21 Jun 2017

BERPERIKEMANUSIAAN

GM TMOD ni macam bukan seorang manusia, tindak tanduknya dah ibarat tidak berperikemanusiaan, tidak ada sedikit pun pertimbangan untuk merasa belas kasihan boleh dikatogerikan zalim.

Kes terbaru seorang pegawai kanan KTMB telah ditamatkan kontrak semalam seminggu sebelum Hari Raya Aidil Fitri, memanglah syarat kontrak telah termaktub bahawa penamatan kontrak adalah hak majikan seperti mana terkandung dalam syarat-syarat kontrak, tapi kita ni seorang Insan ada rasa simpati, ada perasaan belas ehsan, ada akal untuk berfikir dengan waras agar sesuatu keputusan dibuat dengan tindakan yang munasabah tapi tidakan yang dibuat seolah-olah tidak matang, sesuka hati, seolah-olah GM TMOD ni tiada perasaan seorang Insan.

Tak boleh ke kalau nak tamatkan kontrak tunggu selepas raya lagi pun tinggal beberapa bulan lagi kontrak nak tamat malah sewajarnya tunggulah kontrak yang tak berapa bulan tu tamat kemudian tidak perlu sambung kontrak., RUM dah banyak kali bagitau GM TMOD ni tak layak jadi GM TMOD sebab dia tak tau apa itu "pertimbangan yang munasabah dan apa itu perikemanusiaan".

Bukan ahli RUM pun seorang dari kumpulan pengurusan tapi atas dasar kemanusiaan dan sesama insan, RUM merasa amat dukacita dengan tindakan sedemikian.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • FAEDAH HOSPITALPegawai RUM telah menunjukkan satu kenyataan dari bukan ahli yang dipaparkan dalam facebook yang mengatakan bahawa faedah pakar tiada dalam CA. Perlu dijelaskan dalam CA. Artikel 50 telah menjelaskan, sebelum buat sebarang ke… Read More
  • PEKERJA BANGLADESHAlhamdulillah, terima kasih... ini keputusan bijak, RUM sangat menghargai kenyataan YAB TIM PERDANA MENTERI yang membekukan pengambilan pekerja asing. RUM berharap langkah-langkah yang baik seperti latihan dan mengalakkan pek… Read More
  • ISU PEKERJA BANGLADESH / POLITIKBukan semua isu sengaja dipolitikkan... isu pekerja bangladesh, bukan isu politik, andai ada pihak yang nak mempolitikkan itu kerja mereka, malah sendiri cari sakit kerana mewujudkan isu untuk dipolitikkan, tapi RUM tidak mel… Read More
  • PENANGUHAN PENGAMBILAN 1.5 JUTA BANGLADESHPenangguhan ini memberi kelegaan sementara bahawa pihak kerajaan pada dasarnya mendengar keluhan rakyat, usaha penangguhan ini satu langkah yang bijak dan dialu-alukan. Terima kasih. Penangguhan bererti berhenti buat sementar… Read More
  • PEMIMPINSeorang pemimpin hendaklah menjalankan tugas dengan jujur, tidak boleh melarikan diri dari menjalankan tanggungjawabnya. Kalau dia seorang pemimpin rakyat, maka dia harus turun ke medan menemui rakyat dan menyelesaikan permas… Read More