RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

22 Mei 2017

PENGURUS BESAR MODAL INSAN TUAN HAJI HELMI HASSAN HENDAKLAH DITUKARKAN!

RUM telah menerima surat jawapan balas hari ini, surat berkenaan membuat RUM "amat terkilan dan tidak berpuas hati". Maka... RUM akan menulis surat rasmi kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB menggesa Tuan Haji Helmi Hassan Pengurus Besar Modal Insan KTMB hendaklah ditukarkan dengan kadar segera, kenyataan RUM ini berdasarkan beberapa salah laku mengenai perlanggaran Akta dan tidak menghormati penyandang jawatan Setiausaha Agung RUM dengan mendefinasikan Setiausaha Agung RUM yang menjalankan aktiviti-aktiviti kesatuan Sekerja selaras dengan Perjanjian...

08 Mei 2017

COOLING- OFF PERIOD

Assalamualaikum n Salam Sejahtera Hari ni RUM paparkan komen Pengerusi RUM Cawangan Johor Bharu dalam group whatsapp. Dalam masa yang sama, RUM nak maklumkan bahawa sepucuk surat kepada YB Dato Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan Malaysia mengenai pertemuan  bersama dengan RUM dikeluarkan hari ini. RUM buat masa ini dalam situasi "cooling- off period" untuk satu tempoh pendek sebelum menulis kembali mengenai RNAA bagi menghormati pandangan...

05 Mei 2017

KENYATAAN AKHBAR: PERTEMUAN DENGAN YB MENTERI PENGANGKUTAN

4hb Mei 2017 Pertemuan dengan YB. Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia dengan pihak Kesatuan telah berjalan dengan harmoni, turut hadir bersama dalam pertemuan tersebut ialah YB Datuk Ab Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, YBhg. Datuk Seri Hj. Saripuddin Bin Hj. Kasim, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Perbadanan Aset Keretapi (RAC), PEMANDU dan Pegawai Kanan KTMB, bagi pihak Kesatuan diwakili oleh kepimpinan...

04 Mei 2017

SEDARLAH RNAA

Bila kita nak kekal kerja, bila kita kata sayangkan kerja kita, bila kita kata sayangkan KTMB, bila kita kata kita nak Selamatkan KTMB, kita kena cari@wujudkan kerja, kita cetuskan idea kreatif dan inovatif dalam keadaan apa pun kita berusaha gigih dan berdedikasi untuk melaksanakan kerja. Kerja sambil lewa,  tuang kerja, pocop, datang lambat, malas kerja, MC palsu atau apa jua yang boleh disebabkan kesalahan disiplin hendaklah dihentikan, zaman...

01 Mei 2017

SELAMAT HARI PEKERJA 1 MEI 2017

Salam Perjuangan RUM mengucapkan Selamat Hari Pekerja/Buroh pada semua pekerja KTMB dan semua warga pekerja Malaysia. Bagi Pekerja KTMB khabar berita gembira turut diterima pada masa yang sama berada dalam dilema berita buruk melalui RNAA. Alhamdulillah bagi pekerja KTMB hadiah paling berharga sempena Hari Pekerja 2017 adalah penganugerahan Pelarasan Gaji 13% dan Gaji Minima RM 1200.00, kita rasa bersyukur dan gembira pada Hari Pekerja ini. Namun...