15 Jun 2016

Bantuan Khas Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bulan Ramadhan ni, saya kurang menulis, kurang menulis tidak bererti, RUM tak buat kerja, cuma rehat seketika untuk menulis.

Dalam masa yang sama, ramai bertanya mengenai Bantuan Khas Hari Raya, untuk makluman, pihak RUM telah mengutus surat kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, Malaysia, semua yang berkaitan dengan KTMB termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, semua Lembaga Pengarah KTMB dan Datuk Presiden KTMB sehari selepas pengumuman YAB Dato Seri Perdana Menteri Bantuan Khas Hari Raya Aidil Fitri kepada Penjawat Awam.

Mudah-mudahan kita semua Warga KTMB turut menerima Bantuan Khas Hari Raya. RUM yakin bahawa semua yang terlibat khususnya YAB Dato Seri Perdana Menteri Malaysia amat memahami kedudukan pekerja KTMB bukan sahaja bekerja di bawah gaji pasaran tapi adalah golongan berpendapatan rendah.

Semoga dan harapan Bantuan Khas Hari Raya yang dinikmati oleh Penjawat Awam dipanjangkan kepada Warga KTMB, sama-sama kita mendoakan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • FIKIRKAN... BANGKITLAH PEJUANG! A. Maka jadilah "Yahudi" wujud membunuh, menindas, menzalimi, menjahanam, merampas kuasa dan menakluki sebuah kerajaan. B. RUM diibaratkan sebuah kerajaan yang mempunyai rakyat kini hari - hari dibuang kerja dari 1 jadi… Read More
  • SMS YANG DI TERIMA DARI INTERNATIONAL TRANSPORT FEDERATION (ITF) LONDON It certainly is madness on part of KTM. I will come to KL 14-16 December and in January ITF will send a high level mission to meet Malaysian Government. We ar also planning a complaint to ILO Kenyataan Rasmi Kesatuan Peke… Read More
  • MARAH Aku tak marah.. Buanglah pekerja.. Aku tak marah... Tak ada duit pun tak pe.. Aku tak marah... Keta kena tarik pun aku ketawa.. Aku tak marah... Anak menangis susu tiada.. Aku tak marah... Kena halau keluar rumah.. Aku tak … Read More
  • Hanya manusia biasa Aku bukan orang politik... Aku hanya seorang kuli... Aku berjuang untuk sesuap nasi... Aku "UNIONIST" Aku tak peduli mereka... Yang aku peduli... Periuk nasi... Yang aku peduli... Kuli... Kerana kuli... Aku rela mati... Aku… Read More
  • PENJAWAT AWAM Aku pernah menulis mengenai "penjawat awam", penjawat awam kini lebih kepada "makan gaji" lebih kepada "kerja mudah", tak seperti yang aku kenali pada zaman 90an. Kerja mudah memanglah senang, cukup bulan ambil gaji, bu… Read More