendan Penerbangan Malaysia (Nufam). Presiden Nufam Ismail Nasaruddin, bagaimanapun tidak mau memberikan butiran lanjut mengenainya. "Tunggu dan lihat. Beri kami 48 jam," katanya dalam sidang media hari ini. Sekiranya MAS tidak memperdulikan protes itu, Nufam akan menerajui protes yang lebih besar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

06 Jun 2015

6000 DI BUANG KERJA

Hari ini hari dia.. Esuk mungkin hari kita.. Hari ini kita tolong dia... Esuk dia tolong kita.. Hari ini kita rasa selesa.. Kita tak perlu fikir mereka.. Bila kena batang hidung kita.. Baru kita rasa dukacita mereka.. Jom kita turun sama-sama.. Susah sama susah.. Senang sama senang.. Jangan lupa... Kita kuli sahaja.. Hanya kita bantu diri kita.. Jom kita bersama mereka.. Ruang sedikit masa... Bagi sokongan pada mereka.. Kenyataan Rasmi Kesatuan...

05 Jun 2015

MASALAH & RUNGUTAN

Ahli-ahli yang ada masalah maupun rungutan atau ingin khidmat nasihat atau ingin mengemukakan pertanyaan boleh terus inbox Suara RUM atau telefon ibu pejabat RUM no 0322741107 atau Pemangku Setiausaha Agung RUM Sdr R.Subramaniam no telefon 0322745354 atau inbox Facebook Subramaniam Rum atau untuk belia boleh inbox Facebook Sdr Faizal  tora tora Tora-Tora Nak Mintak Izin Sdr/i boleh juga meninggalkan pesanan dengan meninggalkan no telefon...

PERJANJIAN BERSAMA KE 8

Kini Ibu Pejabat RUM sedang membuat penelitian dan kajian untuk menyediakan draf Perjanjian Bersama (CA) yang ke 8. Usaha gigih untuk menyediakan cadangan cadangan baru serta meningkatkan faedah yang sedia ada kepada lebih baik. Kita mengambil kira pandangan yang diterima dari cawangan (sekiranya ada) dan usul yang dibentangkan dalam Persidangan Perwakilan. Malah kita juga sedang menilai CA rakan Kesatuan Sekerja untuk kita pertimbangkan sekiranya bersesuaian dengan kehendak ahli-ahli RUM dan KTMB. In Syaa Allah, Bengkel CA bagi merumus...

04 Jun 2015

KEMELUT RUM DAH SELESAI

Sebelum ini RUM memberi tumpuan sepenuhnya kepada kemelut RUM, sehingga tidak dapat mengembelengkan tenaga atau menulis untuk isu - isu lain melibatkan pekerja atau melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja gabungan, kalau ada pun yang melibatkan dasar atau yang penting sahaja. Alhamdulillah isu RUM selesai, maka ruang masa yang banyak yang ada boleh dikembangkan dengan membantu rakan-rakan kesatuan lain yang menghadapi...

SOLIDARITY

Tanda sokongan dan simpati pada pekerja MAS... RUM menggalakkan ahli-ahli RUM menyertai candlelight anjuran NUFAM. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KT...

03 Jun 2015

PETIKAN KOMEN DALAM SUARA RUM (di highlightkan)

Apa nak cakap lagi? Kita pekerja... Kita kuli...Kita tenguk sahaja...Bukan kita yang kena.... Tadi ada seorang mesej saya sebut ayat "prihatin"..Adakah ayat "prihatin" ini "valid" lagi zaman ini? Sosial sudah terhakis... Zaman jauh berubah... Ayat zaman sekarang... "Ada aku kesah"... Adoiiiiiiiiii...... Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTM...

What is MTUC for?

Tertarik dengan desakan ini yang di hantar dalam group Whasapp! What is MTUC for? MTUC please... Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTM...

02 Jun 2015

PEMBANTU RUMAH INDONESIA TUNTUT GAJI RM 1200.00

Bila pembantu rumah Indonesia tuntut gaji RM 1200.00 ramai buka mata.. MTUC minta gaji minima seawal tahun 1998 iaitu RM 1200.00 hanya selepas 15 tahun... itu pun RM 900.00. Cukup ke gaji minima RM 900.00? Maka yang sesuai dalam peredaran semasa bukan lagi tuntutan RM 1200.00 tapi adalah RM 1500.00. Dalilnya pembantu rumah Indonesia menuntut RM 1200.00 sedangkan pembantu rumah Indonesia ditanggung serba serbi... kalau dicampurkan dengan kos keseluruhan iaitu penginapan, makanan, utiliti dll maka tuntutan keseluruhan sebenarnya ialah...

MAS (PEMBUANGAN KERJA)

Apa perasaan anda... Perasaan saya rasa sedih n sebak bila membaca kenyataan ini... Kata orang... dapat 150K boleh meniaga... latihan diberikan... untuk faedah hospital dapat setahun... maka dia akan ambil tawaran ini... Mungkin itu 1...2...3... 100... tapi ini 6000 pekerja... tak dapat bayangkan masa depan mereka... Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTM...

01 Jun 2015

PEMBUANGAN PEKERJA "MAS"

6000 pekerja MAS dibuang kerja mulai hari ini, sebenarnya tidak ramai... maka tak hairanlah Khazanah dan Syarikat Baru yang bakal ditubuhkan ini boleh buang kerja. 6000 pekerja MAS ini selepas dibuang kerja tak kesah sangat... sebab kerja kat luar banyak.. kalau yang dah kerja lebih 20 tahun tu... kerjaya pengawal keselamatan banyak.. (agaknya) 6000 pekerja ni tak kesah di buang kerja sebab mereka tiada keluarga... seorang diri... 6000...

Buang pekerja

Latest Info... 6,000 pekerja MAS telah menerima surat pemecatan hari ini... Masalah setiap surat surat ada yang berlainan..sungguh memeningkan pekerja... kata Presiden Nufam... ----------------------------------------------------------------------------------- RUM melahirkan rasa simpati dengan pekerja MAS! Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTM...