Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

24 Ogos 2018

DASAR LAMA/ DASAR BARU

ECRL bila baca komen politik kita akan bercelaru... tapi tak kesah, RUM bukan parti politik..  kepentingan RUM adalah menjaga kepentingan pekerja dan KTMB, soal politik kita ketepikan, soalnya KTMB telah lama dianaktirikan, "time" sekarang kita nak tenguk pula sejauh mana kerajaan baru mengambil berat tentang KTMB, berusaha membantu KTMB, malah RNAA pula hendaklah dibatalkan, andai dasar lama diikuti seperti pelaksanaan RNAA, maka tiada bezanya kerajaan lama dan baru. Kita juga sedar bahawa 100 hari khususnya Kementerian Pengangkutan menumpukan...

23 Ogos 2018

RUM MENYOKONG ECRL DIBATALKAN

RUM tetap menyokong projek ECRL dibatalkan, KTMB yang perlu diberi perhatian, keutamaan tetap keutamaan, kemudian tetap dikemudiankan, bukan dianak-tirikan, kerajaan yang memerintah perlu membuka lebaran baru dengan mengutamakan KTMB, bukan projek mega yang mempunyai maksud tersirat. Maka itu RUM amat menyokong pendirian kerajaan membatalkan projek ECRL, malah kenyataan Yb Menteri Pengangkutan untuk menaiktaraf landasan Pantai Timur amat kami alu-alukan. Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...

22 Ogos 2018

Selamat Hari Raya Haji

...

21 Ogos 2018

KERJA DENGAN CEMERLANG ITU "BULLET"

RUM selalu mengharapkan semua pekerja tidak kira apa gred menunjukkan komitmen kerja 100%, tiada kecuaian, malas, disiplin yang baik, berdedikasi, bekerja melintasi job speck atau luar biasa, ini akan membuktikan kita bersungguh-sungguh untuk berkhidmat demi KTMB malah memberi "bullet" pada RUM yang pekerja KTMB bekerja dengan sepenuh hati dan layak menerima faedah yang terbaik. Namun RUM akan rasa amat dukacita@demam sekiranya ada pekerja yang melakukan kesilapan@kecuaian, ianya akan menjejaskan nama baik RUM serta akan menghakibatkan implikasi...

17 Ogos 2018

100 HARI TEMPOH PEMBAHARUAN

RUM amat memahami dari sudut logik mana-mana janji dalam tempoh 100 hari tidak mungkin dapat dilaksanakan berdasarkan dalam usaha mana-mana peneraju untuk membetulkan organisasi yang organisasinya berada dalam keadaan "TENAT". Dalam KTMB contohnya, RUM melihat bukan sahaja 100hari, setengah (1/2) penggal maupun tiga suku (3/4) penggal bagi menilai perancangan maupun perubahan yang dilakukan malah setiap tahun yang berlalu, RUM tetap buat penilaian dari semua sudut untuk menentukan apakah perubahan yang telah dilakukan. Namun dalam memastikan tempoh-tempoh...

16 Ogos 2018

BENGKEL PERJANJIAN BERSAMA KE 9

Sejujurnya satu perkara yang menarik adalah sifat kekeluargaan, gaduh, marah... tapi ada rasa kasih sayang.. itulah kelebihan yang ada bila semua berkumpul bersama, ibarat satu keluarga yang ditetak air tidak akan putus... matlamat hanya satu (1) perjuangan! Dihati kecil rasa sedih akan perpisahan, masing-masing ada tanggunjawab dan keluarga, namun hakikatnya matlamat utama sentiasa berusaha memberi kebaikan kepada kaum pekerja, naluri hati alangkah gembiranya semua dapat bersama. RUM bukan kesatuan yang kaya hanya bergantung dengan kutipan yuran,...

15 Ogos 2018

BENGKEL PERJANJIAN BERSAMA (CA) KE 9

Alhamdulillah Bengkel CA 9 telah pun selesai semalam, terima kasih kepada semua peserta dari kalangan Majlis Exco /Pengerusi /Setiausaha Cawangan /Jawatankuasa Belia /Jawatankuasa Wanita  yang terlibat yang memberi komitment dalam  mengemukakan hujah serta berbahas demi menyediakan Draf Cadangan CA ke 9, komitmen, pengorbanan masa dan keluarga malah tanpa sebarang elaun demi kepentingan ahli-ahli RUM amat dihargai. In Syaa Allah kita (RUM)...

10 Ogos 2018

BENGKEL PERJANJIAN BERSAMA (CA) KE 9

Bengkel CA 9 akan diadakan bermula pada 12/8/2018, ianya adalah proses terakhir untuk menyediakan Draf Perjanjian Bersama ke 9 yang akan diserahkan kepada pengurusan KTMB mengikut peruntukan dalam artikel CA dimana pihak kesatuan boleh mengantar Draf CA seawal 1 Okt 2018 sebelum berakhirnya CA 8 iaitu pada 31 December 2018. Proses Bengkel CA ini adalah satu bentuk simulasi yang mana wakil pekerja akan mengemukakan tuntutan dan berhujah dengan pihak...

09 Ogos 2018

Perpindahan Aset KTMB Akan Membunuh Syarikat - PH

Setahun yang lalu.. mudah-mudahan apa yang diperkatakan ditunaikan... kita sabar menanti.. Perpindahan Aset KTMB Akan Membunuh Syarikat - PH&nb...

03 Ogos 2018

KAYUH LAJU-LAJU 3 MEROYAN DEPOH KL CENTRAL

Mesej mudah masa perancangan mewujudkan idea DEPOH KL CENTRAL, anda juga adalah seorang Pengurus Besar, maka sebagai seorang Pengurus Besar maka anda terlibat dalam setiap perancangan yang dibuat oleh Pengurusan KTMB termasuk kewujudan Depoh KL Central dimanakah anda untuk membangkitkan keberkesanan atau relevannya mewujudkan Depoh KL Central atau anda hanya ibarat "rumah siap, pahat berbunyi". Tiada mana Mesyuarat Jawatankuasa Induk Oshen yang anda terlibat sebagai Jawatankuasa membangkitkan isu Depoh KL Central, malah anda pernah pegang jawatan...

02 Ogos 2018

LEMBAGA PENGARAH KTMB MENGUNDURKAN DIRI

RUM pada dasarnya amat bersetuju dengan Lembaga Pengarah KTMB mengundurkan diri, ini satu kebaikan kepada KTMB, cuma RUM rasa sedih Dato Ir Nawawi Ahmad yang pada dasarnya telah menjalankan tugas dengan baik serta mempunyai hubungan harmoni dengan kepimpinan RUM yang cukup tinggi, tapi apakan daya keadaan sudah berbeza, Terima Kasih yang tidak terhingga Dato Ir Nawawi Ahmad. Memang pahit untuk diluahkan, namun bicara jujur perlu diutarakan tanpa...