Saja nak share di bawah ini, nak ingatkan jangan gatal-gatal beli SIJIL CUTI SAKIT PALSU, RUM dah berulangkali ingatkan, kebetulan ada dalam akhbar, tlg baca.. kalau ada yang degil... gatal2 lg beli Sijil Sakit Palsu... sendiri mau ingatlah... jgn nak rayu2... sendiri cari sakit... sendiri tanggung... sendiri buat hal... sendiri mau ingatlah.... jgn byr yuran pada RUM, maka boleh buat sesuka hati... lepas tu cakap...
"RUM ada... aku bayar yuran... kalau tidak buat apa aku bayar yuran"
"sendiri mau ingat lah!, lu buat salah... lu tanggunglah... cermin kasi tenguk... jgn pandai salah orang lo...."
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
______________________________________
30 Mei 2016 5:47 PM
Tiga penjawat awam guna sijil cuti sakit didakwa
SEREMBAN 30 Mei - Tiga penjawat awam hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit palsu untuk menipu majikan mereka, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), sejak dua tahun lepas.
Mazlan Ahmad, 48, Rosyanizam Yahya, 38, dan Muhamad Hafiz Mohamad Sarpan, 33, yang didakwa secara berasingan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Rahimah Rahim.
Mazlan menghadapi tiga pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit palsu itu untuk menipu JHEAINS di antara 2 November 2015 hingga 12 Disember 2015 manakala Muhamad Hafiz menghadapi empat pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit palsu untuk tujuan sama di antara 27 Februari 2014 hingga 11 November 2015.
Rosyanizam pula menghadapi 13 pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit palsu untuk menipu jabatan agama itu di antara 22 Disember 2014 hingga 18 April lepas.
Mereka masing-masing didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Majistret Rahimah membenarkan ketiga-tiga tertuduh masing-masing diikat jamin RM1,200 hingga RM1,700 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.
Keluarga kesemua tertuduh membayar ikat jamin itu dan mahkamah menetapkan 21 Jun ini untuk sebutan semula kes.-BERNAMA
03 Jun 2016
Home »
» SIJIL CUTI SAKIT PALSU
SIJIL CUTI SAKIT PALSU
Jumaat, Jun 03, 2016